9 Julai 2010

NOMBOR EKOR

Sebagai umat islam kita semua tahu bahawa judi itu haram.Namun apa yang aku perhatikan yang haram itulah ramai yang suka.Aku suka berfikir dan bertanya pada diri aku kenapa dan mengapa umat islam termasuk aku begitu cenderung melakukan perkara yang ditegah.

Banyak perkara yang aku perhatikan sesuatu yang ditegah atau  diharamkan itulah yang ramai suka buat... seperti terbit rasa bangga apabila ianya dilakukan.Lihat saja islam mengharamkan zina dan bersekedudukan tetapi perhatikan berapa banyak kes bayi luar nikah yang dilahirkan dan dibuang angkara umat islam itu sendiri.Islam mengharamkan arak tetapi bilangan umat islam yang begitu bangga meneguk arak kian meningkat serta lain-lain perkara yang diharamkan.

Kali ini aku ingin menjelajah dan mendekati rakan-rakan yang yang menjadi kaki nombor ekor dan judi.Terdapat 3 jenis kedai nombor ekor yang popular iaitu Magnum , Toto dan Kuda.Kerana terlalu taksub dan percaya pada ramalan bomoh nombor ekor mereka ini sanggup lakukan apa sahaja bagi mendapatkan peralatan yang diminta oleh bomoh bagi tujuan pemujaan dan antara perkakas yang sering diminta oleh bomoh antaranya duit syiling lama serta perkakas lain yang dibuat dari tembaga.Dikatakan barang yang dibuat daripada tembaga seperti cincin,dulang,keris,pedang dan sebagainya sangat berkesan serta mempunyai nilai yang tinggi dikalangan mereka.Oleh kerana aku bukan kaki nombor maka niat aku untuk melihat seisi pemujaan yang dijalankan terpaksa disimpan kerana aku mesti mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh bomoh antaranya tidak boleh menggauli isteri selama seminggu selepas pemujaan, mandi bermula dari kaki berakhir di kepala dan memakai tangkal yang diberikan serta membayar upah atau pengeras pada bomoh tersebut.Aku hanya tersenyum mendengar syarat yang diberikan..apa relevannya nombor ekor dengan menggauli isteri?.

Antara lokasi popular yang menjadi pilihan bomoh tersebut adalah busut yang dikatakan berpenghuni,kubur lama,telaga lama,pokok yang besar atau di rumah bomoh itu sendiri manakala seisi pemujaan pula dilakukan tepat jam 12 malam dan sewaktu bulan mengambang penuh.Setelah itu nombor dikatakan akan muncul samada ditapak tangan , bawah pergelangan tangan atau tertera pada perkakas yang mereka bawa.Selepas mendapat nombor yang dihajatkan mereka akan balik dan ketika inilah mereka akan diserbu dan ditanya oleh rakan mereka yang lain yang tidak dapat turut serta.Biasanya mereka hanya memberi satu atau nombor dan disebut sebagai "klu" dan kerana itu dikalangan mereka istilah "klu" ini sentiasa disebut apabila masing-masing berjumpa atau berselisih.

Walaupun belum berpeluang berjumpa dan melihat upacara yang mereka jalankan aku masih belum berputus asa untuk menjejaki dan melihat sendiri sikap mereka yan begitu taksub dengan nombor ekor ini.Peluang itu akhirnya tiba apabila satu hari ketika berjalan di chow kit aku melihat orang ramai berkerumun melihat sesuatu.Lokasi bertempat di chow kit dan ketika itu siaran jalan kaki di kaki lima belum ada seperti sekarang ini.Mendekati kumpulan ini aku melihat seorang bomoh indon sedang rancak mempromosikan kaedah tilik nasib sambil ditonton oleh orang ramai yang boleh dikatakan semuanya orang melayu.Di hadapannya diletak sebongkah batu besar di atas botol coca cola bagi membuktikan kehebatannya.

