30 Ogos 2010

BLOG PAK PANDIR

"Pak Pandir oooo.. Pak Pandir..mana pergi orang tua ni senyap aje". bisik Mak Andeh.Sebentar kemudian Pak pandir muncul sambil mengenyeh-genyehkan matanya "ada apa awak panggil saya Mak Andeh oiii".kata Pak Pandir.
"Awak ni asyik membuta je..cubalah cari kerja Raya dah dekat dah ni, persiapan belum buat lagi" kata Mak Andeh." Kerja apa saya boleh buatnya Mak Andeh..saya ni kan dah tua mana larat lagi nak buat kerja".

"Saya dengar orang kata kalau buat blog dapat juga duit..ada yang kata lumayan sampai ribu-ribu sebulan".kata Mak Andeh memberi cadangan. Pak Pandir menjawab " Blog tu apa?".Mak Andeh mengerutkan dahinya dan berkata "entah saya pun tak tahu...cuba Paknya pergi tanya dengan orang kampung".

Pak Pandir pun bersiap memakai baju bersama kain pelikat yang diselempangkan."macamanalah rupa blog tu ye" kata pak pandir dalam hati.Pak Pandir pun berjalan mengelilingi kampung sambil bertanya pada sesiapa juga yang dia jumpa malangnya semua pun terpinga-pinga sebab mereka juga tidak tahu apa itu blog.Tekak Pak Pandir mula terasa dahaga dan bajunya pula mula basah dengan peluh.Kemudiannya Pak Pandir memilih untuk berehat di bawah sepohon pokok yang rendang.

Sedang Pak Pandir berehat tiba-tiba dia terlihat tahi kucing yang bentuknya agak lain berpintal-pintal dan bewarna kuning keemasan.Pak Pandir meneliti bentuk tahi kucing tesebut dengan penuh minat sambil berkata " agaknya inilah dia blog ".Pak Pandir kemudiannya menguis sedikit tahi kucing tersebut "lembik je..takkan blog lembik" kata Pak Pandir.Pak Pandir kemudiannya mencolet tahi kucing tersebut menggunakan jarinya dan merasa sedikit menggunakan hujung lidahnya, kemudian Pak Pandir merenung tahi kucing tersebut dengan dahi berkerut sambil berkata "masam-masam kelat rasanya..boleh jual ke ni..ada ke orang nak beli" kata Pak pandir.

Pak Pandir masih belum berpuas hati lalu dia membongkok untuk mencium baunya pula " cehhh!!!.. tahi kucing rupanya..aku ingatkan blog..patutla bentuknya pun macam tahi kucing..nasib baik aku tak pijak!..marang kerapu kepunden parang sekeper.." kata Pak Pandir sambil bangun dan meneruskan perjalanan untuk mencari blog.Setelah puas merayau akhirnya Pak Pandir pulang dengan kecewa.Sampai di rumah Mak Andeh bertanya " Jumpa ke blog tu "  Pak Pandir menjawab  " huh!! blog apanya ...tahi kucing adalah ". dan di sambut dengan ketawa Mak Andeh       " ha..ha..ha..ha.." . Selepas itu Pak Pandir tidak mahu lagi mencari blog lagipun dia takut nanti orang kata blog dia blog sampah.

Begitulah cerita merapu dari aku hehe..sesekali merapu jangan sampai meroyan sudah..cerita lama yang aku olah sesuai dengan keadaan topik semasa.


29 Ogos 2010

Menangi Duit Raya Sehingga RM200

Ini kali pertama aku menyertai contest yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger.Agak menarik kerana kita rakan blogger tidak pernah bersua muka dan mungkin tidak mengenali antara satu sama hanya kenal di alam maya.Walau apa jua maksud dan tujuan contest ini di buat pastinya hanya empunya diri yang lebih mengetahui maksud yang tersirat dan tersurat.Yang pasti dunia blogger juga mampu menghasilkan duit walau mungkin tujuan asal kita bukan untuk duit..sekadar catatan peribadi contohnya.


Contest ini dianjurkan oleh cdiqlife.com dan syarat yang diberi adalah seperti berikut :

Contest ini hanya memerlukan anda melengkapkan slogan dengan cara yang paling kreatif.
Lengkapkan slogan di bawah dengan idea anda yang paling kreatif !.


Saya mahu memenangi DUIT RAYA daripada cdiqlife.com kerana…"ZAMAN INI ZAMAN DUIT...ADA DUIT RAMAI MENYELIT...TAK ADA DUIT KITA DI HIMPIT DAN TERSEPIT... SEGALANYA PERLUKAN DUIT TAPI JANGAN SAMPAI KITA JADI HAMBA DUIT".
Syarat lain adalah dengan meletakkan banner contest seperti di bawah di blog anda - siap !!..
   < --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------> 

ENTRY TENTANG DUIT



Duit pada hari merupakan satu ungkapan keramat bagi setiap manusia yang hidup di muka bumi ini.Meskipun sebutannya berbeza antara sesebuah negara tapi fungsinya adalah sama iaitu sebagai tukaran untuk mendapatkan sesuatu barangan yang sama nilainya. 

Bagi mereka yang pernah hidup susah pasti amat memahami keperitan hidup akibat tak ada duit. Duit bukan segalanya tetapi dengan duit juga kita boleh buat segalanya...tak perlu hipokrit.Kerana duit keluarga berpecah ..kerana duit manusia bersengketa..kerana duit diri di hina dan kerana duit juga boleh menjadi punca segalanya..jika besi dihina kerana karat manusia pula dihina kerana melarat.

Tidak perlu dinafikan peranan duit dalam hidup kita kerana itu juga wujudlah peminta sedekah tujuannya juga kerana perlukan duit untuk meneruskan hidup.Bersyukurlah kerana kita di sini belum sampai tahap menjadi peminta sedekah.Kita masih mampu berusaha dengan kudrat yang ada meskipun pendapatan setiap dari kita berbeza yang penting ianya dari sumber yang halal.

Kerana terlalu mengejar duit juga maka ada antara kita menjadi hamba duit.Duit pada mereka adalah raja untuk segalanya.Duit menjadikan mereka lupa pada segalanya dan duit juga membuatkan mereka bersengketa dan menindas mereka yang lemah.

Mungkin ada antara kita perlu akui bahawa duit juga bukan segala-galanya.Ada antara kita hidup dilimpahi dengan duit tetapi ia masih belum mampu memberikan kebahagian dan ketenangan yang dicari.Mereka hidup dalam dunia yang terasing dan terkurung disebalik kemewahan yang dimiliki kerana itu pada mereka duit juga bukanlah jaminan kebahagian yang hakiki. 

Hari ini duit dijadikan kayu pengukur kejayaan seseorang.Kerana duit kita dihormati dan disegani tak kira walau siapapun kita dan walau apapun keturunan kita.Namun ada kalanya duit juga mampu menghilangkan kewarasan kita sebagai manusia apabila akal fikiran dikuasai oleh duit.



28 Ogos 2010

INIKAH SURATAN TAKDIR

Sesuatu musibah yang berlaku sering kita anggap ia sebagai takdir.Maka kita redha dengan apa yang berlaku. Kita merasa sedih apabila melihat diri kita tidak sempurna seperti orang lain.Kita merasa sedih apabila melihat orang lain mempunyai tangan yang sempurna bersama jari yang dapat berfungsi dengan baik sedangkan kita hanya mampu melihat tangan kita tidak ada jari seperti orang lain.

Apabila orang lain melihat mereka turut tumpang simpati melihat kita terkial-kial cuba memegang sesuatu.Ketika itu terasa sayu apabila ada insan lain yang turut membantu bagi meringankan beban yang ditanggung.Ketika orang lain selesa membuat kerja kita terasing kerana menyedari takdir yang menimpa menyebabkan kita hilang jari.Kita mengeluh mengenangkan takdir yang menimpa ..alangkah bertuahnya mereka tidak ditakdirkan menjadi seperti aku tetapi betulkah itu semua takdir?.

Mengenang kembali takdir yang berlaku apakah masyarakat sekeliling akan simpati kepada aku jika mereka tahu takdir yang berlaku pada aku.Mengingat kembali peristiwa yang berlaku 30 tahun dulu aku seperti kanak-kanak lain bergembira bermain mercun.Rasa tak puas dengan mercun biasa aku bersama rakan-rakan lain ingin membuat kelainan.Kami mencari batang buluh yang agak besar dan kemudiannya dibersihkan. Selepas itu kami menyumbat belerang mercun dan kemudiannya sumbunya dinyalakan.Kami gembira apabila dentuman mercun ciptaan kami bergema memecah keheningan malam.Kami bangga mendengar dentuman padu mengatasi mercun kanak-kanak lain.

