31 Oktober 2011

PERANAN DAN KUASA PADA JENAMA

Setiap dari produk yang dihasilkan pasti mempunyai jenama bagi memudahkan pengguna mengenali dan mengingati produk yang dihasilkan.Jenama tersebut biasanya akan disertakan dengan logo sebagai lambang syarikat yang mengeluarkan atau membekal produk tersebut.

Kebiasaannya sebagai pengguna ramai antara kita yang akan memilih sesuatu jenama yang terkemuka atau sekurang-kurangnya bertaraf antarabangsa atas faktor kualiti.Menyedari faktor tersebut banyak syarikat tempatan menggunakan logo yang kelihatan bertaraf antarabangsa untuk tujuan tersebut.Lazimnya jika menggunakan nama yang mudah dikenali sebagai syarikat tempatan pastinya ia kurang mendapat tempat di hati pengguna lebih-lebih lagi jika produk tersebut perlu bersaing dengan produk dari luar negara.

Antara contoh produk tempatan yang mengeluarkan barangan elektrik adalah syarikat KHiND.
Nama syarikat ini pada asalnya adalah Kee Hin industry kemudian dikomersialkan menjadi nama yang lebih international pada sebutannya iaitu KHiND singkatan dari Kee Hin industry yang pada asalnya hanyalah sebuah syarikat trading barangan elektrik yang terletak di Sekinchan.Ianya merupakan marketing strategi yang lebih kelihatan international berbanding jika mereka menggunakan nama asalnya.Itulah peranan dan kuasa pada jenama.



Begitu juga dengan nama syarikat yang menjelma sebagai satu jenama seperti FKR yang membekalkan tayar motorsikal dan basikal yang sering kita gunakan.Jenama FKR yang beroperasi di Klang adalah singkatan dari nama Fung Keong Rubber yang dicop pada tayar sebelum ini tetapi kemudiannya ditukar menjadi satu logo yang nampak lebih standard.





MK land merupakan salah satu syarikat hartanah yang menjadi satu jenama serta ikon yang boleh dibanggakan bagi mewakili syarikat Bumiputera.


Jika di luar negara nama Donald Trump begitu sinonim sebagai hartawan dalam bidang hartanah namun dalam negara kita nama Tan Sri Mustapha Kamal turut terkenal sebagai hartawan dalam bidang yang sama.MK adalah singkatan dari nama Mustapha Kamal iaitu pengasas serta pemilik syarikat ini yang kini telah beralih status menjadi MKland Holdings.Nama hartawan serta dermawan ini tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia kerana penglibatannya dalam bidang hartanah dan juga kerja-kerja amal serta aktiviti kemasyarakatan sehingga tertubuhnya Yayasan Emkay pada 12 jan 2001 bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.


Seterusnya pemilihan jenama Emkay dilihat lebih memberikan impak yang lebih besar terutamanya bagi menembusi pasaran diperingkat antarabangsa.Kejayaan beliau ini turut dikagumi oleh mantan bekas perdana menteri kita Dr mahathir menerusi sebaris petikan darinya “MK adalah satu kebanggaan kepada orang Melayu dan Malaysia”.


Susulan dari kejayaannya beliau menyediakan satu ruang khas yang dijadikan sebuah galeri sebagai inspirasi kepada setiap pengunjung yang datang ke Menara Mustapha Kamal di PJ Trade Centre, Damansara Perdana, Petaling Jaya.Perjalanan hidupnya yang boleh dijadikan inspirasi boleh ditemui di setiap sudut galeri tersebut termasuklah serangkap puisi yang bertajuk Meniti Perjalanan Ke Puncak yang dibingkaikan bersebelahan potretnya bersama isteri beliau.Antara bait-bait puisi itu berbunyi: “ Emkay, lahir bukan atas nasib, lahir bukan atas tuah, tapi lahir atas keinsafan, atas keyakinan ”.

Inilah antara contoh kejayaan anak melayu yang boleh dijadikan inspirasi dan boleh dianggap sebagai idola terutamanya pada generasi yang akan datang.Kejayaannya bermula melalui perniagaan biskut sebelum menceburi bidang hartanah yang dilihat mempunyai potensi yang lebih menguntungkan dan ternyata pilihannya tepat dan akhirnya beliau berjaya membina satu jenama sebagai simbol kejayaan anak Melayu sekaligus membuktikan bahawa anak Melayu juga boleh berjaya sekiranya mereka berusaha dengan gigih.Perjalanan hidup tokoh korporat ini boleh dilihat melalui dokumentasi yang dipaparkan di sudut galeri yang menceritakan pengalaman hidupnya melalui galeri yang dipaparkan hasil ilhamnya sendiri.Jika ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan galerinya sila klik DI SINI.

Namun perlu diakui sesungguhnya dalam meniti detik kejayaan kadangkala ia memerlukan banyak pengorbanan termasuk dengki khianat yang perlu kita tempuhi.

ozzy - jenama yang masih belum dikenali...

27 Oktober 2011

FINAL PIALA MALAYSIA 2011, ADVANTAGE PADA PASUKAN TERENGGANU

      
           
 NEGERI SEMBILAN                             PIALA MALAYSIA 2011                          TERENGGANU 
                                                                                                                       
Liga bolasepak tempatan untuk memburu juara Piala Malaysia 2011 kini semakin menghampiri klimak apabila dua pasukan telah mengesahkan sebagai pasukan yang akan berentap pada perlawanan akhir itu nanti pada hari sabtu, 29 october ini jam 8.45 malam di stadium Shah Alam iaitu antara pasukan Terengganu menentang pasukan Negeri Sembilan.Meskipun ramai yang tidak berpuashati namun akhirnya stadium Shah Alam tetap dipilih sebagai pentas perlawanan akhir itu nanti setelah padang di stadium utama Bukit Jalil masih di dalam proses penyelenggaraan

Belum reda isu pemilihan padang, keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia untuk mengekalkan harga tiket sebanyak Rm50 membuatkan ramai peminat menyuarakan rasa tidak puas hati dengan harga tersebut yang disifatkan terlalu mahal berbanding dengan harga biasa sebelum ini adalah Rm30.Biarpun dikritik hebat namun pihak FAM tetap dengan keputusan tersebut dan mengekalkan harga yang telah ditetapkan.

