31 Disember 2010

EDISI TERHAD


Hooooiiiii !!!!!...apa tengok-tengok ????...korang nak cari apa??? tengok orang lain punya buat apa...korang punya sendiri tak ada ke???...tengok sendiri punya dah lerrr... huhhhh !!!!


 " apalaaa pakcik..makcik..abang..akak cemua ni !!!..tak senonoh cungguh hihihihihi "

korang semua datang dari SINI  kan... kan... kan... hehehe.....


ozzy - Kita tengok siapa yang kena..hahahaha...jangan marah haaaa...hehehe

MENU BILA BERCUTI

Hari ini seluruh Malaysia menyambut cuti setelah kita dinobatkan sebagai juara piala AFF suzuki 2010. Tahniah pada skuad bolasepak negara yang bermain dengan bersungguh-sungguh dan penuh dengan semangat kesukanan.'Tahniah' juga pada pihak Indonesia yang menyediakan kereta perisai untuk membawa pemain negara ke stadium.

Hari cuti seperti ini mungkin ramai antara kita yang mengambil peluang melakukan berbagai aktiviti.Tidak kurang juga yang memilih untuk balik ke kampung.Bagi yang sudah lama tidak menziarahi saudara mara mungkin hari ini waktu yang sesuai untuk berkunjung dan bertanya khabar.Maklum saja hari cuti pasti tidak terasa kelam kabut atau letih serta dapat berbual lebih lama.

Rumahku hari ini turut dikunjungi oleh saudara mara antaranya anak saudara , mertua dan saudara sebelah isteriku.Awal-awal lagi menu yang mereka sebut untuk makan tengahari adalah Ikan Patin masak tempoyak. Meskipun masakan ini terkenal di negeri Pahang tapi ia mula menjadi kegemaran sebelah isteriku yang berasal dari negeri Sembilan setelah mereka merasai keenakan masakan isteriku.Cuma agak sukar untuk mendapatkan ikan patin sungai di sini.

Ikan patin dipadankan dengan ulam daum selom..ayam goreng dan masak pedas serta petai rebus...menu aku hari ini.

ozzy - Selamat bercuti dan selamat menjamu selera

30 Disember 2010

BOLAKERANJANG KENAPA TIDAK DIGEMARI

Jika kita lihat di negara kita permainan ini lebih popular dan didominasi oleh kaum cina berbanding kaum lain.Antara ciri utama yang diperlukan seseorang itu mestilah bertubuh tinggi kerana mudah untuk mencapai bola.Kaum Melayu atau India ada juga yang fizikalnya tinggi tapi agak kurang yang berminat untuk menceburi sukan ini.

Pada sesiapa yang pernah bermain atau bertanding dalam sukan ini pasti tahu dan faham  situasi dan emosi ketika bermain.Sukan ini memerlukan kepantasan, skill serta teknik untuk kita berebut bola dan membuat helah untuk menjaringkan bola tersebut.

Aku juga pernah cuba bermain permainan ini meskipun ciri-ciri fizikal aku tidaklah tinggi tapi itu bukan syarat utama atau penghalang bagi sesiapa saja untuk mencuba.Bersukan merupakan satu aktiviti riadah yang bagus untuk mengeluarkan peluh sekaligus dapat menyihatkan badan.Apa yang pasti itulah pertama kali aku bermain dan itulah juga kali terakhir aku mencuba.

Permainan ini membolehkan sesiapa saja dikalangan pemain untuk menjaringkan bola kedalam jaring dan pihak lawan pula akan cuba menghalang agar bola tersebut tidak masuk ke dalam jaring. Ketika cuba menjaringkan bola pihak lawan akan mengangkat kedua-dua belah tangan untuk menghalang bola tersebut dari dijaringkan.Inilah saat yang membuatkan aku tidak lagi berminat untuk bermain dan mematahkan terus semangat aku untuk bermain sukan ini.Masakan tidak 'hutan simpan' terbentang di depan mata bersama bau persis bau longkang membuatkan aku hampir muntah disitu juga..cukuplah sekali itu saja untuk aku simpan buat kenangan dan sebagai catatan pengalaman.

Mungkin itu adalah pantang larang atau tradisi mereka agar menyimpan khazanah 'hutan simpan' dan segala semak samun selain percaya pada pantang larang yang lain termasuklah nombor,jangan mandi pagi, kedudukan rumah dan sebagainya.

Apakah memakai baju seperti ini adalah syarat untuk bermain bolakeranjang atau ia hanya mengikut tradisi. Jika ada antara kita yang berminat untuk bermain sukan ini pesan pada kawan-kawan pakailah baju yang ada lengan.Tidak salah sekadar bermain sesama sendiri untuk mengeluarkan peluh dan memakai baju yang ada lengan.Sekiranya memasuki pertandingan barulah kita ikut segala syarat yang telah ditetapkan.




<-- kalau nak pakai juga biarlah yang macam ni....





ozzy - letih nak redah hutan...

29 Disember 2010

JALAN-JALAN CARI PASAL

Seperti yang telah aku duga perkara ini pasti akan aku temui dan ternyata ia telah terhidang di depan mata. Aku pernah terbitkan ulasan tentang perkara ini di SINI .Pertelingkahan sesama blogger dalam mempertahankan hak dan pendapat individu menonjolkan lagi sikap kita bangsa Melayu yang suka bersengketa sesama sendiri.

Ramai yang datang berkunjung atau saja berjalan-jalan untuk blogwalking cuba menyelit untuk memberikan pendapat tetapi apa yang dikesali caci maki pula yang diterima dan turut diselitkan kata-kata mencarut.... jalan-jalan cari pasal di SINI.

Tidak cukupkah lagi bangsa kita bersengketa sesama sendiri di atas muka bumi ini hinggakan di dalam blog dan alam cyber yang sekadar menampilkan penulisan yang sekadar omongan kosong turut menggugat emosi sesama kita.Jika ingin berhujah atau memberikan pendapat biarlah dengan hujah yang bernas dan membina.Apabila persengketaan turut berkait dengan jumlah traffic pastinya ia melibatkan pendapatan yang di terima oleh blogger tersebut.Pendapatan blogger berpunca dari mana ? Pastinya dari syarikat iklan dan kebanyakannya adalah dari Nuffnang.Syarikat Nuffnang dimiliki oleh siapa? anda boleh check sendiri sekiranya anda juga berdaftar dengannya...yang pasti Nuffnang bukan di miliki oleh orang Melayu dan sedikit info mengenainya ada di SINI atau anda boleh selongkar sendiri di dalam laman web nuffnang.

Tidak cukup dengan maki hamun, isu agama halal dan haram pula dibentang untuk mempertahankan hujah.Yang haram tetap haram dan yang halal tetap halal..hanya Allah yang maha mengetahui. Sekiranya sesuatu yang kita tahu mungkin menjadi haram lebih baik di jauhi dan dihindari..mudah bukan, daripada terus berlegar di tempat yang mungkin menambahkan lagi dosa yang sedia ada...tidak perlu bertekak di tepi kasino jika takut arak tumpah ke atas baju..

Besar sangatkah pendapatan yang diperolehi daripada Nuffnang kalau traffic sekadar 200 orang sehari?Berapa sen sangat bayaran per klik yang kita terima?Jangan kata nak beli kereta mewah, nak bayar bil internet pun tak lepas...

" BANGSA MELAYU BERSENGKETA KERANA BEREBUT GULA-GULA YANG DI TABURI DI ATAS TANAH..TETAPI BANGSA LAIN TIDAK PERLU BEREBUT UNTUK MEMILIKI TANAH YANG BERADA DI BAWAH GULA-GULA "....fikir-fikirkanlah.

Kenapa kita tidak mahu berebut dan bertengkar agar menjadi seperti Nuffnang? atau setidak-tidaknya sebagai pesaingnya? Sebagai pembekal dan bukan sebagai pengedar.Berapa ramai di kalangan blogger tahu berapa usia pengasas Nuffnang ini..dia mungkin lebih muda dari kamu yang bertengkar dan bertelagah tetapi apa yang dia fokus dan sasarannya serta apa yang dia perolehi...apa pula yang kita semua kecapi? ..Pernahkah anda semua terfikir untuk menjadi syarikat pengiklanan sepertinya?. Yang kita rebut itu hanyalah gula-gula yang ditabur hingga sanggup berjaga sampai jam 2 pagi dan kerananya juga kita bersengketa sesama sendiri...

