19 Julai 2012

KEMPEN BERHENTI MEROKOK - CUBAAN AKU KALI KE-4

Sebut saja pasal rokok semua orang tahu akan bahaya dan kesannya samada pada diri perokok itu sendiri mahupun pada setiap orang yang berada di sekelilingnya.

Walaupun berbagai kempen berhenti merokok telah dibuat termasuk menampal gambar yang mengerikan sebagai amaran pada setiap kotak rokok kesan dari tabiat merokok, namun bagi perokok tegar itu semua tidak memberi apa-apa kesan pada mereka.Malah bagi perokok amatur atau baru nak berjinak-jinak dengan nikmat sedutan dan hembusan asap rokok, gambar tersebut bagaikan tidak memberi apa-apa erti pada mereka cuma satu saja penghalang pada mereka iaitu duit atau kos untuk membeli rokok.Kerana itu aku amat bersetuju dengan kenaikan harga rokok setiap tahun kerana sekurang-kurangnya ia berjaya menghalang peningkatan dan statistik perokok baru dari kalangan generasi muda.

Bagi perokok tegar biar berapa sekalipun kenaikannya mereka tetap mencari "candu" tersebut dengan apa cara sekalipun biarpun alernatif terakhir adalah dengan menghisap rokok daun, itu sudah cukup memberi kepuasan dan kelegaan kerana pada mereka tiada kompromi dalam hal rokok tengah malam pun sanggup kayuh basikal pergi kedai kalau rokok habis ye tak?.

Aku juga adalah antara yang tergolong dalam ketegori perokok tegar ini.Sudah mula merokok sejak di bangku sekolah menengah lagi sehinggalah ke hari ini.Ini bermakna telah lebih 20 tahun aku merokok dan purata aku merokok adalah pada awalnya sekitar 10 batang sehari tetapi sejak beralih kepada status perokok tegar purata aku merokok sehari adalah 20 batang atau bersamaan satu kotak besar sehari.Kalau tak percaya ambillah kapak belahlah dada hehe....

Bila dah jadi perokok tegar cakaplah apa saja semua nasihat atau amaran tak akan memberi apa-apa lagi makna dan walau sakit sekalipun rokok tetap beraja di hati.Bagi yang langsung tidak merasa atau teringin berhenti merokok mereka akan terus berpegang pada prinsip mereka iaitu "alahh..kalau tak merokok pun kena penyakit juga..sakit juga dan mati juga kan" tetapi bagi mereka yang memikirkan tentangnya pasti cuba untuk berhenti apatah lagi apabila memikirkan kesannya pada keluarga terutamanya pada anak-anak.Kadangkala keinginan dan keinsafan itu ada cuma tidak tahu bagaimana untuk memulakannya dan paling payah adalah ketagihan pada rokok yang mengandungi nikotin itu sendiri amat kuat godaannya.

Sebelum ini beberapa tahun lepas aku telah berjaya berhenti dari merokok tapi cuma bertahan paling lama hanya 2 bulan sahaja dan 2 kali sebelum itu hanya mampu bertahan hanya sebulan.Minggu lepas sewaktu aku ke klinik kerajaan berhampiran dengan rumahku aku terlihat papan tanda kempen berhenti merokok pada klinik tersebut (seperti banner di atas yang aku snap) dan sekali lagi hati aku terbuka untuk mencubanya dan hari ini aku kembali semula ke klinik itu bagi tujuan tersebut.Jika sebelum ini aku mencuba hanya dengan menahan diri tapi kali ini aku nak cuba melalui ubat menahan ketagihan ini pula yang diberi percuma.


Prosesnya mudah cuma berjumpa dengan doktor untuk mengisi borang dan diberi beberapa penerangan tentang kempen ini termasuklah kesan dan bahaya rokok yang memang telah aku dan anda semua tahu.Sebelum itu berat dan ketinggian akan diambil termasuklah menjawab beberapa soalan sejarah kita merokok seperti sejak berapa lama,kekerapan dan bermacam lagi.Kemudiannya aku diberi pilihan samada ingin mengambil ubat berbentuk pil seperti gambar di atas atau dengan mengunyah chewing gum yang mengandungi nakotin.Aku memilih pil tersebut kerana aku akan memulakannya sebaik saja memasuki hari pertama bersahur esok atau lusa.Cara memakannya turut diterangkan iaitu satu biji untuk 3 hari pertama dan hari seterusnya perlu dimakan sebiji sewaktu bersahur dan setengah biji selepas berbuka.Semoga cubaan aku kali ini akan berjaya...cubaan bukan cobaaaannn hehe...