Tekanan pastinya terarah pada peminat atau penyokong dari Negeri Sembilan kerana bagi penyokong dari Terengganu mereka boleh menarik nafas lega setelah kerajaan negeri awal-awal lagi telah mengumumkan bantuan subsidi tiket sebanyak 50% dan ini bermakna penyokong Terengganu hanya perlu membayar harga tiket dengan separuh harga.Pastinya ia memberi advantage pada pasukan Terengganu yang bakal mendapat sokongan padu dari penyokongnnya yang akan datang beramai-ramai untuk memberikan sokongan pada pasukan mereka.

Nampaknya telah ada perang psikologi sebelum sepak mula dimulakan dan bagaikan dirancang kebetulan pula tahun ini Raja Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin juga berasal dari negeri Terengganu dan bakal digantikan dengan Agong yang baru dari Kedah  iaitu Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 13 December 2011 nanti.Mungkinkah Piala ini juga bakal menjadi hadiah terakhir buat Tuanku Mizan untuk dibawa pulang ke Terengganu? dan mungkin juga faktor ini menjadi suntikan semangat pada semua pemain Terengganu untuk merealisasikan impian tersebut dan impian mereka sendiri untuk mendakap piala yang menjadi rebutan ini setelah kali terakhir bergelar juara pada tahun 2001. 

Bagi peminat yang berkecuali yang bukan terdiri dari penyokong fanatik kedua-dua pasukan mengharapkan aksi yang menghiburkan dari kedua-dua pasukan pada perlawanan akhir itu nanti. Bermainlah dengan penuh semangat kesukanan serta mempamerkan mutu permainan yang berkualiti sekurang-kurangnya berbaloi dengan harga tiket tersebut.

ozzy - apa nak kecoh..tengok jelah siaran langsung kat TV tu nanti...

25 Oktober 2011

BUAT DUIT DENGAN FACEBOOK

Peranan internet sebagai medium untuk menyalurkan serta mendapatkan maklumat kini semakin popular dan digunakan secara meluas.Tidak dinafikan ianya banyak membantu pengguna dan juga penjual dari segi kos dan masa.Pengguna tidak perlu lagi membuang banyak masa untuk mencari info tentang sesuatu yang diingini manakala penjual atau pembekal hanya perlu paparkan produk yang ditawarkan.Kini, berbagai info dan maklumat dapat diperolehi dengan mudah, segalanya hanya di hujung jari.

Kemunculan facebook sebagai media sosial mencetuskan fenomena yang luar biasa pada seluruh masyarakat di dunia.Melaluinya ramai yang kembali berhubung setelah sekian lama terpisah dan tidak kurang juga yang berjaya mengumpul ramai kenalan baru.Kini facebook bukan hanya digunakan sebagai medium untuk berhubung dan mencari kenalan tetapi turut digunakan untuk berbagai tujuan antaranya adalah untuk menambahkan pendapatan.Kita dapat saksikan terdapat berbagai teknik dan kaedah untuk menarik minat pengguna dan antara yang semakin popular adalah kaedah mendapatkan duit dengan cara mudah hanya melalui facebook.

Kaedah yang digunakan sememangnya mudah dan konsepnya sama seperti yang digunakan oleh syarikat MLM atau syarikat jualan langsung yang sedia ada menggunakan sistem piramid.Pasti ramai yang teruja bila membaca iklan yang dipaparkan 'duduk saja tak perlu buat apa-apa duit masuk mencurah-curah ke dalam akaun'.Namun sebenarnya ia tidak semudah seperti yang kita baca kerana jika mudah maka tak adalah orang yang bekerja kerana semuanya hanya duduk saja dan semua akan jadi jutawan hanya dengan menghadap facebook!!!.

                                        

Hakikatnya kita perlu berusaha untuk berjaya dan jika ada yang telah berjaya dengan cara ini mungkin itu adalah rezeki untuknya.Tanyalah siapa saja kalau boleh semua pun nak duduk saja tak payah bekerja dan kaya raya tapi berapa ramai yang berjaya dengan cara ini...come on guys, wakeup !!!.

ozzy - orang cacat pun keluar bekerja...

24 Oktober 2011

KENALI JENIS SOCKET DI HOSPITAL

Mungkin ramai diantara kita belum mengenali jenis socket atau ada juga yang menyebutnya sebagai 3-pin plug yang terdapat di hospital.
Biasanya apabila kita pergi melawat saudara mara atau kita sendiri berada di dalam hospital, kita dapat lihat beberapa warna yang berbeza pada setiap socket tersebut.Jika socket tersebut tidak bewarna ia akan ditampal dengan sticker bagi membezakan jenis socket tersebut.

Sebenarnya jenis socket tersebut adalah sama cuma yang membezakannya adalah supply atau bekalan kuasa pada socket tersebut.Kebiasaannya socket yang disediakan di hospital terdiri daripada 3 jenis 'power supply' iaitu Main atau Normal, Essential dan UPS.

Socket jenis Main adalah sama seperti yang biasa kita gunakan di rumah di mana punca bekalan elektrik adalah daripada TNB.Warna yang digunakan juga sama iaitu socket yang bewarna putih cuma mungkin jika di hospital socket ini akan di tandakan samada menggunakan sticker yang ditulis dengan Main atau Normal ataupun penggunaan 'silk screen' (tulisan yang dicetak pada satu permukaan).

