6 Julai 2010

MAT REMPIT

Apabila disebut mat rempit kanak-kanak seawal usia 5 tahun turut biasa menyebutnya.Gelaran yang sinonim pada mat motor yang suka memandu motrosikal dengan laju atau berlumba sesama sendiri atau mungkin juga terlibat dengan lumba haram.Gelaran ini juga pastinya sering dikaitkan dengan anak muda kita iaitu orang melayu.Kenapa dan mengapa remaja kita sering dikaitkan dengan gejala ini.

Jika dilihat purata umur mereka yang terlibat adalah seawal 15 tahun sehingga 30 tahun.Banyak faktor yang mempengaruhi umpamanya pengaruh kawan-kawan atau dari tontonan di kaca TV.Apa yang aku perhatikan faktor paling utama adalah dari dalam diri dan jiwa mereka sendiri.Kita semua sedia maklum bahawa alam remaja adalah alam untuk mencuba dan meneroka sesuatu yang kita lihat.Hati akan memberontak untuk tahu kenapa dan mengapa serta apakah rasanya.

Pastinya perasaan bangga akan terbit apabila mereka dapat menguasai sesuatu yang sering diperkatakan oleh rakan lain apatah lagi sekiranya mereka dicabar seperti kita melihat mereka membuat 'wheelie' atau 'wikang' (angkat tayar belakang) itu semua sekadar keseronokan buat mereka.Bukan hanya budaya rempit malahan budaya lain turut dipengaruhi oleh faktor ini dan budaya yang dilabelkan jahat atau tak berfaedah ini turut melibatkan pelajar-pelajar dari pusat pengajian tinggi cuma bilangan mereka tidaklah tinggi mungkin atas faktor pemikiran dan masa yang sedikit terhad buat mereka untuk menyertainya.

Kerana itu tidak menghairankan walau apa jua gelaran yang diberi dan walau apa jua tanggapan yang diberi pasti akan dibidas dengan alasan mereka sendiri.Golongan wanita pula dilihat turut sama menumpang populariti dan menjadi glamour didalam kelompok mereka.Semakin banyak mata memandang..mereka terasa lebih bangga.. jadi jika kita memandang sambil berkata "ishhh...tak malu ke" jawapannya mudah memang mereka tak malu kerana memang sengaja ianya dipertontonkan malah lebih menggedik jika semakin ramai yang memandang...tak percaya boleh lihat di dataran merdeka.

Pengalaman bersama mereka pastinya mudah untuk kita menilai kenapa mereka lakukan semua itu.Pada zaman remaja iaitu ketika masih di kampung 20 tahun dulu budaya merempit ini telah pun wujud.Melihat remaja merempit adalah satu pemandangan biasa tetapi ada diantara mereka bertindak lebih berani iaitu dengan mencabar keberanian antara satu sama lain dan syaratnya semua brek ditanggalkan.Pastinya kelainan ini menjadi tontonan utama pada kami dan aku beranggapan itu semua sememangnya untuk menempah maut.Tiga pemuda menyahut cabaran bersama motorsikal masing-masing dan dari jauh kami perhatikan deruman enjin motorsikal mereka menderum laju.

Sebentar kemudian mereka melewati kami dengan gaya 'superman' dan aku tahu di hadapan sana ada beberapa selekoh akan menguji keberanian mereka.Sambil menanti siapa yang menjadi hero tiba-tiba seorang rakan datang memberitahu ke tiga-tiga mereka telah kemalangan sewaktu di selekoh dan berita yang aku terima dua antaranya maut dan melekat di pokok kelapa sawit dan kerana itulah dikatakan mati katak.