Kemudian dia berkata siapa yang nak nombor ekor sila kehadapan dan hanya untuk sepuluh orang saja. Peluang ini tidak akan aku lepaskan kerana aku ingin melihat kehebatannya menipu.Aku segera melangkah bersama 9 lagi yang lain dan kami diminta mengeluarkan semua duit yang ada hanya perlu tinggalkan baki 2 ringgit untuk tambang balik.Aku melihat mereka yang lain mengeluarkan beberapa keping duit rm50 dari dalam dompet mereka sementara aku hanya letakkan rm10 sahaja dan bila ditanya aku katakan hanya itu saja yang ada..dasar muka penipu aku tak sebodoh itu nak keluarkan semuanya.Kami kemudiannya diselubung dengan kain kuning dan selepas itu bomoh tersebut menghulurkan kertas yang digulung pada kami dan telah ditulis dengan nombor.

Setelah upacara selesai tiba-tiba muncul seorang lelaki cina sambil menghulurkan wang sebanyak rm500 dan berlakon kononnya dia telah menang hadiah utama dan duit itu sumbangan ikhlas pada bomoh tersebut.Aku kemudiannya mengikut kemana lelaki cina tersebut pergi..rupanya dia hanyalah penjaga parking haram dikawasan tersebut.Aku tersenyum lagi betapa mudahnya orang kita ditipu dan seperti dijangka keesokannya apabila aku melihat keputusan nombor ekor satu nombor pun yang dia beri tak keluar..aku tak hairan sebab aku tak beli dan aku dah jangka mereka itu semua penipu...dan orang melayu sememangnya mudah ditipu dan alasan paling kerap digunakan adalah ketika itu mereka seperti dipukau tetapi aku beranggapan bukannya dipukau tetapi sikap mereka sendiri yang memang mudah ditipu kerana kelabu mata untuk mendapat duit dengan cara mudah dan untuk menutup kelemahan itulah saja alasan yang ada.Persoalannya kenapa hanya orang melayu yang sering disebut kena pukau kenapa mereka tak pukau orang cina yang kaya raya.. bukankah lagi berbaloi? jawapannya ada dalam diri kita.

Aku kemudiannya mencongak dari sudut akal yang logik.Pertama jika bomoh tersebut pandai kenapa dia tak kaya raya?..alasannya bomoh tidak dibenarkan membeli nombor ekor kerana dikatakan nanti ilmunya akan menurun dan dia hanya mengambil duit yang disedekahkan kepadanya oleh pelanggannya dan syarat ini juga turut diikuti oleh bomoh tarik duit..bomoh ni lagi kelakar bila aku tanya macamana dengan nombor siri dan tandatangan dari ketua bank negara? dia (bomoh) berkata nombor siri yang keluar adalah nombor yang berkurun dulu dan telah dilupuskan sementara tandatangannya juga adalah tandatangan yang lama juga...aku bertanya lagi ada contoh tak duit tu..dia menjawab tak pernah dapat cuma nyaris-nyaris je nak dapat tak sempat ambil..hahaha kalau ikutkan kat situ juga aku nak ketawa.

Aku mencongak lagi sekiranya bomoh tersebut pandai maka semua orang akan meminta tolong padanya dan sekiranya semua orang pun kena hadiah tempat pertama maka kedai nombor ekor dah lama gulung tikar..ini tidak aku tengok contohnya Magnum dah semakin kaya siap jadi Magnum Holding lagi (bangunannya di tepi stesen bas Puduraya). Kemudian aku melihat sistem yang ada pada hari adalah sistem yang lebih canggih dimana penggunaan perisian computer memudahkan mereka melihat senarai nombor yang mana banyak sekali dibeli.Kalau aku jadi tauke Magnum pun aku ketawa terbahak-bahak melihat kebodohan orang melayu... pergi berbomoh malam-malam buta sedangkan tauke nombor sedang enak bersama gundik-gundiknya ..bomoh juga tapi bomoh sedap.

