28 Jun 2010

57-PERKARA ASAS II

Hari ini boleh dianggap semua kediaman mempunyai bekalan elektrik dan air.Dengan adanya bekalan elektrik maka dapatlah kita menyediakan segala peralatan untuk memudahkan kehidupan kita seharian.
Sekiranya seseorang itu sememangnya belajar elektrikal ianya tidak menjadi masalah buat dirinya tetapi apa yang ingin aku perkatakan adalah perkara asas yang perlu kita tahu dengan sistem elektrik di rumah kita dan juga beberapa perkara lain yang sering kita temui dalam kehidupan seharian kita.

PERALATAN ELEKTRIK
Melihat peralatan elektrik ini perkara asas yang ada padanya adalah 'plug 3 pin' yang akan disambungkan pada 'socket' yang biasanya telah tersedia pada dinding di setiap kediaman.Boleh dikatakan setiap kelengkapan yang kita ada pastinya mempunyai 'plug 3 pin' dan plug inilah menyimpan 'perkara asas' bagi menjana kuasa elektrik pada peralatan yang kita ada.Ramai yang tidak tahu termasuk kaum lelaki bahawa plug yang digunakan dinegara kita dibekalkan dengan sistem atau standard yang sama.Plug ini hanya mempunyai 3 point penting iaitu 'life' (L) 'neutral' (N) dan 'earth' (E).Tidak perlu mengkaji terlalu detail apa fungsinya ke tiga-tiga sambungan tersebut kerana kita hanya ingin tahu asasnya sahaja.

Wire 'Life' (atau dipanggil wayar hidup) warna yang digunakan adalah merah atau coklat, wire 'Neutral' bewarna biru atau hitam manakala wire 'Earth' (wire bumi) bewarna hijau atau hijau berbelang kuning mengikut BS (British Standard - yang negara kita gunakan).'Fuse' didalam 'plug' pula hanya disambungkan pada wire 'Life' (wire hidup) sebagai wire utama. Sekiranya berlaku apa jua kerosakan pada alatan elektrik maka perkara pertama yang perlu diperiksa adalah pada 'fuse' tersebut.Jika ianya masih elok maka barulah kita memeriksa bahagian lain atau hantarnya ke kedai. Ini juga penting bagi mengelakkan kita ditipu oleh pekedai yang membaiki kerosakan tersebut kononnya barang lain yang rosak padahal hanya 'fuse' yang berharga 80 sen sahaja yang rosak dan kita akan dicharge dengan harga beratus ringgit.

PENUTUP MANGKUK TANDAS
Tandas antara salah satu yang diberi perhatian oleh tetamu yang berkunjung ke rumah kita.Kadang kala kita sendiri geli untuk duduk di tandas di kedai mamak apabila melihatkan keadaan penutupnya. Bagaimana pula dengan penutup tandas di rumah kita sendiri? mungkin kerana kita sendiri yang gunakan maka sudah tentulah kita tidak akan merasa geli tetapi bagaimana pula perasaan tetamu kita apabila melihat penutup tandas kita kelihatan berbintik dan bertompok. Kebiasaannya warna yang sering kita guna di rumah adalah warna putih.

Penutup tandas tersebut boleh didapati di kedai dan harganya sekitar rm12.00 (dua belas) sahaja dengan pilihan bermacam warna.Perkara asas yang perlu kita tahu adalah penutup tandas yang kita gunakan jenis 2 screw atau 3 screw dan screw ini di tutup oleh cap plastik .Meskipun nampak mudah tapi ramai yang tidak tahu bahawa penutup tersebut boleh ditukar dan ada juga yang terus tukar mangkuk baru hanya disebabkan tidak dapat menghilangkan kesan kotor pada penutupnya.

PERIUK
Peralatan dapur kini semakin popular dengan penggunaan material stainless steel yang nampak berkilat dan cantik.Oleh kerana ia semakin digemari maka ramai diantara kita terpedaya dengan helah peniaga yang menggunakan mild steel kemudian di 'chrome' dan akan kelihatan seperti stainless steel.Terdapat 2 gred stainless steel yang sering digunakan iaitu 'gred 304' atau 'gred 316'.Gred 304 lebih murah dan biasa terdapat dipasaran manakala gred 316 biasanya digunakan di Hospital atau di Makmal dan harganya 2 atau 3 kali lebih tinggi dari gred 304. Perkara asas yang perlu kita tahu bahawa stainless steel tidak akan melekat jika dilekatkan dengan magnet. Sekiranya perkakas yang kita beli melekat dengan magnet bermakna ia bukan stainless steel sebaliknya besi biasa (mild steel) yang telah dichrome menyerupai stainless steel.

TAYAR KERETA
Ramai yang tidak tahu bahawa pada tayar kereta tertera tahun tayar tersebut dihasilkan.Ini kerana code yang digunakan membuatkan ramai yang tidak menyedarinya.Tarikh tayar tersebut dikeluarkan dicatatkan pada satu kotak kecil yang di cop pada tayar tersebut sebagai contoh     " 20 08 ".Huruf 20 bererti minggu ia dikeluarkan manakala huruf 08 bererti tahun ia dikeluarkan.Bermakna tayar tersebut dikeluarkan pada minggu ke 20 tahun 2008.Perkara asas ini juga penting terutamanya ketika kita membeli tayar baru bagi mengelakkan peniaga memasang tayar yang telah lama dan akibatnya tayar yang kita gunakan tidak tahan lama seperti yang sepatutnya.

BUAH TEMBIKAI
Ramai yang tertanya-tanya bila melihat seseorang menepuk-nepuk buah tembikai sebelum membelinya.Inilah perkara asas yang perlu kita tahu sebelum membeli buah tembikai terutamanya di pasaraya.Kerana itulah harga tembikai yang telah siap dipotong lebih mahal dari yang belum dipotong/belah.Teori sebenarnya mudah ibarat kita menepuk tin susu yang kosong dengan tin susu yang penuh susu pasti menghasilkan bunyi yang berbeza.Sama juga dengan buah timbikai jika masak bunyinya lebih padat tetapi jika belum masak bunyinya lebih kosong atau genting.Kalau bunyinya seperti "bub bub" bila ditepuk itu bermakna buah tersebut terlalu masak dan isinya telah lebam dan sedikit masam.

25 Jun 2010

56-PERKARA ASAS

Perkara asas sepertimana kita belajar mengenal huruf a b c hingga z atau membilang 1 hingga 10 atau mengaji dari alif hingga ya.Bermula dengan yang asas inilah kita meneroka lebih jauh hingga menjadi mahir.
Kehidupan kita seharian pastinya akan berdepan dengan berbagai perkara asas yang mungkin membuatkan kehidupan kita samada menjadi lebih mudah ataupun kita sendiri tidak mahu ambil tahu.
Namun sekiranya banyak perkara asas yang kita tahu bukan hanya memudahkan hidup kita malahan ia mungkin boleh menjimatkan wang saku selain dari di tipu oleh kelicikan peniaga sekarang yang semakin rakus menipu.

SAYUR
Kita pastinya teruja apabila melihat sayur yang dijual di pasar kelihatan segar terutamanya sayur sawi, kangkung, kailan dan sayuran berdaun lainnya.Kerana itu ramai yang akan memilih sayur yang kelihatan segar tersebut tanpa kita sedari ianya telah disembur dengan racun.Aku lebih suka memilih daun yang dimakan ulat dan kangkung paya atau ulam kampung.Jika ingin memilih kobis pilih yang berat kerana isinya lebih padat berbanding dengan kobis ringan yang dijual dengan harga yang lebih murah.
Ketika memilih sayur bendi pula jangan terpedaya dengan helah peniaga yang mematahkan hujung bendi tersebut untuk memberitahu bendi tersebut muda.sebaiknya kita pilih yang lembut bila dipicit dan jika dipatahkan hujungnya akan berlendir menandakan ia muda dan masih baru.

IKAN
Seperti entry aku sebelum ini ikan yang dijual dipasar kini banyak diimport dari negara Thai dan sememangnya kita tidak ada banyak pilihan.Bagaimanapun kita masih boleh melihat perkara asas ketika memilihnya itupun jika membeli dengan memilih ikan tersebut kerana sekarang aku dapati ramai wanita yang pergi ke pasar hanya main tunjuk samada takut tangan tu kotor atau segan nak pilih maka dapatlah 'ikan tunjuk'...kalau pergi ke pasar berpakaian macam nak pergi shopping atau ke kenduri kahwin dengan control ayu lagi mestilah malu nak memilih..jadi tunjuk jelah..sudahnya bawa balik ikan busuk penamatnya terus ke restoran cari 'lauk tunjuk'.

Kebiasaannya ketika memilih ikan kita akan melihat pada insangnya.Jika insangnya masih merah ramai beranggapan ikan tersebut adalah ikan baru tapi jangan terpedaya kerana peniaga sekarang semakin hebat menipu dengan meletakkan pewarna pada insang tersebut.Jadi perhatikan struktur ikan dibahagian lain kerana menjadi kemusykilan bila insangnya merah tapi ikan tersebut lembik dan perutnya telah pecah.

Ramai yang mengeluh bila terbeli ikan pari yang berbau hancing dan untuk menghilangkan baunya cukup susah meskipun telah direndam dengan air limau nipis atau asam jawa.Apa yang aku lihat kaum wanita samada malu atau memang tak tahu nak pilih ketika membeli spesis ikan ini.Pernah aku menegur seorang akak supaya memicit ikan tersebut dan mencium baunya sebaliknya dia hanya mencebik..confirm dapat ikan pari hancing. Perkara asas yang perlu kita tahu dikatakan bahawa ikan ini juga seperti manusia yang 'datang bulan' kerana itu jika terbeli baunya cukup kuat.Untuk memastikan kita tidak terbeli ikan 'datang bulan' ini picit dibahagian bawahnya yang mengeluarkan darah maka serta merta akan keluar bau hancingnya yang cukup kuat kerana itu semakin ramai peniaga yang menjual ikan ini yang telah siap dipotong..masih tetap juga nak menipu.
Untuk membeli ketam pula pastikan ketam tersebut berat dan biasanya ia kelihatan comot bersama 'telur' disekelilingnya.Ini menandakan isinya juga padat dan banyak dan dikatakan dalam keadaan subur pada waktu itu.Jangan terpedaya melihat saiz ketam yang besar dan kelihatan bersih kerana bila dikupas kulit dalamnya kosong termasuk sepitnya sekali.

