28 April 2010

SENAMAN BERSAMA OZZY

Inilah dia caranya aku exercise..cara yang mudah menggunakan basikal statik.
Biasanya jika hari sabtu atau ahad iaitu hari cuti sambil membaca akhbar atau majalah aku akan berkayuh atas basikal ni..lagi tebal paper tu bermakna lagi lama lah aku berkayuh..paling kurang pun 15 minit.Mungkin juga ada antara rakan-rakan semua nak cuba mengayuh sambil menaip atau melayari internet dengan laptop..tapi kalau laptop tu jatuh..sendiri mau ingat lah ye.

Jika hari bekerja sebelum ini bila sampai ke rumah aku akan capai surat khabar sambil baca sambil kayuh.tapi sejak akhir-akhir ini kerja agak banyak..maka jaranglah aku buat exercise ni sebab sampai rumah pun hari dah lewat serta penat.Dulu dah jadi semacam kebiasaan balik je kerja buka baju lepas tu capai paper dan berkayuh atas basikal ni tapi sekarang selalu balik lewat dan penat serta ada kalanya stress dengan bebanan kerja aktiviti ni pun dah jarang aku buat...hari cuti jelah dapat berkayuhnya..

Akuarium tu pulak tempat aku selalu termenung dan berfikir termasuk berangan atau mencari idea sambil tengok ikan berenang biasanya waktu tengah malam laa..Aku bercadang nak letakkan "bar chair" kat situ tapi setakat ni cuma letakkan pelapik lantai je dulu..tunggulah bila ada budget nanti barulah aku beli sebab sekarang banyak benda lain yang lebih penting untuk dibeli.

Pada rakan-rakan semua mungkin anda juga berminat nak cuba..tak payah beli yang mahal-mahal yang murah pun cukuplah asalkan ianya berfungsi dan kita rasa selesa..kalau tak dapat hari-hari pun mungkin seminggu satu atau dua kali pun cukup lah kan..

ozzy - senaman baik untuk kesihatan

20 April 2010

TAG DARI ZULKBO


1. Go to your photo files, select the 3th photo folder.

2. Select the 3th photo in that folder.

3. Post that photo along with the story behind it.

4. Then challenge 3 blogging friend to do the same.

Untuk tidak menghampakan Zulkbo rakan lama yang juga rakan sekelas dengan aku sewaktu bersekolah dulu.Setelah 20 tahun terpisah tanpa disangka kami berjumpa semula di Kuala Lumpur ni.
Blog ini asalnya hanyalah catatan peribadi perjalanan hidup aku tapi telah di modified oleh Zulkbo hingga akhirnya menjadi seperti ini.Maka aku akan jawab soalan dari Tag ini.

2. Select the 3th photo in that folder.
Aku sebenarnya tidak menyimpan banyak gambar dalam lappy aku ni..so aku letakkan sajalah gambar2 yang aku ada..
1 - Gambar ini diambil baru-baru ini didalam sebuah bilik bedah hospital swasta.Memandangkan aku bekerja disyarikat yang membekalkan produk hospital maka kerap juga aku turun site samada untuk tujuan site visit ataupun menyelesaikan masalah berkaitan teknikal produk kami (di belakangku adalah produk yang kami supply)..

                                
2 - Ini pula gambar aku ketika diserang demam denggi baru-baru ini.Disebelahku rakan lama yang juga rakan sekelas aku dan zulkbo yang turut bermastautin di Kuala Lumpur.Beliau datang melawat ketika aku dihospital.(lihat produk dibelakangku ..itu juga salah satu produk yang syarikat aku keluarkan)
Disebalik gambar ini aku nak ceritakan kisah ketika berada dihospital ini iaitu hospital swasta.Selama seminggu disini charge yang dikenakan adalah sebanyak rm 3400.00.Apa yang aku ingin katakan perkhidmatan mereka tidaklah sebagus seperti yang kita sangkakan.(mungkin kita ni org melayu ..layanan pun low class..) nyaris sorang nurse tu nak kena pelempang dengan aku ..nak tau kenapa??..dia merentap pelekat ditanganku dgn kasar rasa tercabut bulu roma kat lenganku..apa lagi aku yang sakit dan terperanjat terus angkat tangan nak bagi pelempang..aku kata 'ooii ..mcm ni ke awak layan pesakit..ingat aku ni apa haa..??'..Layanan nurse di hospital kuala lumpur bagiku jauh lebih baik (aku pernah dimasukkan ke HKL selama sebulan)   

3- Ini pula adalah catatan aku buat pengunjung blog aku (dalam bentuk slide power point) sebagai penghargaan aku buat anda semua yang sudi berkunjung ke blog aku ini.Pastikan anda membuka sound PC anda dengan kuat untuk mendengar suara di page terakhir sebagai penghargaan..sekian terima kasih semua

klik sini utk download dan mainkan di PC anda ---> Buat Rakan Blog


4. Then challenge 3 blogging friend to do the same.
Oleh kerana blog aku ni tak ramai pengunjung (yassin juga telah di tag) maka rakan yang ada untuk aku tag hanyalah :

1 - SHINJU 
2 - MIECYBER 
3 - ASHRAFI 

Terpulanglah pada pemilik blog samada nak jawab atau tidak..sekian dari saya.