Ketika entry ini ditulis aku masih lagi merokok sebab belum makan ubat lagi kerana cabaran hanya bermula sebaik saja habis sahur pada hari pertama nanti hehe...
So, kepada rakan-rakan seperjuangan jom ikut serta itupun kalau teringin nak cuba.Memang aku akui ia bukan mudah untuk melepaskan 'teman paling akrab' ini tapi belum cuba belum tahu kan..lagipun free bukan kena bayar pun.Okey, selamat mencuba...








ozzy - katakan tak nak pada rokok...ececehhhh ye ke tu hehe..

18 Julai 2012

ADA AKU KESAH

Kalau korang nak mengata akupun ada aku kesah?apa yang aku buat selama nipun bukannya pakai duit mak bapak korang dan bukannya aku menyusahkan korang pun kan?..itulah antara ayat popular sekarang ini yang sering digunakan oleh sesetengah dari kelompok masyarakat kita ini bagi menggambarkan rasa tak puas hati pada pihak lain yang menghina,menuduh,memfitnah atau mengata apa saja tentang dirinya.

Ada aku kesah adalah antara ayat yang mempunyai definasi yang hampir serupa seperti aku peduli apa, suka hati akulah, whos' care, like i care dan bukan hanya golongan dewasa malah kanak-kanak turut terikut dengan ayat ini dan sesetengahnya menjadikan ayat tersebut sebagai 'tagline' pada dirinya.Sebutan ini menjadi semakin popular apatah lagi bila disebut oleh para pelakon atau selebriti popular di dalam filem mahupun ketika di wawancara.Kemudiannya ia terus menular samada di dalam blog,facebook,twitter dan bermacam lagi laman sosial yang lainnya.

Itulah ayat yang sering diluahkan oleh ramai daripada kita ketika ini.Bagaimana pula jika ayat tersebut turut popular pada binatang?mungkin jika kita memahami apa yang mereka tuturkan pasti ayat ini juga turut popular dikalangan kaum kerabat mereka.Jom kita baca hehe..

" Korang ni suka sangat mengutuk aku sejak dulu sampailah sekarang.Puak aku ni tak mandilah, bau busuk lah tapi daging aku korang pelahap juga.Korang nak kata aku tak mandi ke, busuk ke.. ADA AKU KESAH?? yang korang sibuk sangat apahal?bukannya aku nyusahkan mak bapak korang pun kan.Korang tengok kat pasaran susu HIGOAT tu susu aku tauuu..KAU ADO??? "



" Walaupun kaum aku ni korang selalu kata bodoh ADA AKU KESAH? bodoh-bodoh aku pun daging kaum aku yang tempatan punya mahal wooo..ada value gitu terbaek dari ladang, KAU ADO??..
Bodoh-bodoh aku pun, aku ragut rumput sebab itu memang makanan aku, yang korang tu pulak asyik ragut gelang,rantai emas,beg tangan tu apahal? kalau tak ada duti gi arrr cari keje bodoh!!!kalau tak ada kerja meh sini ikut aku ragut rumput ni, kalau orang tanya apasal ragut rumput kau jawablah ADA AKU KESAH...hehehe "


" Siapa yang tak kenal aku ni cuba cakap?makhluk dua alam tapi bukan dua alam jenis korang tu yang selalu gitu-gitu tu okehh..asal nampak aku je korang kata aku jahat ADA AKU KESAH?? jahat-jahat akupun ada aku kacau rumahtangga korang? ada aku gi ngorat bini korang? ada aku bawak lari anak korang?tak ada kan...cuma kalau korang datang tempat aku memang aku rembatlah dah korang tu memang lauk aku.Lain kali kalau takut kena rembat gilah main jauh-jauh sikit.Jahat-jahat akupun kulit aku korang buat beg, dompet... KAU ADO?? huhuhuhu... "




ozzy - al-kesah dalam sebuah kesah..ada aku kesah hehehe...

