27 Jun 2012

ANTARA AZMIN ALI,AZWAN ALI DAN UMMI HAFILDA

Wajah yang menghiasi paparan blog aku kali ini merupakan tiga personaliti yang tidak perlu diperkenalkan lagi.Mereka adalah tiga adik beradik kandung yang mencipta populariti menerusi medium dan platform yang berbeza.Jika disebut berbeza memang terlalu banyak perbezaan antara mereka dari segala segi baik dari segi kerjaya,karektor,penampilan mahupun pandangan.

Walaupun tidak sehaluan tetapi setiap dari mereka berjaya mencipta populariti melalui bidang masing-masing dan berjaya menarik serta membentuk peminat setia mereka.Biarpun berbeza dalam banyak aspek tetapi hanya satu perkara yang sama pada mereka adalah populariti.Tidak perlu diberi ulasan panjang lebar tentang populariti mereka kerana umum mengetahui siapa mereka dan bagaimana mereka menjadi popular.Meskipun ramai yang meminati namun sebaliknya tidak kurang juga yang membenci dan mengeji.

Satu perkara yang amat dikesali oleh ramai pihak adalah dari segi hubungan mereka sebagai adik beradik.Biasa kita dengar 'air yang dicincang tidak akan putus' tetapi kemelut yang melanda antara mereka seolah-olah tiada kesudahan sehingga turut melibatkan emosi ibu mereka sendiri.Hakikatnya ibu mana yang ingin melihat anak-anaknya bergaduh dan bersengketa setiap masa tanpa ada kesudahannya apatah lagi kisah mereka seringkali menghiasi hampir kesemua sumber berita yang ada samada di akhbar atau majalah,alam cyber mahupun di radio dan televisyen.

Namun ramai pihak melihat kemelut ini tidak akan ada kesudahannya selagi mereka berterusan meminggirkan hubungan antara keluarga demi mempertahankan ego dan pendirian mereka.Ramai pemerhati pula berpendapat dan mula menilai tentang asal usul mereka.Pada mereka inilah yang kerap berlaku pada keluarga yang berasal dari Utara seperti di Pulau Pinang dan ia bukanlah sesuatu yang asing pada pandangan mereka kerana dikalangan institusi keluarga di sana perkara sebegini sering berlaku dan ada antaranya turut melibatkan persengketaan dan permusuhan yang berpanjangan antara ibu atau ayah dengan anaknya.Seringkali berlaku pertelagahan antara adik beradik dan amat sukar untuk mendapatkan kata sepakat antara mereka dan pengalaman aku sendiri pernah dicatatkan DI SINI dan bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila berlakunya pergolakan antara Aidil Zafuan (dari N9) dan Rita Rudaini (Pulau Pinang) akibat campurtangan keluarga yang sedikit sebanyak menjadi faktor penyumbang.

Ramai yang melihat perkara ini sering terjadi di negeri utara tanah air berbanding dengan negeri lain yang amat mengutamakan hubungan adik beradik terutamanya orang melayu samada dia seorang ahli politik,artis mahupun dikalangan orang biasa dan tidak lagi menjadi sesuatu yang pelik pada mereka yang masak dengan sikap orang utara ini dan ramai juga yang bertanya kenapa ekkk??.

ozzy - dah faham sangat...

25 Jun 2012

HITAM ATAU PUTIH

Hitam dan putih merupakan dua warna utama dalam kehidupan kita.Sepertimana yang kita tahu dari segi saintifik warna hitam lebih menyerap cahaya manakala warna putih akan memantulkan cahaya.Mungkin ada banyak warna lain yang menjadi pilihan atau sebagai warna kesukaan kita namun putih dan hitam merupakan warna asas yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia.


Hitam dan putih seringkali dibezakan oleh perasaan dan firasat kita bahawa jika putih ia bermakna cantik dan bersih dan jika hitam atau gelap ia bermakna kotor dan jijik.Namun kita sering terpedaya dengan anggapan tersebut kerana putih sebenarnya bukan bermakna bersih tetapi kita sukar merubah anggapan tersebut kerana ia merupakan satu perasaan semulajadi dari segi saikologi kita sebagai manusia.

