30 April 2011

BILA RINDU KU SEBUT NAMAMU

Ketika anda semua membaca entry aku kali ini, aku mungkin sedang memandu atau sedang rancak bersembang dengan rakan-rakan yang senasib denganku.
Kerana itu blog aku akan kembali bersawang untuk beberapa hari kerana tuan punya blog telah merajuk membawa diri...membawa hati yang kecewa.Segalanya telah musnah bagaikan kaca terhempas ke batu.Biarlah aku membawa diri memujuk hati yang lara setelah semua impianku berkecai menjadi debu.Aku tidak sanggup lagi menyendiri meratap hati yang hiba.Namun jauh dilubuk hati aku tetap merinduimu..Bila Rindu Kusebut Namamu.

Tengok pada mukaddimah macam frust menonggeng hehe..Aku sebenarnya tengah bercuti bersama-sama rakan-rakan persekolahan aku dulu.Kerana itu entry ini aku karang lebih awal dan aku gunakan autopublish untuk diterbitkan pada hari ini.Sejak dari awal tahun kami semua telah merancang untuk membuat 'reunion' yang telah ditetapkan pada 30 April & 1 Mei ini.Lokasi yang dipilih bertempat di Muara Beach Resort pantai Balok Kuantan.

Ada antara kami yang telah lebih 20 tahun tidak bersua pastinya banyak perkara untuk kami bualkan.Kerana itu aku dan beberapa rakan lain memilih untuk 'jadi bujang' kerana mudah untuk kami mengatur strategi aktiviti  maklum saja orang bujang bebas nak ke sana ke mari.

Ada juga yang turut serta bersama keluarga untuk meluangkan masa bersama keluarga sempena musim cuti ni terutama mereka yang dah lama tak datang ke Kuantan.Itu adalah pilihan masing-masing asal saja kami dapat bersua semula menyambung ikatan ukhwah dan sama-sama gembira.Walaupun rasa kecewa tidak dapat disembunyikan kerana ramai rakan-rakan yang tidak dapat hadir namun kami terpaksa akur pada komitmen mereka pada tugas yang lebih penting.Kita hanya mampu merancang..Allah jua yang menentukan.

Oleh kerana 1 may jatuh pada hari ahad bermakna secara automatik cuti tersebut akan dipindahkan pada hari isnin.Kesempatan ini aku ambil untuk pulang kekampung sehingga hari rabu nanti sebelum kembali bekerja pada hari khamis.Kepada rakan-rakan lain yang mungkin juga sedang bercuti aku ucapkan selamat bercuti, pandu berhati-hati dan ingatlah insan tersayang.

Semoga bersua kembali...Assalamualaikum.

            

ozzy - Bila Rindu Sebutlah Namaku...

29 April 2011

ALHAMDULILLAH...lah

Kita mengucapkan syukur dengan berkata Alhamdulillah sebagai tanda mensyukuri apa jua kurniaan yang Allah S.W.T limpahkan pada kita.Sememangnya ungkapan tersebut yang bermaksud 'segala puji bagi Allah' amat dituntut oleh agama Islam agar umatnya sentiasa bersyukur dengan nikmat dan apa saja yang Allah kurniakan.Selepas sembahyang kita akan bertasbih, bertahmid dan bertakbir sebanyak 33 kali samada mengikut imam ataupun bersendirian dan apabila bertahmid ucapan yang kita sebut adalah Alhamdulillah.

Sejak dari kecil aku sering diingatkan agar sentiasa menyebut ucapan Alhamdulillah samada oleh ibu bapa, guru ,ustaz atau ustazah termasuk dari golongan yang lebih dewasa.Maka lama kelamaan ia menjadi kebiasaan untuk menyebut ucapan tersebut samada melalui ucapan atau hanya disebut di dalam hati sebagai tanda syukur dan berterima kasih kepada Allah S.W.T yang mengurniakan rezeki dan kesenangan dalam kehidupan ini.Syukur Alhamdulillah walaupun tidak sekaya dan semewah orang lain sekurang-kurangnya hidup kita jauh lebih baik dari mereka yang hidup melarat dan menderita tanpa makanan dan pakaian serta tempat tinggal yang tidak sempurna.

Lama kelamaan apabila berinjak dewasa (belum tua hehe) aku kerap mendengar ramai antara kita menyebut  Alhamdulillah..lah ada tambahan 'lam alif ha' pulak dibelakangnya.Apabila kita sudah biasa menyebut Alhamdulillah terasa janggal pula nak tambah lah dibelakangnya kerana bimbang ia akan menjadi atau bertukar kepada maksud yang lain.Dan lama kelamaan tidak mustahil ia akan menjadi satu ayat yang disebut 'Alhamdulillah..lah' bukan lagi Alhamdulillah terutama bagi generasi yang akan datang sekiranya ia disebut berulang-ulang.

Contoh ayat " Alhamdulillah..lah sebab aku masih diberi peluang untuk singgah di blog yang menarik ini dan membaca coretan yang dipaparkan "..hehe contoh ayat la kan.Begitu juga apabila memberi ucapan samada di pentas ataupun ketika muncul di kaca TV ramai yang menyebut ucapan tersebut yang di tambah lah di hujungnya.Contoh ayat atau ucapan " Terima kasih pada peminat semua yang tidak jemu-jemu memberi sokongan pada saya dan Alhamdulillah..lah walaupun ramai yang menegur pakaian saya (sambil betulkan skirtnya yang pendek) tapi kemenangan tetap berpihak pada saya" ...macam pernah ku dengar tapi di mana yaa..

Mungkin kita beranggapan tambahan lah itu hanya sebagai pelengkap atau penyedap ayat untuk disesuaikan dengan sebutan.Namun ungkapan tersebut juga mungkin akan menjadi sebutan standard sekaligus merubah sebutan asal sekiranya ia disebut berulang-ulang.Kita bertahmid dengan menyebut Alhamdulillah sebanyak 33 kali dan jangan nanti tersalah sebut Alhamdulillah..lah sebanyak 33 kali.

Mungkin aku orang pertama yang mempersoalkan sebutan ini.Sekiranya ada sebarang kesilapan aku memohon ampun dan maaf kepada Allah yang maha esa kerana aku tidak berniat untuk mempersendakan kalimah tersebut cuma sekadar menyampaikan apa yang terpendam di lubuk hati.

Mungkinkah ada para ilmuan atau yang bergelar ulama ingin menjelaskan perkara ini atau mungkin kita tunggu apa rumusan dari majlis fatwa suatu hari nanti.

ozzy - Syukur Alhamdulillah ....

28 April 2011

AYAT MESTI POWER

Ramai antara kita yang berkebolehan mengukir ayat atau kata-kata dan tidak kurang juga yang menjadikan kelebihan tersebut sebagai kerjaya.Seseorang penulis menghasilkan karyanya berdasarkan pengalaman, imaginasi ataupun pengamatan melalui pembacaan lalu diterjemahkan mengikut jalan ceritanya yang tersendiri.

Olahan ayat yang ditulis juga mampu menghasilkan sebuah skrip untuk dijadikan sebuah filem.Melalui penulisan ia mampu menghasilkan dan merubah emosi seseorang samada gembira, sedih, kecewa dan berbagai refleksi lain hasil dari penghayatan melalui penulisan tersebut.Seseorang yang berbakat dan berkebolehan dalam memberi ucapan pula lebih cenderung memilih kerjaya yang memerlukan dia sering berkomunikasi dengan orang ramai.Kebiasaannya individu seperti ini mempunyai PR (Public Relations) dan perwatakan yang menarik.Dengan kebolehan yang ada dia mampu merubah sesuatu fakta menjadi auta dan antara strategi yang digunakan untuk memanipulasi fikiran orang lain adalah... Ayat mesti power.

Seorang rakan merasa pelik apabila melihat bagaimana rakannya berjaya memikat hati seorang wanita yang cantik sedangkan dia lebih kacak atau handsome dari kawannya itu.Nak kata harta dia lebih kaya, dari segi gaya dia lebih bergaya dan dari segi kerjaya dia lebih berjaya."Aku tengok engkau ni taklah hensem,aku lagi hensem tapi macamana awek tu boleh terpikat dengan kau ,guna bomoh ke apa ni".Sambil tersenyum dengan selamba kawan dia menjawab " ayat mesti power bro.. nak harap rupa dan harta je belum tentu awek tu terpikat, silap haribulan harta engkau kena kikis ".

Tidak dinafikanlah zaman sekarang adalah zaman materialistik, manusia semakin mengejar kemewahan dan menjadikannya sebagai kriteria untuk memilih pasangan tetapi ada juga yang bermodalkan air liur je untuk menipu.Kita sering melihat terpapar di akhbar ramai anak gadis tempatan ditipu dan dilarikan ke luar negara.Bila tengok wajah yang menipu tu taklah handsome manapun ala-ala baru lepas kena panggang pun ada..rentung.Kalau tanya mamat yang rentung tu jawapannya " Ayat mesti power bro...".