17 Julai 2012

DISEBALIK KEJAYAAN DATO' FAZLEY SEBAGAI JUARA MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA YANG PERTAMA

Tahniah aku ucapkan kepada Dato' Fazley kerana telah muncul sebagai juara masterchef selebriti Malaysia yang pertama dengan mengalahkan Angah raja lawak pada final malam tadi.

Ramai yang telah menjangka Dato' Fazley akan muncul sebagai juara berdasarkan kredibilitinya sejak dari awal musim dan kelihatan konsisten dengan persembahan yang agak membanggakan berbanding Angah yang kurang konsisten dan pernah beberapa kali hampir tersingkir dalam slot penyingkiran.Walau bagaimanapun Angah tetap tampil seperti biasa yakin dan bersahaja tetapi tetap hebat dengan auranya yang tersendiri dan persembahan yang kreatif melalui pilihan masakan ala Asia.


Disebalik kejayaan Dato' Fazley sebagai juara masterchef selebriti Malaysia yang pertama apa yang aku kesali adalah dengan penampilan Azwan Haji Ali pada malam tersebut.Aku pasti bukan aku saja yang berasa mual malah penonton lain pasti turut menggeleng kepala dengan penampilan Azwan yang memakai rambut palsu lengkap dengan selendang dan kipas ditangannya.Apakah imej 'nyah' ini menjadi kebanggaan Azwan?.Jawapan yang boleh diduga jika perkara ini diajukan padanya adalah "ada aku kisah?..aku tak kacau kau,kau jangan kacau aku..aku nak pakai apapun kau peduli apa".

Memang benar itu haknya tetapi Azwan perlu ingat bahawa dia tersenarai antara selebriti yang terpilih dalam rancangan tersebut dan rancangan tersebut adalah masterchef selebriti Malaysia yang bukan hanya ditonton oleh negara kita Malaysia malah mungkin juga boleh ditonton oleh negara lain seluruh dunia.Tambahan lagi Azwan Ali bukanlah asing dalam dunia artis terutamanya penglibatannya sebagai pengacara yang agak popular suatu ketika dulu.Namun, sejak zaman popularitinya menjadi suram ditambah dengan penampilan yang sedemikian rupa rasanya agak sukar untuk Azwan kembali bersaing ditambah lagi dengan kemunculan pengacara baru yang tampil dengan idea yang lebih segar.

Jika dibandingkan dengan Aznil Haji Nawawi aku rasakan beliau lebih bijak menggunakan kelebihan yang ada padanya tanpa perlu mencipta dan mereka-reka bahan kontroversi murahan untuk meraih populariti.Aznil dilihat lebih mesra dan serasi dengan kanak-kanak dan sikap yang ditampilkan adalah sikapnya yang semulajadi terhadap kanak-kanak.Sikap ini tidak boleh dibuat-buat sepertimana yang pelawak dan juga pengacara Nabil cuba tonjolkan tetapi gagal kerana jelas Nabil kurang selesa atau kurang mesra dengan kanak-kanak menjadikan persembahannya bersama kanak-kanak kelihatan janggal atau dibuat-buat.Inilah kelebihan yang ada pada Aznil selain dari bakatnya untuk berceloteh atau berinteraksi di semua peringkat umur.

Maka aku berpendapat Azwan perlu mencungkil dan menggali semula apa kelebihan yang ada dalam dirinya untuk kembali muncul sebagai pengacara popular.Jika sekadar tampil dengan imej 'lembut' seperti ini aku rasa ia belum cukup 'lembut' untuk melembutkan dan memikat hati penonton.Selebihnya hanya kontraversi hangit yang bakal terus menghanguskan bakatnya selama ini.Semoga Azwan Ali berubah kerana tiada siapa yang dapat merubah diri kita melainkan diri kita sendiri.

ozzy - tunggu masterchef seterusnya ...