Bila aku katakan apa yang aku fikirkan ini pada mereka, mereka lantas menafikan dengan mengatakan nombor sememangnya telah disediakan lebih awal iaitu sebelum mereka membelinya.Aku bertanya lagi mana tahu..ada bukti ke?.Mereka sekadar memberi jawapan yang tidak logik iaitu nombor tersebut memang telah disediakan lebih awal oleh tauke kedai tersebut.Aku berhujah lagi walaupun nombor tersebut disediakan lebih awal bukankah ia boleh ditukar bila-bila masa menggunakan teknologi komputer dan aku bertanya jika betul nombor yang berupa hadiah tersebut di sediakan lebih awal dimana nombor tersebut disimpan kerana keputusan hanya dikeluarkan pada sebelah malam iaitu beberapa jam selepas kedai tersebut ditutup.
Ini bermakna dalam masa beberapa jam tersebut segala nombor yang telah dibeli akan sempat disusun (sorting) didalam komputer dan pastinya mereka dengan mudah dapat mengesan nombor yang banyak dibeli dan nombor yang tidak dibeli..mudahnya kita ditipu !!!.

Walau apa jua cara walau apa jua kaedah aku beranggapan selain dari dosa yang kita terima bala lain yang menanti adalah perpecahan dalam keluarga akibat gila berjudi yang belum tentu menjadikan kita kaya malah mungkin juga menjadikan kita merana.Aku beranggapan sekiranya orang melayu tidak memberi sokongan dengan mengunjungi kedai nombor ekor ini mungkin pendapatan mereka turut terjejas kerana aku melihat peratus orang melayu lebih tinggi dari kaum lain...tak percaya anda boleh lihat sendiri.


16 ulasan:

  1. mcm2 gaya org nak menipu yek...
    yg taik judi tu pcaya jek...
    menang 1juta pun klu duit x berkat tu kejap jer abes...beli keta,xcdent...beli umah,terbakar...

    BalasPadam
  2. Dari Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa yang tertidur atau terlupa hingga luput sembahyang hendaklah dia menunaikan (sembahyang) sebaik-baik sahaja dia ingat (sedar) kembali." - Sahih Bukhari
    Selamat berhari Jumaat Al-Mubarak..
    +++++++++++++++++++++++++++++++
    yang nyata main nombor eko ni
    sema kalah belaka..menang rm 300 hari ni
    percayalah kalah balik rm3000 esok hari
    jadi moralnya...jangan main nombor ekor
    haram di sisi syarak..rezeki pun tak halal..
    wallahulam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 👉 *Siapa kata main judi tk blih kaya??* Siapa kata tokeh judi sentiasa menang??
      Saya selalu menang dlm berjudi..tetapi tokeh judi tk prnah bankrup krn dia bayar nombor yg saya selalu menang dgn duit dri mrk2 yg sentiasa kalah..

      Ada cara nk menang!!!
      Marilah menang judi nombor bersama saya..

      *Whatsapp shj 013 655 7 445*

      Padam
  3. salam

    yup, ramai orang melayu ngaku islam pun beli no ekor ni, nak cepat kaya kekdahnya. tapi saya tgk tak kaya2 gak. kayap ada lah, huhuhu...
    dah tahu judi, no ekor adalah haram disisi agama , nak juga main.
    akibatnya dah makan benda2 haram, jadilah darah daging benda haram, bagi anak bini makan hasil haram pulak tuh. jangan marah nanti bini melawan cakap, jangan hairan pula nanti anak2 derhaka. sebab?
    makan benda haram yg di bawa oleh diri sendiri...

    wallahualam...

    BalasPadam
  4. eh kejab,
    sebenarnya saya tak dapat baca penuh n3 ini kerana tak tahu mengapa tak boleh load habis pun. background dan tulisan sama2 putihm, x leh baca. mayb tenet saya slow kot..
    entah la huhu

    BalasPadam
  5. Salam,

    Biasanya benda2 gini buat orang jadi kemaruk. gila judi,gila nombor ekor, walaupun nombornya tak pernah menang, tapi tetap nak mencuba juga, kerana tikam nombor tak payah kerja bersusah payah, tak mengeluarkan peluh.itulah sebab ramai peminatnya.

