30 November 2011

BODOH MACAM LEMBU

Ungkapan 'bodoh macam lembu' seringkali kita dengar sebagai gelaran kepada seseorang yang bersikap bodoh atau membuat sesuatu perkara yang dianggap bodoh.
Walaupun dianggap bodoh tapi lembu menghasilkan susu yang amat berkhasiat untuk diminum oleh manusia yang menganggapnya bodoh.Pelik kan?Kalau lembu tu bodoh tak takut ke kita jadi bodoh sepertinya kalau minum susunya dan makan dagingnya?.

Menurut kajian pula lembu adalah sejenis binatang yang buta warna tetapi timbul pula persoalan kenapa lembu dikatakan akan mengejar kita kalau kita memakai baju yang bewarna merah? dan kenapa 'matador' mengibarkan kain yang bewarna merah sewaktu pertandingan melawan lembu?.Ramai yang memberikan jawapan sebenarnya bukan warna merah tersebut yang membuatkan lembu itu marah atau mengejarnya tetapi disebabkan kain tersebut yang dikibarkan didepannya membuatkan dia marah walau apa pun jua warnanya.Betul atau tidak hanya lembu saja yang tahu jawapannya.

Hasil dari kajian menerusi sumber wikipidea DI SINI pula menemui beberapa khasiat dari susu lembu antaranya :
   i - Vitamin D dan K - penting bagi pembentukan tulang.
   ii - Iodin - mineral penting bagi fungsi tiroid (thyroid)
   iii - Vitamin B12 dan Riboflavin - penting bagi kesihatan kardiovaskular dan penghasilan tenaga
   iv - Biotin dan asid Panthothenik - vitamin B penting bagi penghasilan tenaga
   v - Vitamin A - penting bagi sistem imunisasi
  vi - Potassium dan Magnesium - untuk kesihatan kardiovaskular
  vii - Selenium - sedikit (trace)mineral penghalang-barah
  viii - Thiamin (vitamin B) -penting bagi fungsi kognitive, terutamanya daya ingatan!!
Ternyata dalam bodohnya tapi terkandung berbagai khasiat dari susu dan juga dagingnya.


Dalam kita menggelarkannya bodoh rupanya lembu juga ada akalnya.Kejadian yang berlaku beberapa hari lalu seolah-olah lembu ingin membuktikan bahawa mereka juga punya perasaan dan tidak terlalu bodoh sepertimana yang sering kita katakan.Mereka juga ada perasaan marah dan memberontak dengan memijak dan melepaskan najisnya pada individu yang mencederakan atau mengganggu kawanan mereka.Jika mereka bodoh dan tiada perasaan sudah tentu mereka berlalu dan membiarkannya saja.

Apakah ini juga petanda lembu juga semakin bijak dan semakin sophisticated?

ozzy - suka makan daging lembu....

6 ulasan:

  1. Perumpaan Bodoh mcm LEMBU itu sebenarnya merujuk kepada jenis hidupan yg berotak tetapi tidak berakal ..malang bg LEMBU kerana sejak berkurun manusia menggunakan namanya utk merujuk kepada KEBODOHAN...barangkali kalau LEMBU mampu berfikir dia akan ketawakan Manusia yg menuduhnya begitu...
    "Bodoh2 aku pon..susu aku yg anak manusia minum sekarang ni"...kebarangkalian ucapannya..hehe..

    BalasPadam
  2. Masa sekolah dulu ada seorang cikgu suka cakap saya bodoh macam lembu di depan kelas hanya kerana saya x dapat menjawab soalan yang di tanya...baru2 nie terjumpa pula cikgu tue di fb dan dengan tanpa bersalah dia berkata bijaknya awak sekarang dah berjaya ye.. ( saya nak terima pujian tu pun punya la payah kerana walaupun lame parut luka tu masih terasa...sensitif dengar bodoh cam lembu sampai ke hari nie..

    BalasPadam
  3. salam..
    ermm..simpati kat mangsa
    pijak lembu tu..jarang berlaku..
    bab minum susu lembu aku pun suka
    nasib baik tak bodoh cam lembu..
    he he

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum.

    Lembu memang semakin bijak dan 'dibijakkan'. :)

    BalasPadam
  5. banyak perumpamaan yg keluar mengatakan bodoh mcm lembu,ada yg kata lembu bodoh biar hidung kena cucuk,ikut mana kena tarik, ada kata otak ko bodoh mcm lembu,yg bodoh semua dikaitkan dgn lembu..tp bab kena langgar dgn lembu tu saya nampak tak menggambarkan kebodohan lembu,tp semangat setiakawan lembu tu sendiri,mungkin lembu tu marah sbb kawan dorg kena langgar..

    BalasPadam
  6. aku suka minum sususegar.. ngeh3

    jom baca kejap..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/aku-sayang-parent-aku-korang.html

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...