21 Julai 2010

SEMURAH BURGER

Sesekali bersua rakan pastinya banyak perkara untuk dibualkan apatah lagi apabila jika jarang bertemu. Pertemuan tidak sengaja dengan seorang rakan yang berbangsa India sedikit membuatkan aku teruja mendengar ceritanya.
Dari bertanya khabar kami beralih kepada beberapa topik lain dan paling menarik adalah topik mengenai gadis melayu.Melihat pada pakaian serta penampilan rakanku ini aku beranggapan tak ada apa pun yang aku lihat menarik cuma lebihnya pada hidung agak tinggi dari hidung aku.Oleh kerana dia banyak bergaul dengan rakan-rakan melayu maka agak mudah dia memahami gaya dan kehidupan anak muda melayu.

Begitu rancak dia bercerita dari kisah rempit sehinggalah kisah awek. Apa yang membuatkan aku teruja mendengar ceritanya adalah dia begitu mudah bertukar pasangan yang kesemuanya melayu...nak kata dia kaya atau kerja bagus pun tak juga kerana dia hanyalah seorang 'despatch'.Dengan hanya bermodalkan sebiji motor itu sudah cukup buatnya untuk mengoda dan mengangkut gadis melayu.Lebih menyakitkan dan membuatkan hati aku seakan disiat bila dia berkata  "alahhh diaorang ni bang...belanja burger sebiji pun dah boleh angkut bawa balik" aku hanya mampu tersenyum mendengar kata-katanya dan kemudian dia berkata lagi "tapi awek sekarang lain sikit diaorang minta topup..takat 5 hinggit tu apa sangat..puas hati la".Sakit je hati aku dengar namun meskipun pahit hakikat itu terpaksa juga aku telan kerana itu semua bukan paksaan tapi atas kerelaan mereka sendiri.

Terasa kecewa bila gadis melayu kita disamakan harganya dengan sebji burger.Apatah lagi kata-kata tersebut dari mulut bangsa lain.Sebiji burger hanyalah berharga rm1.50 ! kalau kat McD atau KFC mungkin mahal sikit tapi tak sampai pun rm10.Aku tertanya-tanya apakah mereka ini tiada lagi rasa geli atau tiada deria selera. Lantas aku cuba mencungkil persoalan tersebut pada rakanku tadi.Rakanku ketawa sambil berkata "Ada juga aku sembang dengan diaorang pasal ni tapi diaorang tak kisah..diaorang kata alaa bila tutup lampu sama je putih ke hitam ke".

Lain pula kisahnya rakan yang seorang lagi.Perkenalan dengan seorang pelajar dari UIA pada awalnya agak kekok baginya apatah lagi dia selalu diingatkan hal agama tapi lama kelamaan bila semakin rapat rupa-rupanya sama juga...dari kisah agama bertukar menjadi rengekan manja dan tak sampai pun 3 bulan dah boleh usung naik hotel...akhirnya tudung yang labuh berlabuh di puncak genting..disebalik tudung yang labuh terselindung love bite disana sini...apa lagi nak kata..dua kisah dari dua alam yang berbeza tapi wajah yang sama..wajah dan bangsa melayu.

Tiada apa lagi yang dapat aku katakan...sekadar mendengar dan merenung kisah dari dua dunia yang berbeza ..satu dunia sosial yang kian menjadi barah dan satu lagi kisah dunia yang telah diberi bimbingan tetapi tetap hanyut dan semakin bercambah...maka apa lagi alasannya?.Untuk menuduh dan menghina atau menjatuhkan hukuman buat mereka tidak sesekali aku lakukan kerana aku juga punya anak perempuan yang masa depan mereka belum tentu lagi bagaimana coraknya.Pastinya sebagai ibubapa atau bakal menjadi ibubapa kita mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak tetapi jangan terlalu angkuh kononnya kita telah mendidik mereka dengan sempurna dan jangan kita lupa bahawa didikan agama , panduan serta kata nasihat belum tentu menjamin masa depan yang serba sempurna buat mereka...kerana segalanya berkemungkinan.

ozzy - tak suka makan burger...

10 ulasan:

  1. tak suker2.. xoxo tak suker lepa ckp cmtu kat kaun HAWA... namoooooo.. tak baekkkkkkk.. cedih cedih.. tapi ia nya betoi pada zaman sekarang.. bukan zaman berubah... MANUSIA MENGUBAHNYER JD TUNNGANG LANGGANG... mayah ni... ahhahaha

    BalasPadam
  2. salam xoxo..ini bukan cerita rekaan..diceritakan oleh kwn saya sendiri beberapa hari lalu.

    BalasPadam
  3. salam..
    kesian pompuan begini
    kenapalah kecik2 tak mboh mati
    dah beso nyusah mak ayah..

    BalasPadam
  4. iishhhhhh...grrrrrr
    risau gak saya anak ada dara yang sedang menuntut di IPTA..apa yang boleh kita lakukan??pantau dan berdoa..selebihnya serah pada yang maha Esa

    BalasPadam
  5. salam en ozzy..

    amy dapat baca sikit je..x tahu kenapa mata jadi berpinar2..pantulan tulisan putih gan latar belakang itam kot or memang mata amy dah sparero tp x per nanti dah ok amy dtg lagi baca entry ye..

    BalasPadam
  6. 1. mmg itulah realitinya.
    2. keling ni kalu bab tambah2 cerita kasi cantikpun ya juga...
    3. biasanya kaedah 'membuntingkan' adalah antara kaedah paling ampuh nak pujuk pompuan melayu tukar agama.
    4. org2 bkuasa dan cerdik pandai akan kata "ala... ini kes terpencil ni!"

    BalasPadam
  7. itu memang realitinya, saya pun ada kawan2 lelaki yang suka buat mcam tu utk umpan budak2 prempuan, ah murahnya prempuan yang diumpan dgn sebiji burger atau satu set hidangan MCD atau KFC yang kemudiannya mendapat bayaran dgn body mereka..lagi satu yang saya boleh kongsikan, Genting Highland memang port terbaik dan tak dikacau budak - budak kolej untuk membuat maksiat, baik bertudung labuh, singkat atau tak bertudung.. Tak percaya??? Duduk saja di lobi hotel atau di dalam lif, lihat dan dengar perbualan mereka, jawapannya ada di situ

    BalasPadam
  8. salam,
    nak kata realiti, takut pulak tapi mungkin itu yang benar2 terjadi kan?... Mungkin berkaitan dengan budaya kot, orang Melayu kan peramah... cuma kekadang peramahnya tak bertempat dan berani juga tak bertempat tanpa memikirkan buruk baik yang penting ank suka2... memang menakutkan bila memikirkan keadaan anak2 kita bile mereka besar nanti... harapan yang menggunung semoga mereka adalah insan yang terpilih dan menjadi insan yang mulia...

    BalasPadam
  9. Salam all bloggers,

    Yup, point of view of this issue totally poor when our race involve problem like this.

    How poor..

    yours
    SH

    BalasPadam
  10. Besarnya cabaran nak mendidik anak ni.Moga didikan agama dan apa yang mereka pelajari dapat menghindarkan mereka dari perkara begini.

    Memang sakit hati bila mendengar dengan sebiji burger, boleh dapat segala dari gadis melayu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...