30 Mac 2011

BERNIAGA TAPI TIADA UNTUNG

Ramai antara kita yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan samada melalui modal yang kecil atau sebagai penyambung warisan keluarga.Berpegang pada sunnah nabi Muhammad S.A.W yakni 9/10 dari rezeki datangnya dari berniaga maka ramai antara kita cuba menjadi usahawan melalui bidang ini meskipun sedar cabaran serta persaingan yang semakin kompetitif.

Melihat rakan lain yang berjaya semangat untuk memulakan perniagaan mula berkobar berpegang pada "sekiranya orang lain berjaya kenapa tidak aku ".Bagi merealisasikan impian tersebut dengan bersandarkan pada semangat dan sedikit keyakinan maka langkah untuk memulakan perniagaan mula diatur.Tanpa ada asas perniagaan bersama modal yang terhad langkah awal adalah dengan memilih apakah produk yang sesuai untuk diniagakan dan strategi yang sering digunakan adalah perniagaan yang kurang memberi risiko bagi mengelakkan kerugian.

Ada yang bermula dengan modal yang rendah namun berjaya sehingga mampu membina empayar sendiri namun ada juga yang terus gagal meskipun banyak kali mencuba dengan kaedah yang sama. Pada yang berjaya pastinya berbangga dengan kejayaan yang dimiliki namun pada yang gagal mereka terpaksa akui hakikat bahawa tidak semua orang boleh berjaya dalam perniagaan.Ada yang bermula dengan cemerlang tapi berakhir dengan nasib yang malang setelah jatuh bankrup atau diisytiharkan muflis.

Teringat pada kisah seorang rakan yang memilih untuk mencuba bidang ini.Ia bukanlah pilihan utama tetapi sekadar ingin mencuba setelah meletak jawatan dari syarikat tempat dia bekerja.Sementara menantikan peluang lain maka dia memilih untuk berniaga secara kecil-kecilan dengan harapan perniagaan tersebut dapat menampung perbelanjaan dia dan keluarganya.Dengan modal yang minimum hanya sebuah meja kecil yang boleh dilipat dia memulakan perniagaan menjual nasi lemak dan air di tepi jalan.

Oleh kerana lokasinya yang agak strategik iaitu laluan utama untuk kanak-kanak pergi ke sekolah dan mereka yang ingin pergi bekerja maka perniagaannya laris.Seawal jam 6 pagi dengan dibantu oleh isterinya yang menyediakan masakan dia memulakan perniagaannya dan berakhir pada waktu tengahari.Rasa gembira dan kepuasan jelas terpancar di wajahnya apabila melihat semua jualannya habis.Kepulangannya disambut oleh isterinya yang mengharapkan usaha ini membuahkan hasil yang lumayan buat mereka sekeluarga.

Setelah kesemua hasil jualan dikira, kerut diwajah isterinya mula kelihatan.Apabila ditolak modal pusingan keuntungan yang diperolehi terlalu kecil dan jauh tersasar dari jumlah sebenar yang patut diperolehi.Bagi mengelakkan rasa sangsi dan curiga isterinya bertanya kenapa jumlah keuntungan terlalu kecil sedangkan nasi lemak serta air yang dijual kesemuanya habis.Suaminya kelihatan termenung sambil merenung jauh seakan redha dengan hasil yang diperolehi.Jauh di sudut hati dia seakan terpaksa terima hakikat bahawa bidang ini mungkin tidak sesuai dengan jiwanya...berniaga tapi tiada untung..tapi kenapa?

Ini adalah kerana sewaktu berniaga nasi lemak tersebut,ia sepatutnya dijual mengikut sukatan yang telah ditetapkan iaitu hanya satu cawan nasi bersama sesudu sambal serta sepotong telur rebus dengan harga seringgit.Apa yang berlaku pada suaminya adalah apabila perasaan belas kasihan atau 'tidak sampai hati' mula menyelubungi fikirannya kerana merasakan sukatan tersebut seolah-olah tidak cukup atau sikit sangat.Dari secawan dia lebihkan setengah cawan lagi nasi, dari sesudu dia tambahkan lagi setengah sudu sambal.Apabila ada kanak-kanak yang hanya membeli nasi dia memberikan air secara percuma kerana memikirkan mungkin kanak-kanak itu akan tercekik atau kepedasan.

Selain dari perasaan belas kasihan ditambah sikap pemurah yang ada membuatkan dia tidak terlalu berkira sewaktu berniaga.Jika pelanggan tidak cukup duit jalan mudah adalah dia halalkan saja baki wang tersebut.Padanya apa yang penting jualannya habis dan pelanggannya gembira.Namun dari sudut yang lain dia dan isterinya mula merasakan apa yang mereka usahakan ini tidak setimpal dengan tenaga dan masa yang telah dicurahkan seolah-olah mereka bukan berniaga tetapi membuat kerja amal.

Inilah yang sering terjadi pada orang melayu khususnya.Perasaan belas dan simpati sukar dikikis walaupun ketika berniaga.Kalau jual mahal bimbang nanti orang sekeliling mengata.Kesudahannya terima saja apa yang ada demi menjaga hati dan perasaan orang lain.Selain itu ianya juga bagi mengelakkan kita dituduh sebagai peniaga yang kejam atau penipu.

Akhirnya suaminya terpaksa terima hakikat bahawa bukan semua orang layak untuk berniaga apatah lagi jika hati mereka lembut sepertinya.Mungkin bidang lain lebih sesuai buatnya atau dia perlu mencari bentuk perniagaan lain yang lebih sesuai dengan jiwanya.Akhirnya dia memilih untuk kembali bekerja dan makan gaji mengikut kerjaya yang diminatinya.Hakikatnya walau apa jua bidang yang diceburi, apa yang penting adalah  kesungguhan serta usaha yang berterusan untuk terus berjaya selain dari faktor minat yang ada di dalam diri kerana jika tidak diiringi dengan minat sesuatu yang kita lakukan hasilnya tidak seperti apa yang diharapkan.

ozzy - suka mencuba.....

29 Mac 2011

SKANDAL SEKS POLITIK MELAYU..APA UNTUNGNYA

Sekali lagi kita semua dikejutkan pula dengan kisah politik yang semakin membuatkan tekak aku semakin mual dan loya.Ketika dunia dikejutkan dengan bencana tsunami dan serangan peluru berpandu Amerika ke atas Libya kita di sini pula bergelumang dengan kisah di dalam kain.
Jika sebelum ini kisah liwat meliwat didedahkan dan terpapar di dada akhbar, majalah serta di kaca TV nampaknya kita orang Melayu masih belum puas untuk terus meneroka kisah-kisah yang ada di sebalik kain.Apakah hanya itu kepakaran kaum Melayu?.

Ketika kita sibuk menyelak dan menilik apa yang ada di sebalik kain kaum lain terus mengaut keuntungan dan kekayaan yang ada sambil bersorak mereka berkata "Biarlah orang Melayu terjun dengan labu-labunya..lu mau korek ke, lu mau belah ke, lu mau makan ke kami semua tarak kacau.Kalau itu labu sudah hancur kami kasi labu lain kasi lu orang main".

Sebagai ahli politk yang diberi mandat dan mendapat sokongan dari rakyat apa yang ingin kita lihat adalah peranan pemimpin tersebut untuk membela dan memperjuangkan nasib rakyat bukannya menyajikan siri yang meloyakan tekak.Apabila isu seperti ini dibawa dan dibahaskan di dewan parlimen ia hanya membuang masa kerana rakyat memilih mereka bukan untuk mendengar kisah meloyakan ini.Mereka semua dibayar gaji yang tinggi dengan segala kemudahan serta elaun setiap bulan tetapi apakah hanya ini tugasan mereka?

