1 Februari 2012

TOM YAM OZZY

Tomyam merupakan makanan popular yang dikatakan berasal dari Thailand."Tom Yam" atau "Tom Yum" ini merupakan perkataan Thailand atau Laos yang bermaksud "sup pedas".Makanan yang dicampurkan dengan bermacam herba atau perencah ini kemudiannya menjadi hidangan popular di beberapa negara Asia termasuklah negara kita Malaysia.

Aku sebenarnya bukan nak bercerita tentang sejarah atau asal usul tomyam ni cuma nak beritahu yang aku ni adalah salah seorang penggemar tomyam hehe...dan aku juga nak berkongsi satu cara yang menjimatkan untuk merasai hidangan ini bersama keluarga.Biasanya kalau kita masak sendiri rasanya tak sama sepertimana yang kita makan di kedai terutama rasa kuahnya.Kita juga boleh tengok banyak warung atau restoran yang menyediakan hidangan ini tapi bila order rasanya langsung tak menepati selera lebih² lagi orang macam aku ni yang cerewet tentang rasa masakan.Pernah sekali aku order tomyam di sebuah warung tapi aku cuma hirup kuahnya 2 sudu saja lepas tu tinggal sebab rasa yang lebihnya cuma masinnnn ya ampun !!...

Satu cara mudah yang aku buat adalah dengan membeli sebungkus tomyam dari kedai yang memang sedap kuahnya dan kemudiannya aku bawa balik ke rumah.Dah banyak warung atau restoran yang aku pernah rasa tomyamnya hinggalah akhirnya aku jumpa satu restoran yang betul² sedap dan menepati selera aku.Jadi setiap kali nak makan tomyam aku akan ke sana jelah tapi kita sedia maklum kalau selalu pergi makan bersama keluarga besarlah juga belanjanya, paling kurang pun habis juga rm30 ke 50.Nak makan sorang² tak sampai hati pulak bila ingat keluarga di rumah tu kan?.Maka cara mudah yang aku buat adalah beli sebungkus dan bawa balik untuk makan bersama-sama.

Haa...tu dia tomyam yang aku beli, tomyam campur yang ada semua bahan di dalamnya seperti ayam, daging, sotong dan juga udang dengan kuahnya yang pekat melekat hehe....pastikan masakan tomyam yang kita beli tu benar² sedap dan kita pernah makan sebelum ini, kalau tak sedap baik masak sendiri jeee..betul tak?



Sediakan hirisan ayam dan daging dan masukkan ke dalam periuk bersama sedikit air dan panaskan dalam beberapa minit.Sediakan juga bawang kuning dan juga sebatang serai serta 3 ulas cili padi/kampung dan rebus bersama ayam dan daging tadi (boleh juga dicampur dengan buah tomato)

Jangan lupa untuk masukkan sedikit garam kerana rebusan ini akan dicampur dengan tomyam yang dibeli tadi sebab kalau tak campur kuah tersebut akan menjadi tawar.Bila dah campur dengan garam air rebusan ini rasanya dah macam sup tapi jangan banyak sangat garamnya nanti masin sangat pulak..hinggap pulak darah tinggi nanti, kata orang tu secukup rasa je hehe..
Bila dah rasa bahan-bahan tu dah empuk (anggaran dalam 2 minit) masukkan tomyam bungkus yang dibeli tu kedalam bahan yang kita dah rebus dan panaskan sehingga kuahnya menggelegak..menggelupur pun kira boleh lah asalkan jangan melompat dahh..hehehe..
Taaarraaa...haaa tu dia dah pun siap " TOM YAM OZZY " hehe..asalnya cuma beli sebungkus untuk sorang tapi bila dah buat macam ni dapat penuh dua mangkuk dengan isi yang banyak dan boleh di makan untuk satu keluarga dengan modal sebungkus tomyam cuma rm6 sahaja.Mula² beli dulu harganya cuma rm4.50 lepas tu naik rm5 lepas tu naik lagi rm5.50 dan semalam harganya naik lagi jadi rm6 sebungkus.Biasanya kalau makan di kedainya dengan keluarga memang habislah antara rm30-40.Sesekali bolehlah, kalau hari²? parah jugalah kan kecualilah kalau aku ni tokey besau hehe...

Dalam kita mengeluh harga barang makin naik, harga barang makin mahal maka inilah antara satu cara bagaimana kita berjimat dalam berbelanja.Jangan asyik nak tunjuk lagak makan kat kedai yang mahal² tapi bila balik rumah kita mengeluh dan termenung sebab banyak lagi perkara lain yang kita kena fikirkan untuk dibelanjakan, hutang sana hutang sini..zaman sekarang ni kalau tak berhutang tak ada harta betul tak? kereta hutang, rumah hutang dan bermacam hutang lagilah kan hehe...macam entry yang pernah aku postkan DI SINI.

Jangan nak ikutkan sangat dengan orang lain sebab apa yang kita ada dengan apa yang mereka ada tak sama. Kalau mereka dapat lebih itu adalah rezeki dan bahagian mereka dan kita yang sedikit kurang ni buatlah cara kurang, yang penting hidup kita bahagia dan tak menyusahkan diri serta orang lain..UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI...

ozzy - selamat mencuba...

9 ulasan:

  1. ceh,ingatkn resepi betoi2 punya,tp memg save budgetla beli sbgkus dan bley makan 7 8 org dgn penambhan isi dlm tomyam,hehe..saya pun hantu tomyam,hari2 bley makan tomyam,huhuhu

    BalasPadam
  2. Assalam..
    haha..ingatkan asli punya tom yam, nak juga tengok resipi...
    Tom yam mak mertua saya buat,
    paling sedap saya rasa.
    Senang je nak buat kalau tak nak guna perencah dia.
    Bahan asas, tumbuk bawang putih dan cili kering....ada limau,
    bagi rasa masam, masin, pedas secukup rasa..
    Saya buat pun tak sesedap mak mertua saya buat...

    BalasPadam
  3. Iza..w'salam
    terima kasih bagi resepi..mak mertua ada baca sikit kut hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ka?
      Nak kena balik kg ni,
      balik kecek (minta) rahsia...

      Padam
  4. Dalam seminggu 1 aku pergi cari tomyam campur warna putih kuahnya..mmg sedap kalau ada org pandai buat.

    BalasPadam
  5. yummy
    awak memang sengaja buat saya terliur
    hurmm mak tolong masakkan :)

    BalasPadam
  6. biasa buat sendiri je guna perencah tomyam yang kat kedai tu.

    BalasPadam
  7. Salam..apa kata try tomyam di thai chim chum di putra nilai..insyallah puas ati.. =)
    http://dessertroses.blogspot.com/2012/03/tomyam-udang-galah-kawchim-chum-besh.html?m=1

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...