16 Julai 2010

TIDAK RUGI JIKA KITA IKHLAS

Menyebut ungkapan ikhlas sememangnya mudah tetapi apakah apa yang kita tuturkan senada dengan apa yang terdetik dihati kita. Memberi pertolongan atau bantuan pada seseorang ada kalanya mulut mengucapkan ikhlas tetapi hati berbisik agar mendapat sedikit balasan.
Ada ketikanya kita berhadapan dengan persoalan kenapa disaat kita dalam kesusahan tiada bantuan yang kita terima sedangkan kita telah memberi bantuan pada orang lain setelah mereka berhadapan masalah yang sama.Lantas kita berkata sungguh tidak adil masa orang lain susah aku tolong tapi bila aku susah tiada siapa yang tolong sedangkan definasi ikhlas itu sebenarnya adalah memberi pertolongan dengan ikhlas tanpa minta dibalas.
Percayalah..jika kita memberi kebaikan kepada seseorang dengan ikhlas, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.Mungkin ada antara kita belum pernah menghadapi situasi ini tetapi sekiranya ia terjadi pada diri kita sendiri ..ketika itu kita akan kembali terfikir bahawa sebenarnya Allah itu maha adil dan dia tahu apa yang ada dihati kita.

Beberapa peristiwa yang aku alami sendiri mengukuhkan lagi kata-kata ini buat diri aku.Sekadar menyingkap antara peristiwa yang mungkin boleh kita kongsi bersama kerana pengalaman sendiri tidak sama dengan apa yang kita baca.Suatu ketika dulu sedang aku memandu motorsikal tiba-tiba aku terlihat ada satu kemalangan yang baru sahaja berlaku melibatkan dua kereta yang mana salah satu daripadanya remuk agak teruk.Aku lantas memberhentikan motorsikal untuk melihat kejadian tersebut dan aku dapati orang ramai mula berkerumun untuk melihat pemandu yang tersepit.Melihat mereka semua hanya tercegat berdiri aku lantas membuka helmet dan cuba menarik lelaki tersebut yang kakinya tersepit.Walaupun dia berketurunan cina aku ketepikan perbezaan kaum atas dasar perikemanusiaan untuk membantunya. Aku yang keseorangan agak terkial-kial menariknya keluar kerana tubuhnya yang gemuk dan berat  sementara orang lain hanya melihat aku bersusah payah membantunya berseorangan.Setelah aku berjaya menariknya keluar dan melihat keadaannya yang tidak parah aku kembali meneruskan perjalanan.

Setelah beberapa tahun peristiwa itu berlalu suatu hari ketika aku singgah di satu pasaraya untuk membeli barang bila aku kembali semula melihat motorsikal aku, aku terkejut apabila mendapati kunci motorsikal aku telah dikopak seperti seseorang cuba mencurinya tetapi aku bernasib baik kerana aku telah pasang mangga pada tayar depan menyebabkan motorsikal aku terselamat dari dilarikan.Oleh kerana kuncinya telah rosak maka terpaksalah aku menolak motorsikal aku untuk balik kerumah.Baru beberapa langkah tiba-tiba seorang pemuda yang tidak aku kenali berhenti sambil bertanya untuk menghulurkan bantuan.Setelah itu dia lantas menolak menggunakan kakinya sepanjang lebuhraya sehinggalah tiba ke rumah aku.Aku cuba memberinya upah tetapi dia menolak dan segera berlalu setelah aku ucapkan terima kasih.Tanpa bantuannya memang berpeluh aku nak tolak motor sampai kerumah.

Kejadian kedua berlaku sewaktu aku memandu untuk pulang ke kampung isteriku.Sebelum sampai persimpangan memasuki ke Bangi aku terlihat kemalangan yang juga baru berlaku antara sebuah motorsikal dengan sebuah lori yang diletakkan ditepi jalan.Aku segera memberhentikan kereta di tepi lebuhraya dan melihat seorang pemuda yang masih lagi memakai helmet terbaring kaku. Situasinya juga sama orang ramai hanya melihat tanpa ada sesiapa yang cuba membantunya. Melihat keadaannya ketika itu yang berlumuran darah serta tulang betisnya yang tersembul aku dapat rasakan dia sedang tenat menahan sakit.Bila aku cuba membuka helmetnya dia mengerang sakit bermakna kemungkinan tengkuknya juga patah atau terseliuh.Oleh kerana kereta aku telah penuh aku menahan kereta yang lalu disitu dan setelah ada yang berhenti aku segera meminta tolong dari pemandunya agar memegang dan mengangkat kakinya sementara aku memangku kepalanya untuk dibaringkan kedalam kereta.Setelah dia berlalu aku kembali meneruskan perjalanan.