Tidak kira pihak kerajaan mahupun pembangkang edisi sebegini langsung tidak memberi faedah kepada rakyat khususnya kita orang melayu.Bagi mereka yang berfikiran secara rasional kisah sebegini hanya memalukan dan tidak memberi apa-apa kebaikan kepada semua pihak malah ia semakin memburukkan lagi hubungan sesama kita orang melayu..maka sewajarnya kita bertanya apa untungnya?.Jika kita membaca sejarah lalu pahlawan melayu menentang penjajah tetapi sejarah hari ini ramai yang mengaku sebagai pahlawan atau keturunan serta berdarah pahlawan tetapi siapa lawannya..juga sesama melayu.

Namun bagi mereka yang maksum api kebencian akan terus meledak dan terpancarlah segala maki hamun , caci maki dan fitnah.Mereka abaikan fikiran yang waras demi menegakkan sentimen politik yang sempit meskipun semangat perpaduan sesama melayu turut terkorban.Malangnya segala caci maki dan fitnah itu berlegar pada kelompok kita sesama melayu yang beragama Islam sahaja.Lebih malang lagi api kebencian berterusan dinyalakan dan sasarannya tetap pada kita orang melayu. Percikannya dihalakan pada kita sesama melayu dan tempiasnya turut dirasakan diantara kita sesama melayu.Apa untungnya dan siapa sebenarnya yang dapat untung?.

Ketika kecoh dengan adegan selak menyelak tampil lagi kisah yang tidak kurang hebat dan panasnya.Bezanya ia sengaja didedah dan tidak perlu diselak oleh orang lain.Puak di sana sibuk selak menyelak, yang di sini pula sengaja dedah.Begitulah obsesnya orang Melayu dengan adegan selak menyelak ini.
Tidak ada apa yang pelik pun sebenarnya dengan gaya dan fesyen sebegini di zaman ini.Hanya kerana dia adalah seorang selebriti maka cerita sebegini dijaja untuk meraih publisiti sekaligus meningkatkan populariti.

Apabila tersiar di akhbar 5 artis paling seksi yang berada dalam carta antaranya Fasha Sandha, Rozita Che Wan, Zila Bakarin, Rabecca Nur Al Islam dan Jue Aziz dan kesemuanya adalah orang kita..orang melayu.Apakah hanya ini yang dapat kita banggakan?.

Terdapat berbagai cara untuk meraih publisiti dan mencetuskan kontraversi.Sebaiknya jangan mengaibkan orang lain apatah lagi mengaibkan diri sendiri.

ozzy - Melayu semakin layu...

26 Mac 2011

BILA DIRI DISAYANGI

Setiap insan di dunia ini memerlukan dan mengharapkan belaian kasih dan sayang tanpa mengira apa jua darjat dan keturunannya. Semua insan berhak untuk menerima dan memberi kasih sayangnya pada insan yang mereka sayangi.Sayang bukan hanya lahir dari ungkapan tetapi lebih bermakna apabila ia diterjemahkan melalui perbuatan dan tingkahlaku. Perasaan sayang lahir dari hati tanpa dipaksa.Ada kalanya ia bermula dari pandangan mata lantas turun kehati dan akhirnya diluahkan samada melalui kata-kata atau tingkahlaku.

Apabila diri disayangi, pasti kita merasai diri bagai dihargai.Perasaan sayang tidak boleh dipaksa kerana tindakbalasnya turut berbeza.Apabila kita cuba berpura-pura dan bersikap hipokrit atas tujuan dan niat tertentu akan tiba masanya kita tidak mampu lagi menipu dan memaksa diri kita sendiri. Segalanya akan terlerai apabila tiba saat dan ketikanya.

Memegang prinsip " SAYANGILAH ORANG YANG MENYAYANGI DIRIMU " ia bukan hanya terbatas pada ketika dilamun cinta.Prinsip tersebut merangkumi skop yang lebih luas di dalam konteks sebuah kehidupan bergelar seorang insan yang bernyawa.

SAYANGILAH TUHANMU...Sayangilah Allah sebagai tuhanmu kerana dia tidak pernah membenci dirimu.Malah ia sentiasa meminta agar kita sebagai umatnya sentiasa memohon kepadanya.Allah tidak pernah membenci dan melupakan kita, hanya kita yang sering terleka dan terlupa untuk menyayanginya.Sewaktu ditimpa musibah dan kesusahan kita tampil menadah tangan dan berdoa memohon pertolongan darinya namun bila senang kita lupa untuk memanjatkan syukur kepadanya. Apabila urusan kita dipermudahkan dan apabila rezeki untuk kita dilimpahkan, kita terasa diri kita disayangi olehnya namun apabila tiba ujian darinya kadangkala kita bertanya "kenapa ujianmu seberat ini ya Allah".Kita menyalahkan tuhan apabila bala menimpa namun kita lupa untuk berterimakasih kepadanya apabila dilimpahi kesenangan.Justeru itu sayangilah tuhanmu kerana DIA sentiasa menyayangi dirimu.Maka bersyukurlah kerana kita sebenarnya sentiasa disayangi....

SAYANGILAH KEDUA IBU BAPAMU....Sayangilah kedua ibu bapamu meskipun mereka membenci dirimu.Bagi mereka yang disayangi dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapa maka sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi dirimu kerana bila diri disayangi walau apa jua rupa dan warna kulit, sesungguhnya itulah hadiah paling bernilai buat kita meskipun kita cacat anggota.Adilkah jika hanya mereka menyayangi kita sedangkan kita lupa untuk menyayangi mereka?.Sejak dilahirkan mereka menjaga kita hinggakan seekor nyamuk pun tidak dibenarkan hinggap, mereka segera bangun di malam hari sewaktu kita menangis inginkan susu dan mereka juga sediakan makan dan minum sebelum kita menangis kerana kelaparan.

SAYANGILAH TEMAN YANG MENYAYANGI DIRIMU...Ada kalanya perasaan sayang bercambah pada diri seseorang yang kita kenali.Perasaan yang lahir dari hati yang ikhlas dan tanpa dipaksa. Namun jauh di lubuk hati kita bertanya " Adilkah jika hanya aku menyayangi dirinya?..adilkah jika aku mencurahkan 100 peratus kasih sayangku padanya sedangkan dia cuma memberikan kasih sayangnya padaku hanya 50 peratus?".Meskipun kita pernah kecewa atau dikecewakan oleh orang yang kita sayangi percayalah perasaan sayang itu tidak akan terpadam kerana ia akan terus bersemadi di dasar hati untuk selama-lamanya.Terimalah hakikat walau sedalam mana sekalipun kita menyayanginya kita tidak mampu merubah takdir dan ketentuan Ilahi.

Apabila teman atau rakan menyayangi dan menghargai diri kita maka sayangilah mereka.Sekiranya kita tidak mampu untuk memaksa diri kita agar menyayangi dirinya sebagaimana dia menyayangi kita maka jagalah hati dan perasaannya.Walau ada yang membenci itu bukan bermakna tiada siapa yang menyayangi dan apabila ramai yang menyayangi diri kita maka ucapkanlah " Aku bersyukur kerana ramai yang menyayangi diri ini ".Justeru itu sayangilah Allah yang menyayangi dirimu, sayangilah kedua ibu bapa yang menyayangimu dan sayangilah insan-insan serta sahabat-sahabat yang menyayangimu. Sesungguhnya kasih dan sayang itu tiada nilainya kerana ia lahir tanpa dipaksa.

" Usah merasa gelisah apabila dibenci manusia... kerana masih ramai yang akan menyayangimu di dunia ini, TAPI kita akan lebih gelisah apabila DIBENCI ALLAH, kerana tiada lagi yang mengasihimu di akhirat nanti "  


                        


    
ozzy - sentiasa disayangi oleh mereka yang menyayangi...

KETAT KE KELAT

Bila kita cuba masukkan sesuatu tetapi agak payah atau susah maka ia dikatakan ketat.Contohnya jika kita nak sarungkan kaki pada kasut yang bersaiz sedikit kecil dari kaki kita atau baju yang sedikit kecil dari saiz badan kita.

Kelat pula dikaitkan dengan rasa sesuatu bahan makanan yang kita makan. Antara yang mempunyai rasa kelat adalah pisang kelat (nama pun kelat dah tentu rasanya kelat) , buah salak , buah jambu batu yang belum masak serta daunnya , buah gajus dan bermacam bahan makanan lain yang rasanya kelat.