Socket jenis Essential pula biasanya ditandakan dengan warna kuning samada socket tersebut bewarna kuning atau ditampal dengan sticker 'essential' ataupun penggunaan 'silk screen'.Bekalan kuasa elektrik adalah dari sumber generator sebagai 'backup' sekiranya terjadi litar pintas atau bekalan kuasa elektrik daripada TNB terputus.

Manakala socket jenis UPS atau 'uninterruptible power supply' biasanya ditandakan dengan warna merah.Bekalan kuasa socket ini adalah daripada bateri yang mampu bertahan sehingga 24 jam bergantung pada jenis bateri tersebut dan penggunaannya.UPS biasanya dipasang pada bilik-bilik penting seperti di bilik bedah (OT), ICU, CCU, HDU dan CICU dan lain-lain bilik yang dianggap penting.Ini adalah kerana bagi mengelakkan bekalan elektrik terputus terutamanya pada mesin yang menyalurkan bantuan kepada pesakit yang dalam keadaan kritikal dan juga untuk mengelakkan sebarang gangguan elektrik semasa pembedahan dijalankan sekiranya bekalan dari punca utama iaitu daripada TNB terputus.

Sekiranya bekalan elektrik daripada TNB terputus maka bekalan daripada UPS akan digunakan secara automatik.Begitu juga dengan socket essential yang turut digunakan sekiranya berlakunya gangguan elektrik pada bekalan kuasa daripada TNB.

ozzy - ada juga nurse yang tak faham jenis socket tu....

19 Oktober 2011

KISAH KONTRAKTOR

Entri ini hanyalah untuk menyampaikan atau forward sebuah cerita rekaan dari seorang kawan sewaktu kami bersembang.
Ianya tidak ditujukan pada sesiapa tetapi membawa satu mesej yang mungkin boleh menjadi renungan kita bersama.Terlebih dahulu aku memohon maaf kalau ada sesiapa yang berasa hati dengan catatan ini.

Kisah yang diceritakan ini adalah berkaitan dengan kontraktor dan berkait rapat dengan budaya rasuah dalam negara kita.Kita semua sedia maklum terdapat beribu kontraktor yang berdaftar dalam negara kita ini dan apabila ramai yang menjadi kontraktor maka berebutlah mereka untuk mendapatkan atau melobi projek-projek yang ada.Segalanya bergantung pada rezeki masing-masing serta kredibiliti syarikat mereka dan bagi yang telah bertapak kukuh mungkin tiada masalah buat mereka tetapi bagi yang masih baru maka berbagai cara terpaksa dilakukan untuk mendapatkan projek dan antaranya adalah dengan cara memberi rasuah.

Cerita rekaan ini adalah cerita selepas hari kiamat di mana semua kontraktor tersebut akan diasingkan mengikut amalan mereka.Berdasarkan amalan yang dilakukan maka akan ada kontraktor yang dimasukkan ke dalam syurga dan akan ada yang akan dimasukkan ke dalam neraka.Maka bermulalah kisah antara keduanya apabila mereka iaitu kontraktor yang berada di dalam syurga dan kontraktor yang berada di dalam neraka diminta membuat jambatan sebagai penghubung antara mereka.

Maka berbincanglah kedua-dua group kontraktor yang satu berada di dalam syurga dan satu group lagi berada di dalam neraka.Sebulan berlalu kontraktor yang berada di dalam neraka telah berjaya menyiapkan separuh dari jambatan tersebut tetapi kontraktor di dalam syurga masih terkial-kial untuk mencari bahan apa yang hendak digunakan dan mereka hanya berjaya menaikkan beberapa tiang sahaja.

Kontraktor di dalam neraka tidak sabar-sabar lagi untuk menantikan jambatan tersebut siap kerana bahagian mereka telah pun siap sepenuhnya tapi kenapa tidak ada 'progress' dari kontraktor di dalam syurga?Apabila diperiksa rupa-rupanya hanya ada beberapa orang saja dari kalangan kontraktor yang berada di dalam syurga selebihnya semua telah dihumban ke dalam neraka.

Moral dari kisah ini kalau jadi kontraktor janganlah suka makan rasuah, janganlah selalu minta disuap atau disogok dengan duit semata-mata nak cepat kaya.Apapun aku percaya bukan semua kontraktor bersikap seperti ini dan bukan semua kontraktor bakal menjadi penghuni neraka kerana ramai juga antara mereka yang bekerja dengan cara yang halal untuk mencari rezeki dan segalanya Allah jua yang akan tentukan.Jika bukan kontraktor sekalipun apa saja bidang pekerjaan yang kita buat biarlah dengan cara yang halal dan hindarilah rasuah.

Kepada kontraktor jangan marah jika terbaca kisah ini kerana aku menulis sekadar menyampaikan apa yang diceritakan atau sembang kosong oleh kawan-kawan.Mohon maaf kalau ada yang terasa hati..

ozzy - belum jadi kontraktor...

13 Oktober 2011

NASIB UJANG

Sebut saja Ujang pasti kita terbayangkan majalah humor dengan berbagai aksi kartun yang mencuit hati.
Populariti Ujang tidak perlu disangkal dengan sambutan yang amat menggalakkan sejak ia mula diterbitkan.Sejak dari tahun 80an beliau telah melahirkan berbagai koleksi siri kartun dan antara yang popular adalah aku budak minang, atuk dan Usop sontorian yang diterbitkan melalui majalah Gila-Gila.Ketika itu majalah Ujang belum lagi diterbitkan sehinggalah beliau memilih untuk menerbitkan sendiri majalah yang diberi nama Ujang ini pada tahun 1994 dan bernaung di bawah syarikat Kharisma Picture.

