14 Julai 2010

NIKMATI KEENAKANNYA

Hidangan masakan ikan patin masak tempoyak memang digemari dan amat terkenal di negeri Pahang. Walaupun isteri aku berasal dari Negeri Sembilan tetapi dia turut gemarkan masakan ini.Pada awalnya beberapa kali dia cuba masak masakan ini tetapi rasanya tak sama macam yang aku biasa makan di Pahang. Aku yang memang cerewet dengan rasa masakan memang jadi pengkritik utama tetapi dalam masa yang sama tetap juga suruh dia cuba hingga akhirnya dia berjaya menghasilkan rasa yang hampir sama.

Oleh kerana sekarang ni musim durian maka tempoyak pun banyak jadi aku beli ikan patin ni di pasar malam untuk dibuat masak tempoyak.Aku hanya beli dan pilih ikan patin yang diternak dalam sangkar kerana jika beli yang diternak di kolam baunya cukup hanyir.Kalau ikan patin sungai rasanya lebih sedap terutamanya spesis ikan patin liar tapi memang susah nak dapat di sini kecuali jika aku balik ke Pahang ianya memang banyak dijual di Temerloh.

Itulah dia hidangan ikan patin yang diletak di atas meja makan di rumah aku.Meja tersebut aku tambah sendiri satu meja bulat di atasnya dan diletakkan 'bearing' jadi senanglah untuk kami ambil lauk..pusing je meja tu macam kat hotel hehe..
Mari kita dengar komen rakan-rakan yang lain tentang keenakan ikan patin ni ...

Rakan Pahang berkata :
"Pohpaleh...bapok sedak ikan patin masok tepoyok niii ..koi tak mboh cakak banyok..jemput makan rodong seme..sedak sungguh wehhhh... beleming rase mulut mekala hirup kuoh.. "

Rakan Terengganu berkata :
"Dok dang ke kawang..buleh rase skettt je..natang sedddak..habih nye pakat bahang belake"

Rakan Kelantan berkata :
"kawe dok penoh make..sekali raso gak dok keleh kiri kane dohhh..nyo teringat sokmo..nok keno cari gewe ore pahe lah kalu sedak gini"

Rakan Negeri Sembilan berkata :
"Mulo-mulo den raso ingatkan ikan apo ehh..sodap bonar..ingatkan nak tambah ..sekali den tengok ehhh dah tak do laieee..hampehh"

Rakan Melaka berkata :
"Sedap gileeee ikan patin masak tempoyak ni..lain kali kalau jumpe memang aku belasah cukup-cukup"

Rakan Johor berkata :
"Pegghhhhh..sedap siottt ikan patin masak tempoyak ni..dulu aku ingat rase biase je..sekali bila dah kene... fuyyoooo terangkat beb.."

Rakan Utara berkata :
"Tak tau nak habaq lagu mana..dia punya sedap nin dia nak habaq mai (sambil tunjuk isyarat bagus) ...orhang kata pak mertua lintaih depan mata pun tak sedaq..punyala sedappp"

Rakan Sarawak berkata :
"kamek sik penah makan lagik..baru sikit ja makan dah tiada ada lagiii.."

Rakan Sabah berkata :
"sedap gilak bohhh..tapi penah makan sekali jakkk" (minta rakan dari sabah tolong sambung sikit lagi ye hehe)

Rakan Singapore berkata :
"Bukan nak cakap besar la kan...ikan patin masak tempoyak ni kalau jual kat singapore gerenti kau orang boleh kaya la..senang-senang 4-5 ribu sebulan dalam tangan la bro..."

Rakan Indon berkata :
"waduh...waduh ganteng...bisa buat gue hilang akal..sedap bangattt ni donggg"

Rakan Thailand berkata :
"sawaddi kap..chan tok lum rak khun kao patin..arroy, sud yod lei "

Begitulah keenakan ikan patin masak tempoyak ni yang begitu terkenal di negeri Pahang terutamanya di Daerah Temerloh yang digelar bandar ikan patin.Namun awas kerana harganya juga berbeza disesetengah tempat dan anda dinasihatkan bertanya terlebih dahulu harga seketul ikan patin tersebut sebelum memilihnya. Ikan patin yang ditangkap disungai atau dipanggil ikan patin liar harganya lebih mahal berbanding ikan patin yang dipelihara di dalam sangkar dan diletakkan di dalam sungai yang diberikan palet sebagai makanan.

ozzy - Teringin nak rasa 'patin buah'..

11 ulasan:

  1. Perrgggghhhhhhhhhhhhhh...
    mane nak cari kat Sepang ni?
    adeh laa...balik kg pun dua mggu lg...
    kijam aok nih sifu...
    gambor ni patutnye x lulus tayangan...


    Yg Benar,
    Insan Derita

    BalasPadam
  2. sodap bonar nampak ee tu..ando lai tak??meleleh lak air liur den

    BalasPadam
  3. Jom ramai-ramai makan tengah hari disini..aok tak lawa koi lalu yeek...pekena gulai asam tempoyok... hehehe

    BalasPadam
  4. wehhhh sedok nyer lah wehh.. nengok gambo pun keh dah tawu rasenye mesti sedok met.. kena tepat sukatan tempoyok dengan lada-kunyit, baru la berpeloh masa maken tu nanti..

    BalasPadam
  5. salam..
    nampak sedap tu
    menu hari ni ke
    makan sedap je aok yek
    aku makan masakan indon
    je..orang rumah kerja..

    BalasPadam
  6. tu kaaaa..awat tak habaq awai awai ikan patin sedap sampai meleleh ayaq liuq hehehe

    BalasPadam
  7. mok suker gok makan guley ikan nih wei..

    BalasPadam
  8. hye ozzy.. kampung i kat temerloh..
    bler blk kg br dpt rase ikan patin tempoyak..
    patin fresh mmg dr sungai thats y harga mahal lagi.. n if masak tempoyak mmg sdp yg sungai..coz smtimes yg bela kdg2 berbau..

    BalasPadam
  9. salam
    stakat masok gulai masam mmg ramai boleh masok. yg 'menjadi' masok tu yg susah. org phg sendiri belum tentu 'mjadi'. mcm asam pedas juga...

    maksud koi pandai seimbangkan rasa bahan2nya. molek masam, pedas dan garam kunyitnya.
    pahter ikan kena segar dan tempoyak kena baru...
    (laa... bersemangat pulok koi menceritakan, mcmlah pandai ngat masok!)

    p/s- paling mahal dlm n3 aok ni ayat ni la:
    "beleming rase mulut mekala hirup kuoh.."

    BalasPadam
  10. dulu mse study kt kuantan, mesti singgah temerloh nak pekena ikan patin masak tempoyak..fuh!memang sdap giler sampai menjilat ke siku...huhuhu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...