Kalau difikirkan ketat dan kelat mempunyai makna yang berbeza tapi perkataan tersebut mungkin digunakan untuk maksud yang sama.

Bagi golongan muda atau remaja bila tengok muka kawan mereka yang masam mereka biasanya akan kata " Kau ni apahal ? tengok muka KETAT semacam je..ada masalah ke? ".Ayat ini agak popular bagi remaja yang tinggal di Kuala Lumpur.
Bagi orang Pahang pula mereka akan kata " Aok (awak) ni ngape .. koi (aku) nengok muke aok KELAT semacam jek..ada masaloh ke? ".

Ketat dan kelat yang disebutkan itu membawa maksud yang sama merujuk pada ekspresi wajah seseorang yang sedang masam atau sedang dilanda masalah.Jika disebut kelat mungkin ada sedikit kaitan iaitu gambaran wajah seseorang yang berkerut apabila termakan atau memakan sesuatu yang rasanya kelat atau masam. Tetapi jika disebut ketat apa pula kaitannya dengan wajah yang masam?...agaknya bila masam jadi ketat kut... nampaknya kredit perlu diberi pada orang Pahang kerana memberi kiasan yang lebih relevan.

Ceria-ceria dan senyum selalu jangan KELAT sangat dan jangan KETAT sangat....



ozzy - kalau kelat cicah dengan gula sikit..kalau ketat longgarkanlah sikit...

23 Mac 2011

EXHIBITION UNTUK PERKENALKAN PRODUK

Antara langkah untuk memperkenalkan produk adalah dengan membuat pameran pada sesuatu majlis.Melalui langkah ini juga orang ramai yang berkunjung akan dapat meilhat secara jelas produk yang kita bekalkan.

Langkah ini juga lebih berkesan untuk memperkenalkan dan mempamerkan sesuatu produk secara terus pada pelanggan.Selain dari dapat melihat produk yang sebenar dengan lebih dekat, pemahaman tentang fungsi sesuatu produk turut menarik minat pengunjung untuk membeli produk yang dipamerkan.

Mungkin selama ini kita hanya pernah melihat sesuatu produk dari jauh tanpa mengetahui keseluruhan fungsi sesuatu produk tetapi melalui pameran seperti ini kita boleh meneliti dan bertanya apa saja daripada pihak pembekal.Penjelasan dari pihak pembekal juga amat penting bagi memastikan pelanggan atau pembeli tertarik dan berpuashati dengan produk yang ditawarkan. Justeru itu wakil dari pihak syarikat perlu memainkan peranan penting ini untuk memastikan produk yang mereka tawarkan menepati kehendak pelanggan melalui penerangan yang jelas dan terperinci serta bersikap mesra pelanggan.

Hari ini aku berada diruang pemeran di Royale Bintang Hotel Seremban sebagai wakil syarikat bagi memperkenalkan produk kami.'Exhibition' seperti ini kebiasaannya diadakan di ruang hotel-hotel besar dan dihadiri oleh ramai pengunjung dari dalam dan luar negara.Selain dari menghadiri seminar yang diadakan di sini mereka akan berkunjung dari satu tapak  ke satu tapak yang lain untuk melihat berbagai produk yang dipamerkan.

Seminar kali ini bertemakan 'Emergency Medical and Trauma Service By Experience Sharing' yang dihadiri oleh ramai kakitangan atau individu yang terlibat dalam pengkhususan bidang Accident and Emergency.Ia turut dihadiri oleh doktor-doktor pakar seluruh negara termasuk India dan Indonesia. Selain itu ramai professor dan doktor serta mereka yang terlibat seperti nurse, sister , paramedic dan jururawat pelatih mengambil bahagian dalam seminar selama 3 hari ini.

Meskipun kadar sewa untuk satu tapak adalah tinggi mencecah antara 10 hingga 15 ribu namun bagi mereka yang sertainya ianya adalah berbaloi apabila ramai yang berminat dan mula membuat tempahan.Tidak semestinya tempahan dibuat pada hari yang sama, mungkin pada yang masa akan datang apabila sesuatu produk itu diperlukan barulah diaturkan seisi rundingan antara kedua belah pihak.

Inilah juga masa untuk kita melihat dan meneliti produk yang dipasarkan oleh syarikat lain dan dalam masa yang sama kita dapat menilai prospek sesuatu produk samada untuk sama-sama menjadi pesaing atau sebagai pengedar berdasarkan rekabentuk dan nilainya di pasaran.

Antara yang menarik minat orang ramai termasuk aku adalah patung ini yang direka dan berfungsi seperti manusia.Patung manusia ini digunakan dan disediakan untuk doktor pelatih sewaktu mereka menjalani latihan bertujuan untuk mendedahkan mereka pada situasi sebenar apabila berhadapan dengan pesakit.Patung yang bernafas dan dilengkapi dengan 'denyut nadi' ini juga boleh bersuara seperti pesakit contohnya batuk dan boleh bercakap apabila setting dibuat.Ingin tahu harganya? ..rm 250 ribu!!!.

" MARI..MARI..MARI..BELI..BELI ..BELI...MURAH..MURAH" boleh ke macam tu..hehehe...

ozzy - kena buat muka manis walaupun tak manis...

21 Mac 2011

MENANGGUK DI AIR KERUH


Pada awal pagi ini bumi Libya dikejutan dengan serangan lebih 110 roket Tomahawk Amerika SYarikat dan Britain.Tentera perikatan yang diketuai oleh Perancis,Amerika Syarikat,Britain,Kanada dan Itali melancarkan serangan ke atas Libya untuk menumbangkan permerintah Libya, Muammar Gaddafi yang telah memerintah selama hampir 42 tahun.Seramai 64 orang terbunuh dan 150 yang lain cedera dari serangan tersebut.

Jika sebelum ini kita dihidangkan dengan siri pembunuhan sesama sendiri kali ini 'hidangan' lebih besar dianugerahkan buat mereka.Mungkin selama ini nasi dan lauk tak cukup, mereka datang untuk menghidangkan nasi tambah siap untuk 'bungkus' lagi.Dalam berseronok berperang sesama sendiri pihak barat yang selama ini tersenyum girang hanya menunggu masa untuk menangguk di air keruh. Mereka berkata " Apa barang main tembak-tembak..apa kata cuba try test Tomahawk ni pulak".

Apabila ikan-ikan dilihat tercungap-cungap di air yang semakin keruh maka inilah masanya untuk 'mereka' menangguk dan mengaut keuntungan.Di hujung sana tersergam telaga dan tangki minyak menantikan masa untuk dikaut.Inilah juga masa terbaik untuk menguji keberkesanan senjata yang ada.Dengan alasan yang begitu kukuh iaitu bagi melindungi 'pemberontak' dari dibunuh oleh pihak kerajaan.Lantas siapa pula yang akan melindungi pihak kerajaan?Pemberontak tu siapa dan kerajaan tu pula siapa? keturunan dan agama apakah mereka itu semua?.

Belum puas bergurau senda di Iraq kali ini tiba giliran untuk mereka bertemasya pula di bumi Libya.Bumi Palestine 'kita serahkan' pada Israel.Pandai-pandailah lu handle umat Islam kat sana wahai Israel kata Amerika.Bumi mesir tak sempat nak terjah sebab diaorang main cubit-cubit je...

Bagaimana pula dengan negara kita? pada umat Islam dan bangsa Melayu khususnya.Adegan 'cubit mencubit' dan 'bergurau senda' sesama sendiri nampaknya kian ketara.Mungkin pihak barat kurang 'berselera' namun ada pihak yang sedang menjilat bibir sambil menambah perisa.Tomahawk belum lagi diperlukan di sini memadai dengan " TOMATOhawk atau TOMYAMhawk "  sajalah agaknya...

ozzy - dah hilang rasa simpati....