Belerang disumbat lagi dan kali ini aku ingin pastikan belerang di isi dengan cukup mampat agar bunyinya lebih menggegar jika boleh gegarannya dapat di rasa hingga ke Afrika.Sedang belerang dimampatkan tiba-tiba buluh meletup..pandangan ku berpinar dan terasa jariku kebas kemudiannya pedih yang amat sangat.Bila pandanganku kembali pulih aku melihat darah mengalir dari tapak tanganku.Mataku tidak berkelip melihat 3 jariku terkulai di atas tanah.Aku berlari ke rumah memanggil emak tanpa pedulikan lagi jariku yang tertinggal.Tiba di rumah duniaku gelap dan bila aku sedar aku berada di hospital bersama tanganku yang berbalut.Akhirnya aku terima TAKDIR bahawa jariku telah tiada lagi ..aku redha dalam pasrah...

Kisah tersebut bukanlah kisah diri aku tapi kisah mereka yang telah kehilangan jari akibat mercun. Berapa ramai lagi di antara kita hari ini turut ingin menempah TAKDIR ini?.Apakah takdir ini hanya pada orang Melayu setiap kali kita menyambut ramadan dan seterusnya menyambut Hari Raya pada bulan Syawal. Apakah 30 tahun akan datang generasi kita yang tiada jari akan semakin meningkat. Aku bukan tidak percaya pada takdir cuma tertanya-tanya apakah takdir ini telah ditentukan.Jika jari kita putus akibat 'tersepit' pada mesin itu sememangnya dianggap takdir tetapi jika kita sengaja suakan jari kita ke dalam mesin wajarkah itu digelar takdir?.Maka sekiranya jari kita putus akibat bermain mercun yang dilarang generasi kita akan berkata " nak buat macamana aku terima suratan takdir ".Akibatnya kita susah nak cari kerja dan juga untuk membuat apa-apa kerja maka kita pun berkata " nak buat mcamana aku terima suratan takdir "

Kerana itu setiap kali tibanya bulan puasa aku ternanti-nanti berapa ramai orang melayu yang akan hilang jari atau lebih malang lagi kudung tangan.Aku sekadar mampu menulis kerana.......

 " BILA HATI MULA BERKATA...LIDAH KELU UNTUK BICARA...
HUJUNG PENA KU SALUT BISA "      



27 Ogos 2010

MAK PESAN SURUH DUDUK

Gadis zaman dahulu sewaktu kecil sering dipesan oleh emaknya agar duduk dengan sopan.Emak pesan kalau duduk tu duduk elok-elok nanti malu kalau orang tengok. Masa makan duduk bersimpuh agar nampak sopan tidaklah dikata orang lain.

Zaman ini pun mak pesan juga agar anak daranya menjaga adab sopan.Masa duduk biarlah bersopan takut orang mengata.Tapi alasan kita hari ini itu dulu sekarang dah lain.Kalau pakai seluar jeans ketat macamana nak duduk bersimpuh.Zaman sekarang duduk pun mestilah ada style barulah orang pandang.

Zaman dulu masa makan duduk atas lantai sebab tu kena duduk bersimpuh tapi zaman sekarang duduk atas kerusi atau sofa tak kan nak bersimpuh.

Emak pesan lagi anak dara kalau duduk kaki jangan berlunjur tak elok orang tengok.Emak beri kiasan kalau baring kaki jangan silangkan ke atas kononnya ia seperti mendoakan emak mati cepat tapi sebenarnya mak tak nak kain anaknya terselak, malu kalau orang tengok.

Hari ini kita lebih suka berlunjur sebab santai katanya.Seluar ketat lenguh kalau duduk bersila dan bersimpuh lama-lama.Kalau orang nak tengok pun bukan nampak apa itukan cuma kaki saja, kalau aku duduk mengangkang pun bukannya nampak apapun bukannya aku tak pakai seluar, mereka menjawab ... alahhh ..leceh la mak ni...kalau diaorang nak tengok pun ada aku kesah.


Emak pesan lagi kalau makan biarlah duduk elok-elok malu orang tengok.Kita kata sibuk la kadang-kadang nak makan pun tak cukup masa makan sambil berjalan pun apa salahnya kenyang juga. Emak pesan lagi kalau buang air duduk elok-elok nanti bau hancing merata.Kita ketawa dan berkata alah nak buang air macamana pun bukannya ada orang nampak.

Kenapa mak selalu pesan suruh duduk?.Sebab mak tak nak anaknya berlunjur sebelum duduk.Mak pesan duduk dulu barulah berlunjur.Mak nak tengok anaknya duduk diatas pelamin bukan nak tengok anaknya berlunjur beranak dulu sebelum sempat duduk atas pelamin.Kalau dah berlunjur dulu maka jadilah macam apa??.. kalau buang air duduk tak betul maka jadilah macam apa ?? kenapa mak selalu pesan sebab mak takut jadi macam ni ....
                    v                                                                                                                           v
                    v                                                                                                                           v
                    v                                                                                                                           v
                    v                                                                                                                           v
                    v                                                                                                                           v
                    v                                                                                                                           v
                    v                                                                                                                           v
                    v                                                                                                                           v
                    v                                                                                                                           v
                    v                                                                                                                           v
                    v                                                                                                                           v
 








Lihatlah....Anak gadis kita kini berlunjur di mana-mana bersama janin yang tidak berdosa.. anak gadis kita kini mencangkung di dalam tandas dengan mudah sambil melepaskan janin yang tidak berdosa...ada pula yang berkata biasalah tu mak..

              <------------------------------------------------------------------------------------------------------------ >

Kalau macam ni pulak..Apa mak nak kata???

                           

Akhirnya emak juga yang terduduk...dan kerana itu juga ..... 

" BILA HATI MULA BERKATA...LIDAH KELU UNTUK BICARA...
HUJUNG PENA KU SALUT BISA ".


Catitan : Gambar adik perempuan di atas hanya sekadar hiasan tidak ada kena mengena dengan entry ini ..... 

25 Ogos 2010

JANGAN GADUH

Di sebalik keheningan malam di bulan ramadan yang penuh barakah ini tanpa ramai yang menyedari sudah mula terselit adegan pertengkaran di antara suami isteri.
Bagi golongan bujang pasti tempias adegan ini tidak sangat di rasai malah mungkin juga tidak tersenarai langsung dalam firasat mereka. Ayat klise yang biasa kita dengar "sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri".

Masalah ini jika dilihat boleh dikategorikan sebagai masalah negara cuma tahap keseriusannya berbeza pada setiap surirumah.Mungkin ada yang buat tak endah atau tidak ambil peduli dan mungkin juga ada yang enggan mengalah atau mungkin juga ada yang sedang mencari jalan penyelesaian. Apa masalah sebenarnya ni? Bunyi macam serius je..apakah masalah ini bakal menggugat ketenteraman negara?

Masalahnya macam mana nak sambut hari raya nanti hehe.Kenapa jadi masalah negara? sebabnya pihak kementerian telah tetapkan cuti sekolah hanya pada sehingga penghujung bulan puasa.Jika Hari Raya jatuh pada hari jumaat bermakna anak-anak akan kembali bersekolah pada hari isnin berikutnya.Ini bermakna kita hanya akan sempat berhari raya selama 3 hari sahaja.So apa masalahnya tak cukup ke?

Memang tak cukup sebab sekiranya kampung suami dan isteri jaraknya berjauhan contohnya suami dari Kedah isteri dari Kelantan.Jika raya sebelum ini mengikut giliran Hari raya pertama hingga ke 3 beraya di rumah suami hari raya ke 4 dan seterusnya di rumah isteri sehingga habis cuti.Tapi kali ini cuma ada 3 hari. Katakanlah hari raya tahun ini jatuh pada rumah suami dahulu takkan hari raya ke 2 awal pagi dah nak bertolak dari Kedah ke Kelantan?.Masa yang di ambil pun dah dekat satu hari. Esoknya beraya kejap di Kelantan lepas tu petangnya dah nak kena balik ke KL.Berapa rumah je sempat nak beraya?.