Bila ditanya ramai yang katakan blog hanya suka-suka...blog hanya untuk mengisi masa lapang...blog untuk menambahkan pengetahuan..blog untuk menambahkan kenalan tapi kenapa perlu bertelagah? kenapa perlu maki hamun jika itu semua tujuannya?..jawapan sebenarnya ada pada diri dan hati kita...

ozzy - Melayu mudah leka...

28 Disember 2010

DERMA DARAH OZZY

Cuti pada hari sabtu lepas sekali lagi aku ke PDN atau pusat Darah Negara untuk menderma darah.
Ini adalah kali ke 17 aku menderma darah sejak dari tahun 1993 dan purata aku menderma darah adalah sekali setahun.Biasanya aku memilih untuk menderma sebelum masuknya bulan puasa tapi tahun ini agak terlewat kerana kekangan waktu ketika itu.

Sebab aku memilih sebelum bulan puasa adalah kerana mengikut teori aku ketika bulan puasa badan kita berehat dari memakan makanan seperti kebiasaannya dan ketika ini proses menyahtoksidkan makanan yang kita ambil saban hari akan berlaku.Teori aku disokong pula oleh info di SINI.
Apabila proses ini berlangsung dan dalam masa yang sama darah kita juga sedang dalam proses menghasilkan darah baru atau 'refresh' selepas kita menderma darah aku beranggapan proses ini sangat baik untuk pengaliran darah di dalam tubuh kita.Masa yang aku anggap paling ideal adalah seminggu sebelum bermulanya bulan puasa, jangan terlalu dekat kerana bimbang tubuh kita masih lemah jika baru lepas menderma.Anggapan mengatakan darah kita akan berkurangan selepas menderma darah adalah tidak tepat.

Sebab yang kedua adalah kerana ketika tibanya musim perayaan bekalan darah banyak diperlukan oleh pihak Hospital kerana sering berlaku kemalangan ketika perayaan.Bermakna kita membantu orang lain dan kita juga membantu tubuh kita sendiri.

Selain itu kita juga dikecualikan dari charge yang dikenakan di hospital kerajaan seperti ubat dan charge ketika tinggal di hospital.Keistimewaan lain yang diberi adalah kita akan dipindahkan dari ward kelas 3 ke ward kelas 2 apabila kad derma darah ditunjukkan semasa kita masuk ke ward. Perkara ini aku alami sendiri ketika aku dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur beberapa tahun lepas.Sebaik menunjukkan kad derma darah aku terus dipindahkan dari wad kelas 3 ke wad kelas 2. Sebulan lamanya aku berada di sana dan apabila discharge aku tidak dikenakan apa-apa bayaran termasuk deposit sebanyak rm 40.00 turut dikembalikan semula.

Menyedari kebaikan menderma darah pada tubuh, ramai yang tampil di PDN untuk menderma darah adalah mereka yang berbangsa Cina.Jika dulu golongan penderma agak seimbang diantara Melayu, India dan Cina tapi sekarang ini kaum Cina lebih ramai dan mendominasi samada sebagai penderma darah atau penderma plasma/platlet setiap kali aku ke sana.Ini bermakna darah yang bakal kita terima kemungkinan besar dari darah mereka..darah mereka pastinya diproses dan bercampur dengan apa yang mereka makan.

Alasan biasa yang kita selalu dengar dari kita orang Melayu adalah " saya sibuk ..tak ada masa "..." saya tak tahan tengok darah " atau saya takut jarum ".

Kategori darah aku adalah darah jenis 'O' dan sama dengan darah arwah ayah aku.Kerana itu bila arwah ayah aku perlukan darah tiada masalah untuk aku dermakan darah aku.Darah 'O' tidak seperti darah lain di mana darah 'O' hanya boleh menerima darah yang sama sahaja iaitu darah jenis 'O' tetapi darah 'O' boleh diterima oleh semua jenis darah yang lain.Maksudnya darah 'O' adalah dermawan kerana boleh menderma pada sesiapa saja tetapi darah 'O' cerewet kerana dia hanya mahu terima darah 'O' sahaja.

Berikut serba sedikit info yang aku perolehi dari sumber di internet atau di SINI berkenaan ciri-ciri atau keperibadian mereka yang berdarah jenis 'O'.Samada ianya tepat atau kebetulan anda sendiri yang tafsirkan kerana hanya anda yang tahu diri anda sendiri.

" Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.
* Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
* Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.
* Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.
* Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan."


Ingin mengetahui info dan rahsia disebalik jenis darah anda sila klik di SINI , Walauapapun darah 'O' merupakan darah yang sangat dikehendaki kerana darah 'O' boleh diterima oleh mana-mana jenis darah yang lain tetapi darah 'O' hanya boleh menerima darah yang sama dengannya sahaja iaitu darah jenis 'O'.Untuk mengetahui lebih lanjut tentang darah dan info mengenainya anda boleh klik di SINI.

Dermalah darah pada PDN dan bukan pada nyamuk...

ozzy - Kalau tak tahan tengok darah dan kalau takut jarum macam mana nak jihad...

27 Disember 2010

JOM SKODENG

Biasanya jika di kampung orang akan heboh bila ada anak dara atau anak gadis kena skodeng.

Seorang budak lelaki jika ada kesan sarang labah-labah atau bekas sarang ayam di kepalanya dia akan dituduh baru lepas skodeng kerana zaman dulu sarang ayam atau tempat ayam menetas banyak terletak di bawah rumah.Selain itu jika mata seseorang itu dihinggapi ketumbit ia turut dikaitkan dengan skodeng.

Manakala orang yang membuat kerja skodeng ni kalau kena tangkap memang malu besar kerana namanya akan dijaja seluruh kampung sebagai kaki skodeng termasuk emak dan ayah turut akan merasa malu. Nasib tak baik terus lekat dengan panggilan skodeng di belakang namanya contohnya mat skodeng, Atan skodeng dan sebagainya.

Bagi perempuan yang kena skodeng juga akan merasa malu kerana apa yang disembunyikan dan tidak sepatutnya dilihat oleh orang lain telah berjaya diceroboh oleh mata yang nakal.Ada yang malu untuk keluar rumah kerana rahsia dirinya telah diketahui oleh orang lain.

Zaman sekarang tak payah lagi susah-susah nak skodeng.Kalau tak nak skodeng pun macam disuruh skodeng.Kalau dulu malu takut orang nampak sekarang malu takut orang Tak nampak.Bila keadaan macam ni kadang-kadang tengah memandu tiba-tiba anak-anak kata " eiiiii..tengok tu..nampak ontot" ..nak tak nak kita pun terskodeng juga ....


                      

ozzy - zaman dah berubah..tak payah skodeng..bersepah di tepi jalan dan internet ..macam-macam ada

TAHNIAH MALAYSIA MENANG 3-0

Tahniah buat pemain bolasepak negara kerana berjaya mengalahkan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama piala Suzuki 2010 malam tadi dan sebagai bekalan selesa untuk berkunjung ke Indonesia pada perlawanan akhir ke dua nanti.
Aku pasti ramai terhibur dengan corak permainan pemain negara kita pada perlawanan tersebut.


Namun disebalik kemenangan tersebut apa yang dikesali adalah penggunaan 'cahaya laser ' yang menyuluh mata pemain lawan terutamanya kepada penjaga gol.Bukan hanya laser malah penonton kita terus menampilkan adab yang tidak beretika dengan membawa masuk mercun ke dalam stadium.Sepatutnya kemenangan kita disambut dengan bersih malangnya kerana perlakuan ini pastinya ia menjadi isu untuk mempertikai kemenangan Malaysia. Jika dalam negara pun turut ada yang pertikai apatah lagi mereka yang di luar negara.

