29 November 2011

BANJIR ANTARA BENCANA DAN RAHMATNYA

Setiap kali tibanya musim tengkujuh bererti setiap kali jugalah mereka yang terlibat dengan serangan banjir perlu bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan.Bagi mereka yang berpengalaman berhadapan dengannya mungkin telah membuat persiapan dengan segala peralatan ataupun tindakan yang perlu dibuat tapi bagi mereka yang tidak pernah menghadapinya pasti akan mengalami kesulitan.

Samada berpengalaman atau tidak perkara paling penting adalah dengan memastikan keselamatan kita serta keluarga.Selebihnya barulah kita fikirkan tentang harta benda kerana ianya boleh diganti tetapi nyawa tiada gantinya.Seringkali kita dengar dan baca berita kesan dari banjir yang melanda bukan hanya menyukarkan aktiviti seharian malah banjir turut dianggap sebagai bencana kerana melibatkan kehilangan nyawa serta kerosakan harta benda.

Dalam memperkatakan tentang bencana tanpa kita sedari terkandung juga rahmat di dalamnya.Jika kita melihat dari sudut sikap dan hubungan antara masyarakat kita hari ini yang semakin renggang dan lebih pentingkan diri sendiri, kehadiran banjir kembali merapatkan hubungan sesama mereka. Malah kemungkinan banjir juga membuatkan kita kenal siapa jiran kita dan banjir juga kembali memupuk semangat kerjasama dan toleransi sesama kita.Banjir juga mungkin menyedarkan kita yang selama ini angkuh dan sombong dengan kemewahan sehingga engggan bertegur sapa dengan masyarakat sekeliling akhirnya kita sedar bahawa kita sebenarnya memerlukan jiran dan orang lain disaat kita ditimpa musibah seperti ini.

Pada mereka yang belum pernah alaminya mungkin merasakan ianya adalah satu bencana tetapi tanpa mereka sedari rupanya ada satu rahmat yang tersembunyi di dalamnya.

ozzy - pernah merasainya..

4 ulasan:

  1. alhamdulillah setikar PJ, USJ, SA tak banjir mcm pantai timur ye!
    apa2 pun semua itu rahmat Tuhan

    BalasPadam
  2. salam..
    Gitulah Ozzy..setiap yang
    Allah jadikan baik malapetaka
    sekalipun memang ada rahmat di
    sebaliknya..itu rahsia Allah :)

    BalasPadam
  3. Terkadang ada juga org suka ngan banjir dapat makan free kabornya :)

    BalasPadam
  4. Dekat area rumah amy sudah di naiki air tapi yang peliknya orang dekat2 sini bukan risaukan banjir air naik tapi dorang boleh berpesta pula..ish2x..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...