Begitu juga dengan seorang blogger.Kadangkala ramai yang bertanya apakah tips untuk menarik pengunjung atau UV (unique visitor) dan meningkatkan traffic.Memang banyak tips yang diberikan oleh blogger terutamanya blogger yang lebih 'otai' cara-cara untuk meningkatkan traffic.Itu jika dilihat dari faktor traffic yang bertujuan untuk menarik pengunjung atau pembaca sekaligus mendapat 'income' yang lebih, tetapi ramai yang lebih berminat untuk tahu kenapa sesuatu blog begitu popular hinggakan lebih seribu orang online setiap kali entrynya terbit walaupun entrynya hanya mengisahkan "seekor anak kucing".Selain dari dia mempunyai peminat atau pengikutnya yang tersendiri alasan lain adalah " Ayat mesti power bro...".

Itulah antara kuasa "ayat mesti power", jika digunakan kearah kebaikan maka baiklah jadinya dan jika ia sebagai modal untuk membuat kejahatan maka buruklah akibatnya.

ozzy - Masih simpan ayat power...

27 April 2011

SERBA SALAH

Perasaan serba salah sering kali membuatkan kita sukar untuk membuat pilihan.
Ibarat pepatah yang menyebut 'ditelan mati emak diluah mati ayah' kadangkala ia turut menyumbang timbulnya masalah.Masalah yang mungkin akan tiba-tiba muncul akibat dari perasaan serba salah untuk membuat keputusan.

Kalau tak ada kawan kita rasa serba salah takut nanti orang kata macam kera sumbang, sombong ataupun berlagak.Bila dah ramai kawan pun kita rasa serba salah sebab nak jaga semua hati dan perasaan kawan-kawan.Bila tengok seorang kawan mengata atau menyakiti hati kawan yang lain kita jadi serba salah.Nak tegur, bimbang nanti kawan kita terasa hati kalau tak tegur pun rasa serba salah sebab bimbang kawan yang jadi mangsa akan anggap kita tak ambil peduli atau tak nak bantu dia.Tegur salah, tak tegur pun rasa serba salah.

Walaupun ramai berkata bahawa diam itu lebih baik tapi kadangkala kalau kita diam je, pun rasa serba salah bimbang nanti kawan kata kita sombong dan tak nak menegur.Bila bercakap bimbang nanti kawan pulak kata kita berlagak, menunjuk-nunjuk atau nak tunjuk pandai.Diam salah, cakap pun rasa serba salah.

Zaman sekarang ni tersedia bermacam kemudahan untuk hubungi rakan-rakan.Tidak lagi seperti zaman dulu yang banyak bergantung dengan pejabat pos.Boleh guna telefon samada telefon rumah atau telefon bimbit, boleh guna khdmat SMS kalau nak jimat kredit, boleh guna email ataupun boleh terus gunakan laman yang menyediakan ruang sembang seperti facebook, yahoo messenger dan bermacam lagi aplikasi yang telah tersedia.Bila kemudahan dah tersedia kita pulak rasa serba salah, kalau asyik online bimbang nanti kawan kata kita ni tak ada kerja lain.Bila tak online pun rasa serba salah bimbang nanti orang kata kemudahan ada tapi tak nak guna.Ada yang kata itu lebih baik dari kita salahguna kemudahan yang ada.Guna salah, tak guna pun rasa serba salah.

Bila lama kita tak berhubung kita rasa serba salah bimbang nanti kawan atau saudara kata kita lupakan kawan atau saudara.Kalau selalu sangat call atau sms pun rasa serba salah bimbang nanti kawan atau saudara kata kita ni asyik mengganggu dia saja.Bila dah lama tak dengar berita kita jadi serba salah samada nak hubungi dia atau tunggu dia hubungi kita.Telefon salah, tak telefon pun rasa serba salah.

Banyak lagi perkara yang membuatkan kita rasa serba salah.Ketika memandu kita akan merasa serba salah lorong mana kita nak pilih, ketika membeli belah kita rasa serba salah barang mana untuk kita beli, ketika bekerja kita turut akan rasa serba salah contohnya kerja sebagai guru.Kalau anak murid buat salah kita rasa serba salah apa hukuman yang patut dibuat.Tersilap pilih hukuman guru akan dipersalahkan, kalau tak buat hukuman pun guru juga akan disalahkan kerana dianggap tidak menjalankan tugas.

Begitulah kehidupan, walaupun kita seringkali berhadapan dengan perasaan serba salah ramai yang memberi jawapan "pedulikan dengan orang lain, kita tak akan mampu untuk menjaga hati dan berlaku adil pada semua orang".Apa saja sekalipun dan walau sering rasa serba salah jangan sampai kita seringkali rasa 'serba serbi pun salah'.. itu lagi berat.

ozzy - tulis salah, tak tulis pun rasa serba salah.




26 April 2011

PUTIH BUKAN BERMAKNA BERSIH

Warna putih sering dikaitkan dengan sesuatu yang bersih, menawan dan menarik.Sewaktu kita dilahirkan kita juga diibaratkan bagaikan sehelai kain putih yang bersih.Ramai menganggap putih itu bersih jika dilihat dari segi zahirnya.Justeru itu ramai diantara kita sering terpedaya dengan warna putih kerana minda kita telah ditanam dengan tafsiran tersebut...asal putih pasti bersih.

Manusia di dunia ini dilahirkan dengan berbagai rupa bentuk dan warna kulit.Ramai yang impikan kulit yang putih bersih agar nampak cantik dan menarik.Kerana itulah terbit berbagai produk untuk memutihkan kulit kini berada di pasaran.Tidak cukup dengan ubat sapu dan makan, suntikan kolagen turut menjadi popular gara-gara inginkan kulit yang putih.Ironinya jika berasal dari keturunan yang putih maka kebarangkalian anaknya putih adalah tinggi berasaskan faktor genetik.

Mata yang putih dan berkaca melambangkan individu tersebut seorang yang sihat dan pentingkan kesihatan.Gigi yang putih turut dikaitkan dengan seseorang yang amat pentingkan kebersihan seperti kata mat salleh " jika hendak memilih kuda, pilihlah kuda yang giginya putih dan cantik ".

Pada pandangan zahir warna putih memang kelihatan menawan namun isinya belum tentu putih bersih seperti warna kulitnya.Hati manusia sukar dinilai, putih bukan bermakna bersih dan gelap bukan bermakna kotor.Ada yang berkulit putih tapi hatinya lebih jahat dan kejam dari mereka yang berkulit gelap.Ada yang kelihatan putih dan bersih tapi rupanya kehidupan mereka lebih kotor dari mereka yang berkulit gelap. Namun fitrah manusia sering terpedaya dengan warna yang ditampilkan, yang putih kita anggap bersih dan yang gelap kita anggap jijik sedangkan ia hanyalah lapisan pada kulit yang menampilkan warna yang berlainan.

Jika dilihat pada buah manggis, walaupun kulitnya gelap tapi isinya putih dan manis.Begitu juga dengan kita manusia tidak semestinya kulit yang gelap itu hatinya juga gelap kerana mungkin hatinya lebih putih dan bersih dari mereka yang berkulit putih.
Namun jika kulitnya gelap dan hatinya juga gelap maka carilah jalan agar hati kita kembali terang.Semakin banyak fitnah, dengki serta iri hati maka semakin gelaplah hati kita.

Dalam ramai memilih yang putih ada juga yang berselera dengan warga Africa atau Mat Negro yang berkulit gelap.Pasti mereka mempunyai alasan tersendiri serta faktor kenapa mereka memilih jejaka dari Africa mungkin kerana hitam itu menawan atau jejaka Africa lebih romantik ataupun mereka mungkin berkata " alaaa nak buat macamana kalau hati dah suka..bila padam lampu semuanya pun gelap juga".

ozzy - Yang pastinya apabila kita mati kita akan dikafankan dengan kain putih yang bersih..

23 April 2011

HARTA BUKAN SEGALANYA

Mengharungi zaman serba moden hari ini tiada siapa dapat menyangkal bahawa kehidupan kita hari ini segalanya memerlukan duit.Biarpun ramai yang berkata duit bukan segala-galanya namun hakikat yang perlu kita terima bahawa dunia hari ini segala-galanya juga perlukan duit.Kerana harta kita leka, kerana harta ramai mengaku saudara dan kerana harta kita bersengketa.

Ramai antara kita yang bertungkus lumus bekerja siang dan malam tak kira masa semata-mata ingin mengumpul harta dan kekayaan.Betapa kita bangga dengan kekayaan yang ada hinggakan sesetengahnya mula dikuasai sifat sombong dan mula bermegah.Kita mula memilih rakan yang sepadan dan setaraf, kita memilih kedai untuk singgah makan demi menjaga status dan kita hanya memilih barangan berjenama untuk diguna.Jika dulu kita berjalan menunduk ke bumi tapi kini kita melangkah sambil menongkat ke langit.Kita mudah lupa bahawa kaki kita sebenarnya tetap berpijak di bumi nyata.

Kita lupa bahawa seandainya kepala kita terhantuk dan berdarah, kita tetap perlu menunduk ke bumi demi menahan kesakitan.Ketika itu juga kita sedar bahawa darah yang mengalir tidak akan naik ke langit tetapi tetap mengalir tumpah kebumi.Di saat terlantar menahan sakit kita merenung setiap inci tubuh yang sebelum ini sihat tetapi dikerah demi mengejar kemewahan.Tiada istilah rehat untuknya kerana naluri dan impian kita berkata bahawasanya masa itu amat berharga.