Pagi ini seorang rakan berkata " alaaa.. Malaysia menang sebab main kotor ....aku dengar mereka guna laser "..hati aku dah mula panas dan aku bertanya " kau tengok ke game malam tadi " dia menjawab tidak.Aku kata " Lain kali jangan dengar je cakap orang ..itulah yang korang suka, tuduh sana fitnah sini...yang guna laser tu adalah penonton bukan pemain yang bermain dalam padang ..Inilah yang dikatakan satu Malaysia hanya tahu mengeji tapi tak reti nak memuji "..sempat lagi aku tempelak.

Pujian harus diberikan kepada kesebelasan negara yang mempamerkan mutu permainan yang menarik dan bersemangat.Sudah terlalu lama kita dahagakan aksi sebegini dari pasukan bolasepak negara yang sebelum ini hanya sebagai hidangan untuk dicemuh.Lebih membanggakan kita tampil dengan anak tempatan sepenuhnya tanpa memerlukan pemain atau jurulatih import.

Jika pemain kita mengekalkan momentum serta semangat seperti yang ditampilkan malam tadi aku yakin kita bakal bergelar juara untuk edisi kali selepas penantian selama 14 tahun...MALAYSIA BOLEH !!!.

ozzy - rindukan pasangan kembar aidil & Zaquan...

23 Disember 2010

Pencarian Blogger Peramah 2011

  

    ---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apakah anda seorang yang peramah?.Jika benar seeloknya janganlah terlalu ramah seperti pemuda di atas tu ye..Tertanya-tanya juga apa tujuan dia buat pengakuan tersebut bahawa dia seorang gay....macam ni rupanya gay ye...iiissshhhhh goliden...


Sebenarnya aku cuma nak terbitkan entry berkenaan peramah ni selepas di Tag oleh rakan aku En.Yassin untuk di calonkan sebagai Blogger peramah yang di anjurkan oleh ahsfantasy24.Terima kasih pada sahabat saya ni yang sentiasa ingat pada saya.




Aku sebenarnya bukanlah seorang yang peramah...lebih suka berdiam diri kecuali apabila bertemu dengan rakan-rakan yang rapat.Apapun di dalam blog sesiapa saja tetap dianggap peramah kerana kita berinteraksi melalui blog dan penulisan.

Apa yang perlu anda lakukan selepas dijemput atau ditag?
  1. Copy dan Paste entry ini beserta gambarnya ke dalam blog anda dengan menggunakan tajuk 'Pencarian Blogger Peramah 2011';
  2. Tag sekurang-kurangnya 4 orang rakan blogger anda yang peramah;
  3. Setelah menyiapkan  entry tersebut, sila tinggalkan link entry anda di sini //www.ahsfantasy24.com/2010/12/pencarian-blogger-peramah-2011.html
  4. Tiada paksaan dalam menjadi follower ahsfantasy24.com namun berbesar hati jika ada yang sudi.
 Rakan yang saya Tag : 





Terpulang pada mereka samada nak terima atau tidak kerana yang penting tag dari kawan-kawan dah siap.


ozzy - tag kat org perempuan sebab diaorang ni rajin sikit layan tag ni....

22 Disember 2010

BLOG AKU KENA INTERVIEW

Blog aku kena interview?..oppsss silap blog aku kena review...tak apalah asalkan ada bunyi view jugakan.Terima kasih dan aku amat hargai atas kesudian Cik Amy Syaquena dari blognya SINAR RAUDAH kerana menyenaraikan blog aku sebagai blog pilihannya untuk direview di SINI.Rasa segan juga sebenarnya kerana blog aku ni bukanlah berada dalam carta blog yang popular.

Kata orang kalau jiran sebelah rumah bekalkan kita kuih tak sampai hati nak pulangkan bekas kosong, nak juga balas meskipun hanya seketul kuih walau bukan itu yang jiran kita harapkan.Kalau tak ada kuih yang sedap cokodok pisang pun dikira memadai.Dari itu aku bekalkan sedikit cokodok pisang untuk Sinar Raudah...

Inilah wajah blognya dan untuk mengetahui lebih lanjut silalah ke http://sinarraudah.blogspot.com/.


Beliau berasal dan menetap di Ipoh Perak (asal Melaka?) dan merupakan seorang buisnesswoman milik syarikatnya sendiri.Telah berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya yang hensem dari Kelantan dan sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.Review aku sekiranya pasangan tersebut bertemu diantara negeri Perak/Melaka dengan Kelantan atau berlainan negeri ada di  SINI   tetapi itu hanyalah pandangan aku sahaja dan tidak semestinya tepat.Sewaktu mula singgah dan menjadi followernya ketika itu, entry yang dipaparkan banyak berkisar tentang masalah yang dihadapi dengan rakan dan pekerjanya. Antara yang aku masih ingat adalah kisah rakannya yang menggunakan duit syarikat untuk membeli motor malangnya rakannya tidak gantikan semula duit tersebut.

Cabaran lain yang beliau hadapi melalui luahan di dalam blognya ketika itu adalah bebanan tugas yang terpaksa dipikul seorang diri kerana sukar mendapatkan seseorang yang benar-benar boleh diharapkan. Melihat pada kekerapan entry yang dihasilkan setiap hari kebelakangan ini aku andaikan mungkin masalah tersebut telah berjaya diatasi.

Perkara yang aku rasakan sering membuatkan dia resah adalah tekanan orang sekeliling untuk melihat dia menimang cahaya mata dan itu adalah antara entry yang pernah dia terbitkan.Cetusan dan luahan melalui blog sekurang-kurangnya dilihat dapat meringankan sedikit bebanan tersebut ...hanya pandangan aku.Diharap beliau dan suaminya tabah dan sabar serta terus berusaha agar beroleh cahayamata.Lagipun usia perkahwinannya baru dua tahun malah ada yang lebih sepuluh tahun masih belum dikurniakan zuriat.Begitulah asam garam kehidupan, ada yang teringin sangat mahukan zuriat tapi tak berjaya manakala yang dapat zuriat pula dibuang merata.

Sejak semakin popular (followernya sekarang sudah lebih 1000 berbanding ketika aku menjadi followernya sekitar 300 lebih rasanya) aku melihat entrynya lebih diseimbangkan untuk tatapan berbagai peringkat usia tidak lagi seperti dulu dan ada antaranya dicedok atau copy paste dari isu semasa.Mungkin itu adalah antara strategi beliau agar tidak tertumpu hanya pada satu golongan dan bagi mengelakkan follower lain menjadi bosan.

Akhir sekali sedikit teguran padanya agar mengurangkan sedikit entry di 'front/main page' kerana aku rasakan agak berat untuk loading.Setelah ditimbang blognya ianya agak berat iaitu 116kb manakala load time 0.6 second berbanding berat blog aku cuma 53kb dan loading 0.12 second. Berat idea adalah di bawah 100kb dan loading di bawah 1 second.Apapun terpulang pada dirinya sendiri kerana itu adalah hak dan pilihannya.

Cukuplah setakat itu review dari aku..panjang sangat pulak rasanya aku membebel..kalau nak tahu lebih lanjut lagi sila singgah ke blog beliau di SINI.. dan jangan lupa follow sekali.
Aku dedikasikan lagu ini untuk Amy...harap jangan salah faham hanya sekadar hiburan dan tidak mengandungi atau apa-apa makna.

            


ozzy - boleh cuba  jadi promoter...


21 Disember 2010

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH

Meskipun ramai yang tidak suka dengan filem melayu tetapi ada antaranya boleh dianggap setanding dengan filem luar negara dari segi kualiti dan kreativiti.Cuma dari segi teknologi tidak dinafikan kita masih lagi agak ketinggalan.

Filem arahan Mamat Khalid dengan garapan lawak 'parody' atau lawak sinis yang menyingkap sikap masyarakat kita orang melayu yang masih percaya pada perkara tahyul.Sambungan dari filem zombie kampung pisang cuma kali ini sindirannya agak tajam dan sedikit terasa dengan kehilangan AC Mizal.Sekali lagi nama Limah menjadi popular selepas Halimah jongang...kenapa Limah?..kenapa bukan hantu janet?..hantu letchumi? atau hantu kum-kum?...mungkin anda dan abang Mamat tahu jawapannya.