Jika anda pernah menonton rancangan 'fear factor' ia merupakan satu contoh di mana perasaan atau saikologi kita digunakan untuk memakan makanan yang selama ini kita anggap geli untuk dimakan tetapi sebenarnya ia hanyalah perasaan kita terhadap makanan tersebut yang dilihat meloyakan.Ia merupakan satu perasaan semulajadi kita yang mempunyai perasaan geli atau loya.

Dari segi warna putih dan hitam turut menjadi faktor timbulnya perasaan tersebut dalam kehidupan seharian kita.Sebagai contoh dan perbandingan jika kita lihat seseorang tukang masak yang berkulit putih dan gelap memasak pastinya kita lebih berselera dengan tukang masak yang berkulit putih berbanding dengan yang berkulit hitam sedangkan cara dan kaedah mereka memasak adalah sama.Apabila kita melihat tukang masak yang berkulit hitam menggaul atau menguli tepung serta merta perasaan geli dan loya kita mula muncul berbanding jika kita melihat tukang masak berkulit putih melakukan perkara yang sama.Hakikatnya kedua-duanya adalah sama cuma warna kulit yang menyaluti daging mereka sahaja yang berbeza tetapi banyak mempengaruhi minda dan perasaan kita.Ini merupakan satu kelebihan atau advantage pada yang berkulit putih meskipun mereka sebenarnya lebih pengotor dari yang berkulit hitam.

Kerana itulah sering kita lihat banyak produk atau bahan kosmetik berada di pasaran bertujuan untuk mencerah dan memutihkan kulit kerana ia sememangnya menjadi pilihan dan impian ramai untuk kelihatan putih,belum ada produk untuk menghitamkan kan?.Pada mereka faktor ini dapat meningkatkan keyakinan mereka dari segi gaya dan penampilan dan sememangnya ia merupakan satu fakta yang tidak dapat kita nafikan terutama bagi penduduk di negara asia yang rata-ratanya berkulit kurang putih atas faktor cuaca kecuali bangsa cina,korea atau jepun yang semulajadi berkulit putih.

Dalam memilih pasangan hidup dua faktor ini juga sering menjadi pilihan dan kerap diperkatakan meskipun faktor lain turut mempengaruhi seperti sikap,keturunan,harta kekayaan,pegangan agama dan berbagai lagi termasuk 'selera' dan keserasian.Meskipun ramai yang berkata paras rupa bukan pilihan utama tetapi yang sering kita dengar ramai yng berkata "cantik bakal menantu atau calon isteri dia, kulit putih"...dan ituah sebenarnya pilihan utama atas faktor saikologi kita terutamanya kita orang melayu.

ozzy - tak hitam tak putih..

22 Jun 2012

BICARA OZZY SEMAKIN MENYEPI

Semakin lama aku terasa semakin jauh blog ini aku tinggalkan.Mungkin kerana ia bukanlah satu keutamaan atau sumber pendapatan utama atau mungkin juga ianya bermusim, ada kala rancak adakala senyap.Namun yang pastinya aku rasakan punca utama adalah kerana waktu yang terbatas kerana komitmen lain.

Sesekali bila ada waktu terluang aku tetap singgah sambil menatap semula penulisan yang pernah aku karangkan di sini dan membaca komen-komen terbaru meskipun komen tersebut pada entri-entri lama.Ini adalah satu petanda positif bahawa penulisan atau informasi yang pernah kita terbitkan akan terus dibaca dan mungkin sebagai satu perkongsian pendapat atau mungkin juga sesuai untuk dijadikan sebagai satu panduan serta dorongan.Justeru itu seperti yang pernah aku katakan DI SINI  pada blogger terutamanya blogger baru, jangan sedih atau kecewa jika sekiranya anda tidak mempunyai follower yang ramai atau entri anda kurang mendapat komen dari rakan blogger kerana jika entri anda berkualiti atau penulisan anda diminati ia akan terus mendapat perhatian untuk jangkamasa panjang dan yang penting kita buat apa yang kita minat.