    BalasPadam
  6. haha chow kit
    teringat zaman dulu
    kawan aku kena tarik g belakang..
    konon nk tengok nombor
    sekali hp ngan duit sume abis kena pau
    haha
    padan muka member aku tu
    aku dah kata jgn pergi nk gi gak
    kan dah kena

    tp yg paling kelakar
    statement die lepas dah kena samun tu
    "macam tau2 je aku nk tukar henpon"
    belagak lg tu x serik2
    hahaha

    BalasPadam
  7. salam semua..terima kasih dgn komen
    Shinju - pengalaman sendiri dgn membaca diakhbar tak sama..hakikatnya mmg itulah sikap kita org melayu.
    Zul - koi tau aok tak penah baca habis entry koi..apapun terima kasih dgn komen aok tu.
    cik biru - terima kasih krn sudi membacanya walaupun tidak jelas (mungkin masalah line anda).
    sweetie - saya sependapat dgn anda..itupun jika anda membaca hingga habis en3 saya ni.

    BalasPadam
  8. Saya pernah melihat sendiri ada perempuan berbaju kurung lengkap bertudung membeli no ekor di kawasan tempat tinggal saya.Sedih kan? Apalah nasib sampai jadi mcm tu.

    BalasPadam
  9. judi tu dah sah2 benda haram dan dosa besaq...dari judi baik judo...boleh gak keluaq peluh...bila dah sihat baru boleh guna otak dgn waras yang Allah taala bagi....baguih ozzy dengan entry yang menarik ....

    BalasPadam
  10. mmm... dalam gitu ramai juge org cerdik pandai tertipu dgn indon yg konon2 terdesak nok balik kg. konon nok tukar tiket no ekor yg dia baru menang beratus ribu dgn duit cash.

    tiket tu kononnya dia sendiri tak boleh tebus sbb dia bukan warga. bila dah kena, mulalah meraung, kabo kena pukau la, kena bomoh lah. yg dah tau duit tu haram, teringin nok amik juga buat ape...

    BalasPadam
  11. dulu bpe kali dh abah sy dpt surat kononnye ade bomoh yg blh buat kite jd kaye..yg sedihnye,testimoninye adalah org melayu kite sndiri..xphm btol la..

    BalasPadam
  12. perkongsian yang sangat baik en. Ozzy. pandangan saya, manusia mudah gelap mata dan hati apabila melihat duit. Duit memang berhantu dan manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya, termasuklah bertikam ekor - cara yg mudah untuk mendapat duit berganda.

    saya juga mengulas di blog saya : jemput baca http://arraubi.blogspot.com/2010/06/cerita-judi-2.html dan http://arraubi.blogspot.com/2010/05/cerita-judi-1.html

    kesimpulan saya, tokey judi akan selamanya kaya kerana menipu, taik judi akan selamanya rugi kerana kena tipu.

    BalasPadam
  13. bomoh tu kaya ke tak...haha..

    BalasPadam
  14. panjang entri ni...gagahkan juga membaca dengan laju
    lebih cantik kalau antara perenggan jaraknya lebih jauh sikit, dan perkataan dalam perenggan dalam bentuk justify

    apa pun isu judi memang tak pernah habis... % melayu berjudi secara bodoh ni memang ramai...dah tau tak boleh nak kaya, tetap juga berjudi, dengan harapan dapatlah duit tambahan.


    Jom baca entri terbaru saya : sesak nafas

    BalasPadam
  15. mmg tak habis judi2 lagi...salah UMNO memerintah ke?..ape2pun..jom baca artikel ni...daksyat kan!!
    http://www.bharian.com.my/articles/Duitloterihabis_petanibakardiri/Article

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...