27 Julai 2010

SUSAH KE MASAK

Seringkali kita dengar seorang suami mengeluh apabila isterinya tiada di rumah samada balik kampung semasa berpantang atau terpaksa keluar daerah untuk suatu jangkamasa yang lama.Begitu juga lelaki bujang yang ditinggalkan oleh keluarganya juga akan mengeluh kerana tiada masakan disediakan untuk mereka seperti biasa.
Ayat klise biasanya "makan maggi je la nampak gayanya". Persoalannya apakah mereka ini tidak pandai memasak atau malas memasak? atau mungkin juga telah tertanam diminda bahawa memasak itu adalah tugas wanita.Jika dilihat pada masakan kita orang melayu bahan asasnya adalah mudah sekiranya dilihat pada menu yang biasa kita makan setiap hari.Ikan masak kicap,sambal tumis,masak kari,masak lemak cili api,rebus dan goreng.

Hampir kesemua masakan tersebut bahan asasnya adalah minyak masak,bawang merah/putih,cili,garam dan gula.Untuk masak kicap maka tambah kicap dan jika nak masak sambal maka tambah saja cili kering yang dikisar atau juga disebut cili giling atau cili bo.Jika nak masak tomyam maka bahannya lebih sedikit seperti daun limau purut, bawang kuning dan serai kemudiannya masukkan saja rempah tomyam yang kini banyak dijual.Namun rasanya pasti tidak sama seperti masakan tom yam yang biasa kita makan di kedai tetapi ada cara mudah agar boleh dinikmati oleh seisi keluarga iaitu beli sebungkus tom yam dari kedai yang biasa kita makan yang terbukti sedap dan bawa balik kerumah.Sediakan ayam dan daging yang telah dicincang atau tambah saja apa yang ada seperti sotong/udang.Rebus dahulu ayam dan daging bersama sedikit garam dan kemudian masukkan tom yam yang kita beli tadi.Untuk mengekalkan rasanya cuma tambah cili,hirisan bawang kuning dan seulas serai...mudah bukan.Sebaiknya apa juga masakan cuba elakkan dari munggunakan ajinomoto dan aku sendiri telah lama tidak lagi menggunakan bahan ini.

Untuk memasak nasi goreng juga mudah iaitu hanya sediakan bahan asas tersebut kemudian campurkan dengan perencah nasi goreng yang banyak dijual.Aku biasanya gunakan perencah nasi goreng maggi kerana rasanya lebih sedap dan hanya perlu tambah ayam/daging cicang serta sedikit cili giling. Untuk rasa yang lebih sedap gunakan marjerin bagi menggantikan minyak masak.Begitu juga dengan mee/bihun goreng bahan asasnya juga sama.Untuk masak sayur juga menggunakan bahan asas yang sama.Mungkin pertama kali mencuba rasanya kurang sedap tetapi bila dah masak beberapa kali ianya sebenarnya tidaklah susah.Untuk lebih mudah hidangkan saja sayur ulam.Justeru itu bila kita beranggapan ketiadaan isteri atau emak di rumah maka lelaki akan susah sebenarnya tidak jika kita mahu mencuba dan itu bukanlah alasan sebenarnya untuk kita mengeluh.

Begitu juga dengan masakan lain seperti kari juga menggunakan bahan asas yang sama hanya perlu tambah santan dan serbuk kari.Melihat perkara ini turut menjadi persoalan apabila ada perempuan tanpa segan silu mengaku tak pandai memasak sedangkan perkara asasnya adalah mudah kecuali jika disebut masakan yang agak susah dan menggunakan banyak rempah ratus seperti nasi beriani.Untuk memasak nasi juga bukan seperti zaman dulu yang menggunakan dapur kayu/arang sekarang hanya gunakan rice cooker basuh beras , sukat air kemudian tekan butang on..dah siap.

Maka persoalan disini adalah samada tidak pandai memasak..tidak mahu memasak atau malas memasak...  jawapannya ada pada diri anda tidak kira anda lelaki atau perempuan...

ozzy - suka mencuba....

14 ulasan:

  1. Rasanya deme bukan tak reti keknya base mmg pemalas hehehe...kawan kalau bab makan nie kalau org rumah tak x sihat ker tak jadi susah langsung..mmg boleh masak sendiri.

    ** kalau dia ada kawan tak buat la hehehe...

    BalasPadam
  2. tak susah la masak...
    sebab hubby lynn boleh jer memasak sekiranya ada hal-hal kecemasan...
    cuma lelaki ni kalau boleh nak semuanya disiapkan oleh para isteri...

    BalasPadam
  3. salam..
    dulu bujang rajin la masak ni
    bila dah kawin..malas la pulok
    he he..

    BalasPadam
  4. Memang senang masak nih..campak2 je..asal pandai sukat garam n perencah..

    BalasPadam
  5. saya selalu masuk dapur..
    tgk mak masak..
    nak tolong mak x bagi..
    x tau kenapa..
    skrang dah besar pon x bagi lagi..

    tpi kalo setakat masak yg simple2 tu boleh lah..

    BalasPadam
  6. lelaki malas memasak? saya rasa x..sebenarnya mind set dorg kot yg fikir memasak tu tugas perempuan..lg pun org prmpuan x boleh diberi muka, bila laki start pegang sudip, mulalah sok, abg tolong msak ni, abg masak tu..alaa..kan hari tu boleh masak...oh, zaman skrg bnyak prmpuan yg suka ambil ksempatan, kecuali time keuzuran isteri, sprt sakit, nak tolong xpe...lg pun dlm islam dah cakap, jgn isteri jd suami, suami jd isteri, luas konteknya tu..kena faham, hukumnya berdosa bila suami ambil alih tugas isteri..(nak terangkan mcm bnyak sangat..hehehe)

    BalasPadam
  7. Salam Ozzy,

    Sedap juga kadangkala bila suami tunjukkan bakat memasaknya tu.
    Rasanya memang elok kita ajar juga anak lelaki memasak, sekurang-kurangnya bila keadaan terdesak, mereka pandai masak untuk adik-adiknya.

    BalasPadam
  8. salam ozzy org kata kalau malas tak yah makan hehehe

    BalasPadam
  9. salam en.ozzy...

    kalau malas masak x yah makan biar je perut tue kebuloq (kata org penang)

    BalasPadam
  10. w'salam angah...
    Jgn wat kat suami camtu...tu kira kes dera dah tu hehe

    BalasPadam
  11. salam.
    ini komen pertama saya since brgelar blogger bbrp jam yg lalu.

    memasak bagi saya susah pasal saya tak tahu memasak. saya cuma tahu makan jer.

    BalasPadam
  12. saya pandai masak,,masak air..hehe....wow mr.fantasy...nice name wo...hehe3...saya bukan admin yer~

    BalasPadam
  13. skang suma makin mudah..dlu klu nk santan kena perah dlu..skang ciap yg dah ada packing segala bagai lg..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...