Bila aku review semula pada kata kunci enjin carian rasa terharu juga kerana 'BICARA OZZY' sebenarnya tersenarai antara kata kunci yang memperolehi carian yang tinggi walaupun taklah sampai beribu-ribu tapi sekurang-kurangnya ada tersenarai.Ini bermakna bicara ozzy berjaya menarik minat pembaca menerusi gaya penulisan dan hampir kesemuanya adalah melalui idea mahupun pengalaman aku sendiri.Pada mereka semua aku ingin ucapkan terima kasih walaupun kita mungkin tidak pernah bersua.



ozzy - untuk menulis dan mencari idea perlukan masa yang sesuai...


21 Jun 2012

CADANGAN AKU BAGI MENGELAKKAN TRAGEDI ROMPAKAN DI PLAZA TOL BERULANG

Sudah kerapkali kita dengar berita tentang rompakan melibatkan jurutol yang ada antaranya turut melibatkan kecederaan parah.
Biasanya sasaran perompak adalah pada jurutol yang ingin memindahkan hasil wang kutipan samada ke pejabat atau kaunter pungutan hasil ataupun mungkin ingin terus di bawa ke bank yang berdekatan.Situasi ini pasti mengundang padah jurutol sekiranya tiada kawalan pihak keselamatan untuk mengiringi atau mengawal mereka ketika proses pemindahan ini dilakukan.Lebih memudahkan lagi misi rompakan ini sekiranya jurutol tersebut menunggang motorsikal di kawasan yang terbuka.

Aku pasti pihak pengendali tol tentu ada memikirkan untuk menggunakan khidmat pengawal keselamatan untuk menjaga keselamatan jurutol tetapi ia sudah tentunya akan melibatkan penambahan kos pada pihak mereka sekaligus akan mengurangkan keuntungan di pihak mereka.Namun, bagi pihak jurutol pula mereka tiada pilihan dan terpaksa melaksanakan tugas tersebut mengikut arahan meskipun sedar yang mereka berhadapan dengan risiko yang tinggi ketika proses memindahkan wang tersebut.  


Sebelum masalah menjadi lebih serius dan melibatkan lebih banyak kes yang mungkin akan menyebabkan kehilangan nyawa aku ada beberapa cadangan antaranya :i) - Menggunakan 'Vacuum system' atau sistem penyedut untuk menyedut hasil wang kutipan terus ke kaunter  pungutan yang terletak di plaza tol tersebut.
Meskipun ia melibatkan kos yang agak tinggi untuk membeli 'Vacuum pump' tersebut termasuk 'hose' yang saiznya mungkin agak besar tetapi cara ini lebih selamat cuma mungkin ada sedikit masalah untuk menyedut duit syiling yang agak berat berbanding wang kertas yang mudah untuk disedut kecuali jika sistem penyedut tersebut mempunyai keupayaan atau spesifikasi yang tinggi.





ii) - Cadangan ke dua adalah dengan menggunakan sistem 'conveyor' dan kaedah ini dirasakan lebih praktikal serta menjimatkan kos.Mungkin ada yang tak kenal conveyor? paling mudah kalau nak lihat adalah ketika kita berada dikaunter juruwang pasaraya besar.Biasanya pasaraya ini menyediakan sistem tersebut untuk memudahkan pengguna dan cashier ketika proses pembayaran dilakukan.
Sistem ini pastinya lebih mudah kerana wang kutipan yang dikumpulkan dimasukkan kedalam satu bekas atau plastik dan dilekatkan untuk disalurkan terus ke kaunter pungutan termasuk duit syiling.

Sudah tiba masanya pihak yang terlibat patut memandang serius masalah ini samada di pihak kerajaan mahupun di pihak konsesi lebuhraya yang dilantik sebelum ia menjadi lebih parah dan sebelum ia mencatatkan kes yang lebih tinggi.

Pada pihak yang terlibat sekiranya berminat dengan cadangan aku ini boleh menghubungi aku melalui email ozzy2u@gmail.com untuk perbincangan lanjut dan proses seterusnya termasuk draf cadangan,konseptual serta kos pembikinan.

ozzy - suka cari idea...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...