25 Oktober 2011

BUAT DUIT DENGAN FACEBOOK

Peranan internet sebagai medium untuk menyalurkan serta mendapatkan maklumat kini semakin popular dan digunakan secara meluas.Tidak dinafikan ianya banyak membantu pengguna dan juga penjual dari segi kos dan masa.Pengguna tidak perlu lagi membuang banyak masa untuk mencari info tentang sesuatu yang diingini manakala penjual atau pembekal hanya perlu paparkan produk yang ditawarkan.Kini, berbagai info dan maklumat dapat diperolehi dengan mudah, segalanya hanya di hujung jari.

Kemunculan facebook sebagai media sosial mencetuskan fenomena yang luar biasa pada seluruh masyarakat di dunia.Melaluinya ramai yang kembali berhubung setelah sekian lama terpisah dan tidak kurang juga yang berjaya mengumpul ramai kenalan baru.Kini facebook bukan hanya digunakan sebagai medium untuk berhubung dan mencari kenalan tetapi turut digunakan untuk berbagai tujuan antaranya adalah untuk menambahkan pendapatan.Kita dapat saksikan terdapat berbagai teknik dan kaedah untuk menarik minat pengguna dan antara yang semakin popular adalah kaedah mendapatkan duit dengan cara mudah hanya melalui facebook.

Kaedah yang digunakan sememangnya mudah dan konsepnya sama seperti yang digunakan oleh syarikat MLM atau syarikat jualan langsung yang sedia ada menggunakan sistem piramid.Pasti ramai yang teruja bila membaca iklan yang dipaparkan 'duduk saja tak perlu buat apa-apa duit masuk mencurah-curah ke dalam akaun'.Namun sebenarnya ia tidak semudah seperti yang kita baca kerana jika mudah maka tak adalah orang yang bekerja kerana semuanya hanya duduk saja dan semua akan jadi jutawan hanya dengan menghadap facebook!!!.

                                        

Hakikatnya kita perlu berusaha untuk berjaya dan jika ada yang telah berjaya dengan cara ini mungkin itu adalah rezeki untuknya.Tanyalah siapa saja kalau boleh semua pun nak duduk saja tak payah bekerja dan kaya raya tapi berapa ramai yang berjaya dengan cara ini...come on guys, wakeup !!!.

ozzy - orang cacat pun keluar bekerja...

7 ulasan:

  1. Tengah berusaha keras nie :) ... namun terkadang
    bila hiang mood lemau juga jadinya hehehe....

    BalasPadam
  2. Maka dgn itu kita jgn mudah terpengaruh dgn iklan/info yg sememangnya tak logik dek akal huhu..usaha & kerja keras paling penting^^

    BalasPadam
  3. hmm iklan kena gemmpak.. kalau tak xde la yang join.. actually semua kena ada komitmen.. jarang yang ada yang senang.. huhuhu

    BalasPadam
  4. Salam...biar la kita hidup di dalam alam realiti

    BalasPadam
  5. Berusaha,Berjaya....ini motto lencana sekolah kebangsaan dahulu....

    sememangnya rimas dengan ajakan dari mereka ini,apapun masih gunakan cara berhemah untuk menolaknya....

    BalasPadam
  6. dah bosan ditag dgn gambar pegang duit kat fb..

    BalasPadam
  7. sy pon slalu ditag dgn buat duit kat fb ni..:)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...