16 April 2010

STAFF AKU DISERANG HISTERIA

Inilah antara pengalaman yang amat menyeksakan apabila tiba-tiba satu malam staff aku diserang histeria.Pada awalnya aku terdengar jeritan dari department lain tiba-tiba salah seorang staff aku mula menjerit.Dari seorang mula berjangkit kepada yang lain seramai 5 orang.Pada malam itu aku bertiga menjaga production namun kelam kabut juga keadaan ketika itu.

Aku lantas membuka pembuka suara dan membuat announcement serta arahan agar menghentikan semua mesin dan mengarahkan mereka semua duduk berkumpul dan tiada sesiapa yang dibenarkan bersendirian.Mereka yang telah diserang histeria kami pegang dan himpunkan ditempat lain yang agak berjauhan antara satu sama lain.Aku berbincang bersama staff2 lain dan kami bersetuju untuk membawa kesemua operator yang telah diserang histeria balik keasrama mereka.
Kami semua menaiki van dengan membawa operator tersebut pulang.Sampai disana masalah lain pula muncul.Rakan-rakan di asrama pula diserang histeria dan mereka yang tadi diam didalam van kembali menjerit.Keadaan menjadi semakin huru hara dengan jeritan bersahut disana sini.Aku bersama rakanku merasa sungguh letih kerana mereka meronta dgn kuat disaat tenaga kami mula mengendur kerana perlu mengerah tenaga yang banyak untuk mengawal mereka.

Tidak lama kemudian bomoh yang dipanggil pun sampai.Sambil dia merawat satu persatu kami diarahkan untuk menjaga sorang satu.Barulah terasa sedikit lega melihat kehadiran bomoh tersebut.Gadis yang aku jaga adalah penghuni asrama tersebut yang lengkap dengan baju tidur. Pada mulanya aku lihat dia hanya diam sambil merayu aku melepaskan tangannya.Melihat dia nampak seperti sudah pulih aku segera lepaskan tangannya kerana kesian melihat tangannya seperti dah lenguh kerana aku pegang kedua-dua tangannya keatas sambil dia berbaring.Baru beberapa minit aku lepaskan dia kembali menjerit dan cuba untuk melarikan diri.Aku kembali terlentangkan dia dan kali ini aku terus duduk diatas perutnya sambil memegang tangannya keatas ..keadaanku ketika itu kalau dilihat dari belakang macam perogol kata kawanku..hahaha.

Melihat dia meronta dengan kuat aku cuba membaca ayat kursi yang sememangnya aku hafal sejak sekolah lagi.Mendengar aku membaca ayat kursi dia dia memekik dan meronta-ronta sambil berkata "panas..panas..apa yang kau baca ni..".Aku terus mengulangi bacaanku sambil dia memandang ke wajahku.Tiba-tiba pptttuiiii.. dia meludah ke mukaku yang berada diatasnya membuatkan aku mula hilang sabar...tak pernah lagi mukaku diludah sebegitu.Aku yang dah mula berang mula lepaskan tangannya sambil berkata "memang nak kena lempang budak ni" dan tanganku naik untuk menampar mukanya namun ketika itulah bomoh itu datang dan segera menyabarkan aku.

Aku yang masih lagi geram hanya melihat bomoh itu mengubati dia.Kaedah yang digunakan juga hampir sama seperti yang aku lihat sewaktu di Kuantan dulu dimana ibu jari kakilah tempat makhluk itu masuk dan disitu juga dia dipaksa keluar.Setelah segalanya selesai jam sudah pun hampir pukul 7 pagi.Kami semua pulang dalam keadaan yang amat letih dan lembik.

Keesokannya kami kembali bekerja dengan badan yang sakit disana sini.Dari apa yang dengar melalui mangsa mereka berkata ada seorang tua yang wajahnya amat hodoh tiba2 muncul betul2 didepan muka mereka dan selepas itu mereka tidak sedar apa yang berlaku.Minggu itu juga aku melihat tiga orang bomoh dipanggil kekilang iaitu bomoh melayu,india dan siam.Selepas segalanya selesai kami semua dijamu dengan pulut kuning oleh pihak syarikat.

Dari peristiwa itu barulah aku tahu betapa ayat kursi memang patut dihafal oleh sesiapa saja kerana dari pengalaman yang aku lalui sendiri sememangnya ayat tersebut ditakuti oleh syaitan.Selama ini aku sangkakan jika kita bukan bomoh walau apapun yang kita baca syaitan tak takut apatah lagi aku juga bukan seorang yang warak namun peristiwa tersebut membuktikan sebaliknya.Pesanku kepada sesiapa yang membaca kisahku ini pastikan keluarga anda semua menghafal ayat ini.


ozzy - kisah benar...

8 ulasan:

  1. salm ozzy..
    bagus citer aok ni
    mmg ada class..

    BalasPadam
  2. w'salam zul..rajin baca citer aku..hehe

    BalasPadam
  3. salam sifu...
    bab histeria yg koi takut nih...
    dulu dok hostel tiap2 thn ade jer kes histeria,
    mujur koi x kena..Alhamdulillah..

    BalasPadam
  4. w'salam yun..biasanya org pompuan je yg kena pasal lemah semangat

    BalasPadam
  5. yela mie..bagus dihafal dan diamalkan

    BalasPadam
  6. erkkkk! menakutkan ok cerita nih.
    dan setuju dengan ayat kursi. memang kena tahu dan amalkan. insya'allah akan jauh dari semua yg buruk :)
    al quran jugak penting. amalkan setiap hari

    BalasPadam
  7. Mase kat hostel dulu pun ramai yg kena histeria..kadang2 sampai berjangkit2..seramnye..
    Keajaiban ayat Kursi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...