MADU LEBAH
Kita semua tahu madu lebah mempunyai khasiat yang bagus untuk kesihatan.Kerana khasiatnya dan ianya semakin sukar ditemui maka harga madu lebah turut meningkat.Apabila pasaran meningkat maka muncullah ramai penipu untuk mengaut keuntungan.Ramai yang terpedaya dengan madu lebah yang telah di campur dengan gula merah dari peniaga yang tamak dan suka menipu.Kerana itu kita perlu juga tahu asasnya dalam memilih madu lebah.Ketika memilih madu lebah pastikan tiada semut pada madu tersebut kerana semut tidak akan hinggap pada madu lebah sebab sifat madu yang 'panas'.Aku juga pernah pertikaikan pada seorang peniaga apabila terlihat semut yang ada di dalam madu yang dijualnya tapi dia enggan mengaku.. mungkin dia sendiri tidak tahu kerana dia hanya menjualnya...alasannya madu kan manis memanglah semut suka.. nampak sangat yang dia tak tahu !!.

Jika di rumah walau lama mana sekalipun madu tersebut disimpan semut tidak akan hinggap kecuali semut merah yang halus itupun hanya sekadar hinggap dan tidak masuk kedalamnya.Ramai juga yang menyimpan didalam peti sejuk untuk mengelakkan dari dikerumuni semut kerana mereka tidak tahu rupanya madu tersebut telah dicampur dengan gula merah.Madu juga tidak sepatutnya disimpan didalam peti sejuk kerana akan menghilangkan khasiatnya.Aku beranggapan sekiranya terbeli madu yang di kerumuni semut sebaiknya buang sahaja kerana bukan khasiat yang kita dapat sebaliknya penyakit yang menanti.



23 Jun 2010

TERUNA vs DUDA

Seperti juga golongan wanita lelaki atau teruna hari ini turut menempuh masalah dalam memilih pasangan hidup.Tidak dinafikan nisbah kaum wanita kini semakin tinggi berbanding lelaki.Kaum lelaki kini dilihat mempunyai berbagai variasi pilihan samada jenis sosial,yang kuat pada pegangan agama ataupun gadis biasa.Meskipun mempunyai banyak pilihan namun dikalangan lelaki hari ini didapati semakin ramai yang lewat kahwin atas beberapa faktor termasuklah kos atau belanja kahwin yang semakin meningkat.

Jika 20 tahun dulu peratusan lelaki yang ingin kahwin awal iaitu usia dibawah 30 tahun lebih tinggi dari lelaki zaman ini.Antara alasan utama adalah wang hantaran atau belanja kahwin yang semakin tinggi.Jika dilihat wanita hari ini kita semua perlu akui bahawa mereka lebih dominan  menguasai bidang akedemik berbanding lelaki seperti yang dilihat di pusat pengajian tinggi.Dengan kelayakan yang tinggi ini juga peluang mereka merebut tempat didalam sektor pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan juga lebih cerah.Situasi ini juga dilihat seperti persaingan sesama wanita manakala lelaki kian terpinggir dan semakin melebarkan jurang persaingan.

Satu advantege buat lelaki bujang hari ini kerana mereka punyai banyak pilihan tetapi 'disadvantage' pula pada kaum wanita apabila mereka mudah ditinggalkan.Wanita hari ini lebih cepat matang dan lebih bersifat terbuka dalam apa jua perkara.Segala info atau topik yang dulunya dianggap memalukan kini dapat diperolehi dengan mudah samada melalui majalah , kaca tv atau dari internet yang lengkap memberikan gambarajah beserta detail.Justeru itu malam pertama tidak lagi dianggap malam yang mendebarkan buat mereka.Wanita dahulu jika lelaki memandangnya agak malu dan segera alihkan muka tapi wanita hari ini siap dengan senyuman manja lagi tetapi ianya bukan isyarat yang mereka semua mudah ditakluki dengan mudah.Wanita hari ini juga lebih lantang berhujah dan ini menimbulkan masalah pada pasangan yang sebaya dengannya.

Apabila ianya kerap berlaku maka timbul persoalan pada dirinya samada lelaki tersebut layak mengemudi rumahtangga seandainya mereka telah berkahwin.Justeru itu ada yang mencuba mencari kekasih yang karektornya jauh lebih berbeza antaranya memilih bangsa asing atau mencari pasangan yang lebih berusia. Tidak hairanlah apabila ramai wanita yang berkata pasangan yang sebaya sungguh membosankan kerana perhubungan mereka sering dipenuhi dengan pertengkaran dan sikap merajuk dari kedua-dua pihak.

Pihak lelaki pula semakin tersepit dalam membuat pilihan kerana banyak ciri-ciri yang mereka cari semakin pudar pada wanita hari ini. Mereka beranggapan untuk mencari teman memang mudah tetapi untuk dijadikan calon isteri semakin payah.Antara ciri-ciri tersebut ialah seorang yang bukan hanya pandai memasak tetapi juga rajin memasak.. rajin mengemas rumah dan menghormati suaminya.Apa yang dilihat hari ini jika dinilai pada paras rupa sememangnya ramai yang menawan apatah lagi bersama makeup yang mahal tetapi apa gunanya jika bangun tidur jam 10 pagi..rumah bersepah dan tidak tahu memasak hanya bijak memberi alasan.Mereka berkata bukan mencari yang terlalu sempurna cukup hanya jika dapat menguasai perkara asas iaitu tugas sebagai seorang isteri.

Menambahkan lagi kemelut ini apabila memasuki fasa hantaran kahwin. Kini hantaran dengan hanya menunjuk '10 jari' dari bakal mertua bukan lagi perkara asing..alasannya belanja barang semakin mahal. Namun sekali lagi pihak lelaki akan berfikir berbaloikah belanja sebanyak itu jika sekadar memiliki seorang isteri yang hanya sebagai teman ditempat tidur? lebih-lebih lagi jika lelaki tersebut hanya pekerja biasa yang terpaksa mengikat perut menyimpan duit untuk tujuan berkahwin.. jika berhutang pastinya menimbulkan lebih banyak beban dan implikasinya dapat kita lihat semakin ramai yang kembali solo.Maka kerana itulah ramai diantara mereka beralih pula pada janda yang telah memiliki segalanya kerana mereka beranggapan ini lebih berbaloi meskipun mereka terpaksa menjadi seorang yang hipokrit.Menariknya senario yang kian meningkat pada abad ini adalah setelah bergelar isteri mereka kembali menjalin hubungan dengan lelaki yang lebih muda yang dulunya mereka anggap tidak matang.Namun matlamatnya adalah jelas dan boleh dianggap 'memberi dan mencari peluang'.Begitulah sikap keterbukaan dalam era globalisasi kini...

Apabila bergelar duda ianya lebih memberi banyak ruang pada lelaki tersebut dalam membuat pilihan apatah lagi jika dia sudah mempunyai anak.Mereka dilihat lebih matang dan lebih bijak melayan kerenah seorang wanita maka tidak hairanlah duda kini lebih mudah mengusai wanita kerana wanita tersebut merasa lebih selesa samada dari segi layanan dan perhatian.Mereka juga kurang gelojoh atau kelam kabut dan kurang memaksa samada dari segi mental atau fizikal.Ada juga diantaranya membuat hubungan dengan janda atas faktor belanja perkahwinan yang lebih murah tapi biasanya kecenderungan mereka memilih anak dara lebih tinggi sekiranya di tanya pada isi hati mereka namun ia bergantung juga pada sumber kewangan dan penerimaan wanita tersebut lebih-lebih lagi layanan pada anaknya.

22 Jun 2010

ANDARTU VS JANDA

Mendengar ungkapan ini pastinya mengundang resah pada diri setiap wanita.Selain mereka perlu berhadapan dengan persepsi masyarakat mereka turut berperang dengan perasaan mereka sendiri.Tapi benarkah segala tanggapan masyarakat mengikut kacamata dan penilaian mereka itu boleh diterima.

Aku turut cuba menyelami dan menghalusi perasaan dan naluri mereka yang dianggap kurang bernasib baik ini.Kebiasaannya bermacam tafsiran mungkin juga berbentuk hukuman yang akan dilabelkan oleh masyarakat berdasarkan kisah yang dibaca atau melalui tohmahan orang lain.

Akhir-akhir ini fenomena ini bukan lagi menjadi topik panas sebagai sasaran mengumpat tetapi dianggap sesuatu yang bukan lagi asing.Jika 20 tahun dahulu gadis yang memasuki usia atau era 30an secara automatik akan diiktiraf andartu oleh rakan-rakan mahupun masyarakat sekeliling. Pastinya lewat usia 20an akan mengundang rasa cemas dikalangan mereka dan mula memegang tombol 'emergency button' yang bermakna mereka akan terima sahaja siapa yang masuk meminang bagi melucutkan title ini.

Merungkai kemelut ini pastinya jawapan tepat adalah pada empunya diri dan aku sebagai lelaki hanya mampu membuat tafsiran aku sendiri. Menariknya apa yang aku lihat mereka seakan terpecah kepada beberapa kategori antaranya gedik sangat nak kahwin.. berserah pada jodoh dan tidak ambil peduli atau tidak kisah.Tidak dinafikan masih ada lagi yang bencikan gelaran andartu apatah lagi bila berterusan diasak dan ditanya oleh kedua ibubapa membuatkan mereka rimas dan merasa tertekan.Ada yang mengambil jalan mudah dengan bersandarkan sedikit nasib pada bakal suami yang dipilih samada pilihan sendiri ataupun pilihan keluarga semata-mata untuk lari dari title ini.

Jika dinilai pada pendirian pelakon Haliza Misbun sememangnya dia dilihat kuat berpegang pada pendiriannya tetapi ditafsirkan oleh ramai lelaki sebagai seorang yang ego. Namun disebalik kata-katanya ada kebenarannya juga bilamana dia berkata untuk apa bersuami jika hanya untuk menyusahkan diri atau hanya sekadar melepaskan status andartu..sekurang-kurangnya dia tidak hipokrit.