Pada anda yang belum berbincang lagi eloklah mulakan seisi perbincangan.Jangan sampai gaduh sudah.Aku pun baru lepas bincang sebab bab-bab macam ni orang perempuan laju je nak bincang hehe.Kebetulan pulak tahun ini turn beraya di kampung aku dahulu dan kalau mengikut rule kami hari raya ke 3 barulah balik ke kampungnya.Hari Raya ke 3 jatuh pada hari ahad maknanya bila aku sampai ke kampungnya hari dah pun malam esoknya dah nak bertolak balik ke KL sebab anak dah nak sekolah..hahhh !! sudah..macamana?

Bagi aku tak perlulah nak peningkan kepala sangat.Issuenya cuma hari raya.Kesian juga tengok isteri tak dapat balik beraya ke rumah maknya kan.Masalah lain pula timbul sebab mak aku dah ingatkan tahun ini turn aku beraya di kampung aku dulu.Hahhh!! satu hal lagi hehe.Jalan mudah isteri aku beraya di kampung dia dan aku balik beraya di kampung aku.Anak-anak pula camana?.Kalau tanya anak-anak confirm diaorang nak ikut maknya sebab beraya dikampung maknya kantung mereka lagi lebat dari beraya di kampung aku "dapat ciput je" diaorang kata.

Apa-apa jelah yang penting kena ada toleransi antara kita suami isteri.selama 15 tahun kami kahwin mungkin ini kali pertama raya asing-asing tak menjadi kudis pun buat aku.Janganlah pulak ada yang kata dayus kalau tak mengalah dalam soal-soal kecil macam ni.Kalau ada yang kata haram isteri tak cium tangan suami di pagi raya tak tahulah pulak aku.Berbincanglah dan pertimbangkanlah dengan sebaik mungkin.Maklum saja zaman sekarang ni perkara kecil pun boleh menjadi cerai berai.Guna sms pun boleh jatuh talak dah macam dalam iklan shampoo " guna jari pun boleh ".

Mana yang beristeri 2 atau lebih tak tahulah aku macamana nak komennya kena tanya tuan punya diri.Walau apapun aku amat berharap pihak kementerian dapat pertimbangkan semula cuti hari raya ni. Mungkin sambung seminggu lagi bukan apa orang yang dalam kementerian tu pun nak beraya juga kan...tak gitu pak menteri.


24 Ogos 2010

SALAM KE SAPU

Menjadi kelaziman masyarakat kita orang Melayu apabila bertemu dengan rakan, kita akan menghulurkan tangan untuk bersalam sambil bertanya khabar.Perlakuan ini juga disebut sebagai berjabat tangan.Namun mungkin ada yang sedar atau buat-buat tidak sedar perlakuan ini perlahan-lahan semakin berubah.Bagi golongan yang lebih berusia pastinya cara salam mereka lebih rapat dan kemas iaitu dengan menggenggam tangan rakan lain dengan erat.

Senario hari ini terutamanya bagi generasi muda masa kini gaya bersalam mereka semakin berbeza. Mereka tidak lagi salam tetapi sapu maka istilah bersalam apakah perlu ditukar menjadi 'bersapu'. Perkara ini telah beberapa kali terjadi pada aku.Agak pelik apabila aku menghulurkan tangan untuk bersalam dan menggengam tangannya dia hanya hulurkan saja tangannya seolah-olah sekadar menyapu tapak tanganku.Kali kedua kami bersalam apa yang terjadi adalah kami hanya 'bersapu' bukan lagi bersalam kerana aku juga teringin untuk bersapu.

Ketika di masjid senarionya juga sama, selepas solat apabila kami semua bersalam dapat dirasakan genggaman tangan dari golongan yang berusia tetapi golongan muda lebih selesa untuk memilih 'bersapu' tangan.Apabila kita bersalam dalam erti kata berjabat tangan keikhlasan itu sebenarnya lebih dapat di rasa bersama senyuman yang terukir berbanding jika kita 'bersapu' bersama air muka yang tawar dan kelat. Apakah generasi kita yang akan datang hanya akan 'bersapu tangan' sesama mereka?.Bagi wanita mungkin mereka tidak rasai kerana gaya bersalam mereka dilihat hanya mencantumkan kedua-dua tangan dan bukan seperti lelaki yang berjabat tangan. 

Kita lihat apa berlaku sekiranya suatu masa nanti mereka ini mengadakan kenduri perkahwinan anak mereka dan pastinya mereka akan 'bersalam kaut' pula.Apakah mereka akan 'bersapu kaut' ? apa yang akan terjadi pada wang yang dihulurkan? atau mungkin juga akan datang sampul duit tersebut akan dilekatkan dengan gam..kalau pasal duit I don't think so lah kan...lagi kuat lah kot genggamannya tu.

Begitu juga ketika akad nikah apakah mereka hanya 'bersapu tangan' dengan tok kadi?.Penatlah juga tangan tok kadi nak genggam tangan mereka tu nanti.Kalau aku jadi saksi aku akan berkata tidak sah biar dia ulang sebanyak 5 kali lagi sebab aku akan kata " tak sah..feel tak ada..pitching lari..penghayatan kurang ..ulang semula" hehe...

Aku tidak mahu budaya ini berubah kerana pada aku bersalam sambil berjabat tangan itu lebih kelihatan mesra dan ikhlas ..Mungkinkah ucapan hari raya juga akan bertukar menjadi 'bersapu-sapuan dan bermaaf-maafanlah sesama kita'.. budaya kita wajah kita dan kerana itu jugalah.....

" BILA HATI MULA BERKATA... LIDAH KELU UNTUK BICARA...
  HUJUNG PENA KU SALUT BISA ".



23 Ogos 2010

MERONDA KE BAZAR RAMADAN

Cuti di hari minggu memberi lebih sedikit peluang untuk meronda-ronda di bazar ramadan.Jika hari biasa agak kelam kabut kerana keluar dari pejabat pun selalu lewat dan bila tiba ke bazar ramadan sesak pula nak cari parking.Oleh kerana kawasan bazar ini agak luas maka letih lah juga nak habiskan untuk singgah dari ke gerai ke satu gerai.Setibanya ke sana dari kejauhan telah kelihatan orang ramai mula membanjiri gerai-gerai yang ada untuk memilih juadah masing-masing.

Aku mula bergerak dari satu gerai ke satu gerai.Apa yang banyak aku lihat adalah bentuknya bulat cuma bungkusannya saja yang berlainan.Saiznya juga agak berlainan ada yang kecil ada yang besar, ada yang leper ada yang terjungkit dan aku mengagak pastinya harga dan rasanya juga berlainan. Warnanya juga tidak sama ada yang berbunga-bunga dan ada yang kosong...macam sedap je ni..

Aku bergerak ke depan lagi nampak macam menarik juga.Di bungkus dengan kemas tapi akibat terlalu kemas terasa segala isinya seakan terkepit.Isinya di balut dengan kemas hanya bentuk saja yang jelas kelihatan dengan warna yang tidak pasti atau mungkin boleh diduga...Agak-agaknya macam manalah isinya ye kalau dah terkepit macam tu...Aku teruskan lagi perjalanan kehadapan di sini lebih menarik ianya dipamerkan dengan bahagian yang boleh di lihat dan di teliti dengan lebih terang dan jelas hanya menanti waktunya untuk di ratah.Ramai juga yang singgah dan melihat-lihat di sini sambil menjengolkan kepala tak kurang juga sekadar menjeling.Selebihnya aku lihat seakan sama dibungkus dengan rapi , kemas dan bersih tetapi ia kurang menjadi perhatian kerana kelihatan agak sekata dan terselindung.

Penat aku berjalan yang bulat dah tengok..yang tiga segi pun dah tengok..yang cerah dengan inti pun dah tengok...tapi apa yang aku beli? yang aku beli hanyalah kuih murtabak dengan air tembikai.Tak kan itu je beli cerita bukan main lagi .. sebabnya...

Sebab yang aku tulis kat atas tu bukan kuih tapi perempuan yang aku tengok kat ke bazar ramadan.Kalau tak faham sila baca sekali lagi hehe.Mungkin di mana-mana bazar ramadan pun sama saja.Puasa tetap puasa gaya dan fesyen tetap maintain.Inilah masanya juga nak test market berapa banyak mata yang pandang maklum sajalah orang pun ramai.Lagi ramai pandang lagi dia gedik.Inilah masanya nak tayang spotlight dan inilah juga masanya nak jongketkan bumper...hati-hati jangan sampai accident.




ozzy - bazir ramadan...