Ternyata melalui bakat yang ada Ujang telah memberi satu impak yang besar terhadap industri kartunis di negara kita meskipun pada awalnya ramai yang beranggapan bahawa bidang kartunis hanya membuang masa dan tiada jaminan untuk masa depan.Melalui bakat yang ada beserta minat yang mendalam Ujang telah membuktikan bahawa dakwaan tersebut ternyata meleset setelah hasil karyanya mampu memberikan keuntungan yang lumayan dan beliau turut berjaya menghimpunkan jutaan peminat yang meminati hasil karyanya.

Nasib malang Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim bin Anon bermula setelah beliau berpisah dari syarikat tersebut pada tahun 1997.Hasil karyanya sebelum ini telah di paternkan oleh sebuah syarikat sekaligus menghalang Ujang dari menerbitkan kisah atau lukisan yang sama.Ini bermakna penat lelahnya mengerah idea dan tenaga akhirnya dinafikan oleh orang lain sekaligus mematikan terus langkahnya.

Bagaikan jatuh ditimpa tangga beliau kemudiannya diisytiharkan muflis oleh mahkamah setelah mahkamah memerintahkan segala majalah keluarannya yang berada di pasaran ditarik balik menyebabkan hutangnya tertunggak dengan syarikat penerbitan dan kakitangannya yang bernilai RM1.8 juta tidak mampu dibayar.Rentetan dari peristiwa tersebut rumahtangganya juga hampir musnah dan Ujang juga hampir menjadi gila.Akibat tekanan tersebut beliau pernah menempah batu nisannya sendiri bagi menghadapi saat kematiannya ketika itu.

Begitulah kehidupan, tiada siapa yang dapat menduga apa yang berlaku pada kita.Ketika di zaman kegemilangannya dulu beliau memperolehi pendapatan sebanyak RM50 ribu sebulan tapi akhirnya jatuh tersungkur sehinggakan mengharapkan belas ihsan dari orang ramai untuk mendapatkan sesuap nasi.Namun kini beliau kembali perlahan-lahan bangkit untuk berhadapan dengan realiti kehidupan dan kembali berusaha bersandarkan bakat yang ada dan akhirnya beliau diterima bekerja dengan syarikat di tempat lamanya atau bekas majikannya dulu.

Tiada siapa menduga seorang kartunis yang menjadikan bakatnya melukis kartun sebagai kerjaya sehingga berjaya mencipta kejayaan gemilang meskipun bidang kartunis tidak tersenarai sebagai sesuatu yang menjadi cita-cita sewaktu di zaman kanak-kanak.Bagaimana dengan kita semua? mungkin ketika ini kita juga sedang meniti zaman kemewahan atau zaman kegemilangan namun bersediakah kita untuk menghadapi zaman kejatuhan suatu hari nanti.Apakah kita juga akan turut menempah batu nisan kita sendiri?..

Mungkin apa yang berlaku pada Ujang boleh dijadikan iktibar pada kita semua bahawa hak kita boleh dirampas dengan mudah oleh orang lain.Ramai diantara kita yang memiliki aset samada dalam bentuk produk, karya dan lain-lain termasuk blog kita sendiri.Siapa tahu satu ketika nanti hak anda terhadap blog anda sendiri dirampas oleh orang lain ketika populariti anda berada di kemuncak dan mendapat sambutan hebat.Perlukah blog kita juga di 'patern'kan atau didaftarkan sebagai harta intelek?Ianya tidak mustahil akan berlaku kerana dulu tiada siapa peduli dengan kartun tapi akhirnya ia menjadi rebutan.

ozzy - belum lagi popular..  

11 Oktober 2011

JANGAN SUKA TAKUTKAN ANAK-ANAK

Antara cara yang sering dilakukan oleh ibu bapa untuk melarang anak-anak mereka berbuat sesuatu adalah dengan menakut-nakutkan mereka.Cara ini pastinya memudahkan kerja mereka terutamanya pada anak-anak yang degil atau tak dengar kata.Memang diakui ianya berkesan tetapi ia turut menimbulkan implikasi yang kurang elok pada kanak-kanak tersebut.

Anak-anak mempunyai daya ingatan atau memori yang kuat.Kerana itu apa saja yang dilihat atau yang dialaminya akan disimpan dalam bentuk memori.Kita sendiri walaupun telah berinjak dewasa tetapi banyak perkara yang dialami sewaktu di zaman kanak-kanak masih banyak yang kita ingat dan dapat bayangkan berbanding apa yang kita kita lalui sekarang ini, kadang-kadang peristiwa yang berlaku tahun lepas pun kita dah lupa.

Antara yang sering digunakan untuk menakutkan kanak-kanak adalah dengan mengusiknya dengan serangga dan yang paling popular adalah lipas mungkin kerana ia banyak merayap di lantai dan bentuknya yang agak menggelikan.
Selain dari itu labah-labah turut menjadi bahan usikan pada kanak-kanak tetapi ianya kurang popular kerana agak sukar didapati dan sesetengahnya pula agak membahayakan kerana berbisa.

Selain dari serangga, hantu juga antara yang paling sering digunakan untuk mengusik atau menakutkan kanak-kanak.Perasaan takut ini semakin bertambah apabila mereka kerap disajikan dengan filem tentang hantu atau dengan membaca buku yang mengisahkan tentang hantu.

Kesannya perasaan takut ini terbawa-bawa sehingga mereka dewasa.Kita dapat lihat ramai orang dewasa yang masih takut dengan lipas dan masih lagi menjadi mangsa usikan dengan makhluk ini.Sepatutnya lipas ini boleh dipijak atau dipenyek dengan mudah kerana ia tidak membahayakan tetapi sebaliknya masih ramai yang takut dengannya.Kalau hantu jangan cakaplah memang ramai yang takut terutamanya ketika berada di tempat gelap walaupun mereka sendiri tak pernah bersua dengan hantu tetapi perasaan takutkan hantu sentiasa 'menghantui' hidup mereka kerana mereka diasuh dan diajar supaya takut dengan hantu.

