12 Julai 2010

INSURAN PERLINDUNGAN

Secara am insuran ditakrifkan sebagai satu pakatan oleh sekumpulan ahli untuk mewujudkan satu tabung atau dana kewangan bersama yang khusus bagi tujuan membantu ahli yang berdaftar ketika ditimpa musibah.
Pada hari ini banyak syarikat insuran ditubuhkan dan dikendalikan oleh sesebuah organisasi yang berdaftar namun lama-kelamaan tujuan asal penubuhan insuran ini mula bertukar menjadi satu bentuk urusniaga dan apabila ia menjadi satu bentuk perniagaan pastinya pihak syarikat akan melihat , mencongak dan mencari strategi bagi tujuan yang lebih menguntungkan.

Sebagai ahli yang bernaung di bawah mana-mana syarikat insuran pastinya kita mengharapkan  wang yang kita simpan di syarikat tersebut dapat membantu disaat kita memerlukan.Sebut apa sahaja insuran pasti ianya berhubung kait dengan simpanan yang dapat meringankan atau membantu kita apabila ditimpa musibah...tetapi adakah untuk menebus semula wang tersebut semudah semasa kita dipujuk untuk menyimpan di syarikat mereka?.

Pengalaman aku sendiri satu ketika setelah keluar dari hospital aku diminta oleh pihak insuran untuk melengkapkan borang bagi tujuan 'claim insuran'.Aku sebenarnya tak berharap sangat kerana tahu ia tidak semudah yang diharapkan.Bersama borang tersebut disertakan juga borang 'medical report' untuk diisi oleh doktor bersama 5 soalan untuk dijawab oleh doktor.Untuk mendapatkan jawapan dan tandatangan oleh doktor pada borang ini aku perlu membayar rm40 (tidak boleh claim dari insuran).Kira-kira sebulan menunggu borang tersebut siap diisi dan aku serahkan pada pihak insuran.

Aku terkejut bila selepas dua bulan mereka serahkan satu lagi borang untuk diisi oleh doktor bersama lima lagi soalan lain.Aku katakan kenapa tak bagi sekaligus dulu kalau macam ni nampak sangat nak cari silap aku bermakna selepas ini mungkin akan ada soalan lain juga.Sekali lagi aku terpaksa ambil cuti serta membayar rm40 lagi untuk mendapatkan laporan tersebut dari doktor.Seperti dijangka laporan kedua ini kesalahan aku berjaya mereka kesan dan jawapan yang diterima adalah 'you are unable to claim'...aku tak ralat sangat sebab aku memang tak pernah beli insuran..insuran tu pun insuran dari pihak syarikat...tetapi apa perasaan aku sekiranya insuran tersebut aku bayar setiap bulan?..pasti kecewa.

Beberapa tahun lepas jiran aku berbangsa india telah kematian suami akibat sakit jantung dan ketika memohon 'claim insuran' apa yang mereka minta lagi tak masuk akal.Pihak insuran minta sample rambut mendiang suaminya!!...tak masuk akal..bukankah selepas mereka mati mayat mereka akan dibakar dan kalau ditanam sekalipun siapa nak gali kubur tersebut??.

Begitulah seperti yang aku jangka apabila insuran diniagakan...jangan harap ada keikhlasan lagi.Dua tahun lepas ada seorang ejen insuran datang ke ofis aku.Terkejut juga macamana dia boleh masuk sedangkan pihak syarikat memang tidak benarkan ejen insuran atau ejen jualan langsung masuk ke sini.Mungkin dah rezeki dia dan nasib dia untuk bertemu dengan aku.Setelah dia perkenalkan kelebihan syarikatnya dia dengan yakin tunjukkan bukti beberapa nama yang telah dapat claim sehingga melebihi 50 ribu.Aku hanya tersenyum sambil meminta dia tunjukkan senarai nama tersebut.Aku katakan mereka ini dapat claim sebab mereka bijak dan aku suruh dia baca apa penyakit yang berada senarai paling banyak.Dia katakan 'breast cancer' dan tambahnya lagi ada yang baru beberapa bulan masuk dah dapat claim (tak ada sorang pun orang Melayu).