Hantu Kak Limah balik rumah boleh dianggap filem tentang kepercayaan masyarakat kita tentang hantu ...filem yang diramal oleh ramai pemerhati untuk 'pecah panggung' dan bukan 'pecah punggung'  sambil mengheret minda penonton untuk terus berfikir sambil berhibur. Hanya selepas 2 hari ditayangkan kutipannya telah melebihi satu juta dan selepas seminggu kutipannya telah melebihi rm 3 juta berbanding filem 2 alam yang lain yang hanya sekadar retak botol..satu pencapaian yang boleh dibanggakan bagi filem bercorak seram komedi setelah ditayangkan baru beberapa minggu.Faktor masa ditayangkan iaitu ketika musim cuti sekolah turut menyumbang kehadiran penonton.Pada awalnya ramai yang menjangkakan ia hanya sebuah filem lawak atau seram yang skeptikal tapi abang Mamat membuktikan jangkaan mereka meleset bersama dialog yang dijangka bakal menjadi ikutan.Cuma watak 'si lembut' yang berkerusi roda dengan gaya tangan melentik agak merimaskan dan aku berpendapat watak ini tidak perlu ditonjolkan dalam filem sebegini.

Ini menunjukkan bahawa masyarakat kita ramai yang sukakan filem yang berunsurkan humor dan ringan yang sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga contohnya filem Allahyarham P.Ramlee. Sesekali kita perlu rehatkan minda dengan menonton filem bercorak hiburan setelah otak kita banyak diperah ketika bertugas.Untuk menghasilkan filem yang berkualiti dan menggunakan teknologi maju pastinya memerlukan belanja yang besar maka jalan terbaik untuk menonton filem sebegini adalah dengan menonton filem dari luar negara.

Tidak dinafikan banyak juga filem yang dihasilkan hanya sesuai dijadikan drama bukan sebagai tontonan di panggung wayang.Dengan jalan cerita yang bercelaru..lakonan yang kaku serta lawak yang bukan lawak terasa membazirkan duit membeli tiket wayang.Jangan kata beli tiket wayang terasa rugi, malah kalau kita beli CD cetak rompak yang berharga 5 ringgit pun kita rasa rugi...

Tahniah pada pengarahnya abang Mamat Khalid yang berjaya menghasilkan filem bercorak hiburan dalam masa yang sama menghukum akal penonton dengan sindiran tajam...selari dengan slogan "Filem kita wajah kita".Begitulah kreativiti orang lama bila mengarah, dalam jenaka ada yang terkena.Dalam masa yang sama kemunculan pengarah baru turut menyumbang kebangkitan filem melayu seperti Syamsul Yusof dan Farid Kamil bersama idea yang lebih segar malangnya sudah mula bersengketa..

Begitu juga orang lama kalau menulis..dalam tawa ada kiasannya..dalam senyum ada maknanya... kayuhannya bersahaja tapi ada yang gelora..dalam bersahaja ada yang terasa..bila berkata dalam maksudnya...contohnya jom lihat di SINI..

ozzy - teringin nak mengarah filem...

20 Disember 2010

PASARAYA HALAL

Mungkin ramai yang tidak menyedari akan kewujudan pasaraya halal yang menjalankan perniagaan halal sepenuhnya atau mungkin juga ada yang sedari tetapi hanya sekadar pernah mendengar namanya tetapi tidak pernah berkunjung ke sana.
Pertemuan dengan rakan blogger baru-baru ini membuka dimensi baru dalam hidup aku apabila aku berjaya menjejaki pasaraya halal ini.

Terima kasih buat rakan blogger tersebut iaitu saudara Johari atau menggelarkan dirinya sebagai UJ (Uncle Joe) yang boleh ditemui di dalam blognya di SINI.Pertemuan dengannya baru-baru ini ketika beliau menghadiri khusus di Kuala Lumpur sekaligus membeli produk serai wangi keluaran OZZY yang dipesan melalui shoutmix di blog aku turut ditemani oleh rakanku saudara ZULKBO.Dari perbualan dia mencadangkan agar aku cuba memasarkan produk aku ini di Pasaraya Halal ini yang dikenali sebagai Pasaraya Halal Metamorf.

Setelah berjaya mengesan pasaraya ini yang terletak berhadapan stesen komuter di Pantai Dalam tanpa membuang masa aku menuju ke sana bersama sample produk OZZY.Aku disambut dengan ramah oleh pemilik pasaraya ini dan setelah menerangkan produk aku akhirnya produk aku diterima untuk dijual dikedai ini.Terima kasih pada pemilik pasaraya ini yang berasal dari Kedah.



Sebelum diterima semua produk akan diteliti terlebih dahulu dan hanya produk bumiputera sahaja yang diterima di sini.Aku diminta menyerahkan salinan pendaftaran syarikat bagi memastikan ianya betul-betul produk aku dan bukan dari keluaran 'bukan bumiputera'. Selain itu setiap produk yang lain juga akan diteliti dari mana keluarannya dan jika didapati diproses oleh bukan Melayu produk tersebut akan di reject. Tabik Springgg !!!! buat pemilik pasaraya ini yang begitu tegas dan tanpa kompromi pada produk bukan Melayu lebih-lebih lagi pada yang tidak halal/haram.

Perbualan dengannya turut menarik apabila aku bertanya dari mana dia dapatkan bekalan ayam serta ikan. Menurutnya ayam yang dijual dibeli terus dari pengusaha Melayu mengikut kriteria yang beliau tetapkan dimana beliau sendiri akan melawat ke sana iaitu bangsal serta tempat memproses ayam yang bersih selain cara penyembelihan mengikut syariat Islam serta disembelih oleh orang Islam dengan cara yang sah.



Ikan pula dibeli terus dari peraih di Kuala Perlis dan bukannya ikan yang diimport dari Thailand kerana dia turut menyedari penggunaan bahan kimia FORMALIN yang digunakan pada mayat oleh pengusaha dari sana untuk menyegarkan ikan.Sila rujuk entry aku sebelum ini mengenai penggunaan bahan kimia ini klik di SINI.Mee kuning yang biasa kita makan di kedai mamak pula seperti kita sedia maklum mengandungi asid arsenik di sini hanya di jual menggunakan jenama "Mee Ibu" yang dipercayai buatannya iaitu buatan muslim.

Satu pemandangan menarik ketika dipintu masuk apabila terbaca notis atau peringatan yang dipamerkan bertulis  " TOLONG BERPAKAIAN SOPAN ATAU ANDA TIDAK DIBENARKAN MASUK DI PREMIS INI "  meskipun ayat tertulis menghadkan kehadiran pengunjung terutamanya pada mereka yang tidak berpakaian sopan tetapi keyakinan pemiliknya dengan rezeki yang Allah berikan begitu teguh untuk mengenepikan soal untung semata-mata...tahniah pada prinsipnya.


Pemandangan di dalamnya juga kemas dan teratur dengan berbagai barangan yang dipamerkan dari kelengkapan dapur , buku agama dan motivasi , barangan basah seperti sayur , ikan dan daging serta pakaian.

Pada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh klik di SINI yang setakat ini hanya mempunyai satu lagi cawangan iaitu di Bandar Pusat Jengka. Kebetulan aku juga berasal dari sana insyaallah produk aku ini aku akan pasarkan juga di sana.Kerana itu seperti yang telah aku katakan pada entry aku sebelum ini iaitu "APA SALAH MENCUBA" akhirnya produk aku mula bertapak di Pasaraya.



Mungkin ramai diantara anda disini kecewa setelah menyedari anda tidak berpotensi menambahkan pendapatan sebagai blogger apa salahnya blog anda dijadikan medium untuk cuba meraih rezeki yang lain.Mungkin produk anda juga bakal bertapak di sini...

~ Notis di pintu masuk ~

19 Disember 2010

SALAH SIAPA

Mungkin kita pernah terbaca atau biasa menggunakan ayat sebegini " Akew x dpt dtg sakit peyut..nape ko windukan aku kew..poyo laa..kim salam kat d owg ye..nanti bile chat akew call ko yer.."

Apa pula kita nak balas atau nak kata?....Mungkin kita boleh kata begini " kepalew otak kew..akew lukew baru tuewwe".herot mulut nak nyebutnya nak kata sengal tak sengal tapi kalau sengal mungkin dia kata macam ni " hepala hohak hau..ahu luhu bahu hahu "..haaa yang ni baru kena sebab kita faham dia tu sengal.