Apa yang aku lihat title janda atau ibu tunggal kini lebih menjadi pilihan setelah mereka 'berjaya' melepaskan title andartu. Bermakna seolah-olah gerbang perkahwinan hanya satu syarat untuk melepaskan beban tersebut. Gelaran janda kini bukan lagi gelaran yang memalukan buat mereka. Biasanya golongan ini sememangnya kukuh dari segi kerjaya dan aset yang dimiliki.Apabila merasakan kehadiran suami hanya sebagai 'liabilty' buat mereka, maka keharmonian rumahtangga dan rasa cinta sememangnya tidak wujud.Ini bermakna perkahwinan mereka tanpa disertai dengan 'intuisi' meskipun berdasarkan ungkapan cinta tetapi itu sebenarnya hanya perasaan sayang beserta kasihan.Mereka tidak kisah kerana selama ini mereka telah ada segalanya.Biarpun bukan semua yang berfikiran sedemikian namun hakikatnya ia semakin membiak.

Apabila memegang title janda mereka menjadi lebih flexible dan tidak lagi desperate untuk mencari pasangan seperti ketika mereka memegang title andartu.Mereka kini biasanya tampil dengan lebih anggun dan dilihat lebih yakin serta berintegriti.Atas faktor tersebut juga personality mereka akan lebih menyerlah kerana keyakinan tersebut dan faktor ini juga membuatkan timbulnya tanggapan negatif terutama pada para isteri yang bimbang suaminya dirampas.Tidak hairanlah kini janda semakin menjadi buruan samada dari lelaki bujang atau duda mahupun suami orang.Janda kini berada pada level dan kelas mereka yang tersendiri yang mana penampilan mereka dilihat lebih jujur berbanding ketika bergelar andartu kerana ketika itu mereka banyak sembunyikan penampilan mereka yang sebenar.

Lelaki bujang turut merasakan kelainan dengan layanan janda berbanding layanan dari rakan sebaya.Ini kerana ketika bersama rakan sebaya mereka lemas dan rimas dengan kerenah teman masing-masing. Tidak hairanlah kini semakin banyak kes yang melibatkan hubungan janda dengan lelaki bujang yang dulunya kurang gemar memburu janda kini berlaku sebaliknya malah kes membabitkan mereka dengan isteri orang juga semakin meningkat.Namun hubungan ini sememangnya mudah ditafsirkan niat dan tujuannya.Apakah ini bermakna saham wanita akan meningkat setelah mereka semakin berusia?? Namun berkemungkinan juga janda tersebut akan lemas dan rimas dengan sikap gelojoh lelaki bujang ini yang rata-ratanya masih belum matang.Kelebihan mereka adalah mereka mudah membaca niat yang tersirat pada seorang lelaki yang cuba mendekati berdasarkan pengalaman yang dimiliki.Lelaki bujang juga biasanya akan mengelak dari memilih gadis andartu kerana mereka sebolehnya mengelak dari terjebak dengan tekanan agar segera berkahwin yang membuatkan mereka mudah hilang sabar dan merasa bosan.

Kerana itu keserasian lebih terserlah ketika bersama duda namun kedua-dua pihak pastinya dilihat begitu berhati-hati terutama sekali mencari punca penceraian masing-masing.Justeru itu kebiasannya hubungan mereka mengambil masa yang agak lama kerana masing-masing tidak lagi desperate untuk memilih pasangan yang tepat. Biasanya kedua-dua pihak akan menyimpan beberapa calon untuk dibuat perbandingan dan penilaian bagi memilih yang terbaik.Namun kecenderungan duda untuk memilih andartu dilihat agak tinggi lebih-lebih lagi jika duda tersebut telah agak berusia dan mempunyai anak yang semakin membesar.Jika duda tersebut masih muda dan baru memiliki seorang anak maka anak dara mungkin menjadi pilihan utama.

Apabila janda ini terjebak dengan hubungan bersama suami orang situasi ini pastinya menimbulkan konflik yang lebih kritikal.Ini kerana status seorang suami yang tiada apa-apa masalah dengan isterinya dilihat lebih tenang dan tidak bersikap gelojoh atau mendesak.Keadaan ini menimbulkan rasa selesa padanya dan sekiranya wujud rasa cinta yang mendalam atau hadirnya 'intuisi' membuatkan hidupnya bersinar meskipun tanpa diberi harapan yang tinggi.Keadaan ini juga biasanya berlaku pada janda yang telah memiliki apa yang diingininya kecuali belaian dan kasih sayang dari seorang lelaki.Mereka juga tidak meletakkan harapan yang tinggi hanya mengharapkan hubungan tersebut kekal atau sekadar bersandarkan sedikit ruang agar mereka mungkin ditakdirkan akan bersatu.

Walau status apa sekalipun hakikatnya kita yang bernama manusia pastinya inginkan yang terbaik buat diri kita dan keluarga kita.Tanyalah pada sesiapa saja pasti ada sebab atas apa yang berlaku samada dari orang lain atau berpunca dari dirinya sendiri kecuali berpisah ajal/maut.Walau apa juga gelaran yang diterima terpulang pada kebijaksanan individu tersebut samada untuk berhadapan atau menangkisnya kerana kita sememangnya dicipta hidup berpasangan.






17 Jun 2010

MASYAALLAH vs MASALAH

Kedua-dua sebutan tersebut mempunyai bunyi yang hampir sama tetapi definasinya adalah berbeza. Kerap kali juga dalam keadaan tertentu kedua-dua sebutan itu sering kita dengar samada secara sepontan atau setelah melihat atau mendengar sesuatu.
Baru-baru ini seorang rakan sekampung menelefon aku mengatakan yang dia sekarang berada di kuala lumpur tinggal bersama bapa saudaranya saja berjalan-jalan kesini katanya dan mengajak aku untuk membawanya bersiar-siar di bandar.

Keesokannya aku menuju kerumahnya pada waktu yang dijanjikan.Dia kelihatan gembira sambil bersalam denganku.Ketika berada disimpang, keadaan lalu lintas ketika itu agak sibuk menyebabkan sedikit sukar untuk kami keluar ditambah lagi dengan sikap pemandu yang enggan memberi laluan.Melihat aku cuba keluar pemandu akan meluru laju kerana enggan memberi laluan dan rakanku sambli menggeleng kepala berkata "Masyaallah..busuk hati betul..dah nampak kita nak keluar lagi dia laju" dan aku hanya berkata 'masalah' kerana ia sudah menjadi ikutan pada hampir semua pemandu disini.

Ketika memandu aku mengekori sebuah motorsikal di hadapanku yang enggan memberi laluan. Kelihatan pembocengnya yang mungkin juga aweknya melentik memeluk pemandunya dengan t-shirt ketat tergantung. Rakanku berkata lagi "Masyaallah..tak malu ke budak tu..tengok tu sampai nampak seluar dalam" dan aku berkata 'masalah' kerana pemandangan tersebut turut menggangu tumpuan aku yang sedang memandu hehe...Tiba ke tempat yang di tuju aku melihat hanya ada satu parking yang kosong dan belum sempat aku membelok tiba-tiba sebuah kenderaan lain meluru masuk. Rakanku berkata "Masyaallah...tak bertimbangrasa langsung" dan aku berkata 'masalah' kerana memang susah nak dapat parking namun akhirnya setelah beberapa kali pusing dapat juga aku parking.

Tempat yang kami tuju adalah di Pertama Kompleks bersebelahan dengan pasaraya sogo.Belum sempat memasuki pintu utama kelihatan dua pasangan sejoli sedang berpeluk rapat sambil bersandar ditepi dinding..si gadis dipeluk dari belakang oleh teman lelakinya sambil bersandar ke dinding.Rakanku berkata "Masyaallah ..    tak malu ke orang ramai tengok" dan aku berkata 'masalah' kerana disana sini bersepah dapat kita lihat pemandangan tersebut.Memasuki bangunan tersebut kami sekadar berjalan-jalan sambil melihat-lihat bermacam handset yang dijual.

Kami singgah disebuah kedai dan baru saja seorang jurujual melayu muncul dan berdiri untuk melayan kami, tangan aku ditarik oleh rakanku dan sambil berlalu dia berkata "Masyaallah...pakai baju biarlah sopan sikit ..macam nak melimpah keluar je aku tengok" dan aku berkata 'masalah' kerana mungkin cuaca panas akibat lapisan ozon yang kian nipis menyebabkan mereka memakai baju yang mudah dimasuki udara takut 'meruap' ahaksss..lagipun rata-rata gadis penjual handset memang ditempatkan dikaunter yang mempamerkan model handset yang sedikit rendah dari dada mereka maka jika bajunya luas pasti akan menyerlahkan isipadunya.

Kami kemudian keluar dan berjalan-jalan disekitar chow kit sambil melihat berbagai barangan yang dijual disitu.Rakanku berkata dia ingin mencari beg bagi menggantikan begnya yang telah lusuh. Setelah berlegar-legar kami terjumpa sebuah kedai yang menjual bermacam jenis beg lantas aku membiarkan rakanku memilih beg yang dia kehendaki.Akhirnya dia terjumpa sebuah beg yang menarik minatnya malangnya beg tersebut digantung ditempat yang tinggi.

Jurujual wanita tersebut cuba mencapai beg tersebut dan ketika dia berjengket untuk mengait beg tersebut menggunakan kayu bajunya terselak hingga menampakkan perutnya yang gebu .. sambil berpaling rakanku berkata Masyaallah...ishhhh"  dan aku berkata 'masalah' kerana beg yang dia minta hanya tinggal itu sajapun!! ...Selepas tawar menawar rakanku pergi kekaunter dan membayar harga yang dipersetujui. Ketika kembali menghampiri aku rakanku berkata lagi "Masyaallah..susah sangat ke nak ucap terima kasih..dah la tu mata pulak pandang ke lain" dan aku berkata 'masalah' kerana semakin ramai masyarakat kita yang semakin berat nak ucapkan terima kasih.