TUKAR IMAM

Hari ini pak imam nampak lebih tenang dan tidak lagi tergopoh gapah ketika melaksanakan solat fardu isya'.Begitu juga ketika zikir dan doa tidak seperti semalam mungkin hari ini imam tenang sedikit dan banyak masa berehat maklum sajalah hari cuti.

Sedang kami menunggu untuk sembahyang tarawih tiba-tiba meluru seorang pemuda yang memang biasa datang buat ceramah di surau kami ini yang juga seorang tahfiz. Kemudian dia lantas ke depan dan membuat pengumuman bahawa malam ini kami semua akan sembahyang tarawih bersama gurunya/lecturer dari universiti Al-Azhar Mesir.Oleh kerana mereka baru tiba maka mereka (4 orang termasuk gurunya) bersembahyang Isya' berjemaah sesama mereka.Kebetulan pula imam tersebut berdiri di barisan hadapan berhampiran dengan aku duduk tiba-tiba aku terasa bahu aku di cuit. Rupanya pemuda tadi yang mencuit bahu aku..hai main cuit je ke bro mentang-mentang la aku tak tahfiz kan...sudah lah berjalan depan orang tua pun aku tengok tak reti lagi dah nak menunduk ... main redah je.Tapi tak kisah la dan aku beranjak ke tepi untuk memberi laluan padanya.

Selesai sembahyang imam dari mesir itupun menjadi imam kami semua pada malam ini untuk solat tarawih. Cara sembahyang juga sama dengan bacaan yang terang dan jelas bersama surah pendek tapi bezanya sembahyang yang di lakukan berterusan sehingga 8 rakaat.Terkial-kial jugalah aku tengok pakcik-pakcik yang ada sambil berpandangan sesama sendiri sebab biasanya selepas habis sembahyang akan ada doa dan selepas itu baru disambung rakaat seterusnya.Masuk rakaat ke 4 apabila imam bangun dan melihat kami semua belum bangun dia berkata "KUL..KUL.." aku tak faham makna "KUL" tu tapi aku rasa dia suruh kami semua bangun.

Cuma aku rasa tiada apa yang istimewa berimamkan dia kerana seperti rasa 'tak sampai'.Jika nak dibandingkan dengan imam ke-3 di surau kami ini aku rasa lebih 'sampai'.Jika dia menjadi imam kami terasa seolah Allah berada di hadapan kami.Cara bacaannya begitu tenang, lancar dan terang membuatkan kami semua terpaku dengan khusyuk menghayati bacaannya.Begitu juga ketika berzikir sebutannya juga jelas tidak tergopoh-gapah.Ketika berdoa adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh kami semua.Dia membaca doa dengan penuh penghayatan dan penuh pengharapan seakan Allah itu berada di hadapan kami dan mendengar doa kami semua.

Setelah habis doa pertama dan selepas selesai membaca al-fatihah untuk doa yang ke dua dia turut berdoa dalam bahasa melayu antara doanya " Ya Allah ya tuhan kami ampunilah dosa-dosa kami..dosa-dosa kedua ibubapa kami..dosa-dosa isteri dan anak-anak kami dan dosa-dosa saudara-saudara kami yang masih ada mahupun yang telah pergi..tunjukkanlah kami ke jalan yang benar..jalan yang kau redhai" dan seterusnya sebelum disambung semula dalam doa bahasa Arab.Ketika berdoa inilah ada antara kami termasuk aku pernah menitiskan air mata kerana menghayati sepenuhnya doa yang dia baca.Inilah yang aku maksudkan 'sampai'.Aku pernah merakam suaranya ketika kami solat dan ketika dia berdoa tapi malangnya suara rakaman dari hand set aku tidak jelas.Malangnya juga imam ke-3 ini agak keberatan untuk menjadi imam kecuali jika imam pertama dan kedua lewat atau tidak datang barulah dia akan menjadi imam.

Berbalik pada tarawih kami pada malam ini kalau sebelum ini sembahyang Tarawih dikatakan bersenang-senang dan berehat malam ni dah lain sikit.Tak ada rehat dan tiada doa sehinggalah habis 8 rakaat.Habis saja 8 rakaat imam tersebut terus memberi takzirah dalam bahasa Arab tapi kemudiannya diterjemahkan semula oleh anak muridnya dalam bahasa Melayu.Kalau dah dalam bahasa Arab siapa yang faham dan aku sendiri lagi la tak faham.Kalau dah dah faham hahhh!!..tak faham-faham lagi..sembahyang pun dah selesai..apa lagi balik laaa.. hehe.


21 Ogos 2010

SABAR PAK IMAM

Entah kenapa malam tadi selepas habis sembahyang isya' aku tengok pak imam tergopoh-gapah membaca zikir.Mungkin selepas itu kami semua perlu menunaikan sunat tarawih kerana itu dia kelihatan nak cepat.
Semasa zikir iaitu ketika bertasbih sebutan sepatutnya  Subhanallah tapi yang  aku dengar dah jadi subhaallah (na dah hilang) hinggakan aku sendiri tak tahu samada cukup ke tidak 33 kali.Selepas itu diikuti dengan bertahmid iaitu dengan membaca Alhamdulillah tetapi sebutan yang aku dengar dah jadi Hamlillah (du dah hilang).Begitu juga semasa bertakbir sebutan Allahhuakbar yang aku dengar dah jadi Allahakbar (hu dah hilang).Akhir sekali bacaan doa yang juga turut dibaca dengan laju.

Sabar pak imam...kan sembahyang tarawih sembahyang sunat je.Lagipun semua jemaah dah berbuka puasa dah tadi tak ada apa nak dikejarkan pun.Tapi tak adalah aku cakap macam tu dengan pak imam nanti tak pasal-pasal aku pulak dia suruh jadi imam hehe...Aku rasa kalau pak imam tu letih atau tak larat eloklah digantikan dengan imam lain sebab di surau aku ni ada 3 orang imam termasuk dia dan ketiga-tiganya pun ada pada masa tu.Tapi ketika sembahyang tarawih barulah pak imam ini kelihatan tenang dengan bacaan yang lancar dan jelas tak ada lagi tergopoh-gapah macam selepas sembahyang isya' tadi.

Apa yang aku baca maksud solat tarawih yang sering diperkatakan adalah solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardu isya'.Namun sebagai imam aku pasti dia lebih arif dalam soal sebegini kerana pada malam pertama sebelum kami tarawih imam ini sendiri mengatakan solat sunat tarawih ini juga bermaksud melakukan solat dengan bersenang-senang atau berehat. Cuma solat fardu janganlah terkejar-kejar pulak pak imam ye..Aku harap pada malam ini pak imam lebih tenang dan tidak terkejar-kejar lagi . Sama-samalah kita mengerjakan ibadah agar kita sama-sama mendapat fadhilat dan syafaatnya..sabar ye pak imam.

p/s- kalau pak imam baca entry aku ni jangan marah ye...



20 Ogos 2010

MANDI WAJIB

Golongan dewasa pasti tahu dan pernah mandi wajib.Mungkin ramai diantara kita juga tahu syarat-syarat mandi wajib yang sah.Jika zaman dahulu mandi wajib lebih mudah apabila orang zaman dahulu mandi di dalam sungai berbanding sekarang kita mandi di dalam bilik mandi yang ada antaranya agak sempit.Antara syarat sah mandi wajib adalah meratakan air ke seluruh badan termasuk membersihkan bahagian di celah-celah penglipatan badan.Tetapi ramai yang terlupa atau tidak menyedari ada satu bahagian yang tertinggal.

Ini kerana bahagian ini jarang disebut dan diperkatakan samada didalam buku panduan atau ketika seisi penerangan.Tahukah anda bahagian tersebut?.Bahagian tersebut adalah pada pusat anda.Cuba lihat pada pusat anda apakah bersih dan selalu dicuci.Biasanya bahagian ini sering dilupakan atau mungkin kita terlepas pandang samada ketika mandi biasa mahupun mandi ketika mandi wajib.Bahagian ini ada kalanya mengumpul kekotoran dalam jangkamasa yang lama dan jika tidak dicuci kekotoran akan terus melekat di situ.Jika pusat anda lebih dalam maka kekotoran tersebut tidak mudah hilang hanya melalui air yang disimbah.Ianya perlu dicuci dan dibersihkan sama seperti kita mencuci bahagian lain.