Kenapa mereka bijak sebab apabila mereka ini berjaya mengesan tanda-tanda penyakit tersebut mereka segera beli insuran.Aku katakan pada dia bagaimana dengan orang lain atau ahli yang lain yang membayar bertahun-tahun lamanya dengan harapan apabila ditimpa musibah mereka fikir mereka juga akan dapat claim dengan mudah... apa perasaan mereka sekiranya ketika itu permohonan mereka ditolak?.Ada dikalangan mereka berpendapatan sederhana tetapi kerana memikirkan masa depan diri dan keluarga maka perbelanjaan di catu semata-mata untuk membayar insuran yang kononnya dapat membantu mereka nanti tapi bila tiba masanya jawapan yang diterima "permohonan anda ditolak atas sebab..bla bla bla".. bayangkan perasaan mereka ketika itu.

Dahulu insuran motorsikal tidak setinggi sekarang ini tetapi selepas kerajaan memansuhkan cukai jalan motorsikal insuran pula naik mendadak dan sesetengahnya tidak lagi membenarkan insuran 'third party'..apa sebabnya??..sebab ia telah menjadi barang perniagaan ... tidak mahu pengguna untung sebaliknya menambahkan lagi eset dan kekayaan mereka.

Ada juga yang menayangkan di surat khabar atau di telivisyen kononnya telah membayar ganti rugi berjumlah puluhan ribu tapi berapa ramai di antara mereka yang dapat dan dipertontonkan? berbanding mereka yang mengeluh dan kecewa setelah bertahun lamanya menaruh harapan..

7 ulasan:

  1. Salam...
    haa...tu la pasai...
    dah salu dgr kes2 camni..
    nk suh join tu kemain lg..
    bila claim ade jer alasan xnak bg..
    baik beli saham amanah atau akaun simpanan tetap..

    BalasPadam
  2. Apapun kawan ttp tak percaya dgn bender nama insuran ini sebab byk dah kawan nengok didepan mata sendiri kes seperti ini.. senang citer bender ini sekadar indah khabar drp rupa.

    BalasPadam
  3. salam..
    ermmm aku ada beli insurance Great Eastern
    anak aku juga aku belikan yang sama..insurance ni ada byk jenis..yang penting kita beli edical dan hospital..setakat ni belum dengar lagi masaalah dari syarikat yang tersohor dalam perniagaan insurance nyawa ni..moralnya belilah dari syarikat yang betul2 jual insurance bukan beli dari syarikat kecil kerana nak kan murah kerana ada setengah kes,syarikat tu tak cover..

    BalasPadam
  4. bagus info ni. koi sendiripun ada pengalaman yg mnyakitkn hati pasal insuran.... masa memujuk semua ok, bila kita baca betul2 pjanjian, menipu yg lebih! lain cakap, lain yg tulis.

    p/s- skang koi pakai predential insurance, tak taulah segonernya. dgr kabo stakat ni oklah kala nok cover sakit pening. paling penting tak adalah janji bukan2...

    BalasPadam
  5. haha..

    mula owg jual insuran manis belaka!!
    mau x nya..
    dpt customer dpt lah komisen!!

    BalasPadam
  6. saya xpenah buat insurans pun utk diri sy even my kids or family...dh bnyk info yg sy dpt pasal insurans ini belakanya tipu..tp kalo d luar negara, my mom sy yg tinggal di berlin. 100% rakyat di situ semua ada insurans..sebab insurans d sana bley dipercayai..

    BalasPadam
  7. Salam Ozzy,

    Banyak juga orang yang berjaya claim Insuran ni. Rasanya kalau Insuran macam Takaful, Etiqa tu macam Ok jer

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...