4 Oktober 2011

HOSPITAL BUKAN RUMAH KEBAJIKAN

Sebut sahaja hospital kita semua pasti terbayangkan suasana di dalamnya yang dipenuhi dengan orang sakit serta bau ubat yang menyucuk hidung.Kalau hospital swasta suasananya tak sangat dirasakan mungkin infrastrukturnya yang lebih moden bersama gabungan ciri-ciri senibina seperti sebuah hotel.Suasananya juga tidaklah sesibuk macam di hospital kerajaan maklum saja chargenya pun tak sama dan jauh berbeza.

Apapun segalanya bergantung pada kemampuan masing-masing, kalau rasa mampu kita boleh pilih hospital swasta dan kalau rasa kurang mampu kita boleh pilih hospital kerajaan yang semakin bertambah sekarang ini.Sesuai dengan peruntukan ataupun budget yang pihak kerajaan sediakan setiap tahun, langkah menaiktaraf atau membina hospital baru memang bagus untuk memberi keselesaan pada rakyat.

Kalau dulu hospital kerajaan dianggap sebagai 'low class' dan tidak berkualiti tapi kini persepsi itu sedikit demi sedikit berubah apabila kualiti dan imej hospital dipertingkatkan.Jika dulu apabila disebut hospital kerajaan ramai yang akan mencebikkan bibir disusuli dengan berbagai cerita yang menggambarkan imej buruk hospital kerajaan.

Hari ini ramai diantara kita rakyat Malaysia masih mengekalkan persepsi tersebut walaupun dalam diam mereka semakin yakin dengan kualiti yang telah ditingkatkan.Jika kita perhatikan senario di hospital kerajaan sekarang ini kita boleh lihat ramai orang-orang tua ditempatkan di sana.Sungguh bijak dan licik taktik mereka kerana tanggungjawab menjaga orang tua yang telah uzur dan tidak berdaya serta ada antaranya sudah hilang ingatan diserahkan sepenuhnya pada pihak hospital. Mereka tak perlu lagi nak fikir tentang berak kencing atau kerenah orang tua mereka sebab mereka sibuk mengumpul duit.Kaut selagi boleh kaut..

Setiap hospital yang aku singgah boleh dikatakan pasti ada orang tua ditinggalkan di situ.Ketika di hospital Seremban keadaan sama bila masuk ke dalam wad, di hospital Melaka begitu juga dan ketika di hospital Kuala Lumpur suasananya juga sama, wajah orang tua kerepot terbaring seorang diri meminta itu dan ini dengan nurse.Anak-anaknya cuma muncul seminggu sekali tetapi jika diri mereka sendiri yang sakit mereka akan ke hospital swasta yang lebih 'high class' atau 'standard' kerana mereka memang bijak jadikan hospital kerajaan seperti rumah kebajikan. Tinggallah selama manapun sebab bayarannya murah dan mungkin lebih murah dari hantar ke rumah kebajikan yang tentunya menuntut itu dan ini.


Kalau orang tua tu mati barulah nampak anak-anaknya datang ke hospital buat muka sedih. Airmata tak keluar pun diteran juga suruh keluar....hebatnya berlakon.Kalau letak kat hospital swasta pun sebab ada insuran dan kalau terpaksa letak sekalipun kejap kejap datang jengok sebab nak suruh cepat keluar kalau tak nanti banyaklah nak kena bayar. Siapakah mereka? kalau nak tau pergilah melawat ke hospital kerajaan dan masuk tengok ke dalam wad..anda akan temui jawapannya tetapi biar apapun jawapannya itu bukanlah budaya kita...

ozzy - kesian tengok nurse, dah jadi macam orang gaji..

5 ulasan:

  1. Sayu baca n3 ni..
    Tingat kat sorg pakcik tua yg
    terbaring n terberak depan toilet kat
    HTAA sbb x larat berjalan..anak dia relax jer baca novel kat tepi katil..nurse plak wat xtau sbb
    anak dia ade..Last2 doc pelatih yg tlg bersihkan..

    BalasPadam
  2. masa emak msk hospital hari tu mmg ada..adik rth yang jaga emak kekadang tlg mak cik depan yg hendak ke bilik air waktu mlm kerana yg nurse bertugas tdk ramai....
    masa emak di hspital daerah sepatutnya di htr ke hsptl besar ada wad kelas pertama tapi hspital daerah tiada...tapi mak tak nak pindah...
    emak di layan dgn baik kerana kebetulan semua doc dan staf ada di sana mengenali emak....
    tapi kami tdk mengambil kesempatan kerana kami adik beradik bergilir jaga emak di wad selain adik angkat yg jaga emak sepanjang masa...

    BalasPadam
  3. Selamat malam En.Ozzy..

    Walaupun amy selalu ke hospital untuk mendapatkan rawatan tapi jarang² sekali dapat masuk wad , tambahan pulak amy nie penakut...so masih tidak berkesempatan melihat warga emas yang seperti en.ozzy nyatakan.....

    BalasPadam
  4. ok en,ozzy sekarang dah faham huhuhu~

    BalasPadam
  5. Ozzy - Kawan 5 tahun pernah bertugas di suasana hospital..memang banyak kisah yang boleh dicatatkan semula....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...