18 November 2011

TRAFFIC BLOG

Antara perkara penting yang sering difikirkan oleh blogger adalah bagaimana untuk meningkatkan jumlah pengunjung ke blog mereka.
Seringkali kita lihat berbagai tips atau panduan diberikan oleh mereka yang lebih berpengalaman bagaimana cara untuk meningkatkan traffic.Kerana itu dapat kita lihat berbagai tips dan tak kurang juga ada yang gunakan trick semata-mata untuk mencapai tujuan tersebut sekaligus meningkatkan pendapatan mereka.

Antara yang popular adalah 'blogwalking' atau kunjungan sesama blogger ke blog masing-masing dan cara ini biasanya dilakukan oleh blogger baru samada untuk berkenalan dan memperkenalkan blog mereka ataupun sekadar mengharapkan kunjungan balas dari blogger yang lain.Cara ini akan membuatkan banyak masa terbuang kerana blogger perlu berkunjung dari satu blog ke satu blog yang lain walaupun hanya sekadar singgah.Bayangkan jika satu hari kita berkunjung ke 500 blog, berapa banyak masa yang kita ambil untuk habiskan kesemuanya lebih-lebih lagi jika blog tersebut berat untuk dibuka.

Cara tersebut memang diakui dapat membantu meningkatkan traffic blog tapi apa yang sering berlaku adalah apabila kita tidak lagi aktif blogwalking atau menerbitkan entri maka jumlah traffic atau pengunjung pun turut berkurangan.Bermakna cara tersebut lebih menumpukan traffic sesama blogger sahaja dan ini juga bermakna jika kita tidak berkunjung ke blog orang lain maka orang lain juga tidak akan berkunjung ke blog kita dan kita perlu sedar bahawa ini adalah satu tindakbalas normal kerana blogger biasanya bukan semua yang datang berkunjung untuk membaca apa yang kita tulis tapi lebih kepada kunjungan dua hala.Biasalah sebagai manusia biasa, ada kalanya kita sibuk dengan urusan lain dan tak kurang juga yang makin lama makin malas atau bosan membuat perkara yang sama.Kalau asyik dia atau kita je yang berkunjung lama-kelamaan dia atau kita akan kata "asyik aku je yang singgah..mana aci"  betul tak?.Maka apa yang berlaku jumlah traffic terus berkurangan kerana kita hanya mengharapkan traffic dari sumber yang sama.

Kebiasaannya blog yang mengharapkan traffic dari blogger banyak memaparkan entri seperti sembang kosong atau apa yang dilihat serta dialami dalam kehidupannya seperti kisah keluarganya, kisah anaknya serta bermacam lagi kisah yang berkisar tentang kehidupannya.Sekiranya nasib menyebelahinya ia menjadi popular dan ramai blogger yang akan singgah untuk membaca setiap entri yang diterbitkan namun sekiranya setiap entrinya terlalu panjang dengan kisah yang hampir sama kemungkinan besar blogger yang singgah akan merasa bosan dan tidak lagi membaca keseluruhan catatannya tetapi sekadar singgah untuk meninggalkan jejak atau boleh disebut jejak ehsan.Kerana itu jika inginkan traffic dengan cara ini pastikan blog sentiasa diupdate setiap masa bersama entri yang ringkas pun sudah memadai.

Aku berpendapat cara yang lebih baik agar masa tidak terlalu banyak terbuang melalui blogwalking adalah dengan menyajikan entri yang lebih berinformasi.Melalui cara ini kebiasaannya pasti ramai yang mencari informasi melalui enjin carian google atau sebagainya.Maka sumber traffic akan datang dari berbagai arah dan tidak hanya mengharapkan kunjungan blogger sahaja.Contohnya jika kita mencari info tentang padi angin melalui enjin carian, kita dapat lihat seperti ini:


Kerana itu tajuk entri turut memainkan peranan penting sebagai 'keyword' meskipun informasi tentangnya tidaklah terlalu complicated.Dengan cara ini kita tidak terlalu tertekan untuk update blog setiap masa kerana traffic pasti ada setiap hari cuma mungkin ianya tidak konsisten dan turut bergantung pada isu-isu semasa.Kerana itu blog politik,blog sukan atau blog tentang artis mudah memperolehi traffic yang tinggi kerana info mengenainya sering dicari dan diminati oleh pembaca walaupun entri yang dihasilkan hanyalah menerusi copy paste dari sumber yang lain.

Cuma dengan cara ini mungkin kita tidak menjadi popular dikalangan blogger tetapi blog kita sentiasa dikunjungi setiap masa oleh mereka yang mencari sesuatu informasi.Kerana itu janganlah sedih dan kecewa atau berdengki dengan orang lain sekiranya kita tidak menjadi popular seperti mereka.Ada kebaikannya juga kerana bila sudah popular sebagai blogger maka masa dan kehidupan kita seringkali dibayangi dengan blog, bawa kereta ingat blog, buat kerja ingat blog, waktu makan ingat blog, nak tidur ingat blog sehinggakan sewaktu solat pun ada yang masih memikirkan tentang blog, apa yang nak ditulis dan apa yang nak diupdate.

ozzy - Biasalah, bila tak aktif blogwalking kawan pun hilang sebab kawan lain pun malas juga...

6 ulasan:

  1. Setuju dgn pndpt encik ozzy..penghasilan entry yg bgus dan betinformasi lebih bgus dan mnarik perhatian..kalau niat buat blog sbb nk blog popular dan traffic tggi, sy rasa x ke mana.. Sbb hr ni mgkin blogger 2 dtg, tp kalo lama kelamaan.. Entri yg sama je...org pun dh mlas nk dtg..terima kasih utk pndpt bernas en.ozzy

    BalasPadam
  2. nisa...

    Itulah maksud & apa yg saya ingin sampaikan

    BalasPadam
  3. Salam Pozi, Setuju dgn pandangan anda entri panjang2 membuat org mudah jemu.. copy pest pun gitu juga... hari ini org suka street to point sahaja... bagi kawan blog ttp blog tidak lebih sekadar memenuhi sedikit ruang santai dan hiburan jika berkelapangan masa. U/P terkadang mmg maru kalau dok mikir ke blog sokmo yak :)

    BalasPadam
  4. salam Ozzy..
    konsep blog tak sama dengan
    forum mahupn FB..bila post
    status orang datang baca kan..

    betul lah kata ko..memang perlu
    satu yang berinfomasi dan kena dengan
    kata kunci setiap entri baru post tu
    kekal di carian enjin..satu lagi
    kalau nak trafik banyak dalam satu masa
    cuba post kisah semasa yang orang suka
    macam kes hajjah shit dulu tu,,aku pasti
    ada banyak trafik masuk blog ko kan..?

    BalasPadam
  5. Salam bro...Bagi aku semuanya agak subjektif. Pokok pangkalnya bergantung kpd niat seseorang utk berblogging. Mengharapkan visitor datang hanya dari search engine mungkin agak perlahan hasilnya kecuali tajuk entry dan keywords memang "boom". Secara psychology, jumlah visitor juga mempengaruhi diri si empunya blog samada ianya memotivasikan diri (jika trafik tinggi) atau mungkin juga menghilangkan mood (jika kurang sambutan). Blogwalking memang membantu meningkatkan trafik cuma kadang2 masa yg diperuntukkan amat terhad dan akibatnya hasilnya kurang.

    Pada pendapat aku, ikuti kesemua taktiknya (keywords yg "boom" dan blogwalking) sekadar termampu serta dituruti dengan membuat backlinks dan pings.

    BalasPadam
  6. ozzy, sori lama xjengah sini

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...