20 Mac 2011

SLOW-SLOW BANG

Apabila bermulanya musim cuti sekolah maka bermulalah juga musim untuk mengadakan majlis kenduri kahwin termasuklah musim sembelih lembu dan musim menaikkan harga ayam.

Tarikh untuk mengadakan majlis perkahwinan biasanya ditempah lebih awal bagi mengelakkan pertembungan dengan jiran terdekat. Kad undangan turut diedar untuk menjemput tetamu dan memeriahkan lagi majlis itu nanti.

Bagi memenuhi undangan saudara mara atau rakan-rakan yang tinggal berjauhan kita perlu memandu dengan jangkamasa yang lama untuk tiba ke destinasi sekiranya lokasi tersebut terletak agak jauh.Mungkin kita di Timur dan mereka di Selatan.Kalau tak pergi nanti ada pula yang berkecil hati.

Kebetulan juga ketika ini adalah musim hujan.Maka risiko ketika memandu juga agak tinggi kerana permukaan jalan yang licin.Justeru itu pandu dengan berhati-hati kerana jika hujan lebat pandangan juga akan menjadi kabur.Selain itu kita juga sukar mengesan sekiranya terdapat lubang atau lopak yang dalam di atas jalanraya.

Kepada pasangan yang baru saja diijabkabulkan dan ditabalkan sebagai raja sehari aku ucapkan selamat pengantin baru, semoga jodoh kalian berpanjangan dan kekal hingga ke anak cucu.Jangan lupa pesan pada suami tersayang agar hati-hati memandu diwaktu musim hujan begini "Slow-slow bang..jalan licin.Naik bukit gunakan gear rendah..turun bukit jangan laju sangat nanti tak sempat break !!".

Pada pasangan yang dah lama kahwin pun apa salahnya untuk sama-sama mengingatkan " Slow-slow bang..hujan-hujan ni jalan licin.Jangan laju sangat takut terlajak..nanti tak sempat nak tarik hand break.Ingat sama yang berderet kat belakang tu.Kereta ni pun kereta lama allignment pun dah lari, chasis dah bergegar, tayar pun dah kurang mencengkam lagi".

ozzy - kereta lama tayar baru....

17 Mac 2011

MINTA NOMBOR

Semalam aku tersenyum bila terlihat pertanyaan sebegini di dalam ruangan komen.Apa yang terlintas di fikiran aku mungkin ini hanya gurauan atau usikan dari rakan-rakan blogger kerana hanya memaparkan tanpa nama dan tiada link disertakan.Biasanya kalau rakan-rakan blogger ingin bergurau atau mengusik mereka gunakan shoutbox.Kot ye pun takkan aku nak paparkan nombor telefon aku kat blog ni pulak kan..

Sebab kedua aku beranggapan mungkin beliau ingin tahu lebih lanjut berkenaan entry tersebut. Mungkin ada beberapa persoalan yang ingin beliau tanyakan.Sejujurnya aku bukanlah tahu sangat tentang bermacam perkara dan ada beberapa sumber yang aku sendiri perolehi dari internet atau pembacaan buku serta majalah. Selebihnya adalah berdasarkan pengalaman yang aku lalui atau alami sendiri dan diterbitkan sebagai catatan di sini untuk dikongsi bersama dan aku juga bukanlah seorang guru atau cikgu yang layak untuk mengajar seseorang.

Di awal kemunculan blog aku ni dulu memang aku bermula dengan catatan peribadi tentang segala apa yang pernah aku tempuhi sejak dari kecil sehinggalah kisah aku berada di perantauan.Bagi rakan-rakan yang mengikuti kisahku dari awal dulu pastinya mereke tahu kisah-kisah tersebut.Namun setelah blog ini semakin ramai pengunjung aku mula terasa segan maka segala catatan tersebut aku pindahkan ke tempat lain untuk aku imbas semula bila ada kelapangan.

Bermacam kisah dan info boleh diperolehi dari blog tetapi jangan biarkan diri anda diselubungi misteriiiiii...

ozzy - jangan pula ada yang minta nombor ekor..

SMART HULUR BANTUAN MANGSA TSUNAMI

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) termasuk lapan anjing pengesan akan dihantar bagi membantu operasi mengesan dan mencari mangsa yang terperangkap dalam kejadian gempa bumi yang melanda negara Matahari Terbit itu.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata seramai 15 anggota SMART serta beberapa doktor dan pembantu perubatan bakal menyertai pasukan itu dan bersiap sedia untuk berlepas dengan menaiki dua pesawat Charlie C130 namun setakat ini pihak kerajaan Jepun belum memberi persetujuan mengenai cadangan tersebut.

Meskipun ada suara sumbang yang mempertikaikan cadangan penghantaran skuad ini yang menurut mereka bilangannya terlalu kecil namun sekurang-kurangnya negara kita tetap mengambil bahagian untuk sama-sama membantu walaupun dengan peranan yang kecil.Apa yang penting kita turut sama terlibat untuk membantu mangsa yang terkorban.Kadangkala watak pelakon pembantu dalam sesebuah filem dilihat lebih menonjol dari pelakon utama sekiranya pelakon tersebut berjaya memainkan peranannya dengan berkesan..misalannya.

Apabila kita selak kembali fakta sejarah, pastinya kita tidak boleh lupa dengan kekejaman askar Jepun sewaktu berjaya menawan negara kita suatu ketika dulu iaitu pada tahun 1941.Mungkin pada hari ini jumlah mereka yang menempuh detik sengsara dengan kekejaman tentera Jepun semakin berkurangan namun bagi mereka yang masih hidup ia merupakan satu pengalaman yang tidak akan mereka lupakan.Bagi generasi baru yang lahir dan membesar selepas negara bebas dari cengkaman penjajah pastinya tidak merasai keperitan tersebut.Segala maklumat hanya diperolehi dari pembacaan dan catitan sejarah yang sudah tentu tidak sama seperti mereka yang menempuhinya.

Sejarah sekali lagi terukir di negara matahari terbit ini apabila serangan nuklear oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Harry S.Truman sewaktu perang dunia ke II.Kesan dari serangan dan pengeboman ini di Hiroshima dan Nagasaki menyaksikan ramai rakyat Jepun terkorban dengan jumlahnya melebihi 70 ribu orang.Jumlah kematian kemudiannya semakin meningkat apabila penyakit mula merebak kesan dari pengeboman tersebut yang menggunakan senjata nukleur.

Setelah Jepun bangkit dan menerajui kuasa ekonomi khususnya bagi negara Asia, kerajaan kita turut mencontohi negara Jepun melalui dasar pandang ke Timur.Sejarah dan tragedi ngeri kita tinggalkan demi membangunkan ekonomi negara dengan mencontohi dasar dan tindakan yang dibuat oleh mereka termasuk cara rakyat mereka bekerja.Kita mencontohi apa yang baik dan bukan sikap buruk yang pernah mereka lakukan terhadap kita.

Justeru itu apabila Tsunami melanda Jepun pada Mac 2011 iaitu setelah 70 tahun berlalunya peristiwa negara kita ditawan oleh mereka, kita hadir menghulurkan bantuan atas semangat kejiranan atau setiakawan dan sebagai tanda perihatin antara sesama manusia.Mungkin masih ada rakyat negara kita yang sukar melupakan kekejaman yang mereka pernah lakukan namun hakikat yang perlu kita akui adalah sejarah tidak mungkin terpadam.

ozzy - masa merubah segalanya...

14 Mac 2011

DI SEBALIK TSUNAMI YANG MELANDA JEPUN

Pada tarikh 26 dec 2004 Tsunami yang berukuran 8.8 pada skala Richter telah melanda Indonesia yang mengorbankan berpuluh ribu nyawa.
Pada 11 mac 2011 sekali lagi tragedi Tsunami yang berukuran 8.9 pada skala ritcher mencatatkan sejarah apabila setakat ini telah mengorbankan lebih 10 ribu nyawa penduduk di Jepun.