Penat berjalan tekak kami dahaga lalu singgah disebuah restoran yang kelihatan agak sesak.Sedang kami minum datang seorang gadis bersama rakan-rakannya yang kesemuanya bertudung tetapi berseluar dan berbaju ketat.Ketika duduk dikerusi dihadapan meja kami bajunya terangkat sambil dia cuba menariknya turun dan rakanku sambil berkata "Masyaallah..atas tutup bawah buka..tarik-tarik buat apa..tunjuk jelah..hmmm" dan aku berkata 'masalah' kerana ramai yang memakai tudung hanya kerana fesyen.

Selepas selesai minum dan membuat bayaran kami segera berlalu untuk kembali bersiar-siar. Melewati anak gadis yang lalu lalang rakanku hanya mampu menggeleng kepala melihat mereka berpakaian singkat yang menampakkan pusat dan tiba-tiba rakanku berhenti sambil matanya meliar melihat signboard yang ada.Dia bertanya kami sekarang berada dimana dan aku berkata "kita sekarang berada di pusat bandaraya lah" dan rakanku berkata "huh..patut tambah satu lagi signboard - PUSAT ORANG ".

Puas berjalan kami mengambil keputusan untuk pulang memandangkan hari telah pun lewat petang. Ketika memandu aku lihat rakanku hanya membisu sambil matanya menghadap ke luar tingkap, mungkin sedang mengelamun atau sedang memikirkan apa yang dilihatnya di depan mata sepanjang hari ini.Aku menghantarnya hingga kerumah bapa saudaranya dan setibanya dipintu pagar sebelum turun dari kereta rakanku mengucapkan terima kasih dan sambil tersenyum dan bersalam dia berkata "bila kita nak jalan-jalan lagi..best juga TERANG mata aku..hehe"  dan untuk pertama kali giliran aku pula berkata " MASYAALLAH !!"


Moralnya dari kisah ini sekiranya kita tinggal di bandar kita tidak mampu mengelak dari dihidangkan pemandangan seperti itu pada zaman ini.Ada kalanya kita tak nak tengok tapi akhirnya kita tetap akan tertengok !!!...

ozzy - tolong tengokkan...

15 Jun 2010

BISNESS TANPA MODAL

Dikalangan kita mungkin ramai yang minat berniaga tetapi terpaksa dipendamkan kerana masalah kekurangan modal.Kisah yang aku paparkan kali ini adalah perjalanan hidup seorang wanita yang tabah setelah ditinggalkan oleh suaminya.Mari kita sama-sama berkongsi pengalaman beliau yang amat menyedihkan tetapi bangkit dari kesempitan hidupnya menjadi seorang usahawan yang berjaya.sila baca hingga tamat.

Zaleha atau lebih dikenali dengan panggilan Leha berasal dari sebuah negeri di utara semenanjung ..seorang janda anak satu yang masih keihatan menawan berusia 25 tahun ketika itu.Keperitan hidupnya bermula selepas suaminya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Bermula dari itu dia terpaksa membesarkan anaknya seorang gadis comel dengan gelaran yuna.. seorang yang lincah dan periang. Beliau agak bernasib baik mendapat jiran yang baik hati yang dikenali sebagai abang Zam.Walaupun abang Zam seorang yang hensem dan sering menggodanya tetapi Leha tetap dengan pendiriannya untuk tidak sesekali mengganggu rumahtangga orang lain tambahan pula isteri abang zam yang dipanggil kak Nana seorang yang baik dan sering menolongnya. Mereka berdualah yang sering membantu menguruskan anaknya ketika dia keluar bekerja.Kadang kala Leha turut bermalam dirumah kak Nana dan dia juga merasa cemburu melihat kak Nana bermesra dan bergurau dengan abang Zam dihadapannya.

Untuk menyara hidupnya berdua Leha bekerja di sebuah kilang penternakan ikan keli yang diusahakan oleh abang Zali.Walaupun upah yang diperolehi tidak seberapa tapi cukuplah bagi dia dan anaknya menyara hidup.Entah macam mana kilang abang Zali terpaksa ditutup buat sementara waktu akibat kekurangan tempahan dari pihak pelanggan dengan alasan stok yang mereka ada sudah berlebihan. Abang Zali turut merasa simpati dengan Leha tetapi apakan daya kerana dia juga tidak lagi mampu membayar gaji setelah perniagaannya merosot.Hari terakhir sewaktu membayar gaji abang Zali berkata  "sabaq la Leha nooo..kalau hang nak makan ikan keli hang mai la sini..bila-bila pun takpa" Leha hanya mangangguk sedih kerana memahami situasi yang melanda diri abang Zali.

Leha sedih apabila melihat anaknya hanya termenung memerhatikan rakan-rakannya makan ais krim atau gula-gula.Sewaktu kanak-kanak lain berpimpin tangan bersama ibubapa masing-masing yuna hanya berlari sekeliling rumah dan jika lapar yuna akan memakan buah-buahan dari pokok yang ditanam disekeliling rumahnya.Buah yang paling yuna gemari adalah buah rambutan yang terletak ditepi jalan dihadapan rumahnya.Yuna amat cekap memanjat pokok sebentar sahaja dia dah bertenggek didahan yang tinggi.Kadangkala risau juga Leha melihat anaknya hanya memakai skirt memanjat pokok bimbang tersangkut dan jatuh.

Suatu hari ketika Yuna leka berada diatas pokok lalulah lebai Husin untuk ke surau dan ketika melalui bawah pokok rambutan tersebut dia mendongak dan lebai husin terkejut sambil berkata  "astaghfirullahalazim ..mari sini turun". Apabila Yuna turun lebai husin berkata "nah ambik ni 2 hinggit buat beli spender"Yuna segera berlari mendapatkan ibunya sambil menyerahkan duit tersebut pada Leha. Setelah diceritakan apa yang berlaku maka pada petang esoknya Leha telah bersiap sedia berada diatas pokok dengan hanya berkain batik menantikan lebai Husin lalu.

Apabila lebai Husin lalu untuk kesurau sekali lagi dia terperanjat apabila mendongak keatas pokok rambutan tersebut sambil berkata "astaghfirullahhalazim ..mari turun cepat". Leha hanya tersengeh-sengeh turun menantikan habuannya. Lebai husin menyeluk poket sambil berkata "nahh.. ambik ni 20 sen pergi beli pisau cukur"  ... miahahahahahaha

Setelah itu Leha berhenti memanjat pokok dan beralih menjadi seorang blogger namun dia masih mengekalkan identitinya itu iaitu 'blogwalking' dengan memakai kain batik pulak...hahahaha
Begitulah sejarah kisah Leha yang kini telah menjadi seorang blogger terkenal dan kaya raya.. rahsianya 'blogwalking' dengan kain batik walaupun orang tak nampak tapi orang tetap datang 'hulur' kembali ke blognya dengan klik pada nuff...hahahahaha kena korang dengan aku hari ni ye.. wakenabe hehe dan untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh dapatkan majalah OZZY yang entah bila akan diterbitkan.

Perhatian : Kisah ini hanyalah rekaan dari aku..tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.pesanan dari penaja "don't do this at public".
** - watak yang disebutkan juga hanyalah rekaan sekadar usikan pada sahabat blogger dan tidak ada kena mengena langsung dengan diri atau kehidupan mereka.  
** - Untuk mengenali rakan aku yang membawa watak tersebut sila klik pada nama yang di highlight warna biru dan masuk ke blog mereka.
Pada rakan lain anggap saja ini sekadar entry santai dan gurauan dari aku kerana dalam hidup janganlah terlalu serius setiap masa sesekali apa salahnya bergurau kan..ceria-ceriakanlah diri anda.

12 Jun 2010

JAWAB TAG DARI CIK-SHINJU


TAG ni saya dapat dari cik-shinju seorang blogger periang ala-ala kanak riang hehe ..jadi untuk meriangkan dia lagi aku jawab apa yang dia minta .... ok shinju yeaa ...

(a) Copy gambo kat atas tu - Done. 


(b) Tulis 23 fakta rawak wak wak ( rendom dem dom ) tentang diri awak(tak kisah lerr bende tuu fakta kerr angan angan kerr cita cita kerr imaginasi ker or wat so ever la...  


Sedikit Info mengenai aku....

1-Nama sebenar Ahmad Fauzi yang bermaksud 'yang terpuji kejayaanku'

2-Seorang yang cerewet dalam banyak perkara.

 
3-Seorang yang berfikiran terbuka dan suka berterus terang

4-Tidak suka rumah atau barangan bersepah/berserabut termasuk blog aku ni..dan tidak suka suasana bising

5-Membeli ikan,sayur atau buah mesti pilih sendiri..kalau peniaga pilih aku takkan beli
 sebab peniaga sekarang banyak penipu.

 
6-Makanan kegemaran nasi goreng , ayam kampung dan tomyam..makanan tidak digemari ayam daging dan nasi lemak... juga gemar minum telur ayam kampung mentah di campur madu lebah.        

 
7-Baju kebanyakan bewarna putih dan hanya satu bewarna hitam....


8-Paling tidak suka bila stokin disumbat dalam kasut 

9-Perfume yang digunakan 'Drakkar' dari bujang hingga sekarang..sekarang guna one drop perfume lebih sharp baunya dan tidak mengandungi alkohol.


10-Tidak suka pada mereka yang bersikap hipokrit.

11-Gemar menyanyi dan pencapaian terbaik mara ke suku akhir sebab suara tak cukup bagus..aktiviti tidak digemari gosok baju dan memancing. 


12-Serius dan tegas ditempat kerja

13-Suka menyakat isteri ketika dirumah..muka nampak garang dalam hati ada taman hehe..

14-Bila bercakap akan memandang tepat dan jauh kedalam anak mata kerana mudah mengesan kalau ada yang
 
cuba menipu dan sebab itu juga ramai yang mengelak dari bercakap dengan aku.

15-Gemar menyendiri sambil melihat dan menyelami sikap manusia

16-Suka mengelamun,berimaginasi dan berangan-angan serta dianugerahkan "intuisi" atau pancaindera ke 6 yang agak tajam.


17-Gemar mencuba dan meneroka benda atau perkara baru

18-Tiada cita-cita hanya ada angan-angan yang kebanyakannnya telah tercapai ... Alhamdulillah

19-Penyanyi yang diminati MUS May dan Ziana Zain..pelakon Rosyam Noor dan Shahiezy..pelawak Abby Yus dan
 Saiful Apek.

20-Stesen radio kegemaran Sinar FM..dalam rumah , bilik dan kereta.