Cuba bayangkan seorang lelaki yang nampak ganas dan garang seperti ini tetapi menjerit ketakutan bila disuakan dengan lipas?.Pasti kelakarkan..
Kalau macam tu mudahlah musuh nak kalahkan dia ni.Cuma bawa beberapa ekor lipas dan lepas tu campakkan saja pada dia hehe.. Ianya tidak mustahil kerana selagi perasaan takut tersebut tidak dibuang atau diubah ia akan terus bersarang sampai ke tua.Ada kalanya kita sendiri berasa rimas apabila melihat anak-anak kita menjadi penakut.Suruh buat itu takut, suruh buat ini takut tetapi puncanya daripada siapa? kita juga kan sebab kita yang asuh mereka.

Kerana itu janganlah terlalu suka takutkan kanak-kanak dengan perkara macam ni.Ia memang memudahkan untuk seketika tetapi menimbulkan kesan lain untuk jangkamasa panjang.Namun ada juga yang membiarkan anak-anak tanpa langsung memberi pengajaran pada mereka hinggakan anak-anak langsung tak takut pada sesiapa.Kena tegur dan asuh jugalah jangan sampai langsung tak hormat pada orang lain dan jangan sampai ada yang kata anak kurang ajar...

ozzy - takut dan geli dengan ular walaupun tak pernah ditakutkan...

7 Oktober 2011

BURGER DARI TAHI MANUSIA


Burger merupakan makanan yang mudah disediakan dan banyak dijual di gerai di tepi jalan sebagai 'fast food'.
Meskipun ianya dikatakan makanan yang kurang bagus kerana banyak mengandungi lemak tetapi bagi pengguna yang inginkan makanan yang pantas dan mudah burger tetap menjadi pilihan terutama pada golongan muda atau orang bujang.Penyediaannya juga mudah bersama bahan-bahan yang ringkas.
Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan pembuatan telur dan beras palsu dari negara China, air kumbahan yang dikitar semula di Singapura dan kali ini negara Jepun pula tampil bersama inovasi yang lebih menjijikkan.Dengan kemajuan teknologi yang ada penyelidik dari Jepun kini menghasilkan daging burger dari najis manusia atau istilah mudahnya Burger Taik.

Mitsuyuki Ikeda, seorang pengkaji dari Okayama Laboratory, telah berjaya menghasilkan steak tiruan dari tahi manusia.
Saintis tersebut telah dihubungi oleh Tokyo Sewage iaitu sebuah badan pengelola limbah kota Tokyo untuk mencari penyelesaian kepada najis yang terlalu banyak di loji buangan najis.


Mereka kemudiannya meminta Mitsuya mencari kegunaan lain untuk najis tersebut kerana ianya dipercayai menyimpan banyak protein.Mengejutkan kerana hasil dari penyelidikan tersebut beliau dapati bahan buangan manusia mempunyai jumlah protein yang tinggi.Proses seterusnya adalah dengan mewarnakan daging tersebut dengan warna merah menggunakan pewarna artifisial untuk membuatkan ia nampak segar, menarik dan kelihatan seperti daging burger yang sebenar dan menggunakan perasa soya sebagai bahan tambahan untuk memberikan rasa sebenar kepada daging najis yang diproses itu.Ujian awal menunjukkan orangramai yang merasa daging tahi ini tidak dapat membezakannya dengan daging lembu.

Menurutnya lagi daging yang dihasilkan ini mengandungi 63% protein, 25% karbohidrat, 3% lemak, 9% mineral dan kurang lemak serta rendah kalori.Setelah itu mereka mengasingkan bahan proteinnya, mencampurkannya dengan pemangkin dan memasukkan bahan bahan tersebut ke dalam mesin peletup untuk menghasilkan steak tiruan.Oleh kerana proses pembuatannya yang agak rumit membuatkan daging tahi ini bakal dijual dengan harga yang agak mahal iaitu diantara 10 hingga 20 kali ganda dari harga daging lembu.Namun, itu hanyalah kos untuk kajian dan mungkin apabila kajian ini selesai harganya akan boleh dikurangkan supaya setanding dengan harga daging burger biasa dan jika tidak, ia tidak akan di pasarkan.Tambahnya lagi, masalah utamanya bukan dari segi kesihatan tetapi dari psikologi manusia kerana daging ini dibuat daripada najis manusia itu sendiri.

Tak dapat aku nak bayangkan dan memang tak sanggup nak bayangkan kita makan tahi sendiri.
Sedangkan kucing kalau berak pun dia kambus tahi dia tapi kita manusia makan pula tahi sendiri.Agaknya kalau kucing pandai baca paper atau pandai guna komputer pun diaorang pakat gelak guling-guling tengok perangai manusia ni.Entah-entah kucing pun termuntah. Kita sendiri pun boleh pengsan kalau terhidu najis ni dalam tempat kumbahan kerana kandungan asidnya yang tinggi.

Mungkin inilah yang dikatakan oleh mereka yang sedang enak menikmati daging tahi..hanya sebuah illusi :-
" Dia memegang burger tersebut dengan kedua belah tangannya.Matanya tertumpu pada daging burger tahi tersebut dengan penuh bernafsu.Perlahan-lahan burger tersebut dimasukkan ke dalam mulut dan matanya terpejam sewaktu mengunyah burger tersebut.Sambil menjilat bibir senyuman kepuasan terukir pada bibirnya " ...korang sambung lah pulak, tak dapat aku nak teruskan sebab uweekkkkkkkkk!!!!...

ozzy - jangan kata nak makan, nak bayangkan pun geli..