Mungkin selama ini kita fikir mandi wajib kita telah sempurna tetapi setelah menyedari bahagian ini tidak pernah dicuci apakah mandi wajib kita sah? atau bahagian ini tidak termasuk dalam syarat-syarat sah mandi wajib dan tidak perlu dicuci ? Cuba bayangkan sekiranya bahagian ini diabaikan telah berapa kali kita ke masjid dan telah berapa lama kita solat serta menjalani ibadah puasa dan juga ibadah-ibadah lain ? Sila perhatikan pusat anda...bersih??


19 Ogos 2010

ROKOK VS NOMBOR EKOR

VS 
Sedang rancak bersembang tiba-tiba rakanku bertanya " Apa hukumnya kalau kita hisap rokok? ". Aku terdiam sebentar sambil tersenyum dan kemudian aku menjawab " yang aku dengar orang kata hisap rokok tu makruh". Rakanku berkata lagi " Aku dengar ada orang kata haram ". Aku sekadar menjawab " entahla..aku bab-bab hukum ni tak berani pandai-pandai nak cakap..nanti tak pasal-pasal dapat dosa free ".

Kemudian rakanku berhujah kalau betul haram apa bezanya orang yang hisap rokok dengan orang yang beli nombor ekor? kalau dua-duanya pun haram.Apa kata kalau duit beli rokok tu kita buat beli nombor ekor...itu lebih baik cuma bezanya kalau kita hisap rokok tak kena tangkap tapi kalau beli nombor ekor kita kena tangkap dan kena denda.

Dia berhujah lagi cuba bayangkan sekotak rokok dunhill 20 batang berharga rm9.30 kalau seminggu kita dah belanja sebanyak 9.30x7=rm65.10.Kalau duit tu kita belanjakan buat beli nombor ekor kalau kena dapat juga duit.Lagipun nombor ekor tak payah beli hari-hari tapi rokok hari-hari nak kena beli. Kalau kita merokok duit habis badan kita pun dapat banyak penyakit.Keluarga kita pun silap-silap kena penyakit juga dari asap rokok ni...betul tak??.

Aku hanya tersenyum sambil dalam hati berkata betul juga tu tapi aku tak sanggup nak beli nombor ekor ni sebab terang-terang ianya adalah judi.Tak tau pulak aku hisap rokok ni pun haram...yang aku tau kalau dah merokok memang payah nak berhenti.Sebaiknya dua-dua jangan buat simpan je la duit dalam bank.

ozzy - dua-dua pun memudaratkan...

BLOG SAMPAH

Terasa sedikit kecewa dan simpati mendengar keluhan salah seorang rakan blog iaitu blogger Ummi Iman apabila blognya di label sebagai blog sampah.Aku sendiri tertanya-tanya atas sebab apa atau atas dasar apa sesebuah blog itu sewenang-wenangnya dilabel dan dianggap sebagai sampah?.
Cuba kita renung semula penglibatan awal kita semua sebagai blogger. Setiap orang bebas mereka cipta dan memilih apa juga tema blognya sendiri.Disamping tidak ada yuran yang dikenakan juga tidak ada pula syarat yang mengatakan blog kita akan dilabel sebagai blog sampah sekiranya kita tidak memenuhi krteria atau syarat yang ditetapkan.

Sekiranya benar wujud kategori sebegini siapa pula barisan para hakimnya?.Ahli panel terdiri daripada siapa?.sasterawan?cendikiawan? Sekiranya sesiapa yang tahu tolong beritahu aku.Apa yang aku pasti tuduhan atau gelaran sebegini dicipta dari kalangan blogger sendiri.Blogger tersebut pula datangnya dari mana?adakah dia mempunyai ijazah atau sekurang-kurangnya sijil blog dan pengiktirafan itu pula diberi oleh siapa?.Andai perkara ini terjadi sesama kita orang melayu terasa amat kecewa kerana kenapa perlu adanya rasa iri hati dan dengki di dalam dunia blog yang tidak seberapa ini.Kenapa perlu tanamkan emosi..kenapa perlu taburkan hasad dengki dan iri hati dan apa motifnya.Tak cukupkah lagi pergolakan dan perpecahan sesama kita diluar sana.Kenapa tak singgah di blog kaum bukan melayu dan katakan pada mereka blog mereka adalah blog sampah.. ada berani??.

Contohnnya blogger terkenal seperti Red Mummy ..aku pernah membaca entry berkenaan kucingnya yang mengawan.Hebat sangatkah penulisannya mengenai kucingnya yang mengawan itu.Tak pula aku dengar ada yang gelarkannya sebagai blog sampah sedangkan pengisiannya lebih kurang sama iaitu berkisar tentang kehidupan peribadi dan aktiviti sehariannya.Yang pasti jika dianggap sampah sekalipun hidupnya senang dengan pendapatan beribu ringgit sebulan hasil dari blog tetapi orang yang menganggap penulisan atau blognya hebat pernahkah mukanya keluar paper? hebat setakat atau setinggi mana? dan jika penulisannya hebat kenapa tak terbitkan novel yang memberi pulangan yang lebih tinggi itupun kalau laku atau mungkin dia sendiri tidak yakin dengan dirinya.

Persoalannya kenapa kita begitu cenderung mencungkil dan menyelongkar kekurangan serta kelemahan orang lain terutamanya sesama kita orang melayu.Kenapa perlu memberatkan fikiran dengan apa yang orang lain coretkan...bersihkan hati serta positifkan diri dengan menganggap itu semua adalah hak individu termasuk diri kita sendiri berhak mencoretkan apa saja di dalam blog kita sendiri kecuali jika apa yang dia coretkan menyentuh dan memalukan atau memfitnah diri kita.Ibarat kita berkunjung ke rumah rakan-rakan mungkin kita tidak suka dengan dekorasi atau susun atur perabut di dalamnya atau reka bentuk rumah itu sendiri adakah wajar kita menganggap rumahnya sebagai sampah? sedangkan ketika itu kita mungkin hadir sebagai tetamu yang tidak diundang.

Lapangkanlah minda apabila melihat kekurangan rakan lain dan tegurlah dengan cara berhemah atau tinggalkan saja jika tidak suka..mudah bukan.Jika merasakan diri kita bagus dengan berbagai panduan atau mungkin ada guideline tertentu apa salahnya untuk sama-sama kita berkongsi mempertingkatkan lagi kualiti dan meminumkan kelemahan yang ada bagi mewujudkan jalinan persahabatan yang lebih baik.Selebihnya terpulanglah kepada individu tersebut samada mahu ikut atau tidak.Berilah kritikan yang membina bukannya caci maki yang tiada hujung pangkalnya.Bukankah kita orang melayu kaya dengan adab sopan?.

Dari pihak pengiklanan sendiri contohnya nuffnang tidak juga aku lihat wujudnya kriteria yang membezakan sesebuah blog apatah lagi tertulis blog sampah.Dari apa yang aku perhatikan biasanya apabila seseorang itu sudah merasakan dirinya bagus dengan entry yang dianggapnya berkualiti bersama pengikut yang ramai maka timbullah rasa bongkak dan ego dan mula mencari kelemahan orang lain tetapi sedarkah kita siapa yang memeriahkan blog kita jika bukan dikalangan kita sendiri.Jika tiada sesiapa yang singgah dan baca apa yang kita tampilkan maka jadilah kita blogger syok sendiri dan blog inilah selayaknya digelar blog sampah kerana dia terasing di dalam dunianya sendiri seperti tong sampah yang menantikan kehadiran apa saja termasuk sampah yang bakal hinggap ke dalamnya.

ozzy - ada bermacam jenis blog..

18 Ogos 2010

BLOGGER YANG TERDESAK

Jika dulu aku menyahut seruan bagi menerbitkan entry bertajuk 'blogger yang tersepit' dari saudara rohaizad atau lebih dikenali sebagai cikgu Ijad kali ini beliau memberikan pula tajuk baru iaitu 'BLOGGER YANG TERDESAK'.

Aku sebenarnya tidak tahu akan adanya perkara ini kerana aku bukanlah follower dia dan aku rasa dia juga bukan follower aku maka apa jua perkembangan pada blog dia ataupun aku masing-masing tak tahu.

Aku hanya tahu perkara ini setelah seorang follower aku iaitu blogger 'talkisaid' bertanyakan pada aku kenapa tak join membuat entry ini dengan meninggalkan pesanan pada shoutmix.Mungkin dia ada membaca entry yang aku terbitkan sebelum ini iaitu entry 'blogger yang tersepit'.Terima kasih pada 'talkisaid' kerana itu menandakan dia perihatin dan mungkin juga berminat membaca kupasan aku sebelum ini.