16 Julai 2012

SEBAB DATO' FAZLEY DAN ANGAH LAYAK KE GRAND FINAL MASTERCHEF MALAYSIA

Bagi mereka yang mengikuti program masterchef selebriti Malaysia terbitan Astro Ria saluran 104 pasti telah tahu siapakah yang telah layak ke grand final pada malam ini jam 9 malam(16 july 2012).

Dari 16 peserta yang terdiri dari kalangan selebriti di negara kita akhirnya dua peserta yang layak ke final pada malam ini adalah antara Dato' Fazley dan Angah raja lawak.Menariknya kedua-dua peserta tersebut merupakan selebriti lelaki dan telah mengalahkan barisan selebriti yang turut sama masuk bertanding antaranya seperti Raja Azmi,Juliza Adlizan dan Soo Wincci (sekadar menyebut beberapa nama) yang merupakan peserta pilihan tapi akhirnya tewas di tangan Dato' Fazley & Angah.

Jika dilihat dari awal rancangan ramai yang meramalkan Juliza Adlizan bakal muncul sebagai juara berdasarkan potensi dan kebolehan yang ditunjukkan apatah lagi dia merupakan seorang ibu dan juga surirumahtangga yang pastinya selalu memasak berbagai hidangan tetapi akhirnya tewas hanya setapak lagi untuk mara ke grand final bersama dua lagi selebriti lain iaitu Farouk Hussain dan Soo Wincci.

Kelima-lima mereka yang layak mara ke finalist ini semuanya hebat-hebat belaka dan menjadi antara calon utama pada ramai pemerhati rancangan ini kecuali Angah tetapi akhirnya Angah tampil membuat kejutan dan bakal tampil untuk berentap di grand final bersama Dato' Fazley meskipun kehadirannya pada awalnya dilihat cuma sebagai penyeri rancangan termasuklah Azwan Ali dan Tomok.Tapi kenapa akhirnya Angah layak melangkah ke grand final? pasti ramai yang tertanya-tanya apa benarkah angah pandai memasak? hebat sangatkah rasa masakannya?.Sementara Dato' Fazley sememangnya tersenarai antara calon pilihan sejak awal lagi berdasarkan kebolehan yang dipamerkan.

Aku berpendapat antara sebab Angah layak ke grand final bukanlah disebabkan dia hebat memasak tetapi kerana cara beliau tampil dengan imej yang bersahaja atau tidak ada rasa tertekan selebihnya boleh aku katakan sedikit nasib dan rezeki yang berpihak kepadanya.Sebaliknya Dato' Fazley memang ramai mengakui yang beliau berkebolehan ditambah lagi dengan sifat tenang yang ditampilkan membuatkan beliau memang menjadi calon pilihan.Begitu juga dengan calon-calon lain ramai juga yang berkebolehan malah mungkin lebih baik lagi daripada Angah tetapi ramai antara mereka 'tewas pada diri sendiri' kerana gagal mengatasi tekanan yang dihadapi dalam diri mereka sendiri.

Kita dapat lihat pada setiap episod penampilan Angah lebih relax berselang seli dengan lawaknya yang bersahaja berbanding dengan peserta lain yang ada antaranya gagal mengatasi rasa gugup dan tertekan dan akhirnya mereka tewas.Apapun sama-sama kita nantikan siapakah yang layak bergelar juara masterchef selebriti Malaysia pada malam ini dan aku menjangkakan Dato' Fazley bakal muncul sebagai juara dengan syarat beliau perlu mengatasi tekanan dalam dirinya dan melakukan tugas dengan tenang kerana hanya dengan sedikit kesilapan Angah bakal memintasnya kerana Angah tahu malam ini beliau turun sebagai calon 'underdog' berbanding Dato' Fazley yang menjadi calon 'favourite'.

ozzy - ketenangan dan keyakinan merupakan dua kunci utama dalam kehidupan kita sekiranya ingin berjaya.

