2 Februari 2012

KUTIP DUIT

Pernah dengar duit terbang?kalau tarik duit tu biasalah kan.Cerita pasal tarik duit ni bukannya baru sebab memang dah lama diperkatakan tapi kesahihannya saja yang belum pasti sebab tak pernah ada lagi yang tampil mengaku dia dah dapat duit berlonggok hasil dari tarik duit ni.Yang banyaknya kena tipu adalah, bukan dapat duit dari tarik duit tapi duit dia yang kena tarik.

Tapi kalau cerita pasal duit terbang korang kena percaya sebab aku pernah dapat duit terbang ni hehe..kisahnya macam ni masa aku bawa motor beberapa tahun dulu aku berhenti di lampu isyarat yang bertukar warna merah bersama beberapa buah motorsikal lagi.Bila lampu isyarat bertukar hijau seperti yang biasa kita tengok penunggang motorsikal yang akan memecut dulu ke depan termasuklah aku.

Oleh kerana kami memecut dulu maka jarak antara kami yang bawa motor ni agak jauh la juga dari pemandu yang lain.Agak jauh di depan aku dengan jarak kira² 30 kaki ada sebuah motorsikal yang dipandu oleh pemandu India bersama rakannya di belakang.Tiba-tiba aku tengok sehelai demi sehelai duit dari poket pemboncengnya terbang melayang.Aku pun berhentikan motorsikal di tepi jalan sementara motorsikal tadi terus memecut mungkin tak perasan duitnya dah terbang.Oleh kerana jalan masih lengang sebab kami berada jauh di depan maka senanglah aku pergi kutip je duit tu, takkan nak bakar pulak kot hehe..

Dapatlah aku merasa duit terbang sebanyak 40 hinggit pada hari tu hehe tapi puas jugalah aku mikir apa aku nak beli dengan duit tu.Kata orang duit macam tu duit panas kalau beli barang pun barang jadi panas tapi aku bukannya mencuri atau buat sesuatu yang tak elok dan lagipun kalau aku tak ambil orang lain juga akan ambil kan?.Akhirnya aku habiskan je duit tu dengan beli apa je barang yang aku rasa nak beli lagipun setakat rm40 bukan banyak sangat barang yang dapat dibeli sekarang ni pun kan..panas pun panaslah hehe..

Apa yang berlaku pada makcik (belah isteri aku) pada hujung tahun lepas lagi menarik.Dia terjumpa satu beg yang tercicir di mana isi di dalamnya ada duit sebanyak 20 ribu tunai...wow!!..Katanya masa dia parking keretanya di salah sebuah kawasan parking kereta, bila dia keluar dari keretanya dia ternampak beg tu dari kereta di sebelahnya dan dia ambil lah beg tu sebab beg tu nampak masih elok lagi..tak mungkin tuannya saja nak buang beg yang masih cantik gitu kan?.Bila dia buka terperanjat dia tengok berkepul-kepul duit tersusun kat dalam tu dan dia cepat² masuk balik ke dalam kereta sebab takut mana tau tiba² datang peragut ke perompak ke nahaslah pulak dia nanti.

Dia mula berfikir mana nak cari tuannya? takkan nak tunggu je kat situ sebab dia pun ada kerja lain nak buat.Jadi dia ambil keputusan untuk selongkar beg tu kot² ada contact number tuannya dan memang ada kat dalamnya. Lepas call dan jumpa tuan empunya beg tu barulah dia tahu jumlah sebenar duit kat dalam tu semuanya adalah 20 ribu selepas tuannya beritahu yang duit tu baru je dikeluarkan untuk bayar gaji pekerjanya.Nasib baik juga makcik tu yang jumpa kalau orang lain??..

Korang pernah dapat? agak-agak kalau korang jumpa duit banyak tu apa korang nak buat??...tak kan buat-buat tak tahu je kot hehe..

ozzy - dulu banyak jumpa duit 1 sen tapi sekarang banyak jumpa duit 5 sen bersepah...

7 ulasan:

  1. salam.
    aku tak pernah merasa lagi atau terjumpa duit terbang macam tu. munkin belum rezeki lagi. tapi kalau aku terjumpa RM20k tunai tu. konfem aku akan blur dan berpeluh-peluh. mana taknya, hati mula tak tenang. syaitan dah mula bisik macam-macam. tak tahu apa nak buat

    BalasPadam
  2. Hehehe tak pernah dapat lagi..mungkin ada niat jahat kut so tak akan jumpa lah.

    BalasPadam
  3. Salam, sedak juga kalau dapat duit terbang yak
    jgn duit syiling biorlah duit kertas :)

    BalasPadam
  4. Hahahahaha.. Saya pun mungkin blur...satu benda mesti syaitan berbisik kat telinga, hati, otak suh mereka - reka nak beli itu ini...tapi rasanya yang paling wajar pergi report ler pasal orang hilang duit...manalah tau duit tu org nak bayar hutang kat along ke,kang tak pasai - pasai orang tu kena kerat tangan ke, jari ke..hurmmm...agak-agak boleh ke manusia sejujur itu???hurmmmmmmmmmmm

    BalasPadam
  5. Tu baru betui2 dpt duit terpijak klu dpt rm 20K tuh!! Hui..

    BalasPadam
  6. huhu, boleh ker? halal ker? benda halal boleh jadi haram apbila kita ambil tanpa meminta pada tuannya.. penah dgr tak kisah orang yg lapar sgt, pastu terjumpa epal, lalu mkn.. pastu, dia rasa bersalah, dan pergi mencari siap tuan utk minta halalkan. akhirnya dia jumpa, so dia bgtau la tuan, tuan tu kata,'kamu kene berkhidmat utk sya selama 10tahun'ht2 la..=0

    jom baca sebentar jep..
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/sila-baca.html

    BalasPadam
  7. kutip jangan tak kutip.... heheheh.. kalau dah rezeki ada di depan mata, jangan sia-siakan peluang....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...