Mungkin antara yang joint terdiri dari mereka berprofile tinggi dengan penulisan yang hebat lagi mantap serta jauh berpengalaman berbanding aku yang tak seberapa ini dalam dunia blog tapi aku tak kisah kerana seperti tema yang tertera di header bergerak aku ini "BILA HATI MULA BERKATA HUJUNG PENA KU SALUT BISA" ianya mempunyai pengertian yang mendalam.Terdesak boleh dianggap sebagai satu situasi di mana seseorang tu berada pada satu masa yang terhad contohnya ketika saat menghadapi detik cemas,waktu atau masa yang hampir tamat atau ketika tidak mempunyai banyak pilihan.

Kita lihat kebanyakan blogger mempunyai niat dan impian yang hampir sama iaitu menjadikan dunia blog sebagai serampang dua mata atau lebih tepat disebut dua dalam satu.Pertama kerana ingin meluahkan atau mencoretkan sesuatu samada luahan perasaan,rasa tidak puas hati mahupun sekadar catatan kosong.Setelah itu barulah timbul keinginan atau hasrat untuk menambahkan pendapatan melalui iklan yang didaftarkan pada blog.Bila iklan telah di tampilkan maka apalah maknanya kalau blog tiada pengunjung dan untuk menarik pengunjung perlu ada tarikan pada blog tersebut.Bagaimana pula bila blog telah dihias cantik tapi pengunjung tidak kunjung tiba?.Cara lain adalah melalui kunjungan balas atau blogwalking.Untuk menarik lebih ramai lagi pengunjung mungkin boleh gunakan alternatif lain seperti dengan menyiarkan di facebook ataupun auto publish.

Setelah mendaftar pada syarikat pengiklanan contohnya nuffnang maka blogger mengharapkan pula status BE (buffered earning) kerana bayarannya lebih tinggi jika iklan tersebut di klik.Untuk mengekalkan status ini maka pemilik blog perlu mengekalkan traffic iaitu sekurang-kurangnya 700 kali klik seminggu jika tidak status BE akan dibatalkan.Berhadapan dengan polemik inilah ada kalanya blogger tersebut akan menghadapi saat-saat sebagai BLOGGER YANG TERDESAK apabila masa yang diperlukan tidak dapat diluangkan pada blog samada untuk update blog atau membuat blogwalking sekaligus menjejaskan kunjungan rakan pada blognya.

Berhadapan dengan detik ini maka kemungkinan terjadi sekiranya blogger tersebut seorang pekerja masa tetap diselitkan untuk tujuan update blog atau blogwalking.Sewaktu meeting jejari masih sempat menari menekan butang keyboard laptop.Separuh waktu rehat turut dikorbankan bagi tujuan ini.Mungkin seorang guru juga masih berpeluang menyuruh anak muridnya menyiapkan beberapa kertas kerja sementara dia pula sibuk dengan blog kesayangannya.Sementara golongan pelajar di IPTA pula akan turut menjadi BLOGGER YANG TERDESAK apabila melihat deretan 'assignment' yang perlu disiapkan kecuali jika blognya dihasilkan hanya sekadar minat bagi memenuhi waktu yang terluang.

Di saat blogger tersebut terdesak mungkin bertukar menjadi blogger tersedak apabila menerima panggilan agar segera balik ke kampung.Perjalanan yang mungkin memakan masa sehingga 5 jam membuatkan masa bagi mereka menjadi terhad.Mana mungkin ketika memandu masih boleh update blog kecuali jika menaiki bas.Bagaimana pula bagi golongan lain peniaga misalnya turut sama menerima tempias sebagai BLOGGER YANG TERDESAK sekiranya perniagaan terpaksa ditutup lewat malam.

Kesimpulannya tak perlulah memaksa diri sehingga mencipta ruang terdesak kecuali jika kita adalah sebagai blogger sepenuh masa dan memperolehi pendapatan sehingga mencecah 10 ribu sebulan. Mungkin juga akan sampai saat kita sendiri betul-betul terdesak maka aku cadangkan pilihlah kerja jaga atau security di kilang-kilang atau premis perniagaan dan hanya ambil untuk shift malam.Sambil duduk lebih baik menulis blog atau blogwalking daripada ditangkap kerana tidur pada waktu kerja. Mungkinkah akan terjadi apabila tiba masanya di usia emas atau pencen kita akan melakukan kerja ini ??..atau sememangnya telah pun terjadi ketika ini ?? seorang jaga menjadi blogger....

p/s - ketika menulis entry inipun aku juga dalam keadaan terdesak sebab dah terlewat.



16 Ogos 2010

INJECTION DI BULAN PUASA

Ketika berkunjung ke rumah mertuaku terlihat wajahnya sedikit suram tidak seperti tahun-tahun yang lalu dia kelihatan ceria meskipun dimamah usia namun kewajipan puasa tidak pernah dia abaikan.Namun puasa tahun ini dia akur atas penyakit yang dihidapinya memerlukan dia melakukan injection sebanyak 2 kali sehari oleh kerana penyakit kencing manis (diabetes) yang dia deritai kini berada pada paras kritikal.

Walau bagaimanapun dia masih tetap bersahur dan berpuasa serta berbuka puasa bersama-sama kami semua.Dari info yang aku baca suntikan ini tidak membatalkan puasa dan penghidap penyakit ini masih boleh berpuasa seperti biasa.Untuk mengetahui infonya sila klik SINI.

Jika sebelum ini dia hanya memakan ubat kini dia terpaksa akur dengan arahan doktor agar menggunakan injection mengikut sukatan/dos yang diperlukan bagi mengawal penyakitnya itu.Bukan hanya mertuaku malah emak saudaraku di sini juga menderita penyakit yang sama dan memerlukan injection cuma dia agak bernasib baik kerana hanya perlu membuat injection sehari sekali sahaja iaitu selepas makan malam (selepas waktu berbuka) bermakna dia akan terus berpuasa pada keesokan harinya tanpa perlu melakukan injection lagi.

Jika dahulu kita jarang dengar (mungkin tak pernah dengar) penggunaan kaedah ini tapi hari ini ia semakin popular bagi merawat penyakit ini terutama bagi mereka yang berada pada paras kritikal. Penderita penyakit ini pula tiada pilihan selain mengikut arahan doktor namun dalam masa yang sama masih boleh cuba berusaha mencari kaedah lain seperti rawatan traditional bagi memulih atau mengawalnya.

Apa yang pasti kita semua menyedari bahaya penyakit ini tetapi apakah langkah pencegahan telah kita ikuti. Mungkin bulan puasa membawa berkat apabila kita mengurangkan pengambilan gula di mana sebelum ini minum pagi segelas teh tarik..jam 10 segelas lagi..makan tengahari juga bersulamkan teh o ais..minum petang segelas teh tarik lagi..akhirnya lewat malam lagi segelas untuk penghabisan.Itu cuma dilihat pada air .. bagaimana dengan makanan yang kita makan termasuk nasi dan kuih yang manis.Namun berapa ramai diantara kita yang memikirkan penyakit yang dianggap global ini hanya kerana ingin menikmati keenakan teh tarik yang ada antaranya turut dicampurkan gula dan susu lemak manis.

Tidak dinafikan tubuh kita juga perlukan gula untuk memberi tenaga kerana itu sewaktu berbuka puasa kita turut menghidangkan makanan yang dibeli kebanyakannya adalah manis.Lihat saja di bazar ramadan deretan kuih yang dijual kebanyakannya adalah manis kerana ianya turut menjadi pilihan pembeli.Jika dihitung dengan hari biasa iaitu sebelum berpuasa pengambilan gula terutamanya sewaktu minum pagi & petang bermakna bulan puasa ini adalah masa untuk tubuh kita berehat dan mungkin dapat mengimbangi/menurunkan paras gula yang ada di dalam badan kita.


14 Ogos 2010

HILANG ANAK DI BULAN PUASA

Ketika berbual dengan jiranku semalam dia bercerita tentang anaknya yang hilang.Katanya masa balik dari sekolah dia nampak anaknya itu yang baru darjah satu terbaring dalam bilik keletihan kerana berpuasa sementara dia berbaring di atas sofa.Bila dia kembali semula untuk melihat anaknya alangkah terkejutnya dia bila dia lihat anaknya dah tiada.Puas dia mencari di sekeliling rumah sambil memanggil nama anaknya tapi tak juga bersahut.Dia lihat dalam tandas pun tak ada, dalam bilik pun tak ada.

