3 Februari 2012

PELAN RUMAH

Dah beli rumah ke belum?.Mana yang belum ada rumah sendiri tu eloklah beli rumah dulu sebab harga rumah makin lama makin mahal.Ramai yang berlumba-lumba asyik nak tukar kereta atau nak tambah kereta tapi masih tinggal di rumah sewa.Tak kisahla kan sebab itu duit dan pilihan masing² tapi kita kena ingat walau secanggih manapun kereta tu hari ni kita beli esok harganya dah jatuh tapi rumah harganya akan terus naik.

Membeli rumah merupakan satu bentuk pelaburan yang bagus untuk jangka panjang apatah lagi kalau lokasinya merupakan kawasan tumpuan.Aku berpendapat membeli rumah juga termasuk dalam pelaburan dalam sektor hartanah.Tak kiralah walau di mana sekalipun kita beli rumah tu.Mungkin hari ni rumah yang kita beli tu terletak jauh di pendalaman tapi siapa tahu tiba² tempat tersebut dibangunkan atau dimajukan dah tentu harganya naik berpuluh kali ganda dan kalau tak nak jual pun kita boleh sewakan..kan dah untung.
2D

3D
Ini adalah lakaran pelan rumah lengkap dengan semua ukuran yang aku reka sendiri mengikut citarasa aku dalam bentuk 2D dan 3D.Ianya bakal aku bina di kampung aku nanti yang terletak di Taiping.Anggaran saiznya sekitar 30 kaki lebar dan 65 kaki panjang dengan 3 bilik tidur dan 3 bilik air.Anggaran budjet pun sekitar 70~80 ribu dan mungkin saiz rumah tersebut sedikit berubah bergantung pada kiraan kontraktor yang akan membuatnya nanti.Kontraktor tu pun bukan orang lain, kawan sekampung aku juga sejak kecil lagi.(klik imej kalau nak tengok ukurannya)

Melalui lakaran tersebut yang menggunakan perisian AutoCad lebih mudah untuk aku mengira berapa banyak tiles atau mozeck yang akan digunakan nanti termasuk 'curve' (yang berbentuk melengkung dan dipasang pada bucu atau permukaan yang tajam). Manakala untuk lakaran 3D aku menggunakan perisian Floorplanner yang boleh dipelajari dengan mudah, cuma drag and paste saja imej yang hendak digunakan melalui library.Untuk mempelajarinya boleh klik DI SINI.


Rumah sebelum inipun aku kira dan beli sendiri jadi tak banyaklah yang membazir dan lebih jimat.Begitu juga dengan perkakas lain seperti switch, 3-pin socket, kipas angin atau aircond, sinki, kepala paip yang kebanyakannya aku boleh pilih sendiri dari jenis yang tahan lama atau rekabentuk yang menarik tapi bergantung pada budget jugalah.

Tanah tersebut sebenarnya adalah tanah peninggalan arwah ayah aku yang diwasiatkan atas nama aku dan kalau dah siap nanti (angan² dulu ni hehe) bermakna ini adalah rumah ke-3 yang aku ada.Sebelum ini aku dah beli sebuah teres yang terletak di Batang Kali kerana selain harganya yang agak murah ketika itu, rumah tersebut juga adalah hak milik kekal, itu yang paling penting.Lokasinya juga agak strategik serta agak jauh dari kesibukan Kuala Lumpur dan terletak di simpang berhampiran simpang masuk untuk naik ke Genting Highland.Jarak rumah aku untuk ke stesen cable car pun tak jauh ambil masa lebih kurang 5 minit je.Kini kawasan tersebut semakin membangun dan harga rumah juga semakin melonjak.Harga masa aku beli pada tahun 1998 adalah rm65 ribu tapi sekarang harganya telah melonjak 2 kali ganda kepada rm120 ribu.Bayangkan harganya selepas 10 atau 20 tahun nanti...sebab itu aku katakan tak rugi jika kita melabur untuk membeli rumah.

Manakala rumah kedua yang aku duduki sekarang cuma sebuah rumah flet sederhana yang terletak di sekitar Petaling Jaya dan terletak berhampiran dengan tempat kerja aku ni.Cuma rumah ini bukanlah pegangan bebas tapi cagaran selama 99 tahun, biasalah rumah di sekitar bandaraya ni jarang sangat yang hak milik kekal kecuali kalau yang berharga rm300 ribu keatas.Walaupun rumah ini berstatus cagaran 99 tahun tapi kerana banyaknya permintaan maka harganya turut melonjak dengan cepat.Harga asal rumah ini adalah rm75 ribu dan aku beli pada tahun 2008 (2nd hand) dengan harga rm92 ribu tapi hari ini harganya telah melonjak kepada rm120 ribu dengan keluasan 810 kaki persegi dan aku pernah terbitkan entry bagaimana caranya aku dapat membeli rumah ini DI SINI.Bayangkan perbezaan harganya dalam beberapa tahun saja..

ozzy - dalam proses untuk pecahkan geran tanah...