Kerana duit dan kerana harta kita ketepikan nilai kasih sayang.Kita timbus dan semadikan kerana beranggapan ianya tiada nilai dan tiada harga.Kita butakan hati dan kita lontarkan sejauhnya demi mengejar harta dan kemewahan dunia.
Sesungguhnya tiada siapa yang tidak merasa bangga apabila hidup diulit kemewahan apatah lagi jika segalanya atas titik peluh dan usahanya sendiri.

Sampai pada satu ketika akhirnya ramai yang mula menyedari apabila merasakan mereka bagaikan kehilangan sesuatu.Jiwa mula meronta mencari sesuatu yang selama ini telah ditimbus, sesuatu yang kita anggap tiada harga dan sesuatu yang dianggap tiada nilainya.Sesuatu yang kita anggap racun rupanya tersembunyi penawar di dalamnya.Penawar paling ampuh untuk mengubat hati yang sepi, penawar untuk menangkis bisa yang meresap di dalam hati dan penawar terbaik menemani hidup yang sunyi.Akhirnya kita menyedari bahawa sesungguhnya penawar tersebut yang bergelar Kasih dan Sayang amat tinggi nilainya kerana ia tidak boleh dijual beli, ia tidak dilelong dan ia tidak pernah meletakkan harga.

Sesekali menyendiri kita seakan-akan ingin merubah takdir agar kita bisa hidup bahagia seperti orang lain sedangkan takdir itulah yang kita harapkan sewaktu kita menempa jalan membina kemewahan.Kita melihat ada yang cuma hidup sederhana tapi dilimpahi dengan kasih sayang dan hati kita berkata kenapa kita tidak dikurniakan kebahagian seperti mereka.Kita kembali rindukan gurau senda yang pernah kita nikmati, kita kembali mencari kemana hilangnya tawa mesra dan belaian manja lantas kita berkata andai dapat diundur masa ingin kita letakkan kasih dan sayang itu kembali berada di tempatnya.Akhirnya kita perlu akui bahawa sesungguhnya Allah itu maha adil, dilebihkan buat kita satu bahagian dan dikurangkan pula satu lagi bahagian agar kita tidak terus leka dan lupa untuk bersyukur kepadanya.Bersyukur kerana dikurniakan dan dilimpahi rezeki olehnya biarpun kebahagian dan kasih sayang itu masih belum menjadi milik kita.

Harta bukan segalanya biar setinggi gunung ia terbina, ia akan kembali susut apabila dikikis tetapi kasih sayang tidak akan terhenti ibarat air sungai yang mengalir tanpa henti.Cedoklah ia apabila terasa dahaga dan ternyata bila diri disayangi itulah kalimah yang lebih bermakna kerana tanpanya hidup kita terasa bagaikan tidak sempurna.Setiap insan yang bernyawa berhak untuk hidup bahagia maka berusahalah agar kebahagian turut menjadi milik kita.

Seperti kata seorang sahabat :


 "Dengan duit kita boleh membeli tilam, namun 
kita tidak akan mampu membeli tidur yang lena"


                      


ozzy - Alhamdulillah walaupun hidup hanya sederhana...

21 April 2011

BINA BONGGOL

Bonggol merupakan salah satu alternatif yang digunakan bertujuan untuk memastikan kenderaan yang melalui sesuatu kawasan dipandu dengan perlahan.Antara kawasan yang menjadi keutaman adalah jalan di kawasan kampung yang menjadi laluan utama, kawasan sekolah dan hospital.Meskipun terdapat papan tanda yang menunjukkan isyarat kelajuan yang perlu dipatuhi ternyata pembinaan bonggol lebih praktikal untuk menangani sikap pemandu.


Unta mempunyai bonggol di belakang badannya yang berfungsi untuk menyimpan lemak bagi tujuan memberi tenaga kepada haiwan itu jika tiada makanan dan minuman.
Bahagian bonggol tersebut akan menyusut dan mengecil selepas unta menggunakan lemak yang telah dikumpul ketika ketiadaan makanan dan lama kelamaan bonggol tersebut akan menjadi kosong dan menyebabkannya ia mengendur.
Apabila memperolehi sumber makanan, unta akan kembali menyimpan lemak dan bonggol tersebut akan kembali kelihatan besar seperti sebelumnya.



Bonggol juga turut menarik minat kaum wanita apabila ia turut dibina ketika memakai tudung.Jika bonggol yang dibina di atas jalanraya bertujuan untuk memperlahankan kenderaan dan bonggol unta untuk menyimpan lemak, bonggol yang dibina di atas kepala ini selain mempunyai tujuan yang jelas melainkan hanya sebagai fesyen dan tarikan.
Jika seseorang itu memang memiliki rambut yang panjang dan apabila disimpul menjadi sanggul, ianya akan membentuk bonggol apabila beliau memakai tudung tetapi ada juga yang sengaja menambah bonggol semata-mata kerana fesyen.Alasan paling konkrit " kepala aku, tudung aku, rambut aku, aku punya pasallah nak buat bonggol ke, nak buat bukit ke..tak payahlah korang nak sibuk sangat..karang aku buka semua korang mengata juga".

Ada juga aku terbaca beberapa laman blog yang memaparkan kandungan dari Hadith Nabi S.A.W tentang tegahan membuat bonggol di atas kepala ( * kepala mereka seperti bonggol unta * ) namun aku tidak berminat untuk paparkan di sini ( boleh search google dengan taip tudung bonggol ) kerana aku berpendapat bonggol tersebut agak subjektif.Kalau rambut seseorang itu memang panjang dan apabila disimpul menjadi sanggul maka akan terbentuklah bonggol di atas kepalanya samada kecil atau besar.Kalau lebih panjang rambutnya maka lebih besarlah bonggolnya dan kalau pendek rambutnya maka lebih kecillah bonggolnya...itu secara logiknya and full stop.Selebihnya kalau anda berminat untuk mengkaji dengan lebih mendalam itu hak masing-masing.

Untuk mengelakkan dari dituduh dan menuduh ambil saja jalan mudah, tak payah susah-susah buat bonggol.Gunakan saja bonggol yang ada...

ozzy - tak ada bonggol cuma ada setongkol...

20 April 2011

SIBUK DAN MENYIBUK

Ramai diantara kita mengeluh kerana kesibukan dengan tugas harian yang bagaikan tiada penghujungnya.
Berdepan dengan rutin harian yang merupakan tugas yang perlu dilaksanakan membuatkan kehidupan kita sentiasa sibuk.Sikap melengahkan atau menangguhkan tugas tersebut menjadikan kita semakin tersepit dengan kesibukan apabila ia semakin menimbun.

Walaupun kita cuba membahagikan masa untuk mengelakkan kesibukan namun ada kalanya masa yang ada tetap terbabas pada perkara lain yang turut menuntut ruang untuk diberi perhatian.Sesuatu yang tidak dijangka inilah menjadikan ruang kesibukan semakin membusut. Kesibukan juga menjadi satu alasan kepada ramai ibu bapa menjadikan masa untuk anak-anak dan keluarga turut terabai tanpa kita sedar kesibukan tersebut turut menjadi ancaman.

Ada antara kita yang sengaja menyibukkan diri atas alasan untuk lari dari memikirkan perkara yang membuatkan fikiran kita berserabut.Kita cuba mengelak dari duduk bersendirian kerana tidak mahu perkara yang membebani fikiran kita itu mula berlegar dan kembali menerjah apabila kita menyendiri dan mengelamun.Mungkin pekara itu menerbitkan rasa sedih, marah atau kecewa maka kita beranggapan lebih baik kita sibukkan diri dengan perkara lain dari memikirkan perkara tersebut. Meskipun kita tahu cara tersebut tidak betah untuk melenyapkannya namun sekurang-kurangnya kita dapat mengawal emosi dari terus hanyut dengan situasi tersebut yang memungkinkan kita bertindak mengikut perasaan.

Seandainya kita luangkan masa tersebut dengan perkara positif dan melakukan perkara yang baik maka ganjaran yang akan kita terima mungkin mampu merubah hidup kita menjadi lebih baik tetapi sekiranya kita memilih perkara negatif maka kita mungkin menambahkan lagi kekusutan yang sedia ada.Ini bermakna kita meningkatkan lagi timbunan beban kesibukan untuk mencari jalan bagi menyelesaikannya seandainya apa yang kita lakukan itu tempiasnya turut membebankan orang lain.

Tidak dinafikan ramai antara kita yang suka menyibuk terutamanya hal-hal yang melibatkan diri orang lain.Jika menyibuk ke arah kebaikan ianya amat dituntut tetapi jika menyibuk untuk mengaibkan atau menjatuhkan orang lain inilah yang perlu dielakkan kerana sikap tersebut bukan hanya memalukan orang lain malah turut meningkatkan lagi himpunan dosa yang sedia ada.Jangan diberatkan lagi timbangan tersebut dengan mencipta fitnah dan mereka-reka cerita.Kalau nak jadi nasi tambah pastikan nasi tersebut bukan nasi yang basi....

