Dari nombor telefon yang tertera pada papan iklan aku segera mendail dan disambut oleh seorang perempuan cina.Menurutnya dia adalah ejen menjual rumah tersebut yang juga dari milik keluarga cina.
Rumah tersebut terletak di tingkat satu dengan keluasan 810 kaki persegi (rumah flet kos rendah keluasannya 650 k/p) bersama 3 bilik dan 2 bilik air yang memang menjadi pilihanku kerana aku tidak suka kedudukan tingkat bawah yang kotor ditambah dengan motor yang diparking disitu.
Pada mulanya aku bertanya berapa kadar sewa dan dia mengatakan sewa sebulan rm600 tapi menurutnya lebih baik jika aku beli kerana jika aku sewa bila sudah ada pembeli aku akan diarahkan keluar pada bila-bila masa.Harga yang ditawarkan adalah rm98 ribu..aku hanya mampu mengangguk kerana aku tahu aku tidak mampu mencari duit deposit sekurang-kurangnya 10% dari harga rumah bermakna aku perlu sediakan sebanyak rm9800.Aku katakan aku akan fikir dulu dan jika aku berminat aku akan telefon dia semula.(memang minat tapi tak ada duit sebenarnya hmmm...)
Hari berikutnya aku hanya memikirkan bagaimanakah caranya untuk aku mendapatkan duit sebanyak itu.Aku cuba bertanya pada pihak bank jika ada yang boleh memberi loan 100% tapi hampa kerana mengikut prosuder bank pembeli dikehendaki membayar 10% dari harga rumah.Aku masih belum berputus asa dan cuba pula memohon personal loan sebanyak 10 ribu.Ketika proses berjalan aku cuba mencongak cara yang lebih mudah kerana kos tambahan perlu disediakan seperti bayaran lawyer rumah dan lawyer bank.Cara yang aku buat adalah aku 'upkan' lagi harga asal rumah tersebut sebanyak 10% maksudnya jika bank bertanya nanti harga yang aku beritahu adalah harga yang telah aku naikkan sebanyak 10% dan selepas bank tolak sebanyak 10% maka aku akan dapat semula harga sebenar rumah tersebut.Ini bermakna aku akan memperolehi juga loan 100 % !!!.
Selepas pinjaman aku diluluskan aku segera berjumpa dengan ejen tersebut dan Alhamdulillah.. setelah berunding dia menawarkan harga rumah tersebut rm92 ribu dan aku hanya diminta membayar sebanyak rm5 ribu sahaja.. ertinya kurang dari 10% dimana aku sepatutnya perlu bayar sebanyak rm9200.Ini bermakna duit pinjaman sebanyak 10 ribu itu aku boleh langsaikan bayaran lain yang akan dikenakan nanti.Dengan pihak bank aku tetap naikkan harga rumah tersebut agar menjadi semula pinjaman kepada 100%.Dari harga rm92 ribu setelah ditolak rm5 ribu harga rumah tersebut kini menjadi rm87 ribu dan dari harga rm87 ribu aku tambah semula 10% menjadi rm95.700 tapi aku genapkan kepada 97ribu.Setelah pihak bank menolak 10% bermakna harganya akan menjadi semula harga asal iaitu rm87 ribu bersamaan loan 100% betul tak??.
Pihak bank pula menawarkan loan termasuk yuran guaman sekali ..maka lepaslah aku dari bayaran kepada peguam bank dan yang aku perlu bayar hanyalah pada lawyer rumah sebanyak rm2,500.Duit selebihnya aku simpan untuk membayar benda-benda lain seperti tukar nama elektrik dan air.Inilah caranya orang yang tak pandai menyimpan duit macam aku ni..tangan panas pantang bila ada duit Walau apapun aku kira itu lebih baik dari aku terus menyewa sebanyak rm600 sebulan dan bayaran bulanan yang aku perlu bayar untuk rumah ini adalah rm550 ...bezanya ia akan jadi hak milik aku.
Terpulanglah pada pemikiran masing-masing mungkin ada yang berpendapat cara aku ini salah dan aku akui cara ini bukanlah cara yang terbaik tapi sampai bila aku harus tunggu duit aku akan cukup sedangkan sewa rumah tetap aku kena bayar setiap bulan??.Mungkin ada ramai yang lebih suka bergaya dengan kereta baru dan mahal tapi fikirlah harga kereta hari ini beli esok dah jatuh harganya tapi harga rumah semakin hari semakin naik dan bulan lepas jiranku yang ditingkat tiga berjaya menjualnya dengan harga rm120 ribu..itu tingkat 3 sedangkan aku ditingkat 1 rasanya senang-senang boleh jual dengan harga rm150 ribu.Pejam celik personal loan yang aku buat tu pun dah nak habis bayar dan lepas ni aku hanya bayar ansuran rumah sahaja.Manakala rumah aku di Ulu Yam (Batang Kali) masih lagi disewa oleh orang yang sama dan harga pasarannya juga semakin melonjak.
Ingin aku ingatkan pada rakan-rakan semua bahawa sekiranya kita mempunyai impian dan untuk mencapai impian tersebut gunakanlah akal yang dianugerahkan sebaik mungkin untuk berfikir dan mencari jalan untuk memanfaatkannya meskipun ada kalanya nampak seakan mustahil tapi tidak salah jika kita terus berfikir dan berusaha.Segalanya terletak pada minda dan semangat kita sendiri..
ozzy - Syukur Alhamdulillah..

sy x pernah ambik loan, xde rmh.. mnumpang je rmh adik..
BalasPadamSifu..
BalasPadampandai aok rolling duit yek..
bgus jugek tips tu...
salam bang..
BalasPadamrezeki jangan di tolak
bertuah kita ni yang berumah
hutang bank..setidaknya habis jadi rete
sendiri..
salam semua..
BalasPadamMaiyah..tinggal dirumah sendiri dengan rumah orang lain tak sama keadaannya.
Zul..Bukan senang nak pinjam dengan adik beradik atau saudara mara.dengan bank lebih baik dr along.
Shinju..rumah adalah salah satu aset yang amat berharga dan sebolehnya daptkan rumah yang berstatus hak milik kekal.
Salam ozzy,
BalasPadambaguslah aok ada rumah sendiri, memang tak sama duduk di rumah sewa.
salam 1 bloger..tip nak beli rumah yang amat penting dan jarang orang amik kisah.iaitu seblum beli sesebuah rumah dengan orang lain pastikan cukai taksiran atau cukai pintu di jelaskan.takut2 nanti beli rumah mahal2 tup.tup bila dah beli dgn kos yang tinngi tak bleh tukar nama kepada pemilik baru..NI kena bincang elok2 la dengan penjual dgn harga yang manpu kija cukai pintu tertunggak sakit ooo nak jelaskan....
BalasPadamjika kita mempunyai impian dan untuk mencapai impian tersebut gunakanlah akal yang dianugerahkan sebaik mungkin untuk berfikir dan mencari jalan untuk memanfaatkannya meskipun ada kalanya nampak seakan mustahil tapi tidak salah jika kita terus berfikir dan berusaha
BalasPadamsokong sangat ni ;))
bagi mereka yang menjalankan rumah tumpagan baik tukar kepada homestay banyak kelebihan dan keistimewaan
BalasPadamsalam semua dan terima kasih atas komen..
BalasPadamArol..Kalau rumah sendiri kita bebas buat apa saja.
Asiaticaherb..betul tu..mesti check & berhati2..biasanya kes tersebut selalu berlaku jika kita beli rumah lelong/auction..ramai dah yang kena & menanggungnya.
Ain..terima kasih juga
OOOOO
BalasPadam