2 Februari 2012

KUTIP DUIT

Pernah dengar duit terbang?kalau tarik duit tu biasalah kan.Cerita pasal tarik duit ni bukannya baru sebab memang dah lama diperkatakan tapi kesahihannya saja yang belum pasti sebab tak pernah ada lagi yang tampil mengaku dia dah dapat duit berlonggok hasil dari tarik duit ni.Yang banyaknya kena tipu adalah, bukan dapat duit dari tarik duit tapi duit dia yang kena tarik.

Tapi kalau cerita pasal duit terbang korang kena percaya sebab aku pernah dapat duit terbang ni hehe..kisahnya macam ni masa aku bawa motor beberapa tahun dulu aku berhenti di lampu isyarat yang bertukar warna merah bersama beberapa buah motorsikal lagi.Bila lampu isyarat bertukar hijau seperti yang biasa kita tengok penunggang motorsikal yang akan memecut dulu ke depan termasuklah aku.

Oleh kerana kami memecut dulu maka jarak antara kami yang bawa motor ni agak jauh la juga dari pemandu yang lain.Agak jauh di depan aku dengan jarak kira² 30 kaki ada sebuah motorsikal yang dipandu oleh pemandu India bersama rakannya di belakang.Tiba-tiba aku tengok sehelai demi sehelai duit dari poket pemboncengnya terbang melayang.Aku pun berhentikan motorsikal di tepi jalan sementara motorsikal tadi terus memecut mungkin tak perasan duitnya dah terbang.Oleh kerana jalan masih lengang sebab kami berada jauh di depan maka senanglah aku pergi kutip je duit tu, takkan nak bakar pulak kot hehe..

Dapatlah aku merasa duit terbang sebanyak 40 hinggit pada hari tu hehe tapi puas jugalah aku mikir apa aku nak beli dengan duit tu.Kata orang duit macam tu duit panas kalau beli barang pun barang jadi panas tapi aku bukannya mencuri atau buat sesuatu yang tak elok dan lagipun kalau aku tak ambil orang lain juga akan ambil kan?.Akhirnya aku habiskan je duit tu dengan beli apa je barang yang aku rasa nak beli lagipun setakat rm40 bukan banyak sangat barang yang dapat dibeli sekarang ni pun kan..panas pun panaslah hehe..

Apa yang berlaku pada makcik (belah isteri aku) pada hujung tahun lepas lagi menarik.Dia terjumpa satu beg yang tercicir di mana isi di dalamnya ada duit sebanyak 20 ribu tunai...wow!!..Katanya masa dia parking keretanya di salah sebuah kawasan parking kereta, bila dia keluar dari keretanya dia ternampak beg tu dari kereta di sebelahnya dan dia ambil lah beg tu sebab beg tu nampak masih elok lagi..tak mungkin tuannya saja nak buang beg yang masih cantik gitu kan?.Bila dia buka terperanjat dia tengok berkepul-kepul duit tersusun kat dalam tu dan dia cepat² masuk balik ke dalam kereta sebab takut mana tau tiba² datang peragut ke perompak ke nahaslah pulak dia nanti.

Dia mula berfikir mana nak cari tuannya? takkan nak tunggu je kat situ sebab dia pun ada kerja lain nak buat.Jadi dia ambil keputusan untuk selongkar beg tu kot² ada contact number tuannya dan memang ada kat dalamnya. Lepas call dan jumpa tuan empunya beg tu barulah dia tahu jumlah sebenar duit kat dalam tu semuanya adalah 20 ribu selepas tuannya beritahu yang duit tu baru je dikeluarkan untuk bayar gaji pekerjanya.Nasib baik juga makcik tu yang jumpa kalau orang lain??..

Korang pernah dapat? agak-agak kalau korang jumpa duit banyak tu apa korang nak buat??...tak kan buat-buat tak tahu je kot hehe..

ozzy - dulu banyak jumpa duit 1 sen tapi sekarang banyak jumpa duit 5 sen bersepah...

1 Februari 2012

TOM YAM OZZY

Tomyam merupakan makanan popular yang dikatakan berasal dari Thailand."Tom Yam" atau "Tom Yum" ini merupakan perkataan Thailand atau Laos yang bermaksud "sup pedas".Makanan yang dicampurkan dengan bermacam herba atau perencah ini kemudiannya menjadi hidangan popular di beberapa negara Asia termasuklah negara kita Malaysia.