6 Oktober 2011

SEKS SEBAGAI PELARIS

Saban hari dapat kita saksikan kemunculan berbagai produk untuk bersaing atau bagi memenuhi permintaan pelangggan.Kita dapat lihat berbagai strategi yang digunakan samada melalui penyelidikan, testimoni, iklan dan sebagainya semata-mata untuk memperkenalkan atau melariskan produk keluaran mereka.Pastinya produk yang terbukti berkesan akan berjaya menarik hati pengguna sekaligus membawa keuntungan pada pengeluar atau penjualnya.

Senario yang boleh kita perhatikan pada masa kini adalah dengan menggunakan seks sebagai tarikan samada produk untuk dimakan, diminum mahupun yang berkaitan untuk kegunaan fizikal. Tongkat Ali , ginseng dan kacip fatimah tidak perlu diperkenalkan lagi sebab sudah bersepah diadun dalam bermacam produk.Bila dinyatakan kandungan tersebut tujuannya tidak lain dan tidak bukan pastinya untuk memberi kekuatan seks yang berselindung untuk tujuan komersial.

Apabila produk seperti ini mendapat sambutan maka berlumba-lumbalah para penjual serta pengedar mempromosikan produk mereka yang juga terkandung khasiat luar biasa untuk seks walaupun kandungan sebenarnya diragui.Ini belum lagi termasuk mereka yang menjual melalui MLM ataupun jualan langsung.Kalau boleh segala benda yang dijual akan membuatkan pembeli akan jadi kuat seks.Jual  makanan boleh kuat, jual air boleh kuat seks dan tak lama lagi cium bau saja pun boleh kuatkan seks!!..

Apabila pengguna kemaruk mencari dan menguji maka peluang ini digunakan sepenuhnya oleh peniaga untuk mengeksploitasikan segala produk mereka kononnya boleh menguatkan tenaga batin.Makan akan kuat seks, minum akan kuat seks, pakai selipar pun akan kuat seks, pakai talipinggang pun akan kuat seks.Kalau tak pakai pakai apa-apapun boleh kuat seks juga..maka muncullah pembekal tak payah pakai apa-apa pun untuk kuat seks.

Secara logiknya sebagai contoh kita ambil Tongkat Ali yang dikatakan berkesan untuk menguatkan tenaga batin.Hasil kajian mungkin ianya benar bahawa kandungan di dalam akar atau pokok Tongkat Ali boleh menambah tenaga batin tetapi pernahkah kita sebagai pengguna bertanya berapakah jumlah yang perlu diambil untuk menjadikan tenaga batin kita kuat?sekilo sehari?seratus gram sehari? atau cuma perlu setitik saja?.Berapa pula jumlah kandungan Tongkat Ali yang disediakan oleh pembekal di dalam produk mereka dan siapa pula yang membuat piawaian bahawa kandungan yang disediakan boleh menjadikan tenaga batin kita kuat setiap kali minum?.

Persoalan lain adalah dari mana datangnya Tongkat Ali tersebut dengan banyaknya?.Bayangkan ada berapa ratus malah mungkin beribu lambakan produk yang berada di pasaran bersama kandungan Tongkat Ali? dan bayangkan juga setiap pengeluar mengeluarkan beribu-ribu tan sehari produk mereka.Banyak mana stok Tongkat Ali yang mereka ada dan di mana mereka dapatkannya?.

Aku berpendapat kandungan Tongkat Ali yang ada dalam produk yang banyak dijual sebenarnya hanyalah seperti hampas dan yang memberi tenaga pada kita sebenarnya adalah kandungan gula di dalam produk tersebut.Gula merupakan bahan yang memberi sumber tenaga kepada kita tetapi apabila minda kita dikuasai kononnya produk tersebut bagus sebab kononnya bila minum tenaga batin kita kuat maka setiap kali minum kita akan kata tenaga batin kita kuat sedangkan hakikat sebenarnya yang menguatkan tenaga kita adalah dari gula tersebut.Lama-kelamaan apa yang terjadi? hinggaplah penyakit kencing manis.Nak tau boleh try minum air 100 plus tu setiap hari yang dikatakan membekalkan tenaga dan cuba tengok berapa peratus kandungan gula yang tertera pada botolnya.

Apabila dihinggapi penyakit kencing manis kita kena kurangkan pengambilan gula dan terpaksa makan ubat yang dibekalkan untuk mengawal penyakit tersebut.Kita kemudiannya berkata tenaga batin kita semakin lemah sebab ubat yang kita makan itu menyebabkan tenaga batin kita lemah sedangkan kita lupa bahawa kita sebenarnya kekurangan gula yang diperlukan oleh tubuh untuk tenaga.Sebelum ini kita kata produk yang ada Tongkat Ali boleh menguatkan tenaga batin, bila dah kena kencing manis cuba minum tengok !!...

Apapun itu hanya teori dari aku sebab aku memang tak percaya produk yang banyak dijual tu.Bagi aku kita semua mudah dimanipulasi disebabkan 'mind set' kita sendiri.Teori mudah kalau fikiran kita bercelaru dan dibebani masalah menimbun , kepala dan badan sakit sana sini minumlah banyak manapun air Tongkat Ali tu takkan menjadi.Sebaliknya jika badan sihat, jiwa tenang dan rajin buat senaman tak payah Tongkat Ali setkan aje dalam minda bahawa anda adalah Hari-Mau dan setiap malam itu adalah malam jumaat !!..

ozzy - Simpan stok Tongkat Ali ori punya...


5 Oktober 2011

KIASAN

Orang Melayu kita bila bercakap selalu berkias atau kita kata cakap berlapik.Kalau cakap main lepas je nanti orang kata mulut lancang, mulut longkang atau mulut laser.
Kadang-kadang orang muda tak faham bahasa kiasan yang digunakan oleh orang tua atau orang lama ni sebab pada orang muda cakap saja terus terang tak payah nak buang masa, darah mudalah katakan.