Kemudian dia pergi mencari pula ke dapur pun kelibat anaknya tidak kelihatan.Dia mula risau kemana anaknya pergi tiba-tiba sahaja hilang. Sewaktu hendak melangkah keluar dari ruang dapur dia terpandang pintu peti sejuknya tidak tertutup rapat dan bila dia membuka peti sejuknya kelihatan anaknya sedang bersandar tidak bermaya di dalamnya.Kesian pula dia melihat anaknya yang tersandar akibat cuaca panas di bulan puasa ini tapi hatinya lega kerana anaknya selamat berada di rumah. Katanya kalau tak tahan berbuka sajalah kerana dia bimbang berlaku seperti peristiwa sebelum ini akibat memaksa anak-anak berpuasa.

Kisahnya ini mengingatkan aku sewaktu aku di zaman kanak-kanak dulu ketika sebaya dengan anaknya. Ketika zaman aku dulu kami semua pergi dan balik sekolah hanya berjalan kaki sejauh kira-kira 400 meter.Menggalas beg yang berat di tengah panas di bulan puasa menyebabkan bila saja sampai di rumah letak saja beg terus berbaring di simen untuk menyejukkan badan.Seperti kata pepatah alah bisa tegal biasa mungkin disebabkan kesusahan pada waktu itu maka perkara sedemikian dianggap biasa pada kami selain tidak mahu menyusahkan ibu bapa.

Waktu berbuka pula apa saja yang di masak atau di sediakan itulah yang kami makan.Tiada murtabak..tiada roti jala..tiada air buah..mahupun kurma hanya makan apa saja yang dihidang meskipun hanya sekadar cucur kodok bersama kopi panas kerana ketika itu belum mampu nak beli peti sejuk.Kalau bernasib baik dapatlah hidangan yang sedikit enak selepas tarawih di masjid.Hari ini keadaan telah jauh berbeza di mana anak-anak dijanjikan ganjaran sekiranya genap sebulan berpuasa.Masa berbuka apa saja yang ingin dimakan akan dibelikan pula oleh ayahnya.

Jika dilihat pada satu sudut sememangnya ia baik untuk melatih anak-anak berpuasa tapi jika dilihat pada sudut yang lain ia seolah-olah menggalakan anak-anak berbuat sesuatu kerana inginkan ganjaran maka sedikit sebanyak sikap rasa tanggungjawab atau jatidiri untuk berbuat sesuatu dengan azam yang kuat agak nipis.Kerana inginkan ganjaran ini juga mungkin anak-anak kita menipu kononnya puasa tapi sebenarnya dia tidak puasa maka satu lagi sifat yang kurang baik akan mula terbentuk iaitu anak-anak sudah pandai menipu dan tidak jujur.

                     " SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI
                      BERCAKAP BOHONG LAMA-LAMA MENCURI "

12 Ogos 2010

KEJAM - YANG MANA SATU HAIWAN ?

  
Semoga kita semua tidak tergolong seperti manusia sebagaimana yang di paparkan di dalam video ini.Jika kita tidak suka sekalipun janganlah diperlakukan dan disiksa haiwan ini dengan begitu kejam.
Bukan hanya pada binatang manusia hari ini turut bertindak kejam sesama manusia seolah-olah nilai kasih sayang dan belas simpati kian lama kian terhakis...semoga kita semua dijauhi dari sifat sebegini...Astaghfirullahhalazim.. 
    ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                
                                                       
                                                          Award dari En. Yassin  
                               
Sekali lagi aku terima award dari En. Yassin tapi aku percaya en.Yassin ni tidaklah sekejam seperti manusia di atas tu.Terima kasih banyak-banyak dan aku amat hargai apa saja pemberiannya (ini award ke 3 aku terima darinya ).Jika anda berminat untuk mengetahui info tentang dirinya dan juga info mengenai negeri Pahang dipersilakan berkunjung ke blognya AkuAnakPahang.Blogspot.com.
Antara syarat yang diberikan (aku ubah sedikit sempena bulan ramadan ini) :

1) Nyatakan 7 makanan kegemaran anda sewaktu berbuka puasa atau bersahur :
* Murtabak
* Laksa / Laksam
* Kuih Lapis
* Kuih Kasui
* Kuih Kole Kacang ( susah nak jumpa yang betul-betul sedap )
* Buah Tembikai
* Roti John

2) berikan kepada 5 orang (atau lebih) rakan blogger anda:
 - Cik Jari  
 - Cik Nard 

Pesanan akan di berikan melalui shoutmix masing2..

11 Ogos 2010

SALAM RAMADAN


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM.
MAAF DIPOHON ANDAI ADA TERSALAH KATA , TERSILAP BICARA  DAN SEBAGAINYA..
SEMOGA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DI BULAN YG MULIA INI... AMIN.

SELAMAT BERSAHUR ... Lain orang lain seleranya serta lain menunya...yang penting jangan membazir.












SELAMAT BERBUKA PUASA ... Beringat-ingat masa memilih juadah untuk berbuka...ikutkan hati semua nak ambil..sudahnya buang dan membazir.



10 Ogos 2010

KENANGAN YANG BERLALU

Sebagaimana janji Allah s.w.t bahawa setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya kini tibalah masanya tok (nenek) aku pula pergi menyahut seruan Ilahi.Oleh kerana sebelah bapa kami dah panggil nenek maka sebelah emak kami semua memanggilnya tok (biasanya panggilan tok ni untuk lelaki) sejak kami kecil lagi.

Arwah pergi hanya kerana 'sakit tua' tanpa ada penyakit lain dan kali terakhir aku menziarahinya kira-kira sebulan lepas.Sewaktu bertemu dengannya juga dia tidak lagi mengenali aku kerana ingatannya beransur hilang hinggakan emak aku sendiri dia panggil 'emak'.Sikapnya juga kembali semula ke zaman kanak-kanak dari segi perlakuannya.Mengimbas kenangan bersamanya sewaktu di zaman kanak-kanak dulu aku kerap mengikutnya turun ke bendang (sawah).Meskipun aku cuba membantunya menanam padi menggunakan 'kuku kambing' tapi Tok tak benarkan kerana bimbang tak menjadi.Akhirnya aku hanya berdiri di atas batas menantikan Tok siap menanam padi.Waktu paling seronok adalah ketika menuai padi..kaum wanita membanting padi manakala kaum lelaki memikulnya untuk dijual pada peraih.Aku dan kanak-kanak lain pula 'berkubang' mencari dan mengejar ikan.

Cukuplah setakat itu coretan bersamanya kerana jika mahu diceritakan banyak lagi kenangan lain. Apa yang aku ingin kongsi di sini adalah saat-saat akhir sebelum Tok menghembuskan nafasnya yang terakhir.Aku menerima panggilan pada pagi ahad (8/8/10) sekitar jam 3.30 pagi memberitahu bahawa Tok baru saja meninggal dunia.Memikirkan jarak perjalanan agak jauh dari KL ke Taiping maka aku memilih untuk balik keesokan pagi kerana bimbang mengantuk ketika memandu.Ketika aku tiba urusan pengkebumian telah pun selesai tetapi terasa sedikit terkilan kerana aku tiada di sampingnya ketika saat-saat terakhirnya.

Antara yang ada ketika itu adalah emak dan mak lang (adik emak).Mereka menceritakan sekitar jam 3 pagi keadaan Tok sudah tidak bermaya lagi.Nafasnya tercungap-cungap dan badannya menjadi sejuk. Kesemua jari tangannya bercantum rapat manakala kakinya telahpun 'lembik' ke bawah. Setelah dia mengucap dua kalimah syahadah kesemua yang ada mula membacakan surah yassin.Setelah surah yassin habis dibaca perlahan-lahan mata Tok terpejam dan tertutup rapat. Nafasnya mengendur dan akhirnya mulutnya tertutup. Apa yang memeranjatkan pada semua yang ada di situ adalah sewaktu nafasnya terhenti dan mulutnya tertutup tiba-tiba ibu jari kaki Tok terangkat/terjungkit seakan ditarik oleh sesuatu dalam beberapa saat sebelum kembali jatuh. Menurut emak itu menandakan/bererti nyawa Tok di keluarkan dari ibu jari kaki dan bukannya dari mulut.