Di sini pula iaitu di KL senarionya sedikit berbeza yang mana budaya ini melibatkan wang pertaruhan dan turut melibatkan taruhan gadis rempit. Selebihnya hanya sekadar merempit untuk hiburan serta menarik perhatian orang lain.Beberapa tahun dahulu kerana ingin melihat bagaimana perlumbaan haram ini dibuat aku sertai mereka dilokasi yang telah diberitahu.Sebelum perlumbaan motor akan dibuat setting dan segala perkakas yang tidak perlu akan ditanggalkan membuatkan motor tersebut seolah hanya tinggal rangka.Tayar yang digunakan adalah dari jenis tayar yang ringan atau nipis dan biasanya mereka menggunakan tayar 'sotong".

Sekitar jam 2 pagi bermula di jalan 222 mereka akan memasuki federal highway dan berakhir di tol batu 3 Shah Alam.Pakaian dan kasut pelumba pula senipis dan seringan yang mungkin.Aku bersama rakan lain menanti ditengah perlumbaan dan seketika kemudian mereka yang hanya berdua menderu laju dengan gaya superman sambil menukar gear menggunakan tangan dan berada dilorong ketiga lebuhraya untuk merebut hadiah wang pertaruhan sebanyak rm3000.00..aku tak dapat bayangkan kalau ada kereta yang lebih laju dilorong tersebut dan mereka berdua yang begitu rapat apakah sempat mengelak.

Disebalik semua yang diperkatakan ini impaknya terpalit pada penunggang motorsikal yang lain.Ramai antaranya yang memandu secara berhemah turut dituduh sebagai mat rempit apabila terlibat dengan kemalangan menyebabkan pemandu lain yang melihat akan membuat tuduhan semuanya mat rempit hinggakan orang tua pun dikatakan mat rempit bila pemandu melihat kemalangan motorsikal.Aku melihat situasi ini memberi peluang pada pemandu kenderaan yang sengaja menghimpit motorsikal yang rata-ratanya ditunggang oleh orang melayu kerana mereka tahu jika berlaku kemalangan orang ramai akan menyalahkan penunggang motorsikal sedangkan mereka sendiri yang sengaja mencipta kemalangan tersebut dan mereka juga sengaja enggan mengalah pada penunggang motorsikal kerana mereka tahu siapa yang akan dipersalahkan.


6 ulasan:

  1. Salam ziarah...

    kena cari formula berkesan tangani mat rempit nih..xleh bior anak melayu hanyut mcm tu...byk lg xtvt berpekdah...

    BalasPadam
  2. huhuhu....

    aku dulu rempet gak,,,,tapi da insaf,,,,,
    lumba2 agak biasa bg aku,,

    rempet2 aku aku xpenah usik pompan,...
    pas spm wat part time keje,,,

    mak ayah tak lupa,,,tiap2 bulan 3angka gak aku hulur,,,hekhek

    dulu pakai rxz,,,sbb da insaf aku pakai LC skang,,hahaha

    pike masa depan beb...tp jiwa motor xleh lari dari aku ar kawan,,camne ek??

    ada tips??

    BalasPadam
  3. eerkkk,.,,,sory la terksar cakap AKU,.,,,x sangka tuan blog lebeh berumur dari saya,,

    sorry el,,,

    BalasPadam
  4. Salam bertandang..
    moga kita semua
    mendapat rahmat
    dari-NYA jua..
    جزاك اللهُ خيراً

    BalasPadam
  5. moralnya kenapa lah nak
    merempit..jatuh kan sakit..
    dah lah saki..menyusah mak bapok la
    pulok..ishh..ishhh..

    BalasPadam
  6. adui... aku ni suka moto dari kereta.. ntah laa.. rasa lain bila bawa moto nie..

    isu mat rempit nie.. hmm.. sebenarnya tak banyak pun yg boleh dikategori sebagai mat rempit.. tapi tak pasal2 semua yg suka bawa moto disalah anggap sebagai mat rempit...

    kalau pakcik tu bawa moto ke surau.. dianggap mat rempit gak ker?.. ahaks.. satu soalan agak bernas kalau nak pertikai disini...

    cuma nasihat aku kat mat rempit.. yang suka bawa moto yg sampai menyusahkan orang nie... hope insaflah... baik berlumba di atas litar.. x bahaya sket..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...