Lebih memburukkan keadaan dan mengakibatkan angka korban meningkat apabila loji nukleur meletup dan menyebarkan radiasi kesan dari kebocoran radioaktif yang turut mengakibatkan kematian.Tsunami merupakan perkataan dari bahasa Jepun yang membawa erti "ombak pelabuhan" yang terbentuk dari dasar laut dan menghasilkan ombak yang besar menghala ke pantai serta kawasan di sekitarnya.

Ketika penduduk di Jepun meratapi kehilangan ahli keluarga, saudara mara atau rakan kesan dari bencana alam ini kita alihkan pandangan buat seketika apa yang sedang berlaku di Mesir dan Libya.

Sewaktu negara yang ditimpa Tsunami bergolak dengan ancaman bencana alam ini, kedua-dua negara ini yang majoriti penganutnya beragama islam pula bergolak dengan rusuhan dan peperangan sesama sendiri.Mangsa yang cedera dan terkorban meskipun tidak seramai negara yang dilanda tsunami namun impaknya ekonomi pada negara tersebut turut terjejas.Soalnya sekiranya mereka yang terbunuh dalam peperangan ini adakah dikira mati syahid? sepertimana yang sering dilaungkan oleh umat Islam.

Suasana sebegini pastinya memberi advantage pada puak yahudi dan negara barat khususnya bekas presiden Amerika Syarikat, George W.Bush yang melabelkan negara Islam sebagai pengganas.Pastinya ketika ini George Bush akan tersenyum melihat pergolakan dan peperangan yang berlaku diantara sesama umat Islam.Di negara lain ancaman bencana alam menyaksikan ramai nyawa terkorban tetapi di negara Islam ancaman perang saudara turut mencatatkan angka korban yang tinggi.

Sewaktu mereka mengucapkan syukur kerana negara mereka terhindar atau 'masih belum dilanda tsunami' namun mereka rupanya masih belum bersyukur dengan nikmat yang dianugerahkan.
Ramai berkata Islam itu indah namun dimana keindahannya sekiranya ini yang umat Islam sajikan di mata dunia.Kita hanya mampu menzahirkan keindahan Islam melalui ayat suci al-quran, melalui hadis dan sunnah nabi yang menyeru pada kebaikan namun hakikat dalam kehidupan yang kita paparkan tidak sama seperti yang disyariatkan oleh agama Islam.

Bagaimana kita boleh meyakinkan orang lain yang bukan beragama Islam bahawa Islam itu indah sekiranya kita terus bersengketa, bermusuhan, memaki hamun dan memfitnah sesama sendiri. Sekadar memaparkan firman Allah dan hadis nabi itu belum cukup meyakinkan sekiranya sikap yang kita pertontonkan berlawanan dengan ajaran Islam.

ozzy - Apakah kehadiran Tsunami 'bisa' menyatukan umat Islam?..

13 Mac 2011

WAJARKAH DILAYAN BAGAI VIP

Sebut saja VIP pasti kita terbayangkan seseorang yang berpangkat atau mempunyai gelaran dan diberi layanan istimewa oleh masyarakat.Antara status yang sering diberi layanan istimewa adalah yang berpangkat dato atau datin, menteri , tan sri dan sebagainya.

Hari ini jika kita ke masjid terutamanya di bandar besar kita dapat melihat papan tanda diletakkan pada ruangan parking tertulis VIP.Sesetengahnya mencatatkan nama ustaz pada papan tanda tersebut.Ini bermakna parking tersebut hanya dikhaskan untuk ustaz itu sahaja.

Teringat ketika tinggal di kampung tidak pernah aku melihat adanya ruang parking dikhaskan untuk ustaz atau untuk mana-mana VIP.Mungkin kerana orang kampung beranggapan sesiapa saja yang memasuki ruang masjid mereka adalah sama di sisi Allah tidak kira apa jua status mereka.Meskipun adanya ustaz yang mempunyai ilmu agama yang tinggi mereka bersikap seperti biasa dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ustaz walau tidak dilayan sebagai seorang VIP.

Ada yang berpendapat ruangan parking ini wajar diberikan dan dikhaskan pada ustaz kerana mereka juga tergolong sebagai VIP ( Very Important Person ).Ini kerana peranan mereka dalam menyampaikan ilmu agama seperti kuliah agama,tazkirah,ceramah agama dan sebagainya bertujuan memberi panduan dan menyampaikan ilmu agama kepada umat islam yang lain.Ustaz juga tergolong sebagai individu penting jika dilihat pada ilmu agama yang dimiliki serta peranan mereka dalam menyampaikan ilmu agama seterusnya membimbing umat islam kearah yang lebih baik.Hari ini ustaz juga merupakan satu kerjaya dan mendapat imbuhan serta dibayar elaun.

Sebaliknya ada pula yang berpendapat ruangan parking kenderaan untuk VIP ini tidak perlu disediakan di dalam ruangan masjid.Mereka beranggapan masjid adalah rumah Allah dan tiada siapa yang istimewa kerana semuanya sama disisi Allah S.W.T.Ini juga bagi mengelakkan ustaz tersebut bersikap riak dan sombong apabila diberi layanan sedemikian.Ada yang datang menaiki kereta mewah dan tidak pedulikan jemaah yang ada disitu.Setelah parking terus berjalan ke barisan depan dengan tidak menunduk atau bersalam apabila melintas jemaah yang lain.Apabila ini berlaku pastinya menimbulkan rasa kurang senang pada jemaah yang ada terutamanya yang berusia atau yang telah lama tinggal di tempat tersebut.

Ramai yang berpendapat adalah wajar ustaz diberi layanan sebagai seorang VIP sekiranya peranan dan perwatakannya menunjukkan bahawa dia wajar dihormati dan dia juga turut menghormati serta menegur orang lain.Walaupun diberi layanan sebagai VIP mereka sendiri biasanya tidak menganggap mereka adalah VIP sebaliknya mereka bersikap sama seperti orang lain. Sesetengahnya juga menolak untuk parking kenderaan mereka di ruangan yang disediakan dan lebih selesa parking sebaris dengan orang lain.Ini kerana mereka menganggap mereka adalah sama dengan orang lain dan bagi mengelakkan diri mereka dari menjadi riak serta lupa diri.

ozzy - sejak kecil anggap mimbar sebagai tempat untuk VIP....

11 Mac 2011

MUSIM BUAH

Negara kita sememangnya terkenal dengan berbagai jenis buah-buahan yang enak dan berkhasiat untuk di makan.

Terdapat berbagai jenis buah-buahan yang mudah diperolehi samada ditanam sendiri atau dibeli dari gerai-gerai yang menjual buah-buahan.Ia juga semakin popular menjadi hidangan sebagai pencuci mulut selepas makan.

Apabila musim buah tiba kita boleh dapati berbagai jenis buah yang dijual oleh peniaga. Mangga merupakan antara buah yang semakin popular dan digemari oleh masyarakat kita hari ini.Kita dapat melihat berbagai variasi buah mangga yang kini banyak terdapat di pasaran dan menawarkan lebih banyak pilihan.Apabila mendapat banyak permintaan secara tidak langsung ia memberi peluang perniagaan bagi mereka yang berminat untuk menceburi bidang ini.

Bagi merancakkan lagi industri ini dan memberi lebih banyak pilihan pada pengguna maka muncullah beberapa jenis buah mangga hasil dari kacukan. Rasanya yang berbeza membuatkan persaingan bagi merebut selera pembeli semakin sengit.Dengan ini pengguna dapat merasai dan bertukar-tukar citarasa tidak hanya pada sejenis mangga sahaja.
Mangga yang kini semakin popular adalah dari jenis mangga lemak manis.Meskipun ia belum masak sepenuhnya tetapi rasanya tetap manis.Jika masak sekalipun kulitnya tetap bewarna hijau cuma isinya akan lebih kekuningan dan pastinya rasanya juga lebih manis.

Terdapat juga buah mangga yang kelihatan kuning dengan kulitnya yang cantik tetapi rasanya tetap masam.Dengan bentuknya yang menarik ramai pengguna terpesona melihat keadaan luarannya dan beranggapan pasti isinya manis.Akhirnya mereka kecewa apabila air liur yang diteguk sewaktu ingin membeli buah ini dan perasaan membayangkan akan keenakannya rupanya tidak seperti yang diharapkan.