15 Julai 2012

BLOGGER HANIS ZALIKHA KINI BERGELAR PELAKON



Siapa sangka tujuan asal anda sebagai blogger hanya bertujuan untuk suka-suka menulis atau menghabiskan masa dengan menulis sesuatu tiba-tiba berubah sekelip mata apabila populariti anda sebagai blogger berjaya menarik perhatian penerbit filem untuk membintangi filem arahan mereka apatah lagi tawaran tersebut datangnya dari pengarah tersohor dan terkemuka di negara kita ini.

Ini bukan cakap atau omongan kosong sebaliknya ia menjadi realiti pada seorang blogger yang terkenal di kalangan blogger iaitu saudari Hanis Zalikha.Untuk mengenali dan melihat blognya boleh klik DI SINIMenariknya lagi, beliau masih kekal menggunakan website percuma iaitu blogspot.com berbanding blogger lain yang ramai telah beralih pada website berbayar 'dot com'.

Hanis Zalikha bakal tampil sebagai heroin dalam filem yang diberi jodol Gangster Celop arahan dua pengarah yang begitu popular di negara kita iaitu Yusof Haslam menerusi syarikatnya Skop Production dan Ahmad Idham menerusi syarikatnya Excellent Pictures.Menariknya lagi Hanis Zalikha bakal bergandingan dengan Syamsul Yusuf (anak Yusof Haslam) yang juga seorang pengarah filem dan pelakon popular.Majlis pelancaran telah dibuat pada petang khamis lalu yang turut memperkenalkan barisan pelakon untuk filem tersebut dan untuk berita lanjut boleh klik DI SINI.Tahniah aku ucapkan untuk Hanis Zalikha.


Sebelum ini tiada siapa menduga dan mungkin anda yang juga seorang blogger tidak menduga bahawa blogger juga turut mendapat perhatian dan berpeluang untuk menjadi popular tetapi ia turut bergantung kepada cara penyampaian blog tersebut.Kalau tampil dengan pakej yang cantik atau hensem serta mempunyai pengikut yang ramai sudah tentu ia mendapat perhatian ramai pihak termasuklah pengarah filem.Maka peluang untuk ditawarkan sebagai pelakon mungkin lebih cerah.Kalau blog dipenuhi dengan kisah politik tidak kiralah sebagai penyokong kerajaan mahupun pembangkang maka peluang untuk diberi tempat sebagai wakil atau terus diberi jawatan yang lebih tinggi mungkin ada.Takkanlah blog cerita politik diberi peluang sebagai pelakon dan blog kisah masakan pula diberi peluang sebagai ahli politik pulak kot!!..Sudah tentu pemilihan dibuat berdasarkan sesuatu yang lebih relevan serta faktor-faktor lain tetapi ini bukanlah bermakna yang semua blogger akan mendapat peluang tersebut.


Jadi, kepada anda yang bergelar blogger cuba perhatikan potensi yang ada pada diri anda.Mungkin anda merasakan anda tidak mempunyai pakej untuk menjadi pelakon ataupun menjadi ahli politik tetapi mungkin anda mempunyai kebolehan lain seperti menjadi penulis novel atau menjadi penulis jemputan,pelukis ataupun tukang masak.Siapa sangka suatu hari nanti muncul satu rancangan masakan yang dikendalikan oleh seorang blogger seperti anda!!..Inilah yang dikatakan untung sabut timbul untung batu tenggelam.Nasib dan rezeki seseorang Allah yang tentukan.Selamat mencuba dan selamat menjadi blogger yang berwawasan...

ozzy - blogger tenggelam timbul..

12 Julai 2012

BILA SUAMI ISTERI BERLAINAN PARTI

Bila sebut atau bercakap pasal politik aku pasti setiap dari kita mempunyai pandangan,penilaian dan persepsi yang berbeza pada setiap parti politik yang ada di dalam negara kita ini.Kerana itu setiap dari kita juga sudah tentu memilih parti tersebut berdasarkan kriteria tersebut cuma bezanya ketaksuban serta bagaimana kita mengawal emosi kita terhadap parti yang kita pilih.