Siapa mereka itu?..mereka itu adalah bangsa kita.Kita yang merosakkan bahasa kita maka wajarkah kita menunding jari menyalahkan orang lain?.Salah siapa?...

Jika kita cuba bertutur atau menulis bahasa inggeris contohnya, meskipun kita kurang fasih tapi kita masih menyebut dan mengeja dengan betul.Contohnya " hello sir..can give me one smoke?..wah your smoke feel good ".Meskipun mat saleh tu tahu dari segi tatabahasanya salah tapi dia masih tersenyum kerana dia faham apa yang ingin kita sampaikan...maka dia hulurkan sebatang rokok.

Jika nak dibandingkan dengan loghat di setiap negeri yang ada di negara kita ini ianya sudah tentu tidak sama dari segi sebutannya dengan bahasa melayu.Setiap negeri mempunyai loghat daerah mereka sendiri tetapi matapelajaran yang digunakan tetap dalam bahasa melayu.Bermakna kita mengeja dan menulis adalah dalam bahasa melayu.

Apabila bahasa kita diperlekehkan tempiasnya turut terkena pada bangsa kita.Tidak perlu menunding jari menyalahkan orang lain dengan berkata itu semua agenda mereka untuk merosakkan bahasa melayu kerana kita sendiri yang telah merosakkannya.Mungkin kita pernah mendengar kata-kata 'Bahasa jiwa bangsa'...inilah yang kita pamerkan 'jiwa bangsa' kita ketika ini...

Biasa bila kita marah kita akan berkata " tak reti bahasa ke? "...tapi sebenarnya siapa yang tak reti bahasa kalau itu bahasa yang kita gunakan...

ozzy - suka dengar bangla cakap melayu...

17 Disember 2010

TAK SAMPAI

Biasanya kalau kita tengok sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki bersama pasangannya kita boleh agak samada mereka pasangan kekasih atau suami isteri.Apa bezanya antara kekasih dengan isteri?.

Kalau kita tengok wanita di sebelahnya duduk menyenget ke arah lelaki yang memandu itu isyarat jelas mereka adalah pasangan kekasih , tunang atau paling tidak pun baru kahwin.Wajah pun manis tersengih memanjang apatah lagi kalau kereta mewah.Kalau kereta kancil sengetnya lebih sikit sebab kereta tu kecil dan sempit.

Lain pula bagi pasangan yang dah lama kahwin.Pandangan isteri lebih terarah ke luar tingkap dan duduknya pun hujung rapat ke pintu sambil siku menongkat pada pintu kereta.Senget juga tapi senget ke pintu tidak lagi senget pada pemandu.Masuk je gear lima bila suami toleh ..laaa dah berkeruh.

Kalau naik motor pula lagi mudah nak kenal.Sebelum kahwin duduknya serapat yang boleh sampai muat sorang lagi untuk duduk di belakang dan pelukannya juga kemas.Bila baru kahwin duduknya mula renggang tak rapat lagi dan pelukannya agak longgar malu katanya kalau orang tengok.Dah kawin malu pulak..mmmm.

Bila dah lama kahwin nak duduk rapat lagi segan.Kalau dulu seat muat sorang lagi sekarang seat dah tak muat lagi dah.Kalau dulu peluknya rapat bila dah lama kahwin jangan kata nak peluk, pegang pun tak nak.Bila suami tanya "kenapa tak peluk??".

Isteri jawab " macamana nak peluk...tangan dah tak sampai"....

ozzy - peluk selagi boleh peluk....biar  tangan tak sampai  jangan hajat yang tak sampai..

16 Disember 2010

FEMININ ATAU MASKULIN

Budaya meniru gaya pelakon atau artis popular sememangnya sinonim dengan remaja samada lelaki atau wanita.Jika lelaki pastinya meminati pelakon perempuan dan jika perempuan pula pasti sebaliknya kecuali jika mereka jenis gay atau lesbian.

Jika dahulu hero hindustan menjadi tumpuan kini selera remaja beralih arah pada hero Korea pula semenjak filem atau drama korea mula mengisi slot siaran tv di negara kita.Peminatnya pula banyak terdiri dari kaum wanita yang impikan heronya manakala kaum lelaki agak kurang meminati mungkin kerana wajah mereka lebih kurang sama seperti wanita cina atau jepun yang berkulit putih...

Fesyen mereka turut menjadi ikutan dengan gaya rambut serabai.Kalau kat kampung mereka panggil fesyen rambut ni 'rambut sarang ayam' atau 'rambut sarang burung'.Kelebihan lain pada hero korea ni selain berkulit putih, hidung mereka juga kebanyakannya mancung serta fizikal mereka yang tinggi. Ciri-ciri inilah yang menepati selera anak gadis kita zaman ini.Manakala hero hindustan pula meskipun kulit mereka tidak seputih seperti hero korea mereka diminati kerana tubuh mereka yang sasa dan berbulu selain dari hidung yang sudah tentunya mancung.Mereka ini lebih dianggap maskulin atau jantan/gagah berbanding dengan hero korea yang rata-ratanya lebih berwajah 'keayuan'.

Inilah yang biasanya tiada pada lelaki Melayu yang rata-ratanya berhidung rendah dan berkulit sawo matang atau kuning langsat.Nak buat rambut 'sarang ayam' juga kurang menjadi kerana rambut semulajadi tidak terlalu lurus meskipun banyak dah sapu jelly rambut dan lenguh tangan nak menggentelnya. Akhirnya pergi ke salun semata-mata inginkan fesyen seperti ini.Kerana inginkan yang berhidung mancung pilihan yang mudah di negara kita adalah Mat Bangla.Bangla pun bangla lah janji dapat yang hidung mancung.Bila dah tertipu hidung mereka tetap tak mancung tapi makin kembang.

Kalau kulit halus dan gebu dengan gaya berjalan berlenggang lenggok itu bukanlah maskulin.Ia lebih sesuai dikategorikan sebagai feminin.Jika diletakkan tangan mereka dengan tangan seorang wanita mungkin kita tidak dapat bezakan kerana nampak seakan sama.Berbeza dengan lelaki maskulin yang tangan atau lengannya lebih tegap,berotot dan berurat serta kasar.

Ciri-ciri gadis feminin pula tentunya dengan wajah sopan bersama tutur kata yang lemah lembut.Jika berjalan langkahnya teratur.Apa yang banyak kita perhatikan kini ciri-ciri ini semakin kurang.Gadis hari ini lebih suka bergaya lasak dan menampilkan imej yang agak 'keras' alasannya simple dan mudah bergerak.Bakal mertua pun terima saja meskipun dalam hati berkata 'perghh...rambut macam sarang ayam jadi menantu aku'. Kalau dihalang bimbang pulak nanti anak lari dari rumah.

Inilah yang dikatakan selera manusia kerana hakikatnya manusia memang sukakan kecantikan tapi bila ditanya apakah ciri-ciri yang menjadi pilihan kamu? mereka menjawab wajah bukan menjadi ukuran yang penting dia seorang yang sederhana , beriman dan bertanggungjawab... hmmmmm ye ke!!....

ozzy - selera manusia kadangkala bermusim...

15 Disember 2010

BEREBUT GULA-GULA

Ketika di zaman kanak-kanak antara acara sukan yang popular adalah berebut gula-gula dan memecahkan belon.Di setiap sekolah tadika boleh dikatakan acara berebut gula-gula pasti diselitkan di dalam sukaneka yang diadakan.

Ketika ini kita boleh lihat apakah kanak-kanak tersebut suka berebut atau sekadar memungut apa yang mereka dapat capai.Apa yang sering kita perhatikan anak-anak kita (orang Melayu) hanya memungut sekadar yang mampu iaitu apabila poket seluar dan baju serta kedua-dua tangan dah penuh mereka akan berhenti dan kembali semula.

