27 Oktober 2011

FINAL PIALA MALAYSIA 2011, ADVANTAGE PADA PASUKAN TERENGGANU

      
           
 NEGERI SEMBILAN                             PIALA MALAYSIA 2011                          TERENGGANU 
                                                                                                                       
Liga bolasepak tempatan untuk memburu juara Piala Malaysia 2011 kini semakin menghampiri klimak apabila dua pasukan telah mengesahkan sebagai pasukan yang akan berentap pada perlawanan akhir itu nanti pada hari sabtu, 29 october ini jam 8.45 malam di stadium Shah Alam iaitu antara pasukan Terengganu menentang pasukan Negeri Sembilan.Meskipun ramai yang tidak berpuashati namun akhirnya stadium Shah Alam tetap dipilih sebagai pentas perlawanan akhir itu nanti setelah padang di stadium utama Bukit Jalil masih di dalam proses penyelenggaraan

Belum reda isu pemilihan padang, keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia untuk mengekalkan harga tiket sebanyak Rm50 membuatkan ramai peminat menyuarakan rasa tidak puas hati dengan harga tersebut yang disifatkan terlalu mahal berbanding dengan harga biasa sebelum ini adalah Rm30.Biarpun dikritik hebat namun pihak FAM tetap dengan keputusan tersebut dan mengekalkan harga yang telah ditetapkan.

Tekanan pastinya terarah pada peminat atau penyokong dari Negeri Sembilan kerana bagi penyokong dari Terengganu mereka boleh menarik nafas lega setelah kerajaan negeri awal-awal lagi telah mengumumkan bantuan subsidi tiket sebanyak 50% dan ini bermakna penyokong Terengganu hanya perlu membayar harga tiket dengan separuh harga.Pastinya ia memberi advantage pada pasukan Terengganu yang bakal mendapat sokongan padu dari penyokongnnya yang akan datang beramai-ramai untuk memberikan sokongan pada pasukan mereka.

Nampaknya telah ada perang psikologi sebelum sepak mula dimulakan dan bagaikan dirancang kebetulan pula tahun ini Raja Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin juga berasal dari negeri Terengganu dan bakal digantikan dengan Agong yang baru dari Kedah  iaitu Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 13 December 2011 nanti.Mungkinkah Piala ini juga bakal menjadi hadiah terakhir buat Tuanku Mizan untuk dibawa pulang ke Terengganu? dan mungkin juga faktor ini menjadi suntikan semangat pada semua pemain Terengganu untuk merealisasikan impian tersebut dan impian mereka sendiri untuk mendakap piala yang menjadi rebutan ini setelah kali terakhir bergelar juara pada tahun 2001. 

Bagi peminat yang berkecuali yang bukan terdiri dari penyokong fanatik kedua-dua pasukan mengharapkan aksi yang menghiburkan dari kedua-dua pasukan pada perlawanan akhir itu nanti. Bermainlah dengan penuh semangat kesukanan serta mempamerkan mutu permainan yang berkualiti sekurang-kurangnya berbaloi dengan harga tiket tersebut.

ozzy - apa nak kecoh..tengok jelah siaran langsung kat TV tu nanti...

8 ulasan:

  1. ahahaa, rs nye kalau tiket still 50 xde bantuan krajaan ganu, orang ganu pasti ramai jugak yg turun. hany pun tgk kt tv je sbb husband xbg pergi (dia frust kelate xleh g ahahaa)

    BalasPadam
  2. Salam Pozi, kita tunggu dan lihat aje yak :)

    BalasPadam
  3. SALAM,
    HARAP PERMAINAN NANTI PERMAINAN YG TERBAIK DRPD KEDUA2 PIHAK

    BalasPadam
  4. FAM interframe la final kali ni..dok ketegaq sgt nak tiket RM50..dah tu siap bagi alasan sama mcm alasan menteri bila harga minyak naik..harga kita masih rendah jika dibandingkan dengan negara serantau..huhu..last2 website FAM pun kena hack

    BalasPadam
  5. wehhh doh lama hek pasuken tok gajoh tak masok finel ni...

    BalasPadam
  6. Hisyam Muhibah..tu la pasalnya

    BalasPadam
  7. sedihh tol mlm ......ak nmpk lain mcm jer n9 semalam......ak sedih tolll terengganu x boley juara semalm....sedihhhh tollll...n9 ko!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...