Kadangkala kalau suka sangat menyibuk mungkin padah yang akan kita terima.....

                        

ozzy - selalu sibuk tapi jarang menyibuk....

18 April 2011

ANDAI DAPAT KU UNDUR MASA

Setiap dari kita pasti mempunyai kenangan indah saat kita mula mengenali dunia.Dari zaman kanak-kanak dan kemudiannya menjengah alam persekolahan kita mengutip berbagai peristiwa pahit dan manis, suka dan duka.Mungkin terlalu banyak yang telah kita tempuh dan pasti sukar untuk kita membayangkan satu persatu detik tersebut namun pasti ada antaranya terus segar dalam ingatan.

Mengimbau zaman yang berlalu pasti ada antara kita melontarkan keluhan dan penyesalan kerana mempersiakan masa.Andai dapat ku undur masa ingin ku atur masa yang ada agar tidak dipersiakan kerana kini aku sedar masa itu amat berharga.Mungkin itu antara keluhan dan bisikan hati seorang insan yang dihambat penyesalan.Masa bagaikan menghukum perlakuannya yang lalu namun masa juga tidak pernah kenal erti belas kasihan kerana ia tetap akan berlalu dan tidak akan terhenti walau sedetik.

Sesekali kita berpaling untuk melihat masa yang berlalu tapi ternyata kita hanya mampu mengenang kembali nostalgia yang telah kita tinggalkan.Ada antaranya menerbitkan rasa ceria dan andai dapat di undur masa kita ingin kembali semula berada pada detik tersebut setiap masa dan setiap ketika. Saat berpaling mungkin ada antara kita yang banyak melihat kekurangan diri lantaran sikap serta kealpaan kita untuk menghargai masa.Andai dapat di undur masa pasti saat tersebut ingin kita perbaiki agar setiap ruang terisi dengan catatan dan memori indah.Ternyata masa tidak akan berputar semula dan terus berlalu tanpa adanya prejudis pada sesiapa saja.

Andai dapat di undur masa mungkin hati kecil kita berbisik agar segala kenangan pahit yang terpahat diingatan dapat dikikis untuk dilontar menjadi debu.Saat melaluinya terasa bagaikan kaca terhempas ke batu namun masa tetap ingin berlalu lantas membiarkan detik tersebut menjadi sebuah kenangan abadi.Masa menghadirkan saat gembira, masa mencipta saat duka dan masa juga membuatkan kita lena dan terleka.

Masa hanya tahu berputar ke hadapan dan beredar tanpa ada hentiannya.Namun perjalanan kita akan terhenti apabila tiba pada nokhtahnya.Kita akan tiba ke destinasi bersama bekalan yang dibawa, bersama memori dan kenangan yang tidak akan terpadam.Andai dapat di undur masa pasti kita inginkan segalanya sempurna dalam diary hidup kita.Tiada simpati dari masa kerana apa yang telah kita tinggalkan itulah yang bakal menjadi sandaran.

Andai dapat ku undur masa...           

ozzy - biarkan saja masa yang berlalu.....

NOTIS DARI GOOGLE : BLOG YANG TIDAK GUNAKAN AKAUN GOOGLE AKAN DI HAPUSKAN


Hari ini aku agak terkejut apabila terbaca pengumuman yang diterbitkan oleh blogger Kujie2.com berkenaan notis dari Google yang akan menghapuskan akaun blogger yang menggunakan akaun selain daripada google berkuatkuasa pada 25 jun nanti.

Oleh kerana aku mendaftar menggunakan akaun google (gmail) maka rasanya akaun aku terselamat tetapi bagaimana jika anda tidak menggunakan akaun google pasti sayangkan dengan blog masing-masing yang dah lama bertapak dengan berbagai entry serta semakin dikenali ramai.

Untuk itu aku telah meminta izin dari tuan punya blog tersebut iaitu kujie2.com untuk sebarkan notis ini pada rakan-rakan lain.Entry di bawah ini aku copy paste dari blog beliau.Jika masih kurang faham sila singgah ke blognya di http://www.kujie2.com/blog-tutorial/notis-dari-google-blog-yang-tidak-menggunakan-akaun-google-akan-dihapuskan.html/comment-page-1#comment-66706

Setelah 8 tahun Google membeli perkhidmatan percuma Blogger,  Google mengumumkan mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google.  Selepas 25 Jun 2011, mereka akan memadam akaun tersebut, bersama blog-blog yang didaftarkan pada akaun tersebut.
Baca selanjutnya di sini –Google Ingin Memadam Pengguna Blogger Yang Tidak Menggunakan Akaun Google . Terimakasih Amanz untuk maklumat ini.
Bagaimana nak tukar email login ke blog? Saya pernah buat tutor Cara Tukar Username Blogspot, Hari ni saya nak menukar akaun pendaftaran masuk blog Intan, jom kita buat sama².
1. Create akaun gmail
Dah ada? Kalau dah ada baru kita mulakan kelas. Kalau belum, create akaun gmail dulu.
2. Sign in blog macam biasa ( guna email yahoo -contohnya ). Pergi Settings >Permissions > klik Add Authors > Masukkan email gmail > klik Invite.

3. Login akaun gmail > ada email jemputan > klik link untuk pengesahan . Ada notis ” To join this blog as an author, accept the invitation by signing in with your Google Account here”. Jangan takut, klik saja ‘here‘ dan kita dibawa memasuki dashboard blog tersebut.

4. Logout dari akaun gmail tersebut dan login pula menggunakan email yang mula² ( yahoo )

5. Pergi kat Settings > Permissions > ada nickname dan email yang baru kita add tadi sebagai author. Klik grant admin privileges.

6. Nickname lama dan email lama boleh di remove, Sekarang blog tersebut menggunakan akaun gmail sepenuhnya.

mudah dot mai ….. kan? Tak sampai 5 minit dah siap.

Kalau ada 3-4 blog lain , ulanglah langkah ini sehingga kesemua blog berkumpul di bawah satu username sahaja.
Cara Lain Untuk Berpindah Menggunakan Google Akaun klik  – blogger legacy claim

Atau boleh ikut cara lain seperti di SINI.
Maklumat di buzz blogger menyatakan :Sekiranya anda pernah login akaun blogger walaupun sekali sejak tahun 2007, notis ini boleh diabaikan.
ozzy - tolong sebarkan perkara yang baik...

16 April 2011

HENTIAN PUDURAYA KINI BERWAJAH BARU

Hentian Puduraya yang telah dihentikan operasinya sejak awal Mac 2010 untuk kerja baik pulih dan naik taraf kini telah siap sepenuhnya. Hentian ini dijangka akan mula beroperasi pada hari ini 16 April 2011 setelah beberapa kali ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.Dengan itu bas yang beroperasi di hentian sementara di Bukit Jalil akan mula dipindahkan secara berperingkat.

Tampil dengan rekabentuk yang lebih kemas dan menarik, apa yang diharapkan mutu perkhidmatan juga perlu dinaik taraf selari dengan wajah yang ditampilkan.Perlu diingat bahawa hentian puduraya merupakan stesen bas utama di ibu kota dan sebagai terminal bukan hanya kepada rakyat tempatan, malah turut digunakan oleh pelancong asing untuk ke destinasi seterusnya.

Ruangan dalaman terutama bahagian tempat menunggu bas kelihatan lebih kemas dilengkapi dengan air cond dan tempat duduk yang lebih selesa.Apa yang diharapkan adalah kerjasama serta sikap kita terutamanya rakyat tempatan untuk sama-sama menjaga kemudahan yang disediakan.Perlakuan vandalisme bukan hanya merosakkan kemudahan yang disediakan malah turut menyusahkan pengguna lain.


Hentian puduraya mungkin pernah mencatatkan memori indah pada pasangan yang memulakan perkenalan di sini.Usik mengusik atau perkenalan tanpa dirancang, akhirnya mencatatkan sejarah setelah ianya berakhir di jinjing pelamin .Kini segalanya menjadi nostalgia buat mereka dan ianya tidak akan padam meskipun wajah lama hentian ini telah lenyap ditelan arus kemodenan.

Kemudahan surau turut diberi nafas baru dengan menyediakan ruang yang  lebih luas dan selesa.Surau yang dikatakan boleh menempatkan seramai 400 orang jemaah pada satu masa ini turut menyediakan imam untuk solat jumaat.
Dengan adanya kemudahan ini pastinya ia lebih memudahkan orang ramai kerana tidak perlu lagi berkejar ke masjid yang berhampiran.

Namun apa yang diharapkan surau ini tidak disalah guna terutamanya pada mereka yang ingin menumpang tidur tetapi akhirnya menjadikan surau seperti rumah sendiri untuk mandi, membasuh atau menyidai baju atau melakukan  perkara yang dilarang.