Apabila mereka melihat gula-gula yang tercicir atau jatuh dari poket atau genggaman rakan mereka, biasanya mereka tidak akan rebut dan membiarkannya saja kerana beranggapan itu adalah hak orang lain.Berapapun jumlah atau kuantiti gula-gula yang mereka dapat mereka dan keluarga mereka akan berkata 'jadilah dapat banyak ni' sedangkan mereka tahu anak-anak mereka sepatutnya memperolehi jumlah yang lebih besar sekiranya anak-anaknya berebut kerana itu yang sepatutnya dilakukan berdasarkan acara tersebut yang dipanggil " Berebut gula-gula" maka memang sepatutnya berebut tetapi apa yang kita lihat mereka hanya kutip dan bukan berebut.Malah ada juga yang menangis apabila hasilnya terlalu sedikit dari rakan lain kerana dia tak mahu berebut.

Jika kita melihat anak-anak dari kaum lain keadaan ini berbeza samada kesemua mereka adalah kaum yang sama ataupun bercampur dengan anak Melayu.Kita dapat lihat mereka berebut sambil tolak menolak serta cuba menguasai sesuatu kawasan dengan mengepungnya menggunakan kedua-dua tangan.Cara mereka juga agak berbeza di mana mereka memasukkan gula-gula tersebut ke dalam baju (baju dimasukkan kedalam seluar).Dengan itu bukan hanya mereka memperolehi jumlah yang banyak malah memudahkan mereka untuk terus mengutip dan kembali berebut meskipun 'perut' mereka telahpun kelihatan padat.Gula-gula yang jatuh dan tercicir juga akan dipungut kerana mereka berkata ia adalah hak sesiapa saja.Apabila kembali sekiranya hasil mereka sedikit maka keluarga mereka berkata " That's all only you can get? you should get more than this, don't bother who they are..just grab as much you can".

Jika acara ini melibatkan anak-anak Melayu bersama kaum lain kita perhatikan anak Melayu tidak suka berebut dan mudah beralah meskipun gula-gula di dalam genggaman mereka turut direbut. Mereka lebih selesa memungut tanpa adanya gangguan.

Kita perhatikan pula pada golongan dewasa yang pastinya membesar dari seorang kanak-kanak yang mungkin pernah 'berebut gula-gula'.. Bagi golongan dewasa apabila ada jualan murah atau jualan penghabisan stok atau disebut 'SALE' yang melibatkan barangan berjenama yang menawarkan diskaun sehingga 80%.Kita perhatikan siapa yang akan berebut?.Orang Melayu tidak ramai yang akan berebut kerana antara alasannya 'susah nak dapat parking nanti kena berebut'...  'ramai sangat orang malaslah nak berebut' 'lecehlah nak berebut rasa tak selesa' dan berbagai lagi alasan kerana kita dilatih dan diasuh untuk tidak berebut.Kita kembali membeli semula barangan yang sama tetapi dengan harga yang berbeza kerana 'SALE' telah habis sebab kita mahu selesa... itupun jika stok masih ada.

Zaman ini gula-gula ditabur di atas tanah untuk direbut oleh sesama Melayu sehingga sanggup bermusuhan sesama sendiri.Ketika kaum Melayu sedang leka dan bertelagah untuk berebut gula-gula di atas tanah kaum lain pula dengan mudah mengaut tanah yang berada di bawah gula-gula ...fikir-fikirkanlah.

ozzy - pun suka berebut.tetapii yang kerap kita saksikan kita suka berebut sesama kita.

14 Disember 2010

MONYET BERTUAH

Monyet ini bukan hanya bertuah tapi boleh dianggap istimewa kerana berjaya melangkah memasuki dan memijak dewan dengan penuh bergaya.Jika selama ini untuk memasuki dewan tersebut perlu memakai pakaian kemas dan sopan tapi kali ini dewan tersebut rela tercemar demi menyambut kehadirannya.

Dengan gaya ala rap dengan bangga dan megah monyet ini disambut ketibaannya.Yang pasti monyet ini bukan terlepas dari kurungan tapi hadir bagaikan wira di jemput masuk ke dalam dewan.Kehadirannya disambut seolah-olah dia mempunyai immuniti sedangkan manusia lain diberi peraturan ketat dan perlu berpakaian sopan apabila berada di dewan tersebut.

Monyet ini berani kerana ada yang menyokong di belakangnya.Pastinya yang memberi sokongan juga bukan dari kalangan monyet biasa.Kerana itu juga dia begitu angkuh berterusan menghina kedudukan dan hak orang lain.Keangkuhannya semakin menjadi-jadi kerana tiada tindakan dikenakan ke atasnya maka terkinja-kinjalah sang monyet menari dan menyanyi mengikut apa jua rentak bersama lirik yang disukainya meskipun ada hati yang terluka dan semakin berdarah. Selayaknya monyet ini di lepaskan semula ke dalam hutan kerana di situlah tempat yang layak untuk monyet sepertinya dan jika terasa di sini tidak aman kembalilah ke tempat asalmu.

Kenapa sang monyet berani bermaharajalela?.Sebabnya sang harimau sering bersengketa dan bercakaran sesama sendiri.Lebih malang lagi apabila ada sang harimau yang sudi membelai dan menyusukan sang monyet.Apakah sang harimau sengaja sembunyikan kuku atau sememangnya harimau sudah tidak bertaring atau kuku dan taringnya hanya digunakan untuk bercakaran dan menggigit sesama sendiri...

Wahai sang monyet jangan selalu sangat suka menyakat dan menguji kesabaran sang harimau kerana suatu hari bila sang harimau mengganas buruk padahnya.Ketika itu jangan pula sang monyet yang lain turut bertempik dan menyalahkan sang harimau.


                        

ozzy - monyet semakin bijak memutar belit atau sang harimau semakin bodoh..

13 Disember 2010

SUDAH BLACKLIST

Gara-gara menyertai Bloglarian kini aku telah disenaraihitam atau 'blacklis' oleh siapa?.Aku telah di 'blacklist' di pondok bernombor 103 oleh kuncu-kuncu bloglarian ataupun di SINI.

Setelah mengetahui pondok tersebut aku lantas ke sana untuk melihat jiran terdekat yang turut sama di 'Blacklist'.Dari pondok tersebut aku cuba untuk menziarahi jiran terdekat dan hasilnya apa yang aku dapati adalah > banyak traffic datang dari bloglarian!.


Bagi orang orang yang malas blogwalking macam aku ni peningkatan traffic dalam waktu yang singkat seperti itu sudah cukup baik dan aku akui traffic aku memang ciput.Aku percaya pada mereka yang lebih rajin pastinya traffic mereka lebih tinggi.Jika itu yang anda inginkan 'kamu usaha..kamu buat maka kamu juga yang akan dapat ganjarannya'....jangan menipu seperti 'blogwalking auto' kerana ramai yang tidak suka... siapa yang rugi? mereka dan keluarga mereka....

Jika anda perasan diantara sumber traffic tersebut datangnya dari blogger Denaihati dan beliau berada dalam senarai antara blogger terkenal dan popular.Begitu juga dengan KUJIE2 yang juga merupakan blogger yang tidak kurang hebatnya sesekali ada juga singgah ke blog aku yang tak seberapa ini.Mungkin ada satu dua entry yang mereka berminat untuk baca.Kepada mereka berdua aku ucapkan terima kasih dan aku hargai kehadiran mereka meskipun mereka hanya singgah sebagai 'silent reader'.Kepada yang belum kenal mereka berdua terutamanya blogger baru anda boleh singgah ke blog mereka itupun jika anda berminat untuk membaca penulisan mereka yang sering padat dengan info tapi kalau bertujuan untuk blogwalking di sana rasanya baik lupakan saja kerana mereka tidak sediakan shoutbox.Untuk lebih mengetahui sila klik pada nama mereka yang aku 'bold' kan itu.

Pada yang rajin blogwalking dan ingin meningkatkan lagi traffic aku cadangkan anda mendaftar dan singgah di Bloglarian.Di sana terdapat banyak rumah (setakat ini sudah 100 lebih dan setiap page ada 5-6 buah blog).Dari situ anda boleh singgah pada senarai rumah yang ada selain dari group anda sendiri.Blogger popular seperti Ben Ashaari juga mendaftar di sana dan berada di rumah nombor satu..boleh lihat di SINI...Apapun terpulang pada anda samada berminat atau tidak dan untuk melihat di mana aku diletakkan dan bagaimana ia disusun sila klik di SINI...

