28 Mac 2010

DIALAH RAKAN..TEMAN DAN SAHABAT

Sepanjang tinggal dengan rakanku (gambar disebelahku namanya zamri )sesungguhnya budinya amat kusanjung tinggi.Sehingga kini dan sehingga akhir hayat aku tidak akan lupakan temanku ini.Suatu ketika berlaku peristiwa yang dimana aku dapat melihat siapa rakan kita yang sebenarnya.Rakan yang sanggup untuk hidup senang dan susah bersama. Oleh kerana kami berdua bekerja dikilang yang sama dan tiba-tiba pada waktu itu pihak kilang diarahkan untuk menutup operasi maka kami semua diminta bercuti tanpa gaji selama 2 bulan.

Aku dan dia yang tidak bersedia terkejut mendengar berita tersebut... terkejut kerana kami tidak mempunyai wang simpanan yang cukup.Kami berdua berharap mendapat belas ikhsan dari rakan lain namun terbukti mereka hanya baik dgn kami ketika kami berdua senang. Selama ini kami berdua tidak berkira jika mereka masuk kebilik kami untuk makan namun ketika kami susah jangan kata mempelawa malah pintu bilik mereka juga tertutup rapat. Disaat bangun pagi kami berdua hanya termenung memikirkan apa yang boleh dimakan hari ini.

Meskipun hidup dalam kesusahan namun kami masih boleh bergurau dan ketawa bersama itulah sikapnya yang aku suka.Keadaan kami ketika itu jika dia makan bermakna aku juga makan begitulah sebaliknya jika aku makan bermakna dia pun akan makan.Masih aku ingat sewaktu kami memasak nasi berlaukkan ikan masin dan telur goreng kami makan berselera sekali seperti sebulan tak makan nasi dan lauk itu masih menjadi kegemaranku sehingga kini.

Memikirkan kami tidak boleh mengharapkan ikhsan rakan lain kami cuba mencari dan bertanya dimana-mana tempat untuk bekerja buat sementara waktu bagi menampung hidup ketika itu.Mungkin dah rezeki aku maka aku diterima bekerja disebuah kelab iaitu kelab permainan snooker dan video game manakala ditingkat satu pula adalah pusat hiburan seperti kelab malam.Aku ditugaskan dibahagian bawah untuk mengendalikan permainan snooker.Sebulan lamanya aku bekerja disini dapatlah sedikit wang belanja untuk kami berdua namun aku sebenarnya tidak lagi berminat untuk terus bekerja dikilang papan itu lagi.Ketika kilang tersebut menyambung semula operasinya rakanku kembali bekerja sementara aku yang tidak lagi berminat kembali merayau mencari kerja setelah kerja dikelab tersebut juga tidak serasi denganku.

Aku kemudian melepak bersama-sama rakan lain di stesen bas kuantan dan kebanyakan mereka bekerja menjual rokok dikaki lima sementara aku hanya mundar mandir dan sesekali menolong mereka.Namun dalam masa yang sama aku tetap mengharapkan agar aku mendapat kerja tetap semula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...