Sesuatu yang menarik untuk diperkatakan dan mungkin akan menjadi satu persoalan adalah, apakah satu hari nanti salah satu kriteria yang akan dititikberatkan apabila ingin memilih pasangan apakah parti yang dipilih oleh pasangannya itu?.Apakah paras rupa,budi bahasa atau keturunannya bukan lagi menjadi ukuran sebaliknya apakah kecenderungan atau sokongan pasangannya nanti terhadap parti mana?.

Aku berpendapat ianya bukanlah menjadi satu masalah besar jika pasangan tersebut berbeza pendapat atau berbeza fahaman politik sekiranya kedua-duanya bukanlah pengikut yang taksub atau maksum pada parti yang disokongnnya.Sebaliknya ia bakal mengundang masalah besar jika kedua-duanya tetap berkeras dan sering bertelagah untuk mempertahankan ideologi parti masing-masing dan akhirnya jalan terakhir adalah seperti apa yang berlaku dan dilaporkan DI SINI


Mungkin pada awal perkahwinan semuanya manis dan indah ialah bila hati dah suka dan bila sudah dilamun cinta semuanya indah tapi bila dah bertahun-tahun kahwin masalah ini mula tercetus apatah lagi jika kedua-duanya mula aktif dalam politik dan akibatnya turut akan melibatkan banyak perkara lain termasuk hubungan persaudaraan dengan kedua-dua mertua serta bakal turut terpalit pada anak-anak yang belum tahu apa-apa tentang politik.

Mahukah kita melihat perangkaan dan kes yang sama meningkat setiap tahun? dan apakah kita bakal melihat borang untuk menikah akan terdapat satu arahan "sila tandakan pada ruangan kosong parti mana yang anda pilih".Bermakna jika sama parti baru boleh menikah..nak ke sampai jadi macam tu??hmmm...

Bagaimana dengan anda semua?Mungkin menarik untuk diperkatakan kerana sewaktu anda bertemu dengan pasangan anda dulu perkara ini tidak pernah anda dan pasangan anda fikirkan tetapi senario hari ini jauh berbeza kerana kanak-kanak sekolah sudah didedahkan dan dicelikkan dengan politik tetapi ia mungkin hanya pada kita orang melayu dan mungkin tidak pada kaum lain kerana mereka lebih memikirkan pelajaran anak-anak mereka berbanding politik.

ozzy - sampai masa pergi mengundi dahla..

11 Julai 2012

APAKAH KITA TIDAK LAYAK MENJADI KETUA

Dalam sesebuah organisasi perlu ada seorang ketua yang dilantik untuk menerajui atau memimpin organisasi tersebut.Sebagai seorang ketua atau pemimpin individu tersebut biasanya dipilih berdasarkan beberapa kriteria  seperti kelayakan akademi,pengalaman,kredibiliti atau atas suara dan sokongan majoriti.

Seorang ketua perlu memainkan peranannya bagi memastikan perjalanan organisasi yang dipimpin bergerak lancar dan teratur serta mampu merencana strategi agar organisasi yang dipimpin tidak mengalami banyak masalah.Namun, bukan mudah bagi seseorang itu untuk menjadi seorang ketua kerana kebiasaannya mereka perlu bersedia dari segi ketahanan mental yang kuat apatah lagi jika organisasi tersebut adalah sebuah organisasi yang besar dan mempunyai staff yang ramai.Bila staff dah ramai sudah tentu ada bermacam ragam.

Sesuatu yang sering aku perhatikan disebalik kisah ketua atau pemimpin ini adalah kenapa orang melayu jarang dilantik menjadi ketua walaupun dalam organisasi tersebut majoritinya adalah orang Melayu? dan yang biasa aku perhatikan orang cina lebih diberi kepercayaan sebagai ketua.Lebih pelik lagi bila ketuanya cina orang melayu lebih patuh dan menurut perintah berbanding jika ketuanya seorang yang berbangsa melayu.Jika diukur dari segi akademi,kredibiliti mahupun pengalaman ianya setaraf dan mungkin orang melayu itu lebih baik tetapi sebaik dipilih banyak kekecohan timbul samada dari rasa tak puas hati,dengki khianat mahupun kedegilan untuk menurut arahan sebaliknya jika ketua cina dipilih orang bawahan yang rata-ratanya orang melayu menjadi layu dan akur dengan segala arahan.Kenapa?itulah persoalannya.