Sejujurnya inilah pertama kali aku dengar kejadian sebegini apatah lagi ianya dialami oleh insan yang ada pertalian dengan aku.Sebelum ini melalui pembacaan yang sering aku baca adalah azab ketika ajal seseorang tiba.Ada yang mulut berbuih, ada yang mata terbeliak dan bermacam peristiwa lagi.Kami semua amat bersyukur kerana pemergiannya dipermudahkan dalam keadaan tenang dan selesa selebihnya hanya Allah saja yang maha mengetahui.Begitu juga dengan urusan pengkebumian segalanya berjalan lancar dari memandikan jenazah hinggalah selamat di kapankan. Mungkin sekadar renungan dan iktibar buat kita yang masih hidup kerana kita belum tahu bagaimana keadaan dan bahagian kita apabila tiba masanya nanti..semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...Al-fatihah...amin.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
" HATI AL-QURAN IALAH SURAH YASSIN , TIDAKLAH DIBACA AKANNYA OLEH SESEORANG YANG SEMATA-MATA MENGHARAPKAN KEREDHAAN ALLAH DAN HARI AKHIRAT MELAINKAN DIAMPUNKAN OLEH ALLAH SEGALA DOSA-DOSANYA DAN BACALAH SURAH YASSIN KEPADA ORANG YANG AKAN HAMPIR MENINGGAL DUNIA (NAZAK) DAN SETELAH SESEORANG ITU MENINGGAL DUNIA "


ozzy - Moga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....

6 Ogos 2010

ANGKARA TIKUS

Ramai yang terkejut apabila wabak kencing tikus tiba-tiba menyerang di beberapa tempat.Aku sendiri tertanya-tanya apakah sebab dan punca menularnya wabak ini.Lebih menghairankan lagi apabila virus ini di kesan di kawasan sungai.Jika sebelum ini virus dibawa oleh babi,burung dan ayam kali ini sang tikus pula tampil menunjukkan kejaguhannya.Sedikit info yang aku dapat mengenai virus ini.

HANTAVIRUS
Hantavirus merupakan virus yang disebarkan oleh tikus yang terdapat pada air liur dan air kencing tikus.Gejala pada penderita antara lain demam dan nyeri otot, sakit perut serta muntah.Gejala ini berlanjutan menjadi batuk dan sesak nafas dalam masa 4-5 hari setelah dijangkiti.Jika tidak segera ditangani penyakit ini boleh mengakibatkan fatal iaitu kegagalan ginjal dan paru-paru berfungsi. Setakat ini belum ditemui ubat atau vaksin yang benar-benar efektif untuk mengatasi masalah ini.

LEPTOSPIROSIS 
LEPTOSPIROSIS merupakan penyakit yang disebabkan oleh Bakteria LEPTOSPIRA.Bakteria ini kalau dilihat melalui mikroskop adalah berbentuk spiral dan boleh hidup didalam air tawar selama satu bulan atau lebih tetapi ia tidak boleh hidup di dalam air laut.Virus ini tersebar melalui  Air, Tanah atau tanaman yang telah dikotori oleh air kencing haiwan yang mengidapi leptospirosis. Ia akan memasuki ke badan manusia dengan pelbagai cara antaranya melalui mata,hidung, kulit yang melecet atau makanan yang dicemari oleh najis terutama air kencing haiwan yang telah dijangkiti Bakteria LEPTOSPIRA.

Antara simptom yang muncul setelah terkena jangkitan virus ini adalah Demam tinggi,menggigil, Sakit Kepala, Lesu / lemah,Muntah-muntah , radang mata, rasa nilu dibahagian betis dan punggung. Simptom-simptom ini cuma akan kelihatan antara 4 hari ke 9 hari selepas jangkitan.Komplikasi yang dihadapi adalah pada bahagian hati akan menjadi kekuningan pada hari ke 4 dan ke 6 , kegagalan Ginjal (buah pinggang) , jantung berdebar-debar , membengkak dan gagal berfungsi.Pada bahagian paru-paru pengidap akan merasa nyilu,batuk berdarah dan sesak nafas.Juga berlaku pendarahan dalaman kerana kerosakan pada pembuluh darah disaluran pernafasan,pencernaan,buah pinggang, alat sulit dan mata.

Itulah sedikit info yang aku dapat.Jika ingin lebih detail lagi anda boleh cari infonya di internet.Apa yang aku ingin perkatakan di sini adalah kenapa baru sekarang penyakit ini tiba-tiba muncul sedangkan kewujudan tikus telah berabad lamanya.Apakah sebelum ini penyakit ini dirahsiakan atau sememangnya tidak dapat dikesan puncanya ?.Kita semua sedia maklum bahawa spesis ini (tikus) sememangnya haiwan pengotor yang suka makan bangkai atau bahan buangan antaranya dari longkang dan tong sampah.Habitat semulajadi haiwan ini juga adalah ditempat kotor dan gelap sejak berkurun lamanya.

Persoalannya kenapa baru sekarang virus ini muncul? dan menariknya lagi ia menyerang di kawasan sungai dan tempat perkhelahan seolah-olah ada komplot dikalangan tikus untuk menyebarkannya hanya di sesetengah tempat.Di kawasan bandar tikus ini banyak ditemui di longkang atau di tempat pelupusan sampah yang tentunya amat kotor dengan berbagai sisa kumbahan termasuk bangkai dan najis.Apakah tikus di kawasan bandar lebih educated atau lebih moden untuk tidak menyebarkan virus ini?.Wabak ini juga mungkin akan dieksplotasi oleh syarikat pengeluar penapis air dengan mendakwa kononnya produk mereka dapat menapis air yang disalurkan ke rumah dari virus ini.Maka berpusu-pusulah orang kampung untuk membelinya. Seperti  kata pepatah yang biasa kita dengar "menangguk di air virus keruh".

Teringat sewaktu aku kecil dulu yang di membesar di kawasan felda kelapa sawit.Tikus boleh ditemui di mana-mana sahaja samada dicelah pokok atau di tepi sungai tempat kami selalu berkubang tetapi tidak pula aku dengar tentang wujudnya virus ini.Begitu juga ketika berlakunya banjir kami semua berkubang di dalam parit hinggalah meredah paya dan membuat aksi superman ketika terjun sungai tetapi tak pernah pula aku dengar tentang penyakit ini jika adapun hanyalah demam dan selsema akibat lama sangat berkubang.

Sewaktu aku mula-mula kahwin dan tinggal di KL aku menyewa sebuah rumah teres yang sempit. Kerana longkang di belakang rumah tersumbat dan airnya yang berlumut serta kotor maka tikus / cencorot begitu banyak berkeliaran dengan saiz sebesar anak kucing pun ada.Malam sewaktu kami tidur geng tikus pun mula berdendang di dapur.Perangkap tikus yang di pasang tak juga mengena hanya satu cara yang berkesan iaitu dengan meletakkan gam tikus di sekeliling tong sampah yang aku letakkan tulang ikan dan ayam serta kelapa yang dibakar.Pagi esoknya 2-3 ekor yang lekat disitu tetapi hanya yang bersaiz kecil sahaja yang lekat.Dapat dilihat kesan tapak kaki tikus yang terseret bersama gam yang melekat pada lantai rumah.Bermakna tikus yang sebesar anak kucing masih mampu melepaskan diri.Tidur malam juga terganggu dengan kehadiran tikus ini yang sering menggigit kuku di jari kaki tapi nasib baik jugalah hanya kuku yang dia gigit kalau lain yang dia gigit..nayeeee..

Oleh kerana pesanan orang tua-tua dulu yang melarang memaki hamun si tikus ni maka apabila geram dan marah apa yang boleh disebut hanyalah "mek ti" dan jangan sesekali menyebut tikus.Mek Ti adalah gantinama atau gelaran pada tikus-tikus ini apabila aku naik darah dan geram.Boleh juga kalau nak panggil Pok Ti , Bro Ti , Dik Ti atau Nyah Ti asal saja jangan sebut nama sebenarnya. Orang tua berpesan jika nama tikus disebut dia akan menjadi lebih ganas dan mengamuk.Apakah sekarang ini tradisi atau petua itu telah hilang atau dilupakan menyebabkan haiwan ini mengamuk hinggakan puak tikus ini mula membuktikan kehebatan mereka....hanya sekadar renungan dan coretan aku saja.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...