21-Aktif dalam sukan ketika disekolah bolasepak,hoki,takraw dan lompat tinggi mewakili sekolah dan daerah (MSSD) ... 
belajar sendirian teknik lompat tinggi dibelakang rumah dengan menyumbat daun kering ke dalam guni sebagai tilam dan menjadi juara lompat tinggi disekolah dengan menyamai rekod lama 1.65M dan mewakili Daerah dengan mendapat tempat ke 4

22-Pertama kali dan terakhir memegang bola bowling terus menjadi juara dan mendapat hadiah handset yang digunakan hingga sekarang.

23-Seorang perokok tegar dan penggemar nescafe (penternak kafein) serta teh halia.


Oleh kerana aku tidak mempunyai ramai rakan atau follower yang rapat dengan aku kecuali Yassin (AAP), Zulkbo dan Cik-Shinju yang ketiga-tiganya dah pun kena Tag yang sama.. maka aku hanya boleh cuba beri Tag ini pada 2 orang yang aku rasakan mungkin nak jawab..apapun terpulanglah pada mereka samada nak jawab ataupun tidak.


1) Cik Nierah - sebab dia pun rajin juga berkunjung ke sini

2) En.Hafizal atau Che' Pit - Sebab dah lama tak dengar berita kawan kita ni..Biasa dia ada di FB.

3) Cik Eyla - sebab dia pun rajin juga berkunjung ke sini

11 Jun 2010

MENGENALI RAKAN

Masyarakat kita iaitu orang melayu mempunyai berbagai tradisi,loghat serta sikap yang berbeza antara sesebuah negeri.Meskipun kita adalah satu bangsa iaitu bangsa melayu tetapi apa yang aku lihat gaya dan cara serta pemikiran sedikit berbeza. Terdapat juga perbezaan yang agak ketara pada sesebuah negeri dengan negeri yang lain.

Aku ingin huraikan sedikit perbezaan tersebut berdasarkan pergaulan dengan rakan-rakan yang berlainan negeri.Walau apapun ini hanyalah pandangan kasar dari kacamata dan pemerhatian aku sahaja..

i) RAKAN JOHOR
-Apa yang aku lihat rakan dari Johor kebanyakannya bersikap terbuka dalam berbagai perkara samada pergaulan atau pemikiran.Mereka juga amat berhati-hati ketika memberikan pendapat atau berhujah dan mudah juga menerima pendapat orang lain.Hubungan kekeluargaan juga tidak terlalu rapat dan kadangkala berlaku sedikit percanggahan sesama mereka.Mereka juga mempunyai pendirian yang kuat dan tidak mudah goyah atau dilebur serta semangat yang cukup kuat.Dikalangan mereka tidak ramai yang percayakan bomoh atau perkara tahyul. Mereka juga lebih bersikap negarawan dan ramai antaranya amat bencikan singapura. Hubungan dengan rakan-rakan walaupun berlainan negeri dijaga dengan baik terutama dalam pertuturan yang berhemah.Dalam mencari pasangan mereka juga agak flexsibel dengan calon dari mana-mana negeri serta mudah disenangi dan disayangi.

ii) RAKAN MELAKA
-Sebut sahaja orang Melaka boleh dikatakan semua orang tahu dan melabelkan mereka 'mulut celupar'.Apa yang aku perhatikan bahasa yang mereka gunakan sesama mereka pada orang lain memang kelihatan kasar dan sukar diterima oleh rakan dari negeri lain tetapi bagi sesama mereka ianya dianggap biasa hatta antara adik beradik sekalipun.Namun bila bersama rakan dari negeri lain mereka lebih menjaga bahasa yang mereka gunakan.Ayat seperti 'lahabau kau' , 'celaka kau' atau 'sial' dianggap sebutan biasa sesama mereka.Hubungan kekeluargaan juga rapat dan walaupun pertuturan sesama mereka nampak kasar tetapi hubungan keluarga serta saudara mara tetap dijaga dengan baik terutama pada orang tua.Dalam mencari pasangan agak sukar kerana ramai rakan dari negeri lain 'gerun' dengan gaya dan pertuturan mereka dan akan berlaku banyak masalah jika bertembung dengan pasangan dari Kelantan atau Negeri Sembilan.Ramai diantara mereka juga lebih gemar mencari pasangan dari luar kerana cuba mengelak dari tradisi 'riuh' ini.

iii) RAKAN NEGERI SEMBILAN
-Mereka amat menjaga dan amat fanatik dengan hubungan kekeluargaan antara adik beradik atau saudara mara.Tidak hairanlah jika kenduri kendara sentiasa penuh dengan adik beradik mereka. Kerana ingin menjaga hati adik beradik dan saudara mara...mereka seringkali mengaitkan kesalahan orang luar bila berlaku sesuatu perkara.Kelompok mereka juga masih ramai yang percaya dan taksub dengan bomoh dan alam ghaib.Dalam mencari pasangan mereka sebolehnya mengelak dari orang Kelantan kerana masing-masing amat pertahankan keluarga masing-masing dan sukar mahu mengalah.Selain itu mereka juga sebolehnya mengelak dari bertemu dengan pasangan dari Melaka tetapi masih boleh diterima tidak seperti dari Kelantan.Pilihan utama adalah dari negeri yang sama.

iv) RAKAN PAHANG
-Rakan dari Pahang kebanyakannya bersikap agak curiga pada rakan dari negeri lain.Mereka mengambil masa yang agak lama untuk rapat dengan rakan berlainan negeri.Mereka lebih selesa bergaul sesama rakan senegeri terutamanya jika dikalangan mereka bercakap dalam loghat yang agak 'pekat'.Atas faktor ini juga mereka agak segan untuk mendekati rakan baru berlainan negeri melainkan jika mereka boleh menguasai pertuturan biasa tetapi mereka tidak menolak jika didekati..dalam ertikata lain mereka segan mendekati tapi lebih suka jika didekati.Hubungan adik beradik tidak terlalu rapat dan ada kalanya kerap bercanggah pendapat dan mereka juga tergolong dalam kelompok yang agak sensitif dan mudah terasa hati terutama dalam pergaulan.Mereka juga tidak bersikap terlalu fanatik pada negeri kelahirannya tapi lebih menonjol sebagai negarawan.Dalam mencari pasangan juga mereka lebih flexible dengan mana-mana negeri dan tidak mengutamakan negeri yang sama.

v) RAKAN TERENGGANU
-Sikap rakan dari Trengganu juga tidak jauh berbeza dan hampir sama dengan rakan dari Pahang yang mana mereka juga lebih selesa bersama komuniti mereka yang bertutur dalam loghat yang 'pekat'.Mereka juga tidak terlalu fanatik dengan semangat kenegerian dan tidak terlalu menonjol dengan semangat negarawan.Dalam erti kata lain mereka ini lebih 'low profile' dan tidak terlalu membanggakan diri sebagai anak Terengganu kerana mereka tenggelam dengan jiran mereka iaitu Kelantan yang lebih menonjol dan lebih 'garang'.Dalam mencari pasangan mereka juga agak flexible terutama dengan orang Pahang dan pasangan senegeri.

vi) RAKAN KELANTAN
-Sebut saja negeri ini satu negara tahu dengan sikap fanatik mereka. Aku juga mempunyai ramai rakan baik dari negeri ini.Semangat kenegerian tidak perlu dipertikaikan lagi dimana boleh dikatakan kesemuanya berbangga mengakui diri mereka anak jati kelantan.Walaupun mereka sering dikaitkan sebagai 'gedebe' tetapi mereka amat pandai menyesuaikan diri dan mengikut rentak rakan dari negeri lain.Dalam bab memujuk rayu terutamanya lelaki memang sukar ditepis.Bijak bermain dengan kata-kata bersama lenggok bahasa yang ramah serta pandai mengambil hati membuatkan mereka mudah didampingi.Tidak hairanlah hampir di seluruh negeri pasti ada anak kelantan yang berniaga.Satu perkara yang tidak disenangi oleh rakan dari negeri lain adalah apabila mereka bertemu sesama mereka maka rakan tersebut akan merasa dipinggirkan.Hubungan kekeluargaan juga amat rapat dan sering menutup kelemahan anggota keluarga dari pihak lain.Dalam mencari pasangan mereka lansung tidak kisah dari negeri mana sekalipun cuma sering sukar untuk diterima oleh keluarga pasangannya terutama dari Melaka dan Negeri Sembilan.

vi) RAKAN UTARA ( PERAK , KEDAH , P.PINANG & PERLIS )
-Kelompok mereka dari semua negeri di Utara adalah bersikap hampir sama.Hubungan kekeluargaan sering bermasalah dan tidak rapat serta banyak menimbulkan persengketaan atau percanggahan pendapat sesama adik beradik mahupun saudara mara.Mereka juga lebih menghormati dan rapat dengan pihak luar berbanding sesama adik beradik atau saudara mara dan kerana itu mereka tiada masalah untuk rapat dengan rakan-rakan dari mana-mana negeri..Kelebihan yang mereka miliki adalah dari segi lenggok suara serta sebutan yang jelas semasa mengaji atau azan.Dalam mencari pasangan meskipun pilihan sesama mereka pada awalnya tiada masalah tetapi mula timbul setelah berumahtangga.Satu advantage pada pasangan mereka yang berasal dari negeri lain terutamanya Negeri Sembilan, Melaka dan Kelantan kerana mereka lebih cenderung ke sana dari balik ke Utara.

Apa yang aku catatkan hanyalah dari pandangan aku sendiri dan tidak semestinya semua fakta tersebut adalah benar dan mungkin bercanggah pada pandangan rakan lain.Aku sekadar mencatatkan berdasarkan pemerhatian dan pandangan peribadi aku sahaja kerana aku suka menilai sikap manusia.Walauapapun satu perkara yang sama pada hampir setiap diri kita orang melayu adalah kita bersikap sensitif dalam banyak perkara.

9 Jun 2010

54-APAKAH SAYUR BERKHASIAT

Tidak dinafikan kita semua tahu khasiat dan kebaikan memakan sayur. Sejak kecil kita sering diingatkan agar memakan sayur agar sihat tapi apakah sayur hari ini benar-benar membuatkan kita sihat??
Untuk itu aku cuba mencari fakta tentang sayur...

