15 Mei 2012

DEFINASI DUNIA TANPA SEMPADAN

Seringkali kita dengar ramai yang menyebut tentang Dunia Tanpa Sempadan dan definasinya seringkali dikaitkan dengan sistem IT atau maklumat yang diperolehi melalui internet tanpa ada batasan walau di mana saja kita berada.

Selain itu penggunaan alat telekomunikasi turut dikaitkan dengan dunia tanpa sempadan iaitu kita boleh berhubung dengan sesiapa saja melalui alat digital ataupun elektronik mahupun komunikasi melalui sistem komputer atau ruangan cyber.Selama ini dua faktor inilah yang sering disebut dan dikaitkan dengan istilah Dunia Tanpa Sempadan dan ia didefinasikan oleh ramai diantara kita sebagai perhubungan tanpa batasan pada seluruh manusia di dunia.

Memang kedua-dua faktor tersebut adalah benar dan ia dilihat memberi banyak kelebihan atau advantage pada semua manusia termasuklah kita di sini.NAMUN berapa ramai diantara kita yang tahu tentang satu lagi definasi Dunia Tanpa Sempadan yang jarang kita dengar mahupun disebut? dan faktor inilah sebenarnya bakal menjadi cabaran pada kita semua kerana ia bakal mengundang bencana pada kita semua sekiranya kita tidak bersedia dan ia mungkin tidak lagi akan menjadi advantage pada kita sekiranya kita semua tidak bersedia untuk berhadapan dengannya.

Ramai diantara kita tidak tahu wujudnya perjanjian diantara negara kita dan juga beberapa negara Asian yang lain dengan PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) pada tahun 1982 untuk menyekat berlakunya perkara sebenar dan definasi sebenarnya Dunia Tanpa Sempadan.Melalui perjanjian tersebut warga negara lain tidak boleh tinggal atau bekerja dengan negara yang lain tanpa kebenaran dari negara tersebut dan langkah ini bertujuan untuk mengukuhkan ekonomi dan menstabilkan rakyat dari negaranya sendiri serta memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Namun berapa ramai pula diantara kita yang sedar atau tahu bahawa perjanjian tersebut akan berakhir atau tamat pada tahun 2015 iaitu hanya tinggal 3 tahun saja lagi untuk kita semua berhadapan dengan erti sebenar Dunia Tanpa Sempadan?.Sekiranya ia berlaku bermakna sesiapa saja bebas keluar masuk ke mana-mana negara yang dia suka tanpa ada sekatan samada untuk bekerja ataupun menjalankan perniagaan dan ketika itulah baru kita faham definasi sebenar Dunia Tanpa Sempadan..sesiapapun bebas untuk pergi dan tinggal kemana-mana negara yang dia suka selagi mampu.

Kita lihat pada diri kita sendiri serta generasi kita yang akan datang apakah kita dan mereka semua mampu untuk berhadapan dengan 'kemungkinan' tersebut?.Bersediakah kita untuk bersaing dengan mereka yang bakal berhijrah dan merentasi sempadan kita ini?.Bagaimana untuk kukuhkan kedudukan kita di dalam sesebuah organisasi terutama dalam sektor swasta supaya tidak digugat oleh orang luar?dan bagaimana pula dengan perniagaan yang kita jalankan, apakah mampu untuk bersaing dengan mereka semua?..berapa ramai antara kita yang tahu atau memikirkan perkara tersebut menjelang tahun 2015 nanti? atau mungkin kita bakal saksikan kaum melayu kembali berhijrah pulang ke kampung halaman masing-masing...

Sebenarnya perkara ini telahpun berlaku di negara Eropah samada kita tidak tahu atau malas atau tak berminat nak ambil tahu dan antara yang mereka lakukan bagi menyelamatkan negara serta rakyat mereka adalah dengan membuat sekatan melalui standard yang mereka gubah dan luluskan.Kerana itu wujudnya standard seperti BS standard dan sebagainya bertujuan supaya negara lain yang ingin memasuki pasaran mereka perlu mengikut standard yang telah mereka tetapkan.Negara kita turut mengikut jejak langkah tersebut melalui standard yang dihasilkan iaitu MS standard yang hampir menyerupai BS Standard cuma ditukar dari BS kepada MS. 

Bersediakah kita untuk menyahut cabaran ini?..hanya tinggal 3 tahun saja lagi untuk kita semua mengenali erti sebenar Dunia Tanpa Sempadan..

ozzy - baru tahu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...