Terima kasih pada pemilik dan admin bloglarian dengan usaha anda yang kreatif ini.Aku percaya selain faedah yang dia sendiri dapat mereka juga turut membantu blogger lain.Inilah yang kita inginkan saling membantu dan sama-sama mendapat faedah.Cuma satu yang aku fikirkan sekiranya rumah tersebut boleh dibuat 'random page' ianya lebih bagus.Maksud aku setiap kali kita buka rumah kita jiran kita turut bertukar dan bukan jiran yang sama seperti sekarang ini...boleh ke?..

                                                          Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama si kucing belang, 
                                                          Dua tiga boleh ku cari,
                                                          Manakan sama Bloglarian...

ozzy - Biasa orang sebut "we share a piece of cake"...ada juga yang selalu dapat serdak je..

9 Disember 2010

BLOGLARIAN


Pada awalnya aku tertanya-tanya juga kenapa dalam bloglist aku banyak entry mengenai bloglarian ini.Setelah aku klik dan baca rupanya berkenaan dengan blogwalking.Melihat pada konsepnya sememangnya idea ini nampak menarik cuma belum pasti keberkesanannya.

Konsep yang ingin disampaikan oleh penciptanya adalah untuk menjimatkan masa bagi tujuan blogwalking di mana kita boleh buka antara 4-5 windows atau tabs pada satu masa.Ertinya dalam satu windows kita boleh lihat screen memaparkan 4-5 blog berbanding kita blogwalking satu persatu..idea yang bagus..tahniah.Ibarat kita menonton tv..kita tonton 4 channel sekaligus.

Jika dilihat pada konsep ini sebenarnya bukan hanya untuk blogwalking tapi juga bagus untuk kita membaca blog favourite kita dalam satu masa.Biasanya 'blog favourite' terdiri dari rakan yang kita kenal atau blog yang kita minat yang boleh dikatakan kita singgah setiap hari dan pasti senarainya tidaklah banyak.Selebihnya barulah dikatakan blogwalking..tak gitu ?

Pada yang ingin mencuba boleh turut serta ..jangan risau sebab tiada charge dikenakan dan tak perlu bayar yuran dan sekurang-kurangnya lepas nak karang satu entry.Kalau tak berminat abaikan saja tak perlu peningkan kepala untuk memikir.

Untuk menyertai atau mendaftar boleh klik di sini BLOGLARIAN dan antara syarat yang diberi :

1)  Letak banner ni dan link kan ke http://bloglarian.blogspot.com/ 
 -> Seperti yang anda lihat di atas


2)  Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)
  -> sejujurnya blogwalking hanya untuk uptraffic 


3) Follow Bloglarian
  - > I follow .. ( kena sebut macam suara abg Jem ) - mmg dah lama aku follow blog ni... 


4) Tag 3 orang atau lebih rakan 
  i -  ECHAM  - http://shamdanial.blogspot.com/
 ii -  LYNNHAMZAH - http://lynnhamzah.blogspot.com/
 iii - ANA - http://www.matahari71.blogspot.com/
  iv - MA - http://mazeck.blogspot.com/

ozzy - 30 patah perkataan je sikit sangat nak tulis untuk soalan no-2 tu..sambung sikit kat sini -> kalau nak membaca dan menambahkan pengetahuan x payah blogwalking gunakan bloglist.

8 Disember 2010

DAMAI LAUT HANYA INDAH KHABAR


Lewat petang kami sekeluarga tiba ke destinasi percutian Damai Laut di Lumut Perak.Oleh kerana ini kali kedua kami bercuti di sini maka suasana di sini tidaklah terasa asing buat kami. Persekitarannya juga tiada apa yang berubah sama seperti sewaktu kami datang tahun lepas.

Bezanya tahun lepas kami tinggal di apartment tapi kali ini kami tinggal pula di hotel.Aku memilih 2 bilik yang bersebelahan "interconnection" dengan bilik anak-anak kerana mudah untuk kami berhubung atau jika anak-anak nakkan apa-apa tak perlu ketuk pintu berkali-kali.

Seperti diduga ketibaan kami disambut oleh sang monyet yang banyak berkeliaran di sana.


" Hai semua..selamat datang "...







Lagak yang ini macam pegawai JPJ pulak siap berdiri jengok kat cermin tingkap aku agaknya mungkin dia kata " encik..lesen ada ? ".






Bilik kami bertempat di blok B (disebut wing B).Reka bentuknya hampir sama seperti swiss garden hotel di Kuantan cuma bezanya pada ruang bilik mandi yang mana sinki beserta cermin diasingkan di luar.Pintu bilik air juga tidak boleh dikunci kerana rosak dan keadaan juga sama di bilik sebelah (bilik anak kami).

Melihat pada gambar yang ditunjukkan dalam website (seperti gambar di atas) pemandangannya cukup cantik  dapat melihat langit serta laut yang membiru.Pemandangan tersebut memang benar tetapi hanya sekiranya kita dapat tinggal atau memilih bilik yang bertempat di blok A (wing A).

Inilah pemandangan yang aku dapat lihat apabila berdiri di koridor sebelah luar (wing B)..pokok 'nyor' yang rimbun serta buahnya.Pada sesiapa yang ingin menetap di sini pastikan anda memilih bilik di 'wing A' untuk pemandangan yang lebih cantik.
Lebih mengecewakan apabila charge yang dikenakan untuk menggunakan 'wifi / internet' adalah sebanyak sejam rm10.Nasib baik aku bawa sekali 'berukband' sendiri.

Tak ada apa yang menarik untuk dipaparkan di sini.Nak snap gambar laut rasanya sama je dengan laut yang lain..Gambar pokok dan padang golf pun lebih kurang sama dengan yang biasa kita tengok.Apa kata kalau tengok sajalah gambar keluarga aku itupun banyak snap dalam bilik sebab cuaca di luar yang selalu hujan.


Anak bujang aku yang sedang tunggu result PMR tengah layan internet ..facebook la tu apa lagi.









Bersama anak perempuan aku yang ke 2.

        Bergaya di sebalik pokok ...cakk!! >








Bersama anak aku yang bongsu..
baru nak masuk darjah satu.

      Bergaya di tepi kolam renang >





Selepas check out kami singgah ke Taiping memandangkan jaraknya tidak jauh dari sini dan memakan masa lebih kurang 30 minit.Kami bersiar dan berehat di sebentar di Taman Tasik Taiping dan di situ juga terletaknya zoo Taiping tapi ketika ini parking di zoo juga penuh termasuk bas sekolah dan orang terlalu ramai mungkin kerana cuti sekolah.

Anak bujang aku memilih untuk merasa mendayung sampan.

Sedang menyakat maknya mengayuh ..perangai dia lebih kurang macam akulah suka sakat maknya hehe...>


Anak-anak perempuan pula memujuk pula emaknya untuk naik 'bot kayuh'.Sudahnya maknya mengadu kaki sakit dan lenguh ..kesian.






Destinasi untuk tahun berikutnya aku lebih prefer memilih lokasi swiss garden hotel di Kuantan. Lautnya lebih selamat untuk mandi berbanding di sini yang banyak obor-obor dan batu karang.Selain dari itu terdapat banyak gerai atau kedai makan di kawasan berhampiran berbanding di sini.Jarak untuk ke bandar Kuantan juga dekat hanya beberapa kilometer sahaja dari hotel tersebut.Begitu juga barangan lain lebih mudah untuk ditemui termasuk stesen minyak.

Kepada anda yang memilih untuk bercuti di sini (Damai Laut Lumut) pastikan anda memilih bilik di 'Wing A' untuk melihat pemandangan menarik atau anda bakal hanya sekadar dapat merenung pohon kelapa.Mungkin ini percutian terakhir untuk tahun ini dan semoga tahun-tahun seterusnya aku berpeluang lagi untuk bercuti bersama keluarga.

ozzy - selamat bercuti.....

