3 Oktober 2012

JATUH TALAK ANGKARA FACEBOOK


Penceraian merupakan perkara yang amat tidak digalakkan dalam Islam.Kerana itu bagi pasangan yang ingin mengambil keputusan untuk bercerai mereka akan diberi nasihat serta kaunseling agar hubungan mereka kembali pulih dan kembali menjalani kehidupan berumahtangga dalam suasana harmoni.

Bagi para suami perkataan yang perlu dijaga adalah lafaz cerai atau menjatuhkan talak.Jangan sewenang-wenangnya menyebutnya walaupun hanya sekadar gurauan.Begitu juga ketika dalam keadaan marah emosi perlu dikawal supaya perkataan itu tidak terpacul dari mulut.

Jika sebelum ini kita digemparkan dengan talak atau lafaz cerai hanya melalui SMS tapi kini timbul pula isu talak melalui facebook.Ini adalah antara petikan berdasarkan satu pertanyaan daripada seorang isteri dan ini juga bermakna fenomena ini mula merebak melibatkan laman sosial facebook pula.Ternyata kemudahan yang disediakan dipersia oleh golongan yang mudah hilang pertimbangan kerana tidak memikirkan akan kesannya.Info selanjutnya sila baca DI SINI.


Pada saudara mara dan sahabat handai beringatlah selalu dan jangan mudah untuk lafazkan talak kerana ia bakal memberi implikasi bukan hanya pada suami isteri malah turut melibatkan masa depan anak-anak kita sendiri.Jangan selalu permainkan kata-kata 'talak' walaupun hanya sekadar gurauan bimbang nanti mulut kita ringan untuk selalu menyebutnya.Sikit-sikit jatuh talak...

ozzy - kalau sebut selalu..sikit-sikit lama-lama jadi bukit.....

5 ulasan:

  1. Moralnya jangan pandang mudah soal talak ini jgn main2... perkara hak yang telah dittp tidak akan berubah... berfikir sblm berkata itulah sebaiknya.

    BalasPadam
  2. dua dua pihak kena muhasabah lah... isteri jangan asyik FB sampai abaikan atau aibkan suami. suami jangan rigid sangat sampai FB pun tak boleh... tolak ansur lah dalam rumah tanggga...

    BalasPadam
  3. Penceraian bukan benda yg boleh dibawa main2.. Boleh menyebabkan kerosakan dlm masyarakat kita, nilai institusi keluarga menjadi lemah..tp zaman skrg penceraian semua dipandang rendah, enteng bila tidak matang dalam mengendalinya..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...