2 November 2011

WORLDLESS WEDNESDAY - MASALAH


Apabila mengalami masalah berbagai cara yang kita lakukan samada dengan berhadapan dengannya, membiarkannya atau mencari jalan untuk mengatasinya.Bagi mengurangkan bebanan masalah itu pula ramai diantara kita yang suka berkongsi dengan teman-teman ataupun dengan adik beradik yang agak rapat.Memang ramai yang berpendapat ia adalah satu cara yang agak berkesan untuk mengurangkan tekanan akibat dari masalah tersebut setelah kita meluahkannya pada seseorang sekurang-kurangnya apa yang terpendam di dalam hati dapat diluahkan.

Kemunculan berbagai laman sosial menjadikan ianya semakin popular sebagai tempat untuk meluahkan perasaan dan berkongsi masalah.Antara yang popular adalah melalui facebook, twitter serta termasuk juga dengan blog.Ramai yang lebih cenderung dengan memilih facebook sebagai tempat untuk meluahkan dan berkongsi masalah dengan harapan apabila ia diluahkan pada wall facebook akan ada komen dari teman-teman yang memberi semangat dan perangsang sekaligus dapat mengurangkan sedikit tekanan yang dihadapi.

Namun ramai yang terlupa bahawa persepsi atau anggapan dari setiap rakan-rakan kita adalah berbeza kerana ada yang berfikiran positif dan ada juga yang berfikiran negatif.Apabila masalah tersebut dipublishkan maka semua rakan-rakan dapat membacanya dan bukan semuanya akan memberi pendapat atau pandangan yang jujur kerana mungkin apa yang ditulis tidak sama dengan apa yang ada di dalam fikiran mereka lebih-lebih lagi jika terlalu kerap kita luahkan masalah.Lama-kelamaan mungkin akan timbul rasa menyampah pada mereka dan beranggapan seolah-olah hanya dia saja yang ada masalah.Akhirnya rakan-rakan akan kata "buat semak jelah dia ni" walaupun dalam masa yang sama mereka masih 'menghulurkan' komen.

Kerana itu berpada-padalah kalau nak luahkan masalah kita.Luahkan pada tempat yang kita rasakan sepatutnya kita luahkan terutamanya pada seseorang yang boleh kita percayai.Aku beranggapan meluahkan di facebook bukanlah jalan yang terbaik kerana banyak mata yang memandang dan banyak anggapan yang bersarang termasuk pada yang cuba mengambil kesempatan.Jika tak boleh FACE IT sebaiknya janganlah selalu sangat FACEBOOK IT !!!.

Bagaimana pula dengan luahan masalah kita di blog? pun ok juga tapi aku beranggapan biarlah blog tersebut disimpan atau di sorok menjadi seperti sebuah diary untuk kita sendiri.

p/s - ....asalnya nak buat wordless tapi dah terlebih karang pulak hehe...

ozzy - tidak lepas dari berdepan dengan masalah...

5 ulasan:

  1. Ini dah bukan wordless dah ni en.ozzy hehe... setuju dengan entri nie..anyway esok amy dah pulang ke kampung , terpaksa pulang awal kerana uruskan soal bangla, jadi amy wish awal2 la ye , selamat menyambut hari raya aidiladha buat en.ozzy sekeluarga

    BalasPadam
  2. Amy syaquena..

    Tu la pasalnya hehe..asalnya nak post sebagai wordless dah terlebih pulak karangannya.
    Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha juga buat Amy sekeluarga

    BalasPadam
  3. Salam jauh dah melaratnya wordless aok nei hehehe.. koi terkadang luah separuh aje tak seme.. separuh lagi kat tempat lain pulok.. betul tak semua org berfikir dgn permikiran kita yak :)

    BalasPadam
  4. Bukan semudah perkataan...namun itulah hakikatnya...mahu atau tidak kita harus berani mendepani sesuatu masalah...meluahkannya dlm pelbagai cara dan aspresi..termasuk lah di wall FB...balasan dari rakan2 harus kita timbang pakai semula jgn telan semunya...mereka sekadar pemberi guide line utk kita menangani masalah tersebut...Tindakan yg sebetulnya mesti dari kewarasan otak kita sendiri...

    BalasPadam
  5. ozzy, selamat hari raya aidiladha...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...