24 Oktober 2011

KENALI JENIS SOCKET DI HOSPITAL

Mungkin ramai diantara kita belum mengenali jenis socket atau ada juga yang menyebutnya sebagai 3-pin plug yang terdapat di hospital.
Biasanya apabila kita pergi melawat saudara mara atau kita sendiri berada di dalam hospital, kita dapat lihat beberapa warna yang berbeza pada setiap socket tersebut.Jika socket tersebut tidak bewarna ia akan ditampal dengan sticker bagi membezakan jenis socket tersebut.

Sebenarnya jenis socket tersebut adalah sama cuma yang membezakannya adalah supply atau bekalan kuasa pada socket tersebut.Kebiasaannya socket yang disediakan di hospital terdiri daripada 3 jenis 'power supply' iaitu Main atau Normal, Essential dan UPS.

Socket jenis Main adalah sama seperti yang biasa kita gunakan di rumah di mana punca bekalan elektrik adalah daripada TNB.Warna yang digunakan juga sama iaitu socket yang bewarna putih cuma mungkin jika di hospital socket ini akan di tandakan samada menggunakan sticker yang ditulis dengan Main atau Normal ataupun penggunaan 'silk screen' (tulisan yang dicetak pada satu permukaan).

Socket jenis Essential pula biasanya ditandakan dengan warna kuning samada socket tersebut bewarna kuning atau ditampal dengan sticker 'essential' ataupun penggunaan 'silk screen'.Bekalan kuasa elektrik adalah dari sumber generator sebagai 'backup' sekiranya terjadi litar pintas atau bekalan kuasa elektrik daripada TNB terputus.

Manakala socket jenis UPS atau 'uninterruptible power supply' biasanya ditandakan dengan warna merah.Bekalan kuasa socket ini adalah daripada bateri yang mampu bertahan sehingga 24 jam bergantung pada jenis bateri tersebut dan penggunaannya.UPS biasanya dipasang pada bilik-bilik penting seperti di bilik bedah (OT), ICU, CCU, HDU dan CICU dan lain-lain bilik yang dianggap penting.Ini adalah kerana bagi mengelakkan bekalan elektrik terputus terutamanya pada mesin yang menyalurkan bantuan kepada pesakit yang dalam keadaan kritikal dan juga untuk mengelakkan sebarang gangguan elektrik semasa pembedahan dijalankan sekiranya bekalan dari punca utama iaitu daripada TNB terputus.

Sekiranya bekalan elektrik daripada TNB terputus maka bekalan daripada UPS akan digunakan secara automatik.Begitu juga dengan socket essential yang turut digunakan sekiranya berlakunya gangguan elektrik pada bekalan kuasa daripada TNB.

ozzy - ada juga nurse yang tak faham jenis socket tu....

6 ulasan:

  1. ASSALAMMUALAIKUM..

    MAAF MENGGANGU,MINTA JASABAIK SAUDARA UNTUK MENDOAKAN KESEJAHTERAAN SAHABAT KITA DARI SINAR RAUDAH YANG SEKARANG SEDANG BERTARUNG NYAWA AKIBAT DEMAM DENGGI YANG KRITIS.. MOGA DENGAN DOA SEMUA ALLAH MEMAKBULKANNYA.AMIN

    MINTA KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN.MUDAH2AN ALLAH MENDENGAR SALAH SATU DOA DARIPADA KITA.TERIMA KASIH HANYA ALLAH SAJA YANG DAPAT MEMBALAS JASA BAIK SAUDARA.

    BalasPadam
  2. Tanpa nama..

    W'salam...sama-sama kita doakan semoga beliau kembali sembuh dan sihat seperti biasa

    BalasPadam
  3. asmlkm ozzy..

    info yg berguna utk di kongsikan bersama

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum, ade kesilapan disini. Plug kuning adalah ups. Dan merah adalah essential. Thumb up bro. Ilmu yg bermanfaat pada semua. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Essential pula biasanya ditandakan dengan warna kuning

      UPS atau 'uninterruptible power supply' biasanya ditandakan dengan warna merah.

      **so mn yg betul ya...

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...