Orang tua ada alasannya bila memberi kiasan sebab nak jaga hati orang lain terutama keluarga pada orang muda selain dari menjaga adab sopan dan budaya kita sebagai orang Melayu.Namun, walaupun berkias tetapi mempunyai maksud yang sangat mendalam pada mereka yang memahami. Dari kiasan juga maka lahirlah kata-kata pepatah dan juga perumpamaan yang membawa maksud yang tersirat.

Kalau dulu bila meminang anak dara, bila ditanya setuju atau tidak dan jika anak dara tu tunduk diam sambil tersenyum itu tandanya setuju.Ini pun boleh dianggap berkias juga tunduk diam tanda setuju. Zaman sekarang ni bila datang meminang anak dara tak diam dah silap-silap dia kata " yes..yes" (sambil genggam tangan dan lipatkan siku hehe..).

Begitu juga dalam penulisan adakalanya kita kena juga berkias walaupun kadangkala ramai yang tak faham bahasa kiasan sebab nak jaga hati kawan-kawan lain meskipun zaman sekarang ni zaman 'sound direct'.Malah ramai juga yang bangga mengaku mulutnya macam mulut longkang.Pada aku orang perempuan tak berapa elok berbangga dengan mengaku mulutnya mulut longkang walaupun ramai yang menyokong caranya apatah lagi kalau wajahnya terpampang jelas dalam blog.Apa perasaan mak mertua atau bakal mak mertua bila baca? tak tahulah kalau ada mertua yang bangga dengan mulut longkang bakal menantunya kannn..

Sebaiknya kalau mulut kita tu mulut longkang, janganlah di war-warkan sangat walaupun kita anggap ianya semulajadi nanti orang kata muka lawa tapi mulut macam longkang....kurang manisnya tu.

ozzy - biar mulut manis..

4 Oktober 2011

HOSPITAL BUKAN RUMAH KEBAJIKAN

Sebut sahaja hospital kita semua pasti terbayangkan suasana di dalamnya yang dipenuhi dengan orang sakit serta bau ubat yang menyucuk hidung.Kalau hospital swasta suasananya tak sangat dirasakan mungkin infrastrukturnya yang lebih moden bersama gabungan ciri-ciri senibina seperti sebuah hotel.Suasananya juga tidaklah sesibuk macam di hospital kerajaan maklum saja chargenya pun tak sama dan jauh berbeza.

Apapun segalanya bergantung pada kemampuan masing-masing, kalau rasa mampu kita boleh pilih hospital swasta dan kalau rasa kurang mampu kita boleh pilih hospital kerajaan yang semakin bertambah sekarang ini.Sesuai dengan peruntukan ataupun budget yang pihak kerajaan sediakan setiap tahun, langkah menaiktaraf atau membina hospital baru memang bagus untuk memberi keselesaan pada rakyat.

Kalau dulu hospital kerajaan dianggap sebagai 'low class' dan tidak berkualiti tapi kini persepsi itu sedikit demi sedikit berubah apabila kualiti dan imej hospital dipertingkatkan.Jika dulu apabila disebut hospital kerajaan ramai yang akan mencebikkan bibir disusuli dengan berbagai cerita yang menggambarkan imej buruk hospital kerajaan.

Hari ini ramai diantara kita rakyat Malaysia masih mengekalkan persepsi tersebut walaupun dalam diam mereka semakin yakin dengan kualiti yang telah ditingkatkan.Jika kita perhatikan senario di hospital kerajaan sekarang ini kita boleh lihat ramai orang-orang tua ditempatkan di sana.Sungguh bijak dan licik taktik mereka kerana tanggungjawab menjaga orang tua yang telah uzur dan tidak berdaya serta ada antaranya sudah hilang ingatan diserahkan sepenuhnya pada pihak hospital. Mereka tak perlu lagi nak fikir tentang berak kencing atau kerenah orang tua mereka sebab mereka sibuk mengumpul duit.Kaut selagi boleh kaut..

Setiap hospital yang aku singgah boleh dikatakan pasti ada orang tua ditinggalkan di situ.Ketika di hospital Seremban keadaan sama bila masuk ke dalam wad, di hospital Melaka begitu juga dan ketika di hospital Kuala Lumpur suasananya juga sama, wajah orang tua kerepot terbaring seorang diri meminta itu dan ini dengan nurse.Anak-anaknya cuma muncul seminggu sekali tetapi jika diri mereka sendiri yang sakit mereka akan ke hospital swasta yang lebih 'high class' atau 'standard' kerana mereka memang bijak jadikan hospital kerajaan seperti rumah kebajikan. Tinggallah selama manapun sebab bayarannya murah dan mungkin lebih murah dari hantar ke rumah kebajikan yang tentunya menuntut itu dan ini.


Kalau orang tua tu mati barulah nampak anak-anaknya datang ke hospital buat muka sedih. Airmata tak keluar pun diteran juga suruh keluar....hebatnya berlakon.Kalau letak kat hospital swasta pun sebab ada insuran dan kalau terpaksa letak sekalipun kejap kejap datang jengok sebab nak suruh cepat keluar kalau tak nanti banyaklah nak kena bayar. Siapakah mereka? kalau nak tau pergilah melawat ke hospital kerajaan dan masuk tengok ke dalam wad..anda akan temui jawapannya tetapi biar apapun jawapannya itu bukanlah budaya kita...

ozzy - kesian tengok nurse, dah jadi macam orang gaji..

3 Oktober 2011

ANDA MEMANG GEMUK JIKA..

Gemuk yang berlebihan atau dikenali sebagai obesity merupakan satu penyakit yang amat ditakuti terutama oleh golongan wanita kerana ia akan mencacatkan penampilan mereka.Selain dari itu masalah berat badan berlebihan turut mengundang berbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, diabetes dan bermacam lagi penyakit lain akibat lemak yang banyak terkumpul di dalam badan.