Apa yang pasti suasana yang masih tidak akan berubah adalah keadaan traffic di hentian ini yang akan kembali sesak seperti sebelumnya kerana ia tetap berada di lokasi yang sama.Sikap orang ramai dan pemandu teksi yang memberhentikan kenderaan di bahu jalan merupakan penyumbang terbesar berlakunya kesesakan ini.Keduanya adalah konco-konco ulat tiket akan kembali berkeliaran dan bermaharajalela seandainya tiada tindakan dan pemantauan yang lebih ketat.

Justeru itu disebalik wajah baru yang ditampilkan, apa yang kita harapkan adalah penguatkuasaan serta tindakan yang lebih tegas untuk mengatasi masalah yang sama agar tidak berulang.Walau tidak dapat dibanteras sepenuhnya sekurang-kurangnya mereka yang terlibat lebih gentar sekaligus berpeluang untuk menurunkan statistic kes penipuan pada paras yang lebih minima.

ozzy - teringat kenangan lama ketika sering menggunakan hentian ini suatu ketika dulu.... 

15 April 2011

AYAM KAMPUNG VS AYAM DAGING

Bagi penggemar ayam kampung meskipun harganya mahal namun mereka tetap cuba untuk mendapatkan ayam ini.Selain berkhasiat rasanya juga  lebih sedap dan aku juga antara penggemar daging ayam kampung walaupun ramai yang berkata dagingnya lebih liat.
Sekiranya kita memilih ayam tua sudah tentu dagingnya lebih liat tetapi ia turut bergantung kepada teknik atau petua yang digunakan oleh 'tukang masak' untuk melembutkan daging ayam kampung ini.


Ayam daging atau disebut ayam telur pula seperti yang kita tahu diternak bagi tujuan komersial. Terdapat berbagai resepi berasaskan ayam ini yang boleh dibuat hidangan samada untuk keluarga atau untuk jualan.
Sepertimana yang pernah aku katakan dalam entry yang aku terbitkan sebelum ini iaitu " Apakah Ayam Daging Berkhasiat " sememangnya aku kurang menggemari ayam daging ini.




Terdapat beberapa perbezaan yang agak ketara jika dibuat perbandingan diantara ayam kampung dan ayam daging.

Makanan
* Ayam kampung hidup berdikari dengan mencari makanannya sendiri dan bebas bergerak kemana sahaja untuk berusaha mendapatkan makanan.Antara sumber makanan utama adalah cacing dan bahan organik yang lain.Ayam kampung lebih bijak memilih diantara makanan yang berkhasiat dengan makanan yang memudaratkan.
* Ayam daging hanya menunggu masa makanan atau dedak diberikan kepada mereka.Selain diberi makanan mengikut waktu mereka juga akan diberi 'vaksin' dan 'disuntik' dengan hormon atau 'suppliment' agar cepat 'membesar'.

Fizikal
Ayam kampung mempunyai ciri-ciri fizikal yang lebih tegap terutamanya pada kaki dan mempunyai bulu yang berlainan warna.Ayam kampung lebih mudah untuk dibezakan antara jantan dengan betina kerana fizikal serta warnanya yang jelas berbeza.Ayam jantan turut mempunyai taji untuk mempertahankan diri atau untuk menyerang musuhnya serta mempunyai ekor yang panjang.
* Ayam daging biasa yang kita lihat mempunyai warna yang sama iaitu putih samada jantan atau betina.Kadangkala agak sukar untuk membezakan yang mana satu jantan dan yang mana satu betina kerana bentuk mereka yang hampir sama.

Tempat Tidur 
Ayam kampung akan kembali ke dalam reban apabila hampir waktu maghrib atau ketika matahari terbenam.Ayam kampung juga bijak memilih tempat tidur yang selamat sekiranya tidak disediakan reban iaitu dengan tidur di atas pohon pokok yang tinggi dan rendang atau dalam ertikata lain ayam kampung lebih pandai berdikari.
* Ayam daging tidak perlu memikirkan tempat tidurnya kerana ia telah tersedia dan hanya menunggu masa untuk melelapkan mata setelah diberi makan atau dalam ertikata lain ayam manja @ pemalas.

Waktu Pagi
Ayam kampung akan berkokok dengan riuh apabila masuknya waktu subuh atau ketika terbitnya matahari dan mula merayau untuk mencari rezeki.
* Ayam daging terus menyelimutkan dirinya dengan kepak dan bulunya yang tebal sehinggalah dikejutkan untuk diberi makan apabila waktu untuk makan tiba.

Bertelur
Ayam kampung  akan bertelur dan mengeramkan telurnya sehingga telur tersebut menetas.Ayam kampung juga sering membuat bising selepas bertelur untuk memberitahu bahawa dia baru lepas bertelur.
* Ayam daging akan bertelur merata-rata secara diam-diam dengan selamba dan membiarkan telurnya begitu saja atau dalam ertikata lain tiada tanggungjawab.

Pasangan
* Ayam kampung akan menjaga pasangannya dan tidak akan membiarkan pasangannya diganggu oleh ayam-ayam lain.Ayam kampung juga tidak mempunyai banyak pilihan kerana jumlahnya agak terhad.
* Ayam daging lebih bebas untuk memilih dan bertukar-tukar pasangan atau dalam ertikata lain pergaulan bebas hehe...

Ada orang kata Ayam kampung kuat berkokok tetapi kadangkala ekornya penuh bergelumang dengan tahi...Ayam bandar pula tak pandai berkokok tapi tahinya sentiasa dibuang.Apakah ada persamaan sekiranya fakta atau ciri-ciri tersebut di convert menjadi " Orang Kampung vs Orang Bandar " ?..dulu dan sekarang...cuba baca semula dan nilaikan sendiri.

Persolannnya benarkah ayam daging berkhasiat?.Ia ibarat kita menternak apa jua haiwan peliharaan dan kemudiannya kita lakukan proses yang sama terhadap haiwan tersebut sama seperti yang kita lakukan pada ayam maka apakah haiwan tersebut juga boleh kita anggap berkhasiat?ingin tahu lagi tentangnya boleh klik dan baca DI SINI

ozzy - tak pandai berkokok.

14 April 2011

MATI JUGA JIKA SAMPAI MASA

Setiap dari kita perlu menerima kenyataan bahawa dalam kehidupan ini kita tidak mampu melawan takdir.Apabila ajal tiba tiada siapa yang mampu menghalang tanpa mengira siapapun kita dan tanpa mengira berapapun usia kita samada muda ataupun tua.
Maut tidak akan menunggu walau sesaat dan apabila tiba masanya malaikat Izrail yang ditugaskan untuk mencabut nyawa akan menjalankan tugasnya tanpa mengira sesiapa pun jua.

"Apa saja pekerjaan yang dilakukan, jika sampai masa untuk mati, akan mati juga " itulah kata-kata yang pernah dilafazkan oleh Allahyarham Kapten Sahaimi Ghazali kepada ibunya Mek Som Mustafa.Allahyarham meningggal dunia setelah helikopter yang dipandunya terhempas selepas menurunkan pegawai yang mengiringi timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Meskipun pernah dihalang oleh ibunya untuk menjadi juruterbang namun kerana minat yang mendalam maka kata-kata tersebut bagaikan satu azimat untuk beliau mencapai cita-citanya.

Sememangnya Allahyarham menemui ajal sebagaimana yang mungkin pernah menghantui fikiran ibunya namun hakikatnya apabila ajal tiba walau kita seorang juruterbang sekalipun tetapi seandainya ajal tiba mungkin kita menemui maut kerana kemalangan jalan raya dan bukan sewaktu memandu kapal terbang.Ianya berbeza sekiranya kita sengaja menempah maut dengan melakukan perkara yang boleh memudaratkan diri kita contohnya menjadi penagih atau pengedar dadah.

Jika terkena jangkitan HIV yang diketahui belum ada penawarnya maka kita bagaikan menghitung hari untuk menyambut ketibaan malaikat maut datang mencabut nyawa.Mungkin ada yang bernasib baik sekiranya penyakit tersebut dapat dikawal dan ianya turut bergantung pada daya ketahanan badan.Sekiranya ditangkap kerana mengedar dadah dan dadah tersebut melebihi berat 15 gram maka hukumannya adalah hukuman gantung sampai mati mandatori.Ianya tidak ubah bagaikan kita menempah kunjungan Malaikat Izrail.

Dalam kehidupan seharian kita turut terdedah kepada maut.Menunggang motorsikal lebih berisiko dan lebih terdedah pada kemalangan yang mungkin boleh membawa maut.Memandu kereta juga turut terdedah kepada kemalangan namun risikonya lebih rendah dari menunggang motorsikal.Malah jika memandu kereta kebal sekalipun jika dibom atau diserang peluru berpandu kita tetap akan maut.Begitu juga ketika sedang bekerja, walau apajua pekerjaan yang kita lakukan sekiranya maut datang menjemput kita tidak akan mampu untuk mengelak.Seperti kata Allahyarham  Kapten Sahaimi Ghazali sebelum dia meninggal dunia "Apa saja pekerjaan yang dilakukan,jika sampai masa untuk mati, akan mati juga".

Ada kalanya juga hidup kita ibarat lilin " membakar diri untuk menerangi orang lain "...

Ozzy - semoga rohnya dicucuri rahmat...Al-fatihah..