Bagi mereka yang menanam sendiri pokok mangga ini pastinya mengharapkan buah yang akan dihasilkan bukan hanya sedap tetapi mempersonakan sesiapa saja yang memandangnya.Pastinya pemilik buah tersebut akan merasa bangga apabila ramai yang memuji akan kesegaran dan kecantikan buah tersebut apabila ia mula masak ranum.
Untuk menghasilkan dan menjaga kualiti buah yang cantik maka pemiliknya perlu memberikan lebih perhatian pada tanamannya.Baja perlu dipilih dari baja yang berkualiti dan buah tersebut juga perlu dikawal dari serangan serangga perosak.Dengan itu kualiti buah yang akan dihasilkan pastinya lebih bermutu tinggi.

Bagi mengekalkan kesegarannya buah tersebut perlu diberi perhatian setiap masa.Seeloknya ia dibungkus dan dibalut dengan baik bagi mengelakkan ianya tercemar.Sekiranya balutan tersebut tidak kemas ia akan mengundang perhatian makhluk lain yang hanya menanti peluang untuk meratahnya.Sesetengah pemilik tidak membenarkan sesiapa saja menyentuh buah tersebut selagi ia belum masak untuk mengelakkan buah tersebut layu.Mereka berpendapat buah yang telah layu kurang digemari dan kurang mendapat perhatian dari pembeli.Sekiranya mereka ingin mengembalikan semula kesegaran buah tersebut maka lebih banyak belanja terpaksa mereka keluarkan.




ozzy - suka mangga lemak manis separuh masak....

9 Mac 2011

PADI ANGIN

Antara masalah utama yang dihadapi oleh pengusaha sawah padi adalah serangan dari tumbuhan yang digelar padi angin.Padi angin ini tidak diketahui dari mana puncanya akan tumbuh dan merosakkan pokok padi yang sebenar.

Bagi pengusaha sawah padi mereka beranggapan padi angin adalah ancaman terbesar yang mengakibatkan mereka mengalami kerugian yang sangat besar berbanding dengan serangan dari haiwan perosak seperti tikus dan siput gondang.Masalah ini menyebabkan ramai antara mereka yang mengeluh dan tidak kurang juga yang mula sudah putus asa untuk meneruskan penanaman selagi masalah ini tidak dapat diatasi.

Apakah yang dikatakan padi angin?.Sebelum ini aku juga tidak tahu menahu tentang masalah ini tetapi ketika berbual dengan saudaraku di kampung barulah aku tahu tentang perkara ini yang telah berlarutan sejak beberapa tahun dulu.Padi angin adalah padi yang tiba-tiba tumbuh disamping padi sebenar yang kita tanam.Padi angin juga mengeluarkan hasil/biji padi tetapi hasil tersebut hanya berbentuk seperti hampas padi dan mudah terlerai apabila disentuh atau ditiup angin.Apabila padi yang ditanam hampir masak dan tiba waktu untuk menuai, padi angin ini hampir kesemuanya atau sekitar 90 peratus akan gugur dengan sendirinya.

Kehadiran padi angin yang tidak diundang ini mengakibatkan berlakunya persaingan untuk merebut cahaya matahari antaranya dengan padi yang ditanam.Selain itu padi angin ini juga amat cekap menyerap baja yang ditabur menyebabkan sekali lagi berlaku perebutan baja antara keduanya.Padi angin yang berjaya menyerap lebih banyak baja akan tumbuh dan membesar lebih pantas dari padi yang ditanam.Apabila ia tumbuh lebih tinggi dari padi yang ditanam sekali lagi padi angin mendominasi penerimaan cahaya matahari yang amat diperlukan oleh tumbuhan ini.Struktur pohon atau batangnya yang lebih keras dari padi yang ditanam menyebabkan ia menjadi pilihan terakhir untuk diserang oleh serangga.Kesannya padi yang ditanam menjadi kurang subur, tumbesarannya terbantut atau mati apabila diliputi oleh padi angin ini serta menjadi pilihan utama serangan serangga.

Masalah ini telah dikemukakan pada jabatan pertanian seperti MARDI atau MADA namun setakat ini belum ada cara-cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah ini dengan sepenuhnya.Racun yang diperkenalkan juga belum berupaya menangani ketangkasan benih padi angin ini yang dikatakan berupaya kekal jauh kedalam tanah dan bersedia untuk bangkit meskipun terbiar selama lebih dari enam bulan atau satu tahun.Ia seolah-olah menanti masa untuk diaktifkan iaitu apabila tibanya masa baja ditabur.Fenomena ini terus menjadi misteri pada petani dari mana datangnya padi angin ini dan apakah cara terbaik untuk menanganinya.Hasil penyelidikan dari pihak jabatan pertanian pula mereka mendakwa padi angin ini terbentuk dari campuran/kacukan padi liar dengan padi sebenar.Padi liar ini dikatakan telah tersebar sejak sekian lama sekitar tahun 80an namun jumlahnya agak terkawal tidak seperti apa yang dialami oleh petani sekarang ini.

Oleh kerana kini aku terlibat terus dan tersenarai antara pemilik sawah padi setelah menggantikan tempat arwah ayahku, aku berpendapat sekiranya masalah ini tidak berjaya diatasi adalah lebih baik tanah sawah tersebut ditukar pada tanaman lain yang memberi hasil dan pulangan yang lebih lumayan.Antara tanaman yang aku cadangkan adalah tebu atau jagung yang menawarkan permintaan yang lebih tinggi.Meskipun pihak jabatan pertanian pastinya kurang setuju dengan cadangan ini mungkin kerana tanah untuk penanaman padi semakin berkurangan namun aku beranggapan ianya lebih baik dari mengerjakan sesuatu yang tidak lagi memberikan hasil yang diharapkan.Penantian mereka selama enam bulan akhirnya ternyata menjadi sia-sia apabila hasil yang diperolehi amat mengecewakan.

Sebagai alternatif lain aku mencadangkan penanaman pokok serai wangi di sekeliling sawah seperti di atas batas untuk menghalau serangga.Serai wangi telah diketahui keberkesanannya untuk mencegah kehadiran serangga yang tidak sukakan baunya yang tajam.Secara tidak langsung petani juga dapat menambah pendapatan hasil dari jualan serai wangi kepada peniaga.  

Antara contoh kawasan yang telah bertukar dari sawah padi kepada bidang lain adalah di Parit Buntar. Tanah sawah yang terletak di tepi lebuhraya Utara Selatan dan boleh dilihat oleh mereka yang melalui highway tersebut kini telah bertukar menjadi pusat ternakan ikan arowana.Antara pemilik ternakan tersebut adalah penyanyi terkenal negara kita iaitu Jamal Abdillah yang telah mengusahakannya beberapa tahun dulu.Tanah yang dahulunya dipenuhi kehijauan sawah padi kini bertukar kepada beberapa buah kolam yang tersusun.

Justeru itu sawah yang kelihatan indah dengan padi yang menghijau selama ini rupanya lebih banyak dikuasai oleh padi angin ini yang tidak memberi apa-apa hasil dan apa yang berjaya dituai oleh petani tidak setimpal dengan tenaga dan masa yang terbuang.
Semenjak pengurusan benih padi diambil alih oleh pihak swasta petani mendakwa pemantauan dari segi kualiti benih padi agak kurang diberi perhatian berbanding dengan jabatan pertanian yang mempunyai prosedur dan kawalan yang lebih ketat.Namun subsidi baja oleh kerajaan diharap dapat terus dikekalkan bagi mengurangkan beban petani.Apa yang pihak petani inginkan adalah hasil yang maksimum atas apa yang mereka usahakan dan bukannya berakhir dengan hampas.

