5 Oktober 2011

KIASAN

Orang Melayu kita bila bercakap selalu berkias atau kita kata cakap berlapik.Kalau cakap main lepas je nanti orang kata mulut lancang, mulut longkang atau mulut laser.
Kadang-kadang orang muda tak faham bahasa kiasan yang digunakan oleh orang tua atau orang lama ni sebab pada orang muda cakap saja terus terang tak payah nak buang masa, darah mudalah katakan.

Orang tua ada alasannya bila memberi kiasan sebab nak jaga hati orang lain terutama keluarga pada orang muda selain dari menjaga adab sopan dan budaya kita sebagai orang Melayu.Namun, walaupun berkias tetapi mempunyai maksud yang sangat mendalam pada mereka yang memahami. Dari kiasan juga maka lahirlah kata-kata pepatah dan juga perumpamaan yang membawa maksud yang tersirat.

Kalau dulu bila meminang anak dara, bila ditanya setuju atau tidak dan jika anak dara tu tunduk diam sambil tersenyum itu tandanya setuju.Ini pun boleh dianggap berkias juga tunduk diam tanda setuju. Zaman sekarang ni bila datang meminang anak dara tak diam dah silap-silap dia kata " yes..yes" (sambil genggam tangan dan lipatkan siku hehe..).

Begitu juga dalam penulisan adakalanya kita kena juga berkias walaupun kadangkala ramai yang tak faham bahasa kiasan sebab nak jaga hati kawan-kawan lain meskipun zaman sekarang ni zaman 'sound direct'.Malah ramai juga yang bangga mengaku mulutnya macam mulut longkang.Pada aku orang perempuan tak berapa elok berbangga dengan mengaku mulutnya mulut longkang walaupun ramai yang menyokong caranya apatah lagi kalau wajahnya terpampang jelas dalam blog.Apa perasaan mak mertua atau bakal mak mertua bila baca? tak tahulah kalau ada mertua yang bangga dengan mulut longkang bakal menantunya kannn..

Sebaiknya kalau mulut kita tu mulut longkang, janganlah di war-warkan sangat walaupun kita anggap ianya semulajadi nanti orang kata muka lawa tapi mulut macam longkang....kurang manisnya tu.

ozzy - biar mulut manis..

15 ulasan:

  1. hehehe....setuju... Budi bahasa budaya kita, buat ape la nak bangga dengan sifat buruk kita.. betul la kita kena jadi diri sendiri tpi kalau dah sah-sah perangai kite buruk, kena berusaha untuk berubah,kan?

    BalasPadam
  2. Cik Jari..

    Budi bahasa kita jgn dilupakan walaupun zaman semakin berubah..betul tu kalau rasa perangai kita x elok berusahalah utk berubah menjadi baik... reformasi & transformasi.

    BalasPadam
  3. Sindiran tajam amik masa utk difahami..
    Sound direct jimat masa sket gamoknye..
    Org muda mmg kureng sket..Xtau di mana silapnya... Tp dah tua2 sok pandai la memasing..belajar dr kesilapan...

    BalasPadam
  4. Cik Shinju..

    Jangan tunggu sampai tua baru nak belajar hehe..

    BalasPadam
  5. mulut longkang tu kalau nak ubat pun kena pakai pencuci longkang..paling kurang pun cloroc bleach..baru segar sikit baunya.

    BalasPadam
  6. Abadi Romeo..

    Zul, Kalau longkang dah berkarat nak kena pakai asid la ye baru hilang hehe..

    BalasPadam
  7. Salam bro...cuma, bila melibatkan hal2 kerja, amalan suka berkias ni kadang2 menimubulkan huru hara juga, coz mesej selalu tak sampai atau orang misinterpret..Kalau mulut longkang pulak memang sure ramai "peminat" yg menunggu dia jatuh...ish3

    Latest entry di SINI

    BalasPadam
  8. Abang Long..w'salam.

    Selalunya gitulah ramai yg susah nak faham bila berkias ni tapi tak sangat menyakitkan hati org lain...

    BalasPadam
  9. Salam, Sinis dan kiasan ttp ada maksud tersirat lembut bahasa dan bertapa beradabnya bangsa. Budak muda hari ini kurang minat dgn perkara seumpama ini... .sudahnya ada sebagaian drp mereka sudah tidak beradab lagi... dek kerana sudah tidak berminat dan tak reti dengan bahasa kiasan. :( lalu jadilah deme kurang ajor huhuhu :(

    BalasPadam