13 April 2011

BILA OZZY KE DAPUR

Ramai yang sering memperkatakan tentang calon isteri mestilah seorang yang pandai memasak.Zaman ini perlu diakui hakikat bukan tidak ramai isteri yang pandai memasak tetapi ramai isteri yang malas memasak.Seperti biasa alasan klise "isteri pun sibuk bekerja..mana ada masa".Mungkin ayat isteri malas memasak dianggap keras tetapi alasan sebenar ada dalam diri kita sendiri samada tak pandai memasak atau malas memasak.

Jika alasan tak pandai memasak ia bukanlah alasan yang paling tepat kerana di zaman ini berbagai sumber yang boleh kita perolehi untuk mencari atau mendapatkan resepi.Jika malu untuk bertanya dengan mak atau mertua, boleh beli buku resepi yang banyak dijual.Jika malu nak beli buku resepi cari dan salin saja dalam internet samada melalui website atau blog yang banyak memaparkan tentang resepi masakan.Jika masih lagi ingin memberi alasan ternyata motto hidup anda adalah "HIDUP MESTI BERALASAN".

Seperti entry yang pernah aku terbitkan sebelum ini iaitu "SUSAH KE MASAK" aku ingin tegaskan bahawa tidak susah untuk memasak jika hanya sebagai hidangan kita sendiri mahupun keluarga. Sesekali aku sebagai lelaki ingin mencuba untuk memasak dan ternyata ia tidaklah sukar sekiranya kita ingin mencuba.Seperti yang pernah aku katakan masakan Melayu bahan asasnya atau 'basic' lebih kurang sama sahaja cuma perbezaannya hanyalah pada rasa samada  manis,masin,pedas atau masam.

Ini adalah bahan yang aku gunakan ketika menyiapkan menu masakan aku baru-baru ini.Jika ada yang berminat untuk salin resepi 'Campak-Campak Daging Masak Kicap Ozzy' jangan malu-malu hehe..

Apa?..start dari mula..ok boleh.

Adik-adik,akak-akak,makcik-makcik semua mari kita mulakan ye ..mula-mula... 
( suara ala-ala chef wan ..ahakkk  )
 i - Letakkan kuali di atas dapur ..masukkan minyak masak dan panaskan.
 ii - Potong atau racik daging atau beli saja daging yang dah siap potong.
 iii - Potong bawang merah, cili merah, cili padi dan campakkan ke dalam kuali...nak baling pun boleh.
 iv- Masukkan sesudu cili giling atau cili boh ke dalam kuali..jangan campak nanti terpercik ke mata.
 v- Campakkan setengah sudu kecil garam ke dalam bahan tersebut.
 vi- Pancutkan kicap lemak manis jenama 'kicap cap kipas udang atau kicap Jalen' ke dalam bahan tersebut sesedap rasa.
 vii- Masak hingga daging tersebut lembut dan rasa sehingga kesemua bahan menjadi mengikut citarasa tekak anda.
 viii - Tutup api dapur gas..masukkan daging dalam pinggan ..jangan lupa basuh kuali tu.
...dah siap..susah ke??.

" Daging masak kicap Ozzy "

Kalau nak mudah lagi untuk jadikan masakan tersebut 2 dalam 1, potong kacang panjang dan kemudian campakkan saja ke dalam masakan tersebut sebelum ia mendidih macam yang aku buat.Dalam rajin masak ada juga malasnya tu ..maklumlah orang lelaki kan hehe...alasan lagi.
Nak tau sedap tak sedap masakan aku tu kena tanya anak aku sebab dia kata "abah nak tambah nasi lagi".

ozzy - Hidup mesti berwawasan bukannya hidup mesti beralasan...

12 April 2011

5 BLOG PALING KERAP DILAWATI 2011

Mungkin belum terlewat untuk aku menyertai segmen yang dianjurkan oleh blogger Denai Hati iaitu dengan menerbitkan entry bertajuk            "5 blog paling kerap dilawati 2011".
Sebenarnya aku merasa serba salah untuk terbitkan entry ini kerana bimbang mungkin ada antara rakan blogger yang namanya tidak tersenarai akan merasa kecil hati dan aku percaya ramai dikalangan rakan blogger yang lain agak keberatan untuk terbitkan entry ini atas alasan yang sama.Cuba bayangkan jika anda mempunyai beribu-ribu follower pastinya sukar untuk membuat pilihan.

Antara kriteria penting yang sering aku pilih untuk melawati sesuatu blog adalah pengisian dari entry yang diterbitkan.Kebiasaannya mereka ini memilih title yang mampu menarik pengunjung untuk singgah ke blog mereka bersama karangan atau susunan bahasa yang mudah difahami bukan semata-mata mereka itu popular.Aku beranggapan tidak perlulah aku terlalu menempel pada blog yang dianggap popular semata-mata untuk menagih traffic kerana walaupun popular tapi jika pengisiannya tidak menepati selera aku, maka rasanya lebih baik aku singgah di blog lain yang aku gemari terutamanya yang tersenarai di dalam bloglist aku.

Selain dari itu faktor lain adalah kerana blogger tersebut sering singgah ke blog aku.Meskipun begitu tidak bermakna setiap entrynya aku akan singgah kerana ia juga bergantung pada entry yang beliau terbitkan.Namun atas dasar menghargai kawan walaupun aku tidak menurunkan sebarang komen aku akan tetap cuba untuk singgah walau hanya sekadar klik masuk samada dengan meninggalkan pesanan pada shoutbox atau sekadar klik untuk 'menyumbang' traffic untuknya.

Tiga blogger ini adalah rakan yang terawal menjadi follower aku dan ketiga-tiganya tetap setia singgah ke blog aku sejak blog aku ditubuhkan hinggalah ke hari ini dan aku juga pastinya antara yang paling kerap berkunjung ke blog mereka sejak dari awal blog aku dilahirkan.Ini juga bermakna blog mereka bukan hanya paling kerap aku lawati sepanjang 2011 malah sejak dari dulu lagi.Terima kasih pada mereka ini :

- Rakan blogger yang berasal dari Jerantut Pahang dan banyak memaparkan entry berkisar kehidupan beliau sebagai anak jati Pahang serta isu-isu semasa.

- Rakan sekelas sewaktu zaman persekolahan dulu kini bekerja di KLCC dan rakan yang banyak membantu aku sehingga lahirnya blog aku ini.Kini blognya melangkah jauh dan menjadi antara blog yang semakin popular dikalangan blogger.Tahniah Zul semoga terus success dan terima kasih sekali lagi.

-Blogger peramah yang berasal dari Pekan Pahang dan menggelarkan dirinya Shinju Lala.Aku sendiri tidak mengenalinya atau bersua muka dengannya.Mungkin di hari perkahwinannya nanti insyaallah aku dan rakan-rakan lain akan hadir jika diundang untuk melihatnya buat pertama kali (dekat dah rasanya tu cuma tarikh belum ditetapkan lagi hehe..) 

- Blog yang agak condong ke arah politik tetapi aku suka membacanya kerana hujah dan pengisiannya yang padat serta tidak terlalu berat.Blog yang terlalu fanatik dan penuh dengan unsur fitnah atau maki hamun aku kurang gemari.

- Blog yang popular dan sering menawarkan contest bersama hadiah yang menarik dan lumayan antaranya yang terbaru adalah hadiah IPad 2 kepada pemenang.Hadiah lain sebelum ini adalah notebook Acer Aspire serta beberapa hadiah lain.Walaupun aku tak pernah joint contest yang dianjurkan olehnya tetapi aku kerap berkunjung ke blognya untuk membaca entry-entry beliau yang bukan hanya sekadar entry berupa contest tetapi juga entry yang berbentuk tips ataupun ulasan dari isu semasa serta catatan umum.

Selain darinya antara blogger lain yang popular dan sering menawarkan contest adalah Redmummy.com yang berpendapatan beribu-ribu sebulan hasil dari blog, Rohaizad.com , kujie2.com dengan temanya 'hidup biar sedap', Hanis Zalika, Ben Ashaari serta ramai lagi blogger yang semakin mencipta nama sebagai blogger yang popular dan dikenali ramai terutamanya dikalangan blogger.Namun dikalangan mereka hanya Kujie2 dan Rohaizad sahaja yang kena dengan 'selera' aku, yang lainnya sekadar dengar nama kerana tidak menepati 'selera' dan 'citarasa' aku. Pastinya mereka mempunyai pengikut atau kelompok yang setia dan meminati penulisan dan entry yang mereka terbitkan.

- Beliau juga antara blogger yang sering singgah ke blog aku dan aku juga kerap singgah ke blognya walaupun tidak sekerap dulu memberikan komen atau ulasan kerana mungkin entrynya 'tak berapa kena' dengan 'selera' aku.Begitu juga dengan dia yang mungkin agak jarang ke blog aku atas alasan yang sama serta kesibukan dengan tugas ditambah lagi beliau perlu membalas kunjungan rakan lain yang semakin ramai singgah ke blognya yang kini semakin popular.Seharusnya kita perlu faham bahawa tiada unsur paksaan untuk kita singgah di mana-mana blog yang kita suka dan begitulah juga sebaliknya.Kita juga perlu faham ada masanya mood kita berbeza dan ianya turut mempengaruhi samada ketika menghasilkan entry atau ketika berkunjung ke blog rakan lain.