Dalam pada pihak kerajaan menggalakkan kaum cina untuk menyertai pasukan polis apa yang banyak kita perhatikan mereka ini biasanya berpangkat sebagai seorang ketua atau paling rendahpun sebagai inspektor.Amat jarang atau mungkin langsung tak ada yang berpangkat rendah seperti konstabel atau koperal.Biasa yang kita dengar adalah chief inspector,deputy superintendent,assistant commissioner atau yang lebih berpangkat tapi amat jarang dapat kita temui yang berpangkat rendah kan?kenapa?hanya mereka yang tahu alasan dan sebabnya.

Kita perhatikan pula di padang bola sepak, yang selalu kita perhatikan majoriti pemain adalah orang melayu tetapi jurulatihnya pula adalah bangsa lain samada india ataupun cina.Dato' K.Rajagopal menjadi jurulatih skuad senior manakala Ong Kim Swee pula menjadi jurulatih skuad Olimpik atau bawah 22 tahun.Tidak layakkah jurulatih yang terdiri dari orang melayu menjadi jurulatih sedangkan ramai pemain bolasepak terdiri dari orang melayu yang juga mempunyai potensi dan pengalaman dalam bidang bolasepak.Kenapa? itulah juga persoalannya.

Begitu juga dengan filem atau drama yang kita tonton kebanyakan pengarah atau penerbitnya adalah pengarah cina manakala pelakonnya pula terdiri dari pelakon melayu.Sebaliknya jika kita tonton filem cina tak akan wujud pengarah melayu kan?.Apakah kita tidak layak untuk menjadi pengarah atau penerbit? atau mungkin juga kita tidak berminat?itu juga menjadi satu persoalan.

Anda semua renungkan dan fikirlah sendiri untuk mencari jawapannya kerana aku juga ada jawapan aku sendiri walaupun hati aku sendiri sering tertanya-tanya apa benarkah kita ini tidak layak menjadi ketua atau disebabkan faktor lain yang ada dalam diri orang melayu itu sendiri.

ozzy - pernah jadi ketua..

4 Julai 2012

DAUN LIMAU PURUT

Ada sesiapa yang tak kenal daun limau purut?atau mungkin juga ada yang tak kenal buah limau purut?.Daun limau purut ni biasanya dicampurkan dalam masakan yang berkuah untuk memberi rasa masam pada kuah tersebut dan yang paling popular adalah pada masakan tomyam.

Manakala buah limau purut pula biasanya amat popular pada kaum Melayu untuk digunakan bagi perubatan traditional.Buah ini jarang digunakan pada masakan atau makanan sebaliknya buah limau nipis atau limau kasturi lebih menjadi pilihan kerana rasanya yang lebih masam.Persoalannya kenapa ia dinamakan limau purut?mungkin kerana buahnya yang berkerut-kerut atau berkedut-kedut kut hehe..



 Siapa sangka dari cuma sehelai daun rupanya ia boleh menjadi satu pendapatan yang lumayan.Kalau dulu tak ada siapa yang terfikir yang daun limau purut ni boleh dijual dan dicantas sesuka hati tapi sekarang lihat saja berapa harganya.Sekilo rm10 bersamaan dengan rm1 untuk 100gram..lumayan tu kalau jual.


Manakala buah limau purut turut mendapat permintaan terutamanya pada pengamal perubatan traditional.Jadi, kalau ada sesiapa yang mempunyai tanah disekeliling rumah maka eloklah ditanam dengan pokok limau purut ni ataupun pokok limau nipis/kasturi kerana ia semakin mendapat permintaan yang tinggi.Lagipun pokok ini tidak sukar dijaga dan tidak perlu disiram baja kecuali jika ia ditanam bagi tujuan komersial kerana tambahan baja dapat memberikan hasil yang lebih.Selain dijual ia juga dapat kita gunakan untuk kegunaan sendiri sekaligus dapat menjimatkan belanja.

ozzy - baru bercadang nak tanam ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...