Masalah gemuk merupakan satu perkara yang sering diperkatakan oleh masyarakat di seluruh dunia kerana tabiat makan yang tidak terkawal serta jarang bersenam selain dari faktor keturunan.Jika disebabkan oleh faktor keturunan ada antara mereka yang dapat menerima keadaan diri mereka secara positif dan ada yang kecewa serta mengalami gangguan mental terutamanya apabila diejek oleh kawan-kawan selain dari penampilan yang dirasakan tidak menarik.

Pasti ramai yang tahu cara untuk mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI) iaitu :

Berat tubuh badan(KG) bahagi dengan ketinggian(M) kali/darab dengan Ketinggian(M) 

Contoh : Jika berat badan anda 85 kg dan ketinggian anda 1.70 m, caranya: 85 / (1.70 x 1.70) =
85 / 2.89 = 29.4

Sekiranya BMI anda:
* Kurang daripada 20, kurang berat (kurus)
* 20 hingga 24.9, normal
* 25 hingga 29.9, berat berlebihan
* 30 dan keatas, dikategori obes

Ramai yang tidak terlalu gemuk tapi merasakan yang diri mereka semakin gemuk.Aku yakin anda yang sedang membaca pasti pernah mengalami perasaan ini kan?.Dari satu sudut perasaan tersebut adalah bagus kerana itu bermakna kita peka pada diri kita sendiri tetapi dari sudut yang lain ia menjadi kurang bagus jika kita terlalu memikirkannya dan membuatkan hidup kita tertekan.

Jangan stress atau terlalu bimbang kerana ada cara mudah untuk mengetahui apakah anda sememangnya gemuk atau terlalu gemuk.Caranya adalah dengan berbaring, sekiranya perut anda rata itu bermakna anda masih belum terlalu gemuk atau berada dalam kategori terlalu gemuk.Kalau berdiri depan cermin nampak perut ke depan jangan susah hati kerana selagi anda berbaring perut anda masih rata itu tandanya anda belum terlalu gemuk hehe..

Cara kedua adalah dengan berdiri dan lihat ke arah bawah.Kalau kesemua jari kaki masih boleh dilihat itu bermakna anda masih belum terlalu gemuk hehe...
Tapi kalau semua 'objek' dah tak nampak dan cuma nampak perut itu maknanya anda telah memasuki fasa terlalu gemuk hehe..Ada juga yang cuba menipu semasa melakukan proses ini dengan panjangkan lehernya ke depan..lepas tu dia kata 'eh aku ok lagi'.

Mana aci macam tu ..tu dah kira menipu diri sendiri tu hahaha...Tak apalah yang penting kita kena perlu berfikiran positif dan berusahalah sikit kan contohnya buat senaman yang mudah dan jika merasakan kegemukan kita semakin serius eloklah buat sesuatu tapi jangan sampai tertipu dengan ubat untuk kuruskan badan atau diet kerana ada yang bagus dan ada juga yang tidak bagus.Kalau tersilap beli bukan hanya duit habis malah penyakit lain pula yang datang menimpa.

cer tengok..cer tengok..jengok jangan tak jengok hehe...

ozzy - dah check BMI..masih dalam ketegori normal tapi semakin menghampiri border line erkk...

1 Oktober 2011

KENCING

Kencing atau disebut juga buang air kecil merupakan satu proses penting pada sistem tubuh manusia untuk mengeluarkan cairan atau sisa terlarut yang telah diproses oleh ginjal.Kerana itu sikap suka menahan kencing amat membahayakan dan boleh mengakibatkan terjadinya radang pada pundi kencing serta menimbulkan implikasi yang serius pada buah pinggang.

Ada berbagai info tentang kencing dari sudut kesihatan hinggalah kepada perumpamaan.Biasa kita dengar orang menyebut 'kalau bapak kencing berdiri, anak kencing berlari' iaitu perumpamaan yang direka merujuk pada perlakuan seorang anak yang mewarisi sikap buruk bapa.

Kemudian perkataan kencing turut merujuk pada seseorang yang telah ditipu atau kepada seseorang yang suka menipu dan digelar sebagai kaki kencing.Kalau kena tipu pula akan disebut dah kena kencing.Apa kaitannya kencing dengan penipu atau yang kena tipu ni?...

Kalau masuk ke dalam hutan kita diingatkan agar berhati-hati kalau nak kencing.Nak kena minta izin dulu atau jangan kencing di busut atau di tempat yang dikatakan berpenunggu.Begitu juga bila seseorang yang dalam keadaan terlalu takut dikatakan takut sampai terkencing.


Kalau orang lelaki kita boleh lihat satu pemandangan biasa bagaimana mereka kencing dan tempat untuk mereka melepas hajat memang memerlukan mereka berdiri pada posisi yang disediakan.
Tapi macamana pula kalau bekas tersebut turut disediakan di tandas wanita?agaknya macam ni lah kot keadaannya hehe..Pada mereka yang nak tahu lebih lanjut atau nak sahkan samada betul atau tidak bolehlah menyamar jadi perempuan atau pergilah skodeng ke tandas wanita tu hehe...

Kalau pakai kain agaknya macam nilah gayanya isshhh...kalau pakai seluar agaknya kena sediakan straw atau getah paip la kot hehe..macam-macam sekarang ni.





Tapi dalam semua bab kencing memang tak boleh lawan dengan dia ni.Baginya kalau nak kencing memang tak ada pantang larang.Kalau kita kencing merata silap-silap boleh kena penyakit tapi dia ni kalau kencing orang lain yang akan dapat penyakit.


 Apa pandang-pandang?? nak kena kencing !!!

Begitulah antara kaitan kencing dalam kehidupan kita hari ini...

ozzy - jangan sampai terkencing...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...