2 Disember 2010

CERMIN

Cermin merupakan peralatan penting untuk kita melihat dan meneliti penampilan diri kita sendiri.Tidak kira apa jua bentuknya fungsinya tetap sama iaitu sebagai objek yang memantulkan sesuatu imej dalam bentuk atau rupa yang sama.Jika ditanya apakah yang paling jujur di dunia ini jawapannya adalah cermin kerana cermin tidak pernah menipu siapa saja.Jika kita berdiri di hadapannya apa yang ada pada kita itulah yang kita akan lihat walau hanya sehelai rambut.

Di dalam kehidupan kita boleh merubah banyak perkara untuk mengaburi dan menipu orang lain tetapi apabila kita berdiri di hadapan cermin kita tidak akan mampu menipu diri kita sendiri kerana cermin tidak akan tertipu dan menipu.Kita berupaya menutup parut di muka dengan menyapu bedak serta solekan tetapi cermin tidak akan menipu kerana kita pasti akan muncul di hadapannya dengan wajah kita yang sebenar tanpa solekan.

Kita bijak melafazkan kata-kata dan berucap sambil mengalunkan ayat untuk mempengaruhi orang lain tetapi cermin tidak akan menipu apabila kita memandangnya kerana cermin tahu ketika itu kita sedang berdusta. Apabila berada di hadapan cermin apa yang dipertuturkan akan terpancar disebalik wajah kita yang sebenar kerana apa yang kita lihat itu adalah wajah kita dan kita tahu siapa sebenarnya diri kita serta apa yang ada di dalam hati kita sendiri.Cermin tidak sesekali menipu dan cermin mampu menterjemahkan apa yang kita pertuturkan disebalik wajah kita kerana kita tahu apa yang dipaparkan itu adalah diri kita sendiri meskipun kita berupaya memperdaya orang lain.Cermin tetap tahu segala apa yang tersirat.

Kita mampu merubah keperibadian dan watak kita menjadi hipokrik untuk mengaburi mata orang lain tetapi cermin tidak sesekali hipokrik dan menipu kerana ia sentiasa mempamerkan diri kita yang sebenarnya setiap kali kita berdiri di hadapannya.Kita juga mampu merubah penampilan kita bersama gaya dan pakaian yang dipakai tetapi kita tidak mampu menipu cermin kerana cermin akan mempamerkan segala apa yang terselindung meskipun hanya sehelai benang yang putus.Cermin juga akan memaparkan segalanya dengan jujur apabila tiada seurat benang pun yang menyelimuti tubuh kita.

Kita berupaya menulis apa sahaja demi mencapai matlamat walau dengan apa jua caranya.Kita sulami segala bait kata yang indah persis seorang pendita sehingga ramai yang terfana menatapi apa yang kita bentang dan pamerkan.Di saat menulis kita senyum bangga kerana kita berjaya serta bakal memperdaya dan memesongkan fikiran orang lain tetapi cermin tetap jujur berkhidmat dengan memancarkan wajah kita yang sebenar.Cermin tidak akan menipu kerana dia mampu menghuraikan segala apa tersurat dan tersirat.

Cermin tidak akan tertipu dan terpedaya dengan lakonan kita kerana cermin hanya tahu erti jujur & telus....

ozzy - hanya cermin ajaib yang tidak jujur....

1 Disember 2010

DEEJAY VS BLOGGER

Deejay atau penyampai radio adalah salah satu kerjaya yang kini semakin popular.Jika dahulu ramai yang hanya mengenali deejay hanya pada nama dan suara tetapi hari ini deejay juga dianggap sebagai selebriti.

Jika dahulu kalau Deejay lelaki keutamaan diberikan pada calon yang mempunyai suara jantan atau suara garau contohnya seperti deejay Noramin.Jika perempuan pula yang mempunyai suara asli atau suara kewanitaan lebih menjadi pilihan.

Kerjaya deejay ketika itu juga tidak popular seperti deejay hari ini. Mereka hanya dianggap sebagai penyampai radio untuk memutarkan lagu kesukaan ramai atau lagu-lagu terbaru disamping menyampaikan berita-berita terkini.Keadaan kemudiannya berubah apabila deejay mula dianggap sebagai selebriti dan dikenali ramai serta mempunyai peminat mereka yang tersendiri.Hari ini anugerah deejay atau penyampai radio popular turut diwujudkan di dalam slot anugerah tahunan.

Apabila stesen radio semakin banyak dan berkembang maka wujudlah persaingan diantara satu stesen dengan stesen yang lain dan untuk menarik perhatian pendengar antara strategi mereka adalah dengan memilih selebriti atau artis terkenal sebagai deejay yang bertugas.Suara mereka bukan lagi faktor utama kerana yang penting mereka ini mampu bertugas sebagai deejay sekaligus menarik peminat mereka untuk mengikuti stesen radio tersebut.Kerana itu deejay hari ini mempunyai suara yang pelbagai ada yang serak,ada yang nyaring ,ada yang sengal dan ada yang ketawa mengilai.Walau bagaimanapun jika dilihat dari sudut positif kehadiran mereka ini dilihat merancakkan lagi persaingan antara setiap stesen radio bersama tone suara atau variasi yang pelbagai.Kehadiran selebriti ini juga membuatkan deejay yang sedia ada atau yang baru berjinak-jinak untuk menjadi deejay turut merasai tempiasnya dan akhirnya mereka juga akan popular dan dianggap sebagai selebriti meskipun sekadar menumpang popular.

Jika dilihat antara deejay dengan blogger peranannya hampir sama iaitu menyampaikan berita atau apa jua maklumat.Hanya medium yang digunakan sahaja yang berbeza di mana deejay menyampaikan melalui suara sementara blogger melalui penulisan.Perbezaan lain adalah blogger boleh menulis atau menyampaikan apa saja sedangkan deejay perlu mengawal perkara yang akan mereka sampaikan.Ini bermakna apa yang disampaikan oleh deejay agak terhad berbanding dengan apa yang blogger boleh sampaikan.

Sejajar dengan peningkatan jumlah blogger di negara kita tidak mustahil satu hari nanti akan muncul ramai selebriti dari kalangan blogger.Mungkin dari seorang blogger kemudiannya bertukar kepada pelakon atau pengarah filem kerana bakat dan kreativiti seseorang juga boleh dikesan melalui penulisannya.Blogger yang dimaksudkan adalah seorang blogger yang bertapak mencipta nama melalui penulisannya.Dari satu follower hingga ke beribu atau berjuta follower dia menjadi popular atau terkenal melalui blognya sendiri dan bukan blogger yang sudah popular atau ada nama dari bidang lain kemudiannya terjun sebagai blogger.

Ramai dikalangan blogger juga enggan mengaku bahawa mereka bukan mengejar populariti sebaliknya menganggap blog hanya untuk mengisi masa lapang atau menambahkan pendapatan tetapi jika 'isi hati anda yang menaip' aku pasti majoriti blogger mahukan populariti kerana secara tidak langsung ia sebagai pembakar semangat untuk terus menghasilkan entry baru.Kerana itu juga mereka sanggup menerbitkan sehingga 4 entry sehari kerana ingin mengekalkan populariti dan turut seronok apabila dikunjungi ramai visitor serta melihat pertambahan follower setiap hari.Jika benar kita masih menafikan cuba buang ruangan komen, shoutbox, follower atau apa sahaja link untuk ke blog..apakah kita masih akan terbitkan sehingga 4 entry setiap hari yang kisahnya hanya sekadar kisah kita cuci kereta,beli topi baru dan kisah yang kita sendiri rasakan 'apa yang aku mengarut ni'....hakikatnya blogger perlu popular untuk meningkatkan jumlah pengunjung sekaligus memberi income atau pulangan yang lumayan.

Mungkinkah akan lahir ramai selebriti dari kalangan blogger kerana buat masa ini ada beberapa blogger yang dianggap DIVA atau DIVO tetapi mereka hanya popular atau terkenal dikalangan blogger sahaja..Jika ditanya pada orang luar yang tidak terlibat dengan blog mereka tidak akan kenal siapa blogger tersebut. Sekiranya momentum ini dikekalkan atau dipertingkatkan lagi tidak mustahil akan lahir ramai selebriti yang bertapak melalui blog seterusnya merancakkan lagi persaingan yang ada untuk menjadi popular.

ozzy - Kita hidup bersama tujuan , impian & harapan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...