Selain dari 5 di atas blog lain yang kerap aku kunjungi juga adalah :


... dan ramai lagi bergantung pada entry yang mereka terbitkan tanpa mengira mereka popular ataupun tidak.

ozzy - segan kalau jadi popular...mohon maaf pada rakan-rakan yang tidak tersenarai.

11 April 2011

BERAS PUN TIRUAN ?

Apa nak jadi dengan dunia hari ini.Satu persatu produk tiruan dihasilkan.Kerana duit manusia tidak dapat lagi menggunakan fikiran dengan waras.Semakin lama kita semakin didedahkan dengan barang tiruan, dari barangan yang digunakan seharian sehinggalah kepada bahan makanan.

                                                                                                            
                            


Belumpun reda dengan isu telur tiruan kini muncul pula BERAS tiruan.Kita semua sedia maklum beras merupakan makanan asasi bagi rakyat negara kita.Mungkin kita boleh elakkan dari memakan telur tetapi berapa ramai antara kita yang dapat bertahan dari memakan nasi.


                            


Inilah akibatnya apabila manusia tidak dapat lagi menggunakan fikiran yang waras dan inilah juga akibatnya apabila manusia bertuhankan duit.Selepas ini giliran apa pula yang akan jadi tiruan??....

ozzy - Apabila sesuatu dijadikan tiruan, orang lain akan turut meniru untuk menghasilkan tiruan yang lain.

9 April 2011

AWAS CAMERA TEMBUS PANDANG

Perkembangan teknologi menyaksikan berbagai aplikasi bersama ciptaan innovative dihasilkan bagi memenuhi permintaan dan menawarkan persaingan terutamanya dalam sektor elektronik yang semakin kompetetif.
Kepesatan dan lambakan produk dalam merebut pasaran turut memaksa syarikat pengeluar mengerah segala idea untuk menghasilkan sesuatu produk yang berupaya menawan serta menakluki hati pengguna yang inginkan sesuatu yang praktikal dan menepati kehendak mereka.Apa saja yang belum diteroka atau dicipta akan segera direbut atas tujuan komersial tanpa mengira sensitiviti atau implikasi kepada manusia kerana apa yang penting pada mereka adalah untuk memenuhi permintaan sekaligus mengaut keuntungan.

Sering terjadi sesuatu ciptaan yang dihasilkan akan disalah guna bagi tujuan peribadi atau untuk mengaibkan orang lain.Ciptaan terbaru hasil dari teknologi lembaga riset di Korea Selatan yang terletak di kota Yongin, Kyeonggi bertujuan untuk menyelenggara prestasi atas kemampuan MIRAE    ( Milimeter-Wave Imaging Radiometer Equipment ) atau sejenis kamera yang mampu mengesan gelombang milimeter sehingga tembus atau telus pandang.Teknologi yang dibangunkan hasil kajian selama 3 tahun ini bertujuan untuk mengesan sesuatu objek bagi menggantikan kaedah infra red yang biasa digunakan.Teknologi ini dikatakan lebih praktikal dan berjaya menghasilkan imej dengan lebih jelas dan terang meskipun tersembunyi di sebalik pakaian.Ini bermakna apa sahaja yang terselindung di sebalik pakaian akan jelas kelihatan.

Apa yang membimbangkan adalah teknologi ini boleh diubahsuai dan dipasang pada telefon bimbit dengan mudah.Sekiranya tiada pemantauan dibuat tidak mustahil ia akan menjadi produk paling laris dan menjadi buruan kaki skodeng.Bukan hanya untuk 'meratah' sasaran mereka malah ia boleh menjadi bahan ugutan pada  mangsa tersebut untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.Bagi mengelakkan diri dimalukan pastinya mangsa tiada pilihan lain selain dari terpaksa menurut kemahuan mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Jika selama ini kita dihidangkan dengan pemandangan mereka yang gemar berpakaian seksi, maka dengan adanya teknologi ini mereka akan lebih mudah diseksikan.Pada mereka mungkin teknologi ini tidak memberi kudis malah mungkin mereka sentiasa bersedia untuk dibogelkan tetapi pada mereka yang masih menjaga tatasusila dan adat ketimuran yang masih menebal pastinya perlakuan ini tidak dapat diterima.
Namun kebiasaannya sesuatu yang disembunyikan itulah yang sering ingin diselongkar.Mereka inilah yang bakal menjadi mangsa samada untuk dimalukan atau dijadikan sasaran untuk membuat ugutan.

Kecanggihan dan kemajuan teknologi yang sedia ada telah banyak disalahguna samada untuk membuat rakaman atau mengambil gambar curi dan kemudiannya dimuat turun ke dalam internet. Penghasilan teknologi terbaru ini bakal mencetuskan fenomena yang lebih membimbangkan kerana ia bakal menyaksikan dunia hari ini dan yang akan datang semua manusia bagaikan tidak lagi berpakaian.

Pada yang berminat untuk mendapatkannya atau ingin mengetahui lebih lanjut serta ingin membuat tempahan sila KLIK DI SINI.

ozzy - dunia tanpa sempadan dan dunia tanpa pakaian...

8 April 2011

SEBAB MATA JULING

Mata juling yang juga dikenali sebagai "strabismus" atau "cross-eyed"  ditakrifkan sebagai kedudukan anak mata yang tidak selari diantara kedua-dua belah anak mata.

Setakat ini belum ada jawapan yang tepat dari pakar-pakar mata diseluruh dunia punca sebenar berlakunya sindrom atau gejala ini.Namun ramai diantara mereka yang pakar sependapat gejala ini berpunca dari kerosakan antara saraf mata serta melibatkan masalah pada otot mata. Malah sehingga kini belum lagi ditemui penawar atau kaedah yang paling berkesan untuk mengubati penyakit ini yang membolehkan anak mata tersebut kembali normal dan berada pada kedudukan yang selari.

Selain dari mengalami keadaan yang tidak selesa penghidap juga turut menanggung gangguan emosi serta psikologi kerana malu dengan kecacatan tersebut lebih-lebih lagi jika individu tersebut adalah seorang wanita.Sekiranya juling tersebut tidak terlalu ketara atau kedudukan anak mata tidak terlalu berbeza masyarakat kita mengklasifikasikan ia sebagai juling air atau juling itik.

Bagi masyarakat melayu ramai diantara kita yang mengaitkan masalah juling ini berpunca dari perbuatan ibu bapa yang mengadakan hubungan seks semasa isterinya datang haid.Meskipun belum ada kajian saintifik yang boleh mengesahkan dan membuktikan anggapan ini namun perkara ini sering disebut dan diperkatakan sesama mereka.

Terdapat pro dan kontra dari kepercayaan ini.Umat Islam secara umumnya mengetahui bahawa mengadakan hubungan seks semasa isteri datang haid hukumnya adalah Haram.Justeru itu dengan mengaitkan kepercayaan tersebut dan sekiranya mereka tetap berdegil untuk mengadakan hubungan seks pada waktu tersebut maka kemungkinan anak yang bakal lahir nanti akan bermata juling.Pasti semua ibu bapa inginkan anak yang lahir dengan sempurna dan cukup sikapnya.Inilah kebaikannya pada kepercayaan ini untuk mengelakkan mereka dari terus melakukannya meskipun tahu ianya adalah haram.

Manakala keburukan atau kekurangan dari kepercayaan ini adalah perasaan yang dialami oleh ibu bapa atau anaknya sendiri.Ibu bapa akan merasa malu kerana telah dianggap oleh masyarakat sekeliling bahawa mereka telah melakukan perkara tersebut menyebabkan anak yang dilahirkan bermata juling sedangkan mereka tidak pernah melakukan perkara tersebut.Ini bermakna mereka terpaksa terima 'hukuman' atas kesalahan yang tidak mereka lakukan sejak anaknya dilahirkan sehinggalah dia atau anaknya meninggal dunia kerana perkara tersebut akan terus diperkatakan disebabkan ia telah menjadi satu kepercayaan turun temurun.

Manakala anaknya atau individu yang mengalami kecacatan kekal ini turut akan menyalahkan kedua ibu bapanya apabila mendengar kepercayaan ini diperkatakan sedangkan perkara tersebut tidak pernah dilakukan oleh kedua ibu bapanya.Perasaan malu kerana diejek oleh rakan-rakan yang mengaitkan kepada kepercayaan tersebut boleh mengakibatkan gangguan emosi atau kemurungan dan akhirnya mereka menjadi pendendam atau benci pada kedua ibu bapanya kerana beranggapan kecacatan tersebut berpunca dari sikap ibu dan bapanya sendiri.