Beberapa lama setelah itu ketika aku bersama adikku menunggang motorsikal menuju ke Perak berlaku juga satu peristiwa yang tidak dijangka.Menyusuri perjalanan di lebuhraya utara selatan sememangnya sukar untuk mendapatkan bantuan disaat kecemasan berlaku kerana tiada kedai dikiri kanan jalan.Waktu itu untuk menunggu bantuan dari peronda lebuhraya juga agak sukar.Sedang kami memandu tiba-tiba adikku mengarahkan aku berhenti kerana tayar motornya telah pancit. Kami berhenti di tepi lebuhraya sambil memerhatikan kereta yang lalu dengan laju..mustahil mereka akan berhenti ditempat tersebut.Aku melihat kiri dan kanan hanyalah pokok dan hutan sahaja yang ada.
Sedang kami termenung tiba-tiba sebuah kereta berhenti dan turun seorang pakcik yang agak berusia bertanyakan apa yang terjadi.Dia kemudiannya memberikan aku spanar pembuka tayar dan katanya jika kita bersua lagi pulangkan saja jika tidak simpan sajalah.Aku kemudiannya membuka tayar dan membawanya ke kedai yang terletak begitu jauh untuk ditukar tiub.Bila aku kembali pakcik tersebut telah pun pergi dan selepas itu kami ditakdirkan tidak berjumpa lagi...aku ingin ucapkan ribuan terima kasih pada pakcik tersebut.

Apa yang aku ceritakan ini bukan berniat untuk bermegah dengan kebaikan yang dibuat sebaliknya sebagai renungan kita bersama bahawa tidak rugi jika kita membantu insan lain dengan ikhlas.Ada beberapa lagi peristiwa lain yang aku alami tetapi cukuplah kisah ini buat tatapan untuk dikongsi bersama.Jangan mengharapkan balasan dari orang yang sama kerana suatu hari nanti orang lain pula akan membantu kita juga dengan ikhlas..

7 ulasan:

  1. Salam...

    mmg btl klu kita tlg org dgn ikhlas Allah akan balas balik bila kita dlm kesusahan...
    Saya pernah alami gak...

    BalasPadam
  2. salam..
    Memang hidup ini ibarat roda Jie..
    hari ni kita tolong orang ,insyaallah
    hari besok orang tolong kita..yang penting
    keikhlasan itulah..cerita motor tolak kaki
    tu aku pun pernah mengalaminya..mat rempit yang bermurah hati menolong..bila di fikir balik napelah mereka merempit membahaya diri..tapi dalam hati tetap ada naluri kemanusian menolong aku..dah lama cerita tu..entah apa la khabar mamat tu..harap dia berubah..

    BalasPadam
  3. Ikhlas itu umpama semut hitam diatas batu yang hitam di kegelapan malam. Mmg payah nak nampak apatah lagi dirasa...ikhlas juga sebahagian drp iman tanpa keikhlasan juga tanpa iman.

    BalasPadam
  4. arwah mak selalu cakap..tolong org mesti ikhlas..keikhlasan bukan letak di mulut..kalo dah berkata saya ikhlas..hilang semua keberkatan..baik diam je..tak semesti org yg kita tlg tu,tlg kita balik..di sini lah keimanan dan keikhlasan kita tadi Allah uji...
    ermmmm...saya dah byk kali terkena..thnx en ozzy idea yg baik utk saya luahkan di n3 akan dtg..

    BalasPadam
  5. thanks ozzy..mak amik benda ni sbg 1 motivasi buat mak..btl la apa mak kata kan, betulkan niat mak, bantu @ anggap sedekah @ anggap byr utang..then ati kita akan tenang sbb kita ikhlas..thanks bro

    BalasPadam
  6. tak ada yang tak betul dalam entri ini..
    pasti ramai yang pernah merasa , walau mungkin kisah masing2 agak berlainan.
    cuma kita harap, kita terusan diberi kekuatan untuk membantu secara ikhlas

    terbaru dari saya : lalang

    BalasPadam
  7. setaip minggu saya menggunakan lebuhraya untara selatan..
    namun saya x pernah berhenti menolong sesiapa..
    namun saya punya sebab yang munasabah..
    bahaya skrang ni,..
    sbb ada sestngah tu jst berlakon motor rosak..
    tapi sebenar nya diaorang nak samun kita..
    kes mcm ni sering berlaku skrang..
    jadi saya memilih TIDAK untuk itu..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...