Apakah sebenarnya kesan apabila manusia memakan kubis? Jawapannya adalah sekiranya seseorang wanita makan sayur kubis, ia akan menyebabkan keputihan banyak keluar dari kemaluannya.
Fakta ini diakui oleh seorang doktor wanita pakar sakit puan yang dipanggil untuk membincangkan masalah sakit puan di TV3 satu masa dahulu. Doktor perempuan pakar sakit puan ini berkata “Penyakit keputihan adalah penyakit normal yang dihidapi oleh orang perempuan. Ia hanya akan mendatangkan masalah  apabila kuantiti keputihan yang dikeluarkan ini terlalu banyak hingga menyebabkan secondary infection”.

Ini adalah disebabkan keputihan ini sebenarnya adalah protin yang dikeluarkan dari dinding kemaluan wanita akibat dari memakan kubis ini. Protin keputihan ini adalah satu medium yang amat digemari oleh mikro organisma seperti kulat dan bakteria. Kedudukan keputihan yang dikeluarkan melalui kemaluan ini begitu tersorok dan sangat lembap dan faktor-faktor ini semua mengundang kulat dan bakteria untuk tumbuh di atasnya seterusnya menyebabkan kegatalan yang serius. (SUMBER)

Berikut pula fakta yang aku perolehi dari internet :
Satay & Timun
Jika anda makan satay….jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apakah maksud karsinogen ?Ianya didefinasikan sebagai suatu keadaan yang menyebabkan barah manakala timun pula bertindak sebagai anti-karsinogen.

Mee Segera
Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil pakej yang seterusnya.Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor mendedahkan bahawa salutan wax keatas makanan ini sebenarnya membuatkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.Doktor turut menambah bahawa badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan.Wax adalah antara penyumbang utama kanser dan barah.Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai  “makan untuk mendapat barah” Kalau istilah James Bond ==>Licence to kill!

Bawang Goreng Segera
Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman...yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan.Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut.Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli nampak berkilat dan jika terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Udang & Vitamin C
Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !!. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam masa beberapa jam sahaja.

Babi & Coke
Cuba yang ni…..bagi penggemar makanan ni “Bah Kut Teh” (babi). Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana.Fakta diperolehi dari “Health Corporation of Singapore”.

Penanam sayur pula terutama petani dari kaum cina , penggunaan racun Furadan 3G digunakan secara meluas dan memudahkan kerja, bayangkan biji benih disemai bersama butiran furadan dan semestinya hasil amat menarik sekali kerana tiada gangguan dari ulat dan hama.Penggunaan bukan hanya untuk sayuran malah buah-buahan turut digunakan dengan racun sebenarnya meresap terus bersama zat-zat yang terdapat dalam buah-buahan tersebut.Antara buahan dan sayuran yang sering digunakan ialah jagung, timun, labu, jambu, mangga,pisang,tembikai/tembikai susu dan sayuran seperti sawi dan kangkung serta  banyak lagi.

Sebagai contoh penanaman tembikai... racun Furadan 3G digunakan dengan menabur butir-butir racun ini di sekeliling pokok tembikai kerana racun Furadan 3G ini adalah dalam bentuk biji/butir.Racun yang melarut akan diserap melalui akar pokok tembikai ini dan kesannya ialah segala daun, pokok dan buah tembikai ini tidak akan diserang oleh serangga tetapi racun tersebut akan diserap kedalamnya.

Selama ini kita digalakkan memakan buah-buahan dan sayuran tapi setelah ianya menjadi satu industri yang mendapat permintaan yang tinggi maka inilah yang dihidangkan pada kita...Kita cuba bersihkan sayur tersebut sumber air paip pula mengandungi klorin..Apa lagi khasiat yang ada...

8 Jun 2010

IKAN DICEMARI FORMALIN

Ini pula info yang aku dapat mengenai ikan..
Tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian besar ikan-ikan yang kita makan setiap hari adalah diimport dari negara Thai.Setelah ditangkap oleh para nelayan di sana, ikan-ikan itu dimasukan ke dalam kontena dan ditimbus dengan ketulan-ketulan air batu supaya ianya boleh bertahan lama sepanjang perjalanan ke Malaysia & Singapura.

Kita anggap saja ikan tersebut terus di bawa menaiki kapal untuk dieksport.Perjalanan biasanya mengambil masa selama 6 atau 7 jam...semasa ikan-ikan tersebut tiba di Malaysia dan Singapura ianya telahpun lesu dan kurang segar ( itupun jika terus dieksport bagaimana pula jika ikan tersebut dieskport keesokan harinya? ) Jadi untuk mengelakkan berlakunya perkara ini pihak pengusaha perikanan di negara Thai kini menggunakan teknik baru.Tahu kah anda semua teknik baru yang digunakan itu?

Sebelum dieksport, semua ikan-ikan tersebut direndam terlebih dahulu di dalam air yang dicampur dengan sejenis bahan kimia disebut FORMALIN. Ini adalah bertujuan supaya ikan-ikan yang dieksport itu boleh bertahan jauh lebih lama dan kelihatan masih 'fresh', keras dan segar bila sampai ke destinasinya termasuk ke negara kita.

Tahu kah anda semua...Apa itu bahan kimia bernama FORMALIN?... FORMALIN merupakan sejenis bahan kimia yang disuntik ke dalam mayat supaya ianya boleh bertahan lama atau dalam bahasa inggeris disebut 'embalm'. (sila klik semua tulisan biru untuk info lebih jelas).Mayat-mayat umat Islam diharamkan disuntik dengan kimia ini. Sekarang... tanpa disedari... ikan-ikan yang kita makan hari-hari termasuk di restoran dan hotel besar berkemungkinan mengandungi bahan kimia tersebut ... maka apa hukumnya pulak?

Kalau kita beli ikan di pasar ada caranya untuk kita mengesan .. kalau ikan-ikan itu TIDAK dihinggapi lalat bermakna ikan-ikan itu telah direndam dengan kimia Formalin kerana lalat tidak akan hinggap pada ikan yang mengandungi bahan kimia tersebut.Mungkin kita boleh mencuba dengan membeli ikan yang kelihatan segar dipasar bawa balik dan biarkan disatu tempat serta lihat apakah ada lalat yang akan hinggap....sesungguhnya Lalat lebih mengetahui !!!.

Kita terjah pula ikan yang sekarang ini dibela didalam kolam.Tidak dinafikan ia menjana ekonomi kepada sesetengah penternak ikan dinegara kita. Bagaimana pula dengan bahan makanan yang diberikan pada ikan tersebut? apakah pula kandungan bahan makanan yang diberikan? contoh ikan keli..adakah semua pengusaha memberi sumber makanan mengikut piawaian serta makanan yang diluluskan? (aku baru saja menjadi follower pada penternak ikan keli ini yang dalam proses untuk memproses makanan ikan sendiri..sesuatu yang aku cari selama ini).

Lihat pula ikan haruan yang diternak kenapa saiz dan warna serta rasanya berbeza dengan yang kita perolehi dari paya atau sawah? dan apakah kandungan khasiatnya juga sama?..Jika di Pahang yang terkenal sebagai bandar ikan patin..kini ikan diternak menggunakan sangkar di Sungai Pahang agar kualiti ikan terpelihara tetapi apakah sumber makanan yang diberikan sama seperti apa yang ikan tersebut perolehi dari ekologinya?..

Justeru itu berbalik pada topik ayam daging ..kini generasi kita semakin terus dihimpit pada kehidupan tidak sihat serta terdedah pada penyakit misteri dan tersembunyi yang kita tidak sedari berpunca dari makanan yang kita makan setiap hari yang kita sangkakan berkhasiat.

Bulan lepas ketika pulang ke kampung melihat tok (nenek perempuan) yang berusia 80an.walaupun uzur tapi dia tiada sebarang penyakit sedangkan ketika zaman kanak-kanak dulu setiap hari aku lihat dia buat air kopi pekat yang sungguh manis pagi dan petang..setiap hari juga pasti ada lauk ikan masin bersama ulam .. bila di tanya dia katakan "tok(nenek) tak suka makan AYAM DAGING...nanti banyak penyakit !!! "....



3 Jun 2010

52-AKU KECEWA

Setelah abah meninggal dunia kami menyediakan persiapan untuk majlis membaca yassin dan tahlil.Inilah kelebihan masyarakat di kampung berbanding di bandar.Semangat tolong menolong dan hidup berjiran sesama umat islam.
Di tempat kami setiap kali majlis diadakan samada kenduri kahwin atau kematian sudah menjadi tradisi setiap dari penduduk akan bersedekah samada gula atau beras.Memang tidak menjadi masalah langsung pada kedua-dua bahan asas tersebut.

Masih aku ingat sewaktu zaman kanak-kanak dahulu jika ada berita dikalangan penduduk meninggal dunia maka semua penduduk akan meluangkan masa menziarahi arwah..tidak perlu dijemput atau dipanggil masing-masing akan segera berkunjung pada malamnya untuk membaca yassin dan tahlil.Apa yang mengejutkan kini tradisi atau pemikiran penduduk telah berubah.Aku sangkakan mereka tidak perlu dijemput kerana masing-masing tahu abah telah meninggal dunia apatah lagi mereka telah hidup berjiran telah lebih 30 tahun..sama-sama berhijrah dan sama-sama menebas hutan.

Aku merasa pelik kerana emak menyuruh aku menjemput mereka dari satu rumah ke satu rumah namun aku tidak setuju kerana aku beranggapan ini adalah majlis tahlil dan untuk membaca yassin lagipun abah adalah sahabat lama mereka dan tidak pernah bermusuh dengan mereka.Emak mengatakan itu dulu tapi sekarang kalau tidak dijemput mereka tidak akan datang kerana mereka beranggapan jika mereka datang dan menjamah hidangan ia dikira haram kerana tidak dijemput oleh tuan rumah.Astaghfirullahalazim... sungguh aku terkejut kenapa hanya sekarang ..di zaman ini baru mereka bangkitkan hal itu??..mereka adalah orang yang sama ketika zaman aku kanak-kanak dulu yang tidak perlu dijemput ketika jiran mereka meninggal dunia..apakah makanan yang mereka makan dahulu adalah haram??..

