21 Januari 2013

BUNTING ICE BLENDED

Papan iklan merupakan salah satu cara untuk kita mempromosikan atau memperkenalkan produk kita.Antara yang paling popular digunakan oleh peniaga adalah kain rentang atau 'bunting' (bukan bunting pelamin hehe..)..

Antara sebab bunting ini menjadi popular adalah kerana kos pembuatannya yang murah dan mudah diperolehi berbanding dengan membuat papan iklan.Seperti bunting yang aku buat ni kosnya cuma RM40 dan harganya akan menjadi lebih murah jika diorder dengan kuantiti yang lebih banyak.Contohnya harga yang ditawarkan pada aku jika tempah dua adalah RM60 (jadi RM30 satu) dan mungkin kalau lebih harganya akan jadi lebih murah.

Bunting ini sebenarnya bukanlah satu kemestian tapi lebih kepada satu tarikan untuk menarik perhatian pelanggan selain untuk mempromosikan produk kita.Menariknya kita boleh tempah mengikut citarasa atau selera kita sendiri tapi janganlah pulak jual ice blended letak gambar kereta sport atau gambar motor tak kenalah tu kan.Untuk memudahkan proses membuat bunting ini adalah dengan mengumpul gambar yang kita mahukan berdasarkan tema perniagaan kita itu melalui carian di internet atau melalui Google. Kemudian gambar tersebut kita serahkan pada designer yang akan membuat bunting tu nanti dan ini lebih memudahkan dan mempercepatkan proses mereka.

Biasanya aplikasi atau software yang mereka gunakan untuk membuat bunting ini adalah photoshop dan software ini juga memang popular untuk membuat sticker mahupun bisness card.Kita boleh memberi input rekabentuk apakah yang kita inginkan berdasarkan kreativiti kita sendiri atau boleh serahkan saja pada mereka untuk membuat design untuk kita.Sering berlaku ramai yang tidak berpuashati dengan hasil dari rekaan orang lain kerana tidak menepati citarasa mereka kerana itu aku berpendapat kita sendiri yang tentukan apakah rekabentuk yang kita inginkan.

Seperti dalam gambar di atas itu adalah bunting yang aku design sendiri mengikut citarasa aku sendiri dan aku amat berpuashati dengan hasilnya walaupun terpaksa duduk bersama dengan designernya selama 4 jam lamanya.Antara kriteria utama yang aku inginkan adalah tema yang 'colourfull' bertujuan untuk menarik perhatian kanak-kanak memandangkan mereka ini merupakan pelanggan utama ice blended ni.Ia juga boleh menarik perhatian golongan dewasa yang bersifat keanak-anakan hehe.. 

Kemudian boleh letak apa saja nama yang kita inginkan atau jenama kita sendiri.Oleh kerana perniagaan ini untuk anak bujang aku maka aku letaklah nama dia.Mana tau satu hari nanti nama tersebut boleh menjelma menjadi satu jenama yang boleh dikomersialkan ye tak?..

Okey..pada yang berminat untuk memulakan langkah untuk menjadi usahawan aku ucapkan selamat mencuba dan semoga berjaya.Tak kisahlah apa saja perniagaan yang ingin kita lakukan apa yang penting ia adalah satu perniagaan yang halal dan tidak melanggar undang-undang.Terkadang ramai juga yang memperlekehkan perniagaan kecil-kecilan seperti ini tapi sebenarnya mereka lupa bahawa 'Ikea' yang ketika itu baru berusia 17 tahun bermula hanya dari produk yang dibuat sendiri dalam rumah begitu juga dengan 'KFC' yang bermula dari sebuah kedai di stesen minyak..apa salahnya kalau kita bermula dari depan rumah? kan....

teringin nak cuba buat ice blended - bukan susah pun!!

ozzy - jangan sia-siakan peluang yang ada ...

7 ulasan:

  1. assalamualaikum,dah lama saya tak berkunjung ke sinI. sehat ke?Tak apa buat biz apa sekalipun,yg penting halal.mana. tau bermula kecil2an boleh bukak cafe or Francis sendiri nantikan?smog berjaya hendaknya..

    BalasPadam
  2. W'salam Nisa..

    Sihat Alhamdulillah..terima kasih krn masih sudi berkunjung ke sini

    BalasPadam
  3. Berminat juga nak mencuba... kena blajor perabis dulu baru boleh mula yak :)
    U/p sekali baca tajuk macam org bunting ice blended aje :)

    BalasPadam
  4. Akuanakpahang..

    Selamat mencuba kas doakan moga berjaya..." bunting ice " ?? hehe

    BalasPadam
  5. Salam, kepada sesiapa yg berminat nk buka gerai ataupun kiosk di Kompleks PKNS Shah Alam pada bulan ramadhan ini, sila email kepada saya
    azalia@myevents.com.my

    terima kasih (:

    BalasPadam
  6. CMNA NK DAPATKAN PAKEJ U? SY D TAWAU,SABAH CMNA KOS POS?

    BalasPadam
  7. Tidak perlu gah untuk melakukan sesuatu, tapi lakukanlah sesuatu untuk menjadi gah.
    -zag ziglar- ><

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...