16 April 2010

STAFF AKU DISERANG HISTERIA

Inilah antara pengalaman yang amat menyeksakan apabila tiba-tiba satu malam staff aku diserang histeria.Pada awalnya aku terdengar jeritan dari department lain tiba-tiba salah seorang staff aku mula menjerit.Dari seorang mula berjangkit kepada yang lain seramai 5 orang.Pada malam itu aku bertiga menjaga production namun kelam kabut juga keadaan ketika itu.

Aku lantas membuka pembuka suara dan membuat announcement serta arahan agar menghentikan semua mesin dan mengarahkan mereka semua duduk berkumpul dan tiada sesiapa yang dibenarkan bersendirian.Mereka yang telah diserang histeria kami pegang dan himpunkan ditempat lain yang agak berjauhan antara satu sama lain.Aku berbincang bersama staff2 lain dan kami bersetuju untuk membawa kesemua operator yang telah diserang histeria balik keasrama mereka.
Kami semua menaiki van dengan membawa operator tersebut pulang.Sampai disana masalah lain pula muncul.Rakan-rakan di asrama pula diserang histeria dan mereka yang tadi diam didalam van kembali menjerit.Keadaan menjadi semakin huru hara dengan jeritan bersahut disana sini.Aku bersama rakanku merasa sungguh letih kerana mereka meronta dgn kuat disaat tenaga kami mula mengendur kerana perlu mengerah tenaga yang banyak untuk mengawal mereka.

Tidak lama kemudian bomoh yang dipanggil pun sampai.Sambil dia merawat satu persatu kami diarahkan untuk menjaga sorang satu.Barulah terasa sedikit lega melihat kehadiran bomoh tersebut.Gadis yang aku jaga adalah penghuni asrama tersebut yang lengkap dengan baju tidur. Pada mulanya aku lihat dia hanya diam sambil merayu aku melepaskan tangannya.Melihat dia nampak seperti sudah pulih aku segera lepaskan tangannya kerana kesian melihat tangannya seperti dah lenguh kerana aku pegang kedua-dua tangannya keatas sambil dia berbaring.Baru beberapa minit aku lepaskan dia kembali menjerit dan cuba untuk melarikan diri.Aku kembali terlentangkan dia dan kali ini aku terus duduk diatas perutnya sambil memegang tangannya keatas ..keadaanku ketika itu kalau dilihat dari belakang macam perogol kata kawanku..hahaha.

Melihat dia meronta dengan kuat aku cuba membaca ayat kursi yang sememangnya aku hafal sejak sekolah lagi.Mendengar aku membaca ayat kursi dia dia memekik dan meronta-ronta sambil berkata "panas..panas..apa yang kau baca ni..".Aku terus mengulangi bacaanku sambil dia memandang ke wajahku.Tiba-tiba pptttuiiii.. dia meludah ke mukaku yang berada diatasnya membuatkan aku mula hilang sabar...tak pernah lagi mukaku diludah sebegitu.Aku yang dah mula berang mula lepaskan tangannya sambil berkata "memang nak kena lempang budak ni" dan tanganku naik untuk menampar mukanya namun ketika itulah bomoh itu datang dan segera menyabarkan aku.

Aku yang masih lagi geram hanya melihat bomoh itu mengubati dia.Kaedah yang digunakan juga hampir sama seperti yang aku lihat sewaktu di Kuantan dulu dimana ibu jari kakilah tempat makhluk itu masuk dan disitu juga dia dipaksa keluar.Setelah segalanya selesai jam sudah pun hampir pukul 7 pagi.Kami semua pulang dalam keadaan yang amat letih dan lembik.

Keesokannya kami kembali bekerja dengan badan yang sakit disana sini.Dari apa yang dengar melalui mangsa mereka berkata ada seorang tua yang wajahnya amat hodoh tiba2 muncul betul2 didepan muka mereka dan selepas itu mereka tidak sedar apa yang berlaku.Minggu itu juga aku melihat tiga orang bomoh dipanggil kekilang iaitu bomoh melayu,india dan siam.Selepas segalanya selesai kami semua dijamu dengan pulut kuning oleh pihak syarikat.

Dari peristiwa itu barulah aku tahu betapa ayat kursi memang patut dihafal oleh sesiapa saja kerana dari pengalaman yang aku lalui sendiri sememangnya ayat tersebut ditakuti oleh syaitan.Selama ini aku sangkakan jika kita bukan bomoh walau apapun yang kita baca syaitan tak takut apatah lagi aku juga bukan seorang yang warak namun peristiwa tersebut membuktikan sebaliknya.Pesanku kepada sesiapa yang membaca kisahku ini pastikan keluarga anda semua menghafal ayat ini.


ozzy - kisah benar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...