Perlu diingat sekiranya padi angin turut dipungut dan dipasarkan maka hasil padi yang bakal berada dipasaran mengandungi lebih banyak hampas dari beras belum termasuk kanji yang dicampurkan. Jangan sampai pengguna mengeluh "huhhh..beras banyak hampas..hampehhhh"

Antara langkah pencegahan yang boleh dicuba adalah dengan penggunaan baja 'bio agoplus decomposer' seperti yang disarankan oleh salah seorang pembaca.Untuk info sila klik  DI SINI 

ozzy - suka guna beras jati super special tempatan...

8 Mac 2011

KALI INI AKU GENTAR

Atas urusan tanah peninggalan arwah ayah aku berangkat pulang ke kampung pada pagi hari sabtu yang lepas.Seperti biasa jika balik ke Taiping aku gemar menaiki bas ekspress kerana selain dari cepat dan menjimatkan, inilah peluang untuk aku berehat dan melapangkan fikiran di dalam bas.

Jika sebelum ini aku memilih bas ekspress Star Mart tapi kali ini aku memilih bas ekspress milik bumiputera iaitu bas ekspress Shamisa.Terasa bangga juga apabila melihat semakin banyak syarikat bas ekspress dimiliki oleh bumiputera namun apabila tiba di kaunter untuk membeli tiket bas aku sedikit kecewa apabila melihat layanan yang diberikan.Wajah penjaga kaunter langsung tidak mesra dan masam mencuka cuma kehadiran ulat tiket yang lebih mesra menjawab soalan yang aku ajukan sedikit memudahkan urusan.Setiap pertanyaan dijawab dengan baik oleh 'ulat tiket' seolah-olah mewakili syarikat bas tersebut.Ketika ingin memulangkan wang baki duit baki tersebut hanya diletakkan di atas meja sambil aku menantikan ia dipulangkan kepadaku dan 'ulat tiket' ini jugalah yang mengambilnya dan serahkan kepadaku.

Jika begini layanannya nampaknya ulat tiket lebih mendapat tempat di hati pengguna berbanding dengan hati yang sakit bila berurusan dengan penjaga kaunter.Keadaan ini seolah-olah menggalakkan lagi pengguna untuk berurusan dengan ulat tiket.Aku cuba pula berbual sambil bertanya di kaunter bas yang lebih 'senior' iaitu Syarikat Transnasional dan ternyata layanan mereka jauh lebih mesra. Kepada pihak pengurusan syarikat bas Shamisa ekspress diharap dapat mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka sekiranya ingin menarik hati pengguna selepas ini terutamanya kakak yang menjaga kaunter tersebut.

Tiba di kampung aku tidak punya banyak masa untuk bersembang dengan saudaraku di sana.Ketika tiba waktu sudah lewat petang dan setelah bertanya khabar aku segera ke tapak tanah tersebut untuk meninjau apa yang boleh aku lakukan untuk membersihkan tanah tersebut.Oleh kerana tanah tersebut bakal menjadi hak milik aku maka aku sudahpun merangka projek yang bakal aku lakukan pada tanah tersebut yang terbiar sekian lama.Di hadapannya agak semak namun yang paling sukar adalah untuk menebang pokok kelapa sawit dan pokok getah yang besar manakala di bahagian belakangnya merupakan tanaman padi sejak dulu lagi. Rumput dan lalang agak mudah untuk dihapuskan kerana aku boleh gunakan racun pokok cuma pokok sawit dengan getah agak liat untuk ditumbangkan.

Pagi ahad hatiku berdetik untuk cuba melihat kalau-kalau balai polis buka pada hari tersebut.Nasibku agak baik kerana meskipun hanya satu kaunter untuk membayar saman dibuka tetapi cuma tiga orang sahaja yang berbaris ketika itu.Setelah kesemua bayaran saman dijelaskan aku terus membeli tiket untuk berangkat ke KL pada keesokan harinya dan selepas itu aku bergegas pula ke rumah rakanku yang terletak di Bagan Serai untuk menghadiri kenduri kahwin adik lelakinya.Kami berbual seketika sebelum aku meminta untuk mengundur diri kerana selepas ini aku perlu berkejar pula ke Larut Matang untuk mengambil geran asal tanah tersebut.Cadang nak makan mee banjir udang yang popular di Larut Matang ni pun tak sempat kerana ada urusan lain pula selepas ini.Lain kali lah nampaknya...

Pagi Isnin aku segera ke Pejabat Tanah Parit Buntar dengan membawa bersama geran asal tanah tersebut.Terdapat 7 nama pada tanah tersebut termasuk nama arwah ayahku dan tujuan aku ke sana adalah menukar nama arwah ayahku kepada namaku.Tiba di sana aku segera ke kaunter dan urusan berjalan lancar kerana semua dokumen telah disediakan dimana paling penting adalah 'surat perintah' yang mengandungi persetujuan kesemua adik beradik untuk menukar nama yang ada di dalam geran kepada namaku.Aku diminta menuggu panggilan dalam masa 2 minggu lagi untuk mereka menyiapkan proses tersebut.Setelah geran baru ini diperolehi dan nama aku di gantikan barulah aku akan teruskan dengan proses 'memecahkan' geran iaitu dengan memproses geran menjadi hak milik individu atas namaku sahaja.Untuk bersikap adil tanah di Pahang aku serahkan kepada adik beradik yang lain untuk diagihkan sesama mereka.

Aku bertanya kos untuk 'memecahkan' geran dan mereka memberi anggaran sekitar 5 ribu, satu jumlah yang agak tinggi juga namun aku tiada pilihan kerana selagi geran tersebut tidak 'dipecahkan' maka sukar untuk aku membuat loan seterusnya menyukarkan untuk aku meneruskan projek aku nanti.Buat masa aku telah survey beberapa projek antaranya ternakan puyuh dan cendawan yang aku rasakan agak berpotensi untuk dimajukan bersesuaian dengan cuaca di sini yang terkenal sebagai kawasan tadahan hujan.

Projek yang paling banyak aku lihat di sini adalah projek ternakan ikan keli termasuk yang diternak dalam kanvas.Kerana itu aku lebih berminat untuk mengusahakan projek lain yang aku rasakan lebih berpotensi dan aku berhasrat untuk menjadi perintis dan membuka laluan pada penduduk di sini untuk mempelbagaikan lagi sumber pendapatan mereka.Jika boleh aku tidak mahu mereka menjual tanah yang mereka ada kerana aku berpendapat tanah tersebut amat berharga apatah lagi ia berada hampir dengan jalan utama manakala sumber air adalah dari sumber semulajadi iaitu dari Gunung Semanggol yang terletak di hujung sawah padi.Dari sumber inilah air dibekalkan ke sawah padi sejak dulu lagi.Sekiranya kemudahan ini digunakan untuk membuat kolam ikan atau udang aku pasti hasil ternakan juga mempunyai nilai yang tinggi.

Masa agak terbatas untuk aku membuat banyak perkara lain kerana pada jam 5 petang aku perlu berada di stesen bas untuk pulang semula ke KL.Sekitar 5.30 petang bas pun tiba dan setelah memeriksa penumpang yang cuma 8 orang sahaja bas tersebut bertolak pada jam 5.50 petang.Akibat keletihan aku hanya bersandar lemah sambil membaringkan kerusi.Memasuki lebuh raya terasa kelainan yang agak ketara pada cara pemanduan bas untuk kali ini.Dari tempat duduk aku dapat merasakan bas ini dipandu dengan laju tidak seperti sebelum ini.Hatiku mula resah apabila melihat keadaan bas yang meluncur dengan laju apabila menuruni bukit.Jalan lurus pula bas berada dilorong tengah dan lorong kanan.

