11 November 2011

SUSAH KE JADI IMAM DAN SUSAH KE MEMASAK

Dalam mencari pasangan dua perkara ini kerap menjadi isu perbahasan antara golongan lelaki dan perempuan.Masing-masing seakan cuba mempertahankan dan mempertikai kemampuan masing-masing tentang perkara ini.
Isu ini sebenarnya bukanlah satu isu yang besar kerana ianya boleh dikategorikan sebagai perkara asas dalam kehidupan kita sebagai manusia dan sebagai umat Islam secara umumnya.Cuma ia menjadi isu untuk dibuat pertikaian dalam mencari satu kesempurnaan meskipun ia sebenarnya bukanlah satu penghalang untuk mana-mana pasangan bersatu sekiranya hati sudah benar-benar suka.Jika tidak masakan ada yang sanggup dibawa lari ke Lombok tu kan?.

Terkadang mungkin ianya sempurna dan lengkap dari sudut ini tapi kurang dari sudut lainnya kerana kita semua sebenarnya tidak sempurna dalam segalanya, pasti ada kelebihan dan pasti akan ada kekurangannya.Ada yang pandai dari sudut agama dan selayaknya menjadi atau bergelar imam tapi mungkin ada kekurangannya mungkin dari segi fizikal atau paras rupa atau perkara-perkara lain dan begitu juga dengan golongan wanita mungkin hebat dari segi masakannya tapi mungkin ada kekurangan dalam perkara lain seperti paras rupa, tingkahlaku serta fizikalnya atau perkara-perkara lain.Terkadang kita juga perlu bertanya pada diri kita sendiri apakah kita sudah cukup sempurna sebelum mempertikaikan kesempurnaan orang lain.

Memperkatakan tentang jadi imam ia bukanlah satu perkara yang terlalu sukar cuma apabila sering diberi tafsiran seolah-olah ianya satu tanggungjawab yang terlalu berat maka ramai yang cuba mengelak sedangkan erti kata imam itu bukan hanya menjadi imam di masjid atau di surau sahaja kerana ketika di rumah kita juga boleh menjadi imam kepada keluarga atau ketika solat bersama rakan-rakan.Bukankah kita sering kata Islam itu mudah maka sebaiknya kita permudahkan isu ini. Jangan ingat kita banyak belajar ilmu agama maka kita cuba pertikaikan kemampuan orang lain untuk menjadi imam kerana syarat sah untuk menjadi imam tidak semestinya seseorang itu mempunyai ilmu agama yang tinggi atau boleh menghafal semua ayat al-quran.

Mungkin selama ini kita pernah menjadi imam secara tidak sengaja contohnya ketika kita solat bersendirian di masjid atau di surau dan tiba-tiba seseorang memberi isyarat dengan menepuk bahu kita sebagai isyarat dia menjadi makmum kepada kita.Maka kita terus tukar niat kita di dalam hati kepada menjadi imam dan memperkuatkan bacaan ketika takbir untuk rukuq dan seterusnya. Samada kita nak atau tak nak ketika ini kita perlu teruskan solat dan kita sebenarnya sudahpun menjadi seorang imam.Ia tetap dikira sebagai imam walaupun sebelum ini kemampuan kita sering dipertikaikan.Perkara asasnya adalah samada seorang lelaki itu tahu mengerjakan sembahyang ataupun tidak dan bukan dia boleh jadi imam atau tidak.Jika di masjid sudah semestinya akan ada imam yang dipilih daripada mereka yang lebih berkelayakan.Apa yang susah dan apa masalahnya?.

Orang perempuan pula akan ditanya samada pandai atau tahu ke memasak?.Memperkatakan tentang memasak pun bukanlah satu perkara yang susah tambah lagi zaman sekarang ni banyak bahan serta peralatan yang telah tersedia berbanding dengan dulu.Jika dulu kena cari kayu api untuk memasak tapi sekarang semua dah guna gas atau kuasa elektrik serta banyak peralatan moden.

Seperti entri yang pernah aku terbitkan DI SINI , bahan asas untuk membuat masakan orang Melayu bukannya susah kerana boleh dikatakan hampir semua bahan yang digunakan adalah bahan yang sama cuma resepinya sahaja yang dipelbagaikan untuk memberi citarasa yang berlainan.Ramai yang pada awalnya tidak tahu memasak tetapi setelah berkahwin dan tahu tanggungjawabnya sebagai seorang isteri maka dia akan belajar memasak bermula dengan masakan yang ringkas dan lama-kelamaan dia juga akan dikategorikan sebagai seorang yang pandai memasak.Pokok pangkalnya adalah nak atau tak nak.

Samada persoalan tak tahu jadi imam ataupun tak tahu memasak, perkara yang menjadi persoalan sebenarnya adalah MALAS.Orang yang malas akan cuba menutup kelemahannya dengan memberi alasan itu dan ini maka akhirnya bila ditanya 'APA PUN TAK TAU'..Tak perlu diputar belit pasal imam atau pasal masak kerana kalau kita pemalas macam mana nak jadi imam? dan kalau kita pemalas macam mana nak masak?.Kalau tak tahu kita belajar dan bertanya samada untuk jadi imam atau untuk memasak...mudah bukan kerana isu sebenarnya di sini adalah macam mana nak kahwin kalau pemalas dan bukannya macam mana nak kahwin kalau tak reti jadi imam atau macam mana nak kahwin kalau tak reti memasak...

ozzy - tak perlu salahkan sesiapa dan tak perlu mencari kesalahan dan kelemahan orang lain.

6 ulasan:

  1. Salam, sama penting bender 2 tu.. keknya alasan yang paling kukuh dan kalau tak reti itulah jawapanya malas huhuhu.. Moralnya kena rajin dan kena blajorlah yak.

    BalasPadam
  2. Macam kena kat btg idung saya jer bab masak memasak ni....hehe..

    BalasPadam
  3. Setuju sangat...bagi saya org yg xnk jd imam ni selalu sembahyangnye pun jarang. Bila disuruh jd imam mula la kelam kabut dan bg pelbagai alasan.. Kalau memasak, bg saya nak seribu daya, kalo tak nak banyaklah dalihnya atau dlm kata lain malas

    BalasPadam
  4. urang laki hok nok kawen, belajo2 lah jadi imam.. takkan doh kawen nanti, ket rumah tak semayang jemooh dengen isteri

    BalasPadam
  5. betul, "pokok pangkalnya adalah nak atau tak nak". nak seribu daya, bila xnak mcm2 alasan kluo.

    BalasPadam
  6. suka ayat yang en.ozzy gunakan ini "Orang yang malas akan cuba menutup kelemahannya dengan memberi alasan itu dan ini maka akhirnya bila ditanya 'APA PUN TAK TAU'..jadi jangan banyak beri alasan sehingga dapat penyakit M...peribahasa pun ada manyatakan , nak seribu daya x nak seribu dalih..jadi tepuk dada tanya lah diri...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...