Berdasarkan kajian terbaru oleh sebuah badan penelitian di New York diketuai oleh Dr Tobias Torp-Pedersen dari Statens Serum Institut Kopenhagen, Denmark pula merumuskan bahawa wanita hamil yang merokok berisiko lebih tinggi untuk melahirkan anak yang bermata juling.
Namun mereka turut mengakui faktor ini hanya mempengaruhi sekitar beberapa peratus sahaja kerana jawapan pada punca sebenar terjadinya sindrom ini masih gagal di kesan dengan tepat sekaligus menjadikan penyakit ini belum ada penawar yang paling mujarab samada untuk mencegah atau mengubatinya.

ozzy - jangan selalu jeling-jeling takut nanti jadi juling...

6 April 2011

TAIKO PASAR MALAM

Bagi yang biasa berkunjung ke pasar malam tentu merasa tidak selesa terutamanya pada awal bulan kerana pengunjung yang berasak-asak untuk membeli serta mereka yang sekadar berjalan-jalan untuk melihat berbagai barangan yang dijual.
Pasar malam bukan hanya popular di kampung malah di bandar-bandar besar turut diadakan dan disediakan tapak untuk peniaga berniaga di pasar malam.

Pada mereka yang berkunjung untuk mencari bahan keperluan pasti merasa terhimpit dengan keadaan ini.Kedudukan khemah atau gerai peniaga yang terlalu rapat serta ruang tapak pasar malam yang agak terhad menyebabkan pengunjung terpaksa bergesel-gesel berhimpit-himpit untuk memilih dan mencari apa yang dihajati.Pada yang menyeret anak atau menjengjeng plastik yang penuh berisi bahan yang telah dibeli pasti merasakan sukar untuk bergerak.Kalau lambat bergerak orang yang berada di belakang akan marah silap-silap kena sondol tolak pulak nanti.

Pada mereka yang jenis bertolak ansur dan memahami keadaan tersebut mereka akan faham dan bersedia untuk memberi laluan tetapi ada juga yang berlagak macam 'taiko' pasar malam.Kalau berjalan langsung tak nak mengalah atau ke tepi..main langgar je tak kira muda ataupun tua.Mereka yang melihat hanya sekadar mampu geleng kepala sambil merungut di dalam hati.Tapi apa kata kalau sesekali orang yang selalu kena langgar ini pula jadi 'taiko' pasar malam..tapi bagaimana caranya?

Kebiasaannya kita mendengar seseorang meminta laluan dengan berkata " air panas..air panas " bertujuan supaya orang ramai memberi laluan untuknya.Cara ini agak berkesan sekiranya kita merupakan peniaga yang membawa barang dan meminta diberi laluan tetapi sekiranya kita cuma seorang pengunjung ianya tidak akan berkesan kerana tiada siapa yang akan peduli.

Cara mudah untuk menjadi 'taiko' pasar malam adalah dengan membeli buah durian dan kemudian jinjing di kedua-dua belah tangan kiri dan kanan.Kalau sebelum ini ramai yang susah nak ke tepi atau memberi laluan 'confirm' kali ini dari jauh lagi mereka dah berhenti termasuklah 'taiko' yang sebelum ini tak pernah mahu mengalah.Kalau dia tak mahu juga mengalah dan ke tepi memang sahlah dia 'taiko' sejati serta jenis kulit yang tak lut dengan senjata.

Nak rasa jadi 'taiko' pasar malam?..cubalah hehe...

ozzy - tak nak jadi taiko cuma nak jadi tauke...

PEGAWAI KASTAM DITEMUI MATI DI BANGUNAN SPRM - TRAFFIC JEM

*
Hari ini negara kembali gempar dengan berita seorang pegawai Kastam yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mati selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane.
Mangsa dikenali sebagai penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohd, 56, yang dibebaskan dengan diikat jamin dua hari lalu.Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga pada pukul 10.15 pagi.

“SPRM telah memaklumkan keluarga Allahyarham dan pengurus jabatannya dan kami juga telah menyerahkan kepada polis untuk tindakan susulan,” kata beliau lagi.Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah mengesahkan kes itu sebagai kematian mengejut dan siasatan awal menunjukkan kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata siasatan awal Unit Patologi Forensik mendapati Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan itu, mengalami kecederaan di kepala.

"Polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.42 pagi dan sebuah kereta peronda polis tiba di bangunan SPRM itu pada 10.49 pagi sebelum anggota berkenaan memaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis daerah Cheras," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata motosikal milik Ahmad Sarbani, Modenas Kris dengan nombor pendaftaran WGG8543 dan sebuah topi keledar ditemui di tempat letak kenderaan.

Berminat untuk tahu lebih lanjut dan berita pantas sila klik di SINI 

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Seperti biasa orang ramai cukup berminat untuk membuat bermacam spekulasi walaupun siasatan belum habis di jalankan.

* Bagi yang nak up traffic sampai lebam jem sila cepat-cepat publish...

* Bagi kaki nombor ekor boleh cuba try no plet kenderaan tersebut..

* Bagi yang belum ada topik untuk berborak di kedai kopi cepat-cepat baca dan buka cerita di blog sebab berita belum keluar tv..

* Bagi yang rasa dosa belum banyak, cepat-cepat tabur fitnah dan tuduh menuduh yeee..

ozzy - Salam takziah pada keluarga arwah...al-fatihah

5 April 2011

MANA LEBIH BISA ANTARA TULISAN DAN UCAPAN

Ketika zaman sebelum komputer diperkenalkan dan digunakan secara meluas kita menggunakan pen atau pensil serta kertas untuk menulis.
Samada untuk menulis karangan, surat rasmi hinggalah menulis surat cinta kita gunakan pen dan kertas sebelum dikirim melalui pos.Ianya merupakan medium utama untuk kita bertanya khabar , menyampaikan maklumat atau meluahkan isi hati.

Hanya menerusi penulisan kita mampu membuatkan seseorang itu sedih, gembira, marah dan berbagai lagi emosi lain yang terbit sesudah membaca apa yang kita catatkan.Tanpa melihat raut wajah atau mendengar suara seseorang itu mampu ketawa atau menangis hanya dengan membaca apa yang ditulis.Malah hasil dari penulisan itu juga mampu merubah kehidupan serta peribadi atau tingkahlaku seseorang.

Perubahan mula berlaku apabila penggunaan telefon diperluaskan.Kita tidak perlu lagi menulis surat panjang berjela dan menunggu balasan dalam tempoh yang lama.Apabila telefon bimbit diperkenalkan ianya lebih memudahkan untuk kita berhubung walau di mana sahaja kita berada.Hari ini apabila dunia IT mengambil alih peranan sebagai alat perhubungan yang utama, kehidupan kita bagaikan tiada sempadan kerana kita dengan mudah menyampaikan atau menerima apa sahaja maklumat dari seluruh dunia.Melaluinya kita mampu menulis apa sahaja untuk bertanya khabar, berkenalan , menyampaikan berita sehinggalah mengutuk dan menghina melalui medium yang disediakan samada melalui email, facebook , tweeter dan bermacam lagi sumber yang ada.

Berbeza dengan penulisan, apabila kita menyampaikan ucapan atau kata-kata ia terpancar terus menerusi ekspresi wajah atau bahasa badan mengikut apa yang kita pertuturkan.Ianya lebih mudah difahami dan pendengar dapat menangkap maksud disebalik tutur kata dengan jelas berbanding penulisan.
Jika seseorang itu bijak bermain kata-kata dan setiap bait kata yang terpantul keluar dari mulutnya mampu mengubah atau memanipulasi emosi seseorang,dia dianggap mempunyai mulut atau ayat yang bisa. Ayat yang keluar dari bibirnya juga berjaya meneroka jauh kedalam fikiran seseorang sehinggga berjaya merubah emosi dan pendirian mereka.

Namun ada kalanya penulisan itu dilihat lebih bisa dari kata-kata kerana ia juga mampu merubah emosi seseorang meskipun mereka tidak pernah bertemu atau mengenali penulis.Melalui pembacaan juga ia boleh menjadi maksud yang berbeza apabila dibaca mengikut 'tune' atau nada yang berbeza.Sebagai contoh ayat " kamu buat apa ni ".Apabila dibaca dengan nada yang lembut ia menjadi seperti satu persoalan atau pertanyaan tetapi apabila dibaca dengan nada yang keras "KAMU BUAT APA NI" bunyinya seakan mempersoalkan atau menyalahkan perlakuan individu tersebut sedangkan penulisnya bermaksud lain.

Kerana itu melalui penulisan juga ramai antara kita menjadi salah sangka dan bermasam muka hanya kerana salah faham ini.Salah faham juga timbul apabila kesilapan dalam susunan ayat yang dibaca mengikut tafsiran berbeza menyebabkan ia ditakrifkan sebagai fitnah lantas menjadikan hubungan tiba-tiba menjadi renggang.Berbeza pula dengan ucapan, kita lebih mudah menilai menerusi intonasi atau ekspresi wajah seseorang meskipun kadangkala kita masih tertipu dengan sandiwaranya yang bijak berkata-kata.

Justeru itu di zaman ini yang manakah lebih bisa antara TULISAN dengan UCAPAN meskipun kita biasa mendengar ramai orang berkata lidah itu lebih tajam dari mata pedang...

ozzy - " BILA HATI MULA BERKATA..LIDAH KELU UNTUK BICARA..HUJUNG PENA KU SALUT BISA ".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...