Aku sebenarnya bukan nak bercerita tentang sejarah atau asal usul tomyam ni cuma nak beritahu yang aku ni adalah salah seorang penggemar tomyam hehe...dan aku juga nak berkongsi satu cara yang menjimatkan untuk merasai hidangan ini bersama keluarga.Biasanya kalau kita masak sendiri rasanya tak sama sepertimana yang kita makan di kedai terutama rasa kuahnya.Kita juga boleh tengok banyak warung atau restoran yang menyediakan hidangan ini tapi bila order rasanya langsung tak menepati selera lebih² lagi orang macam aku ni yang cerewet tentang rasa masakan.Pernah sekali aku order tomyam di sebuah warung tapi aku cuma hirup kuahnya 2 sudu saja lepas tu tinggal sebab rasa yang lebihnya cuma masinnnn ya ampun !!...

Satu cara mudah yang aku buat adalah dengan membeli sebungkus tomyam dari kedai yang memang sedap kuahnya dan kemudiannya aku bawa balik ke rumah.Dah banyak warung atau restoran yang aku pernah rasa tomyamnya hinggalah akhirnya aku jumpa satu restoran yang betul² sedap dan menepati selera aku.Jadi setiap kali nak makan tomyam aku akan ke sana jelah tapi kita sedia maklum kalau selalu pergi makan bersama keluarga besarlah juga belanjanya, paling kurang pun habis juga rm30 ke 50.Nak makan sorang² tak sampai hati pulak bila ingat keluarga di rumah tu kan?.Maka cara mudah yang aku buat adalah beli sebungkus dan bawa balik untuk makan bersama-sama.

Haa...tu dia tomyam yang aku beli, tomyam campur yang ada semua bahan di dalamnya seperti ayam, daging, sotong dan juga udang dengan kuahnya yang pekat melekat hehe....pastikan masakan tomyam yang kita beli tu benar² sedap dan kita pernah makan sebelum ini, kalau tak sedap baik masak sendiri jeee..betul tak?



Sediakan hirisan ayam dan daging dan masukkan ke dalam periuk bersama sedikit air dan panaskan dalam beberapa minit.Sediakan juga bawang kuning dan juga sebatang serai serta 3 ulas cili padi/kampung dan rebus bersama ayam dan daging tadi (boleh juga dicampur dengan buah tomato)

Jangan lupa untuk masukkan sedikit garam kerana rebusan ini akan dicampur dengan tomyam yang dibeli tadi sebab kalau tak campur kuah tersebut akan menjadi tawar.Bila dah campur dengan garam air rebusan ini rasanya dah macam sup tapi jangan banyak sangat garamnya nanti masin sangat pulak..hinggap pulak darah tinggi nanti, kata orang tu secukup rasa je hehe..
Bila dah rasa bahan-bahan tu dah empuk (anggaran dalam 2 minit) masukkan tomyam bungkus yang dibeli tu kedalam bahan yang kita dah rebus dan panaskan sehingga kuahnya menggelegak..menggelupur pun kira boleh lah asalkan jangan melompat dahh..hehehe..
Taaarraaa...haaa tu dia dah pun siap " TOM YAM OZZY " hehe..asalnya cuma beli sebungkus untuk sorang tapi bila dah buat macam ni dapat penuh dua mangkuk dengan isi yang banyak dan boleh di makan untuk satu keluarga dengan modal sebungkus tomyam cuma rm6 sahaja.Mula² beli dulu harganya cuma rm4.50 lepas tu naik rm5 lepas tu naik lagi rm5.50 dan semalam harganya naik lagi jadi rm6 sebungkus.Biasanya kalau makan di kedainya dengan keluarga memang habislah antara rm30-40.Sesekali bolehlah, kalau hari²? parah jugalah kan kecualilah kalau aku ni tokey besau hehe...

Dalam kita mengeluh harga barang makin naik, harga barang makin mahal maka inilah antara satu cara bagaimana kita berjimat dalam berbelanja.Jangan asyik nak tunjuk lagak makan kat kedai yang mahal² tapi bila balik rumah kita mengeluh dan termenung sebab banyak lagi perkara lain yang kita kena fikirkan untuk dibelanjakan, hutang sana hutang sini..zaman sekarang ni kalau tak berhutang tak ada harta betul tak? kereta hutang, rumah hutang dan bermacam hutang lagilah kan hehe...macam entry yang pernah aku postkan DI SINI.

Jangan nak ikutkan sangat dengan orang lain sebab apa yang kita ada dengan apa yang mereka ada tak sama. Kalau mereka dapat lebih itu adalah rezeki dan bahagian mereka dan kita yang sedikit kurang ni buatlah cara kurang, yang penting hidup kita bahagia dan tak menyusahkan diri serta orang lain..UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI...

ozzy - selamat mencuba...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...