19 Oktober 2011

KISAH KONTRAKTOR

Entri ini hanyalah untuk menyampaikan atau forward sebuah cerita rekaan dari seorang kawan sewaktu kami bersembang.
Ianya tidak ditujukan pada sesiapa tetapi membawa satu mesej yang mungkin boleh menjadi renungan kita bersama.Terlebih dahulu aku memohon maaf kalau ada sesiapa yang berasa hati dengan catatan ini.

Kisah yang diceritakan ini adalah berkaitan dengan kontraktor dan berkait rapat dengan budaya rasuah dalam negara kita.Kita semua sedia maklum terdapat beribu kontraktor yang berdaftar dalam negara kita ini dan apabila ramai yang menjadi kontraktor maka berebutlah mereka untuk mendapatkan atau melobi projek-projek yang ada.Segalanya bergantung pada rezeki masing-masing serta kredibiliti syarikat mereka dan bagi yang telah bertapak kukuh mungkin tiada masalah buat mereka tetapi bagi yang masih baru maka berbagai cara terpaksa dilakukan untuk mendapatkan projek dan antaranya adalah dengan cara memberi rasuah.

Cerita rekaan ini adalah cerita selepas hari kiamat di mana semua kontraktor tersebut akan diasingkan mengikut amalan mereka.Berdasarkan amalan yang dilakukan maka akan ada kontraktor yang dimasukkan ke dalam syurga dan akan ada yang akan dimasukkan ke dalam neraka.Maka bermulalah kisah antara keduanya apabila mereka iaitu kontraktor yang berada di dalam syurga dan kontraktor yang berada di dalam neraka diminta membuat jambatan sebagai penghubung antara mereka.

Maka berbincanglah kedua-dua group kontraktor yang satu berada di dalam syurga dan satu group lagi berada di dalam neraka.Sebulan berlalu kontraktor yang berada di dalam neraka telah berjaya menyiapkan separuh dari jambatan tersebut tetapi kontraktor di dalam syurga masih terkial-kial untuk mencari bahan apa yang hendak digunakan dan mereka hanya berjaya menaikkan beberapa tiang sahaja.

Kontraktor di dalam neraka tidak sabar-sabar lagi untuk menantikan jambatan tersebut siap kerana bahagian mereka telah pun siap sepenuhnya tapi kenapa tidak ada 'progress' dari kontraktor di dalam syurga?Apabila diperiksa rupa-rupanya hanya ada beberapa orang saja dari kalangan kontraktor yang berada di dalam syurga selebihnya semua telah dihumban ke dalam neraka.

Moral dari kisah ini kalau jadi kontraktor janganlah suka makan rasuah, janganlah selalu minta disuap atau disogok dengan duit semata-mata nak cepat kaya.Apapun aku percaya bukan semua kontraktor bersikap seperti ini dan bukan semua kontraktor bakal menjadi penghuni neraka kerana ramai juga antara mereka yang bekerja dengan cara yang halal untuk mencari rezeki dan segalanya Allah jua yang akan tentukan.Jika bukan kontraktor sekalipun apa saja bidang pekerjaan yang kita buat biarlah dengan cara yang halal dan hindarilah rasuah.

Kepada kontraktor jangan marah jika terbaca kisah ini kerana aku menulis sekadar menyampaikan apa yang diceritakan atau sembang kosong oleh kawan-kawan.Mohon maaf kalau ada yang terasa hati..

ozzy - belum jadi kontraktor...

7 ulasan:

  1. Salam...Budaya memberi rasuah yg melibatkan golongan kontraktor memang sering berlaku. Menyalahkan kontraktor 100% pun aku rasa tak patut sedangkan kadangkala mereka terpaksa dan dipaksa untuk memberi suapan kepada golongan yg bakal memberikan mereka kontrak tsb. Yg tak bestnya, golongan kotraktor yg jujur dan enggan memberi suapan terpaksa berputih mata setiap kali menghantar tender utk sesuatu kontrak dan terpaksalah mengambil kontrak2 yg nilainya ciput dan cukup2 makan atau jenis2 kontrak yg telah direject oleh kontraktor2 besar. Makin lama makin ramai golongan kontraktor yg jujur sebegini yg mendapat keuntungan yg terlalu sedikit (malah mungkin rugi) dan mungkin juga terpaksa gulung tikar

    BalasPadam
  2. Salam, Mungkin itu ada sebahagian budayanya.. tu belum kisah kontraktor perempuan yang mengoda ketua2 jabatan huhuhu...dan ada yang terpikat sesma kontraktor lelaki yang lain sudah bercerai berai :(

    BalasPadam
  3. Persaingan sesama kontraktor juga amat sengit....untuk memenangi sesuatu tawaran kerja.

    BalasPadam
  4. suami sy x mcm ni,suami penah kata,kalo nk hdup senang bley dr skrg,tp dy kta mkan duit rasuahla bg anak bini mkan,pastu bila ank keluar smua xjd org,jd setan,sbb mkan duit haram,memg rasuah mcm keutamaan dlm dunia kontraktor,tp x smua mcm 2,sy penah kenal sorg k├Ântraktor yg amalkn rasuah n kaya,malangnya ank dy sume rosak,isteri bskandal,sudahnya hr ni dy jtuh sbb kena tpu,n lmpuh sparuh bdan,ank sorg xnk jaga,bini lari,jd yg halal 2 lbey berkat dlm khdupan kta utk mghsilkn generasi yg soleh n solehah

    BalasPadam
  5. kontraktor mana yang nk bg rasuah,sapa yang nak bg duit degan orang,hang nk bagi ke.duit titik peluh kita yang cari,yang jadi masalahnya org yang bg kerja tu dah jd peel udoh dia mintak duit ngam kontrator,kalau tak di sogok,disogok pula nk bg keje kat org lain,habis mcm mana.sebut saja berniaga apa pun mesti ada unsur2 mcm ni,bukan kontraktor saja.meniaga lain pun nk tarik customer apa yang anda buat.

    BalasPadam
  6. para kontraktor telah berusaha (masuk tender) berdoa (sentiasa memohon kepada allah).. seterusnya berikhtiar..(melobi / tolong-menolong) Bak kate "wonder pet" : apew yang penting kerjesame~

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...