Melihat keadaan tersebut aku segera bangun dan berpindah ke belakang dan duduk dikerusi di mana terletaknya pintu kecemasan.Jika sebelum ini beberapa kali menaiki bas ekspress aku merasakan ketenangan dan kedamaian tapi kali ini aku gentar.Seketika aku terlelap sebelum aku terjaga dan melihat jam di tangan yang menunjukkan tepat jam 8 malam.Sungguh mengejutkan kerana kami sudahpun tiba di Tol Jalan Duta.Ini bermakna perjalanan kami dari Taiping ke Kuala Lumpur yang sejauh hampir 300 km hanya mengambil masa kira-kira 2 jam 10 minit sahaja !! pemandunya seorang pemuda bangsa India berusia lewat 20an.Deyyy Macha lu memang hebat....Biasanya jika aku memandu kereta 2 jam memandu aku baru sampai ke Ipoh.Paling cepat jika aku speeding pun mengambil masa hampir 4 jam untuk sampai ke Taiping.

ozzy - Masih nak naik bas ekspress lagi kerana bukan semua pemandu sebegitu...

4 Mac 2011

BAYAR SAMAN DI MYEG

Suasana di balai polis traffic dan pejabat kelihatan sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu ingin menjelaskan saman mereka.

Tempoh untuk menjelaskan saman yang dilanjutkan sehingga 10 mac ini menyaksikan masih ramai yang berasak-asak untuk menjelaskan saman mereka kerana selepas tempoh tersebut nama mereka yang tidak menjelaskan saman akan disenarai hitamkan.Ini bermakna mereka yang tidak menjelaskan saman akan berhadapan masalah apabila ingin memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu.

Selain dari membayar saman di balai polis atau pejabat pos, saman ini juga boleh dibayar melalui internet iaitu di myeg.com yang menyediakan perkhidmatan online untuk membayar saman atau memeriksa saman anda.Setiap transaction untuk membayar saman charge 2 ringgit akan dikenakan contohnya jika nilai saman rm 50 jumlah yang perlu dibayar adalah rm 52.Kerana itu jika ingin membuat pembayaran klik semuanya dan bayar sekaligus.

Ketika ini talian di myeg turut sesak dan amat sukar untuk membuat pembayaran.Setelah diperiksa ditalian myeg rupanya aku juga mempunyai 5 saman yang belum lagi dijelaskan.Mungkin selama ini surat saman tidak sampai ke tangan aku menyebabkan aku tidak tahu (mungkin dihantar kerumah yang aku sewa dahulu).Hari ini aku cuba membuat pembayaran melalui myeg namun sejak dari pagi tadi transaction masih belum berjaya.Jelas menunjukkan suasana di myeg turut sama sesak seperti di pejabat pos ataupun balai polis.

Kesemua saman tersebut berjumlah rm 900 dan setelah diberi diskaun aku cuma perlu membayar rm 450. Nampaknya jika masih belum berjaya terpaksalah aku beratur di balai polis atau pejabat pos. Bagi yang belum mendaftar aku cadangkan anda mendaftar di SINI dan kemudian klik pada 'PDRM Summons Alert Free Registration '  seterusnya ikuti arahan selanjutnya kerana ia lebih mudah untuk memeriksa saman yang kita ada lengkap dengan no surat saman, lokasi dan jumlah saman. Kemudahan yang disediakan untuk pembayaran samada melalui bank seperti maybank2u, CIMB clicks, RHB , Bank Islam atau kad kredit.


Perkara paling penting selepas bayaran dibuat adalah dengan menyimpan slip pembayaran sebagai bukti bayaran telahpun dibuat bagi mengelakkan kekeliruan dengan pihak polis.Cara lain untuk menyemak saman anda adalah dengan menggunakan khidmat SMS iaitu taipkan POLIS SAMAN jarakkan dan tulis nombor penuh kad pengenalan anda dan hantarkan pada 15888.

ozzy - dapat saman ekor walaupun tak beli nombor ekor..

2 Mac 2011

LAMA TAK JUMPA HANTU

Sejak dari kecil kita sering ditakutkan dengan hantu meskipun kita tak pernah melihat bagaimana rupa sebenar hantu.Ibu bapa atau golongan dewasa sering menakutkan kanak-kanak dengan hantu bagi mengelakkan mereka keluar malam atau untuk mencegah mereka dari melakukan sesuatu.

Kita tidak dapat menyangkal akan kewujudan makhluk halus meskipun ia tidak dapat dilihat dari pandangan mata kasar.Bukan hanya masyarakat Melayu percaya pada kewujudannya malah bangsa lain turut percaya bahawa makhluk ini sememangnya wujud hanya bentuk dan panggilannya saja yang berbeza.

Bagi mereka yang pernah bersua atau berdepan dengannya pastinya ia adalah pengalaman yang menakjubkan kerana bukan semua manusia berpeluang untuk bersemuka dengannya.Bagi yang belum pernah bersua dengannya yang dapat digambarkan hanyalah illustrasi atau imaginasi berdasarkan gambar dalam buku atau melalui filem yang ditonton.

Pengalaman sewaktu bertemu dengan hantu buat kali pertama amat mengujakan aku.Berbagai perasaan menyelinap dan bermain di fikiran saat menantikan detik pertemuan ini buat kali pertama. Tawaran dan ajakan dari seorang teman untuk bertemu dan melihat hantu pastinya tidak akan aku lepaskan kerana peluang tersebut bukan selalu muncul.

Saat yang dinantikan tiba, dalam remang cahaya yang agak suram rakanku membiarkan aku melangkah keseorangan perlahan-lahan kearah lokasi tersebut.Hembusan angin yang dingin bersama salakan anjing yang sayup-sayup kedengaran tidak lagi aku hiraukan demi memenuhi hasrat ini.Aku menoleh ke belakang untuk melihat rakanku tetapi kelibatnya tidak lagi kelihatan dan terus lenyap ditelan kegelapan malam.Aku menyusun langkah dengan berhati-hati dengan harapan hantu tersebut tidak menyedari kehadiran aku dan kini aku semakin hampir ke tempat yang dinyatakan dengan penuh debar.

Di sebalik kepulan asap kelihatan 'seekor' hantu yang berpakaian serba putih berdiri sambil rambutnya yang panjang dibiarkan mengerbang.Dia memandang tepat ke arahku seakan menyedari kehadiran aku sebagai tetamu yang tidak diundang.Ketika aku sedang leka memerhatikannya belum sempat aku melangkah tiba-tiba aku terkejut apabila disergah oleh seekor lagi hantu yang entah dari mana datangnya,mukanya kelihatan jelas berada hampir dengan tempat aku berdiri.Jeritannya menampakkan giginya yang bertaring dan tajam membuatkan aku sedikit berundur.Kukunya yang panjang cuba mencakar aku namun nasib baik sempat aku elak.Kelihatan hantu ini lebih aggresif dari yang satu lagi.Mukanya juga kelihatan bengis seakan telah lama dahagakan darah manusia.

Perlahan-lahan aku berlalu dari tempat tersebut.Apabila aku kembali bertemu dengan rakanku dia telah siap sedia menunggu sambil tersenyum.Meskipun pada awalnya aku terasa agak bimbang namun selepas bersua sendiri dengan hantu-hantu ini ternyata mereka juga seperti manusia.Bukan semua yang suka mengganggu orang lain.Ada yang duduk berehat sambil membuat kerja sendiri dan ada juga yang hanya duduk termenung.Pertemuan kali pertama ini membuatkan aku tidak lagi takut untuk bersemuka dengan mereka pada tahun berikutnya malah telah beberapa kali aku berkunjung selepas itu.Kunjungan untuk kali yang berikutnya bukan hanya hantu yang menjerkahku tapi aku turut sama menjerkah hantu tersebut.Ternyata mereka juga takut sekiranya kita tunjukkan keberanian pada mereka.

Kini telah berpuluh tahun aku tidak lagi berkesempatan untuk mengunjungi mereka.Sudah lama aku tak jumpa hantu-hantu ini dan mungkin ada antara mereka yang telah mati.Pada mereka yang berminat untuk melihat hantu secara lebih dekat dan meneroka ke alam mereka anda boleh sertai "seekers" atau anda boleh kunjungi lokasinya yang terletak di sini :                                                                              

V


V


V


V

V


V

V

V

V


V


V


V


V



ozzy - tak pernah jumpa yang real..cuma pernah kena tindih je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...