Aku merasa amat kecewa dan juga keliru lantas berkata pada mak "kalau mereka itu semua kawan abah .. sepatutnya mereka fikirkan pasal tahlil dan membacakan yassin buat arwah..bukan persoalkan pasal makan .. kalau rasakan makan itu haram, jangan makan.. sekurang-kurangnya ziarah dan sedekahkan bacaan surah yassin buat arwah..apakah itu juga salah??".Emak berkata memang sekarang mereka semua beranggapan begitu dan kalau tak percaya cuba tengok.Aku bertanya lagi "bagaimana pula selepas bersembahyang dimasjid tiba-tiba mereka diminta untuk membaca tahlil dan membaca yassin seterusnya dihidangkan dengan jamuan makan atau hanya minum..apakah itu juga dikira haram??.. emak enggan menjawab hanya meminta aku pergi menjemput mereka.

Meskipun tidak setuju kerana emak aku turuti juga namun dalam diam salah seorang dari mereka aku tak jemput kerana aku ingin lihat sendiri apakah betul dia tidak akan datang.Malamnya semua yang aku jemput hadir dan memang benar jiran yang aku tidak jemput memang tak hadir...bermakna betul kata emak jika tak dijemput mereka tak akan hadir.Setelah majlis selesai aku memberi ucapan terima kasih pada semua yang hadir dan sekaligus menjemput mereka untuk malam yang berikutnya untuk melengkapkan 3 malam berturut-turut kerana aku beranggapan malam seterusnya tidak perlu lagi aku menjemput mereka datang.Malangnya emak mengatakan mereka masih perlu dijemput setiap hari jika tidak mereka tetap tidak akan datang.

Aku tertanya-tanya kenapa begitu sekali masyarakat yang dulu hidup berjiran dan saling tolong menolong kini berubah menjadi begitu 'calculative'..dan menjadi 'selfish'.Aku mencongak kearah generasi yang akan datang bagaimana pula ragamnya..yang aku pasti semangat kejiranan mula kian pupus dan perlahan-lahan terhakis berpunca samada dari fahaman politik yang semakin ekstrem atau peredaran zaman yang semakin mengubah pemikiran manusia.Apa yang aku ingat abah bukanlah seorang aktif berpolitik malahan aku sendiri tidak tahu dia menyokong parti mana kerana semasa hayatnya abah tidak keberatan untuk mengikuti rakannya walau dari parti mana sekalipun.. ceramah BN dia pergi ceramah PAS pun dia pergi.Oleh kerana perbezaan politik ini juga masyarakat disini turut berpecah hingga sembahyang juga mereka memilih surau-surau tertentu dan bukan lagi ke masjid.Majlis kahwin turut menerima tempiasnya yang mana ada kalangan mereka juga tidak akan ke majlis yang berlainan dengan partinya.

Malam ke tiga dan malam terakhir aku tidak sempat memanggil kesemua mereka dan antara yang tidak sempat aku panggil adalah ketua dikawasan kami.Esoknya ketika selesai sembahyang jumaat aku bertembung dengannya dan meminta maaf kerana tidak sempat menjemputnya tetapi sengaja aku bertanya "kenapa tak datang malam tadi?" dan dia menjawab dengan nada sinis "ohh..ingatkan kenduri untuk orang perempuan .. sebab nampak orang perempuan je ramai"... memang la ramai nampak orang perempuan pada siangnya kerana mereka tolong-menolong semasa memasak!!!. Persoalan ini sebenarnya masih berlegar dalam fikiranku kerana sehingga kini aku masih belum temui jawapan yang benar-benar pasti..Adakah benar ia dikira haram??...

2 Jun 2010

51- KU ABADIKAN KENANGAN BERSAMAMU


Sambungan dari bahagian 1 DI SINI...

Setelah kakinya sembuh Abah memberitahu yang dia teringin sangat untuk datang ke rumahku tapi aku tidak setuju memandangkan kakinya baru saja sembuh dan dia dia masih berjalan dengan terhencot-hencot. Aku katakan tunggulah dulu biar kakinya betul-betul pulih tetapi abah tetap berkeras untuk datang melihat rumah yang baru aku beli ini.

Pada bulan puasa tiba-tiba abah menelefonku mengatakan dia sudah sampai hampir dengan kawasan rumahku dan mengatakan dia datang bersama adikku yang memandu kereta.Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi tetapi menyambutnya dengan gembira.Tiga hari abah tinggal di rumahku dan kami bersahur serta berbuka puasa bersama-sama.Malamnya kami keluar lagi mencari makanan kegemarannya mee goreng mamak bersama teh tarik.Sungguh berselera aku lihat abah makan. Ketibaan Hari Raya juga disambut dengan gembira meskipun kaki abah masih terasa sakit dan kebas.

Sebulan selepas hari raya aku dikejutkan dengan telefon dari emak yang mengatakan abah dalam keadaan tenat kerana tiba-tiba sahaja tidak sedarkan diri.Ketika emak telefon aku terdengar suara orang membaca surah yassin.Emak menyuruh aku balik dengan segera kerana ramai yang berkata 'hidung dan telinga abah dah jatuh'.Aku katakan kenapa tak segera bawa ke hospital? mak katakan kalau bawa pun dah tak sempat. Aku tak setuju kerana naluri aku tidak beranggapan demikian.Aku katakan sempat atau tak sempat bukan kita yang tentukan yang penting kita usahakan dulu dari biarkan abah begitu.Naluri aku mengatakan pasti abah kekurangan gula dalam badan sebab itu dia sudah tiada tenaga lantas aku meminta emak titiskan air gula ke dalam mulut abah dan selepas itu segera bawa ke hospital.

Dalam masa yang sama aku segera memohon cuti dan terus bergegas balik ke kampung.Ketika aku tiba ke hospital abah berada di dalam emergency ward dan ketika aku masuk abah dah boleh bercakap. Melihat aku datang dan bersalam dengannya abah berkata "Abah tak sedar tadi zie..tak tau kenapa tiba-tiba je gelap". Aku hanya tersenyum sambil meminta abah berehat dan dalam hati aku mengucapkan syukur kerana abah selamat.Setelah abah pulih dia ditolak masuk ke dalam ward dan emak tinggal di situ untuk menjaga abah sementara aku balik semula ke rumah untuk kemaskan pakaian aku.Sebelum balik sempat lagi aku usik emak "dah naik balik hidung abah tu ye..hehe" mak hanya tersenyum dan berkata "mana mak tau..dah orang kata jatuh mak pun katalah hidung abah jatuh".

Esoknya aku menggantikan emak untuk menjaga abah.Disebabkan abah juga ada penyakit buasir maka apabila darah tingginya naik... darah akan mengalir keluar dari duburnya.Kerana itu abah terpaksa memakai pampers dan menjadi tugas aku untuk menyalin dan memakaikan dia pampers.Ketika kecil dia pakaikan lampin untuk aku kini giliran aku pula pakaikan untuk dia.Abah juga tidak mampu berjalan lagi maka aku gunakan kerusi roda untuk menolak abah ke tandas.Hari pertama abah masih boleh cuci sendiri tapi masuk hari ke dua abah tak mahu cuci lagi dan minta aku yang buatkan untuk dia.

Aku siram dan cuci serta memakaikan abah pampers sementara abah hanya tercegat berdiri menanti aku siapkan.Sesungguhnya begitulah roda kehidupan... ketika aku dilahirkan abah yang cuci najis dan pakaikan pampers dan lampin untuk aku..kini tiba giliran aku untuk melakukan perkara yang sama pada dia.Ketika termenung ditepi katil tiba-tiba abah berkata "zie..mak tengah masak apa tu" sambil menunjukkan nurse disebelah sana.Aku katakan "itu bukan emak la abah..kita kan kat hospital mana ada mak kat sini.. tak ada sesiapa pun yang  masak dalam wad ni" rindunya abah dengan masakan emak...

Esok adalah hari umat islam menyambut hari raya korban bermakna disinilah juga aku beraya kali ini bersama abah.Kerana esok hari raya juga abah juga mahu kelihatan kemas dan meminta aku mencukur janggut dan misainya. Buat pertama kali dalam hidup aku mencukur janggut dan misai abah dan abah meminta aku carikan ketupat dan nasi himpit juadah kegemarannya di pagi raya. Selepas sembahyang raya tekakku terasa dahaga sambil otakku ligat berfikir dimana boleh aku dapatkan nasi himpit dan nasib aku baik bila aku terlihat sebuah kedai makan yang dibuka lantas aku singgah di situ. Mungkin sudah rezeki abah bila empunya kedai mengatakan semua makanan yang dihidangkan diatas meja adalah percuma termasuk lemang , ketupat dan nasi himpit yang abah pesan.Setelah meminta izin mereka bungkuskan nasi himpit untuk aku berikan pada abah.

Setelah seminggu abah semakin pulih dan dibenarkan keluar sementara aku kembali semula ke KL. Terasa lega dan gembira melihat abah kembali pulih dan berjalan seperti biasa namun kegembiraanku tidak lama apabila dipenghujung bulan december sekali lagi emak telefon mengatakan abah kaku terbaring tidak bergerak selepas sempat menjamah kuih semasa sarapan pagi.Emak mengatakan dia sudahpun berada di Hospital Besar Temerloh dan meminta agar aku jangan datang kerana emak diberitahu kemungkinan abah akan dihantar ke hospital KL kerana di Temerloh kemudahan tidak selengkap di KL.Tidak lama selepas itu emak memberitahu abah dalam perjalanan menuju ke KL menaiki ambulance.

Aku mengagak masa perjalanan diantara 3-4 jam dari Temerloh dan ketika aku tiba dihospital abah telah berada didalam emergency wad dan tidak lama selepas itu doctor meminta tandatangan emak untuk membuat pembedahan pada kepala abah untuk mengeluarkan darah beku.Aku menemani emak sehingga jam 3 pagi sebelum aku balik untuk bekerja keesokannya kerana doktor menjangkakan pembedahan kemungkinan siap sekitar jam 4 pagi.. lagipun kami belum lagi dibenarkan melihatnya.

Keesokannya aku datang untuk melawat abah yang ketika itu telah berada didalam wad ICU.Aku tercari-cari dimana abah sehinggalah nurse tunjukkan padaku.. rupanya dia terbaring dikatil berhampiran tempat aku berdiri.Keadaannya ketika itu membuatkan bukan saja aku malah emak juga tidak mengenalinya (itulah foto terakhir abah yang aku dapat ambil ketika di ICU) Aku sangkakan hanya sedikit saja kepala abah dibelah rupanya dibelah dari bahagian kiri terus ke kanan.

Hari demi hari berlalu abah masih terlantar tidak sedarkan diri dan setiap hari juga selepas waktu bekerja aku akan membawa emak yang tinggal di rumahku pergi melihat abah kerana emak tidak dibenarkan menjaga abah didalam wad ICU.Seminggu berlalu hingga memasuki tahun baru (2009) abah masih belum sedar.Setelah itu doktor memanggil aku dan mengatakan abah sebenarnya hanya bergantung kepada bantuan peralatan yang disambungkan pada tubuhnya dan sekiranya peralatan tersebut ditanggalkan keadaannya hanya 50/50 serta sedikit bergantung pada keajaiban mengikut andaian doktor.Aku hanya mampu mengangguk  faham dan menurunkan tandatangan tanda setuju bagi doktor menanggalkan semua peralatan ditubuh abah.

Esoknya yang bertarikh 3-1-2009 adalah hari lahir aku...ketika aku termenung didalam bilik aku dikejutkan dengan panggilan dari pihak hospital mengatakan "ayah encik sudah tiada lagi..sila datang ke hospital untuk menguruskan jenazah..." innalillahiwainnailahirajiun...aku menerima berita dengan tenang tanpa setitis pun air mata aku tumpah kerana aku juga tidak sanggup lagi melihat abah terlantar derita.. sesungguhnya Allah lebih menyayangi abah dan semoga Allah tempatkan abah bersama dengan orang yang beriman..aku redha dengan ketentuannya.Ketika aku memandu mengiringi van jenazah menuju pulang kekampung air mataku tidak dapat ditahan lagi.. mengalir laju saat terkenangkan memori bersama abah , pengorbanan abah dan jasa-jasa abah yang tidak mungkin menjelma kembali.

Satu ketika dahulu pada tarikh yang sama kelahiranku ke dunia disambut olehnya dan pada tarikh ini juga dia pergi meninggalkan aku.Aku redha dengan ketentuannya dan selepas ini hari lahirku disambut dengan doa untuk diriku dan juga doa untuk abah.Cukup sayu bila kukenangkan detik itu dan airmata aku menitis ketika aku coretkan kenangan ini...terasa rindu pada abah..Ya Allah ya tuhanku tempatkanlah abah di sisi orang-orang yang soleh..dan ampunilah segala dosa-dosa abah..Al-Fatihah..Aminnnn...






1 Jun 2010

50-KENANGAN ABADI

Tanpa Ayah dan Ibu kita tidak akan wujud dimuka bumi ini.Lahirnya kita disambut dengan penuh kesyukuran oleh kedua ibubapa apatah lagi melihat kesempurnaan yang ada pada anaknya. Bermula saat kita dilahirkan kita dijaga oleh kedua ibubapa dengan penuh kasih sayang.Agak sukar untuk kita mengingati segala kenangan bersama ayah dan ibu semenjak kita dilahirkan namun aku pasti ada antara kenangan tersebut masih terpahat disanubari meskipun kita semua pasti akan turut dimamah usia.

Ingin aku coretkan kenangan bersama ayahku yang sedari kecil aku panggil abah.Seorang yang aku anggap tenang dan lebih gemar menyendiri tetapi bukan bermakna dia tidak gemar bergaul tetapi lebih suka duduk sendirian di rumah jika tiada perkara penting bersama rakan-rakannya.Sesekali bila rakan mengajaknya berjalan atau minum di kedai dia pasti tidak menolak.

Sejak kecil aku tidak pernah dimanja olehnya tetapi dia tidak pula bersikap garang mahupun menengking aku.Kerana itu juga aku lebih senang berdikari tanpa dipaksa atau disuruh olehnya. Ketika di sekolah rendah abah sering membawa aku untuk menggunting rambut disebuah pekan dan pastinya selepas itu kami berdua akan menikmati roti canai atau mee goreng mamak kegemarannya.

Melihat sikapnya juga membuatkan aku tidak sampai hati untuk meminta apa-apa darinya seperti kanak-kanak lain hinggalah ketika memasuki sekolah menengah sewaktu rakan lain bermain bola dengan memakai kasut but aku masih bermain tanpa kasut (kaki ayam) hanya bertahan dengan memakai sarung 'guard' menyebabkan kakiku sakit-sakit kena pijak.Terasa sayu apabila nama aku terpilih mewakili sekolah tiba-tiba abah menghadiahkan sepasang kasut bola buatku meskipun hanya kasut but second hand yang dibeli dari rakannya itu sudah sudah cukup bermakna buatku.. terima kasih abah hanya itu yang mampu aku ucapkan.Kasut itu jugalah yang aku gunakan sewaktu aku terpilih bermain mewakili daerah ketika aku baru berusia 15 tahun pada tahun yang sama.

Tahun tersebut juga abah jatuh sakit ketika aku bakal menduduki peperiksaan SRP tidak lama lagi.Bertemankan beberapa buah buku aku mengulangkaji pelajaran disamping menjaga abah di Hospital Mentakab.Oleh kerana sakitnya tidak terlalu serius aku sekadar menemaninya ketandas bimbang dia terjatuh selebihnya aku hanya perlu ambilkan barang yang dia minta.Selepas dibenarkan keluar dari hospital abah lebih berhati-hati ketika membuat kerja-kerja berat maka aku mula mengambil alih tugasnya melakukan kerja ladang.Ketika aku diperantauan setelah tamat persekolahan abah terpaksa upah orang lain untuk uruskan ladang atas faktor kesihatannya dan abah mula diserang sakit darah tinggi sejak tahun 2002. Saat itu abah mula berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan serta mengambil ubat.

Awal tahun 2008 aku terkejut bila emak menelefonku mengatakan abah jatuh dan terus tidak sedarkan diri.Selepas balik kerja malam itu juga aku segera memandu pulang ke kampung dan esoknya pergi melihat abah di hospital. Menurut emak pada hari tersebut abah makan kerang dengan banyaknya setelah merebusnya sendiri tanpa diketahui sesiapa.Ketika emak melihat kedalam periuk hanya tinggal kulit kerang sahaja.Aku bertanya pada abah kenapa dia berbuat begitu sedangkan dia sendiri tahu akibatnya abah hanya tersenyum katanya dia teringin sangat sebab dah lama tak makan kerang. Empat hari selepas itu abah dah boleh keluar dari hospital tapi kakinya masih terasa kebas disebelah kanan hinggakan dia tak terasa kakinya melecur apabila terkena ekzos motor yang panas.

Dua bulan selepas itu aku dikejutkan pula bila emak telefon mengatakan abah accident motor. Puncanya ketika abah pergi membuang kucing yang mengganggu rumah jiranku yang ketika itu sedang mengadakan kenduri kahwin.Ketika membelok untuk berpatah balik ketika itulah abah dilanggar. Aku meminta untuk bercakap dengan abah bertanyakan keadaannya dan dia mengatakan hanya luka sedikit serta bengkak dikaki.Seminggu selepas itu aku balik untuk melihat keadaan abah dan alangkah terkejutnya aku bila melihat luka dikakinya.Aku katakan kalau begini keadaannya bukan sedikit lukanya.Luka dibetisnya terbelah hampir sejengkal bernanah dan berlendir serta menampakkan sedikit tulang betisnya.Aku tanya kenapa tak pergi klinik atau hospital dan katanya pula masa accident tu lukanya kecil saja cuma bengkak agak besar. Aku meneliti luka tersebut dan dari keaadaan lukanya aku rasakan abah memang ada kencing manis tapi dia menafikan katanya cuma ada darah tinggi saja.

Esoknya aku membawa abah ke Temerloh untuk membeli ubat jelly gamat untuk diminum. Dikedai 'house of healin' aku memilih ubat 'jelly gamat' yang boleh menyembuhkan luka dalaman.Selepas itu aku membawanya ke farmasi untuk membuat pemeriksaan kencing manis dan setelah diperiksa bacaan kencing manisnya sudah mencecah ke angka 20..telah berada pada paras cukup bahaya. Setelah membeli ubat abah masih mengajakku minum tea tarik bersama roti canai..aku hanya turuti sambil memesan tea kurang manis. Setelah itu aku balik ke KL sambil memesan pada abah jangan lupa makan ubat dan pergi ke klinik.

Seminggu selepas itu aku telefon abah bertanyakan keadaannya dan Abah mengadu dengan nada sayu ubat yang dibeli tempoh telah pun habis tetapi kakinya masih juga belum sembuh. Abah mengatakan dia baru membeli sejenis susu yang diperkenalkan rakannya iaitu susu 'AlphaLiphid' .. Aku sekadar mampu tenangkan hatinya dengan berkata tak kisah ubat apapun yang penting kita terus berusaha.Seminggu selepas itu aku pulang ke kampung untuk melihat keadaannya. Melihat aku abah berkata dengan sayu "Zie..doktor kata kalau seminggu lagi tak sembuh doktor nak potong kaki abah ni..tak adalah lagi kaki abah sebelah ni".Aku menatap wajahnya dengan penuh sayu namun dalam masa yang sama masih memberi semangat padanya dengan berkata "kan kaki abah masih ada lagi ni..masih ada masa untuk kita berusaha"


Selepas itu aku mencuba pula dengan menaburkan susu tersebut pada luka dikakinya yang masih kelihatan bernanah dan berair ... berkerut muka abah menahan pedih ... disamping meminta abah teruskan minum susu tersebut. Setelah itu abah kembali membalut lukanya yang dibersihkan setiap hari di klinik yang berhampiran.Minggu berikutnya aku balik semula untuk melihat keadaannya. Terkejut aku apabila melihat luka dikaki abah sudah kembali bercantum hanya tinggal sikit kesan luka dan nanah. Alhamdulillah .. dan abah berkata sambil tersenyum "ada lagi kaki abah ni..ingatkan dah nak kena potong" disambut dengan senyuman gembira dari aku... 

Bersambung....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...