15 November 2012

FENOMENA DARI USTAZ AZHAR IDRUS

Fenomena yang dicetuskan oleh ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali dengan panggilan ringkas UAI amat luar biasa dengan jumlah kehadiran puluhan ribu penonton yang semakin meningkat dalam setiap kuliah atau ceramahnya.Bukan hanya di negara kita malah namanya turut terkenal di negara jiran seperti Indonesia dan Brunei.

Begitulah hebatnya aura dari penceramah bebas ini dan memberi impak positif khususnya di kalangan generasi muda untuk sama-sama turut serta mendengar ceramahnya.Meskipun UAI dikatakan sebagai penyokong dan ahli politik dari parti PAS namun dikalangan yang hadir terdiri dari semua golongan tanpa mengira apa jua parti politik yang mereka sertai kerana di dalam ceramahnya UAI amat jarang menyentuh bab politik kecuali jika berada di pentas politik.Sekaligus membuktikan kita sebenarnya mampu bersatu atas nama umat Islam untuk menambah dan mendalami ilmu agama.Aku pasti ketika ini masing-masing melupakan sengketa atau dendam demi meningkatkan lagi pengetahuan tentang ajaran Islam.

Apa yang membuatkan ceramahnya digemari oleh orang ramai? Jika kita perhatikan dalam seisi ceramah atau penerangannya kebanyakan isinya berkisar tentang perkara yang telah pun di bawa oleh penceramah lain sebelum ini.Begitu juga seisi soal jawab kebanyakannya adalah persoalan yang sering dibangkitkan samada di dalam akhbar, tv mahupun kaset dan biasa dijawab oleh penceramah atau ustaz yang lain.Sesuatu yang amat baik adalah walaupun seringkali ditanya dan dijawab dengan jawapan yang sama ia sekurang-kurangnnya mengingatkan semula pada kita yang mungkin lupa.

Perbezaannya adalah cara penyampaian serta jawapannya yang bersahaja diselang seli dengan lawak spontan yang mencuit hati penonton sekaligus berjaya menarik minat penonton untuk terus mengikuti ceramahnya.Namun ramai pihak berpendapat fenomena ini tidak akan bertahan lama.Seperti juga apa yang berlaku dalam bidang hiburan penyanyi Mawi pernah mencetuskan fenomena seperti ini di mana setiap kali kemunculannya sambutan yang diterima sungguh hebat pada ketika itu.Namun akhirnya tenggelam dibayangi penyanyi lain serta timbulnya rasa bosan di hati penonton.Aku berpendapat itu adalah perkara biasa kerana kita semua hanyalah manusia biasa yang ada pasang surutnya dalam menempuh kehidupan ini.Mekipun perbandingan ini dianggap tidak adil kerana bidang mereka yang berlainan tapi senarionya adalah sama jika dilihat pada tarikan utamanya mungkin pada 'rasa terhibur' khususnya pada golongan muda tetapi rasa terhibur yang dipersembahkan oleh UAI adalah lebih baik kerana dalam berhibur beliau berjaya menyampaikan ilmu agama.Syabas dan tahniah pada ustaz Azhar Idrus walaupun beliau mungkin akan mengalami zaman surutnya sekurang-kurangnya beliau berjaya menyampaikan sesuatu yang baik pada zaman kemuncaknya.


Antara yang menjadi tarikan utama dalam ceramah UAI ini adalah ideanya membuat lawak spontan yang menghiburkan hadirin walaupun dia masih kekal dengan loghat terengganunya yang agak pekat namun ianya tidak menghalang hadirin dari segenap pelosok tanah air untuk mengikuti ceramahnya.Namun, ada kalanya ramai yang berpendapat dalam mencipta lawak terbit kata-kata sinis yang agak kasar pada pandangan sesetengah pihak dan ada antaranya terasa hati dengan kata-katanya.Dalam cubaannya untuk terus mengekalkan popularitinya dan terus menarik minat pendengar, UAI perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata agar tidak terperangkap dengan lawak spotan ciptaannya sendiri.Mungkin satu masa nanti apabila kekeringan idea maka terbitlah kata-kata yang bakal mengundang kontroversi sekaligus mengendurkan minat orang ramai untuk terus mengikuti ceramahnya.

Sesetengah pihak berpendapat kata-kata ustaz atau yang bergelar ulama tidak boleh dibantah atau dibahas tetapi sesetengahnya berpendapat ustaz juga manusia biasa yang boleh ditegur dan dibantah sekiranya apa yang dikatakannya itu adalah agak samar apalagi jika jawapan yang diberikan dalam bentuk yang agak subjektif.

ozzy - aku hanya manusia biasa ada kalanya tegur salah tak tegur pun rasa serba salah...

2 ulasan:

  1. Saya anggap ustaz juga adalah manusia biasa dan bukan bersifat maksum, selagi mereka itu manusia bermakna mereka tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Yang penting pengawalan yg negatif dlm diri dan apabila berlaku kesilapan atau keburukan, maka kembalilah kpd Islam. Disitu ada penyelesaiannya.. Saya tak nafikan saya minat cara pendekatan uai yg bersahaja, tp ada intipatinya berbanding yg duduk bercerita tanpa ada unsur jenaka sikit, sudahnya org mula menguap, main hp atau pelan keluar tinggalkan tempat tu.. Hmmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nisa Khairi..betul tu & itulah tarikan utama org ramai utk mendengar ceramah/kuliahnya

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...