25 November 2011

TEKNOLOGI MEMBUATKAN KITA SEMAKIN MALAS

Kemunculan berbagai teknologi hasil dari inovasi menjadikan kehidupan kita sebagai manusia semakin mudah seiring dengan masa yang dikatakan bergerak semakin pantas.Jika sebelum ini kita memerlukan banyak masa untuk menyiapkan sesuatu perkara tetapi dengan adanya kemajuan teknologi kita dapat menyiapkannya dengan lebih mudah dan cepat.

Tidak dinafikan bahawa kemajuan teknologi itu penting untuk melancarkan banyak urusan seharian samada di rumah mahupun di tempat kerja dan pastinya ia turut memudahkan kita semua untuk menguruskan masa.Kita dapat melihat apa jua perkara yang sering digunakan akan dipertingkatkan samada dari segi reka bentuk mahupun kualitinya samada untuk tujuan komersial mahupun untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna.

Ada satu perkara yang kini sering aku perhatikan sewaktu ingin membayar tol.Ramai yang tidak lagi menghulurkan tangan melalui tingkap kereta sewaktu membayar tol sebaliknya dengan membuka pintu kereta.Jika kereta lama mungkin leceh sikit sebab tingkap diturunkan secara manual tapi kalau kereta baru aku pasti kebanyakannya telah dilengkapi dengan power window.


Pada awalnya aku beranggapan mungkin power window kereta itu rosak tapi bila ramai yang menggunakan cara ini hati aku mula tertanya-tanya lebih-lebih lagi bila melihatkan kereta tersebut adalah kereta yang canggih dan masih baru.Tak mungkin banyak kereta yang masih baru kesemuanya telah rosak power windownya?.Ataupun apakah senario yang semakin sering aku perhatikan ini merupakan satu trend baru masyarakat kita yang semakin malas untuk menekan butang power window?.Jika benar ternyata teknologi yang ada membuatkan kita semakin malas. Persoalannya susah sangat ke nak tekan butang tu?Kalau dulu sebelum adanya power window ini memang agak susah atau agak leceh untuk menaikkan tingkap dengan cara manual kerana kita perlu pusingkan tombol untuk menaikkan tingkap tapi sekarang ni kita cuma perlu tekan hanya dengan satu jari..susah ke?..hmmm.

Itu cuma salah satu contoh kesan dari kemajuan teknologi yang sememangnya diakui banyak memberi kemudahan pada kita dan memudahkan kehidupan kita.Namun dalam masa yang sama ia turut memalaskan kita dan jika boleh kita langsung tidak mahu bergerak.Biar semuanya bergerak mengikut apa yang kita nak..

ozzy - ada baik dan buruknya teknologi ni....

2 ulasan:

  1. stju,xsmua teknologi mdatangkn kbaikn pd kita,sbg cth lain lihat sj kcanggihan teknologi handset skrg,ia bukn sj mjd phubug sesama manusia,malah boleh mjd satu medium penghasilan video porno dan penyebaran paling cepat dan pantas,student skrg ni pun..kalo wt assignment bukan nak guna sumber rujukan,smua nk copy paste dr internet dan hantar,sume nk senang..dh xada istilah bsusah dahulu senang kmudian

    p/s sorry tulisan ringkas bnyak,sbb guna handset je ni..

    BalasPadam
  2. ak pun malas dah skrg. hahahha

    jom baca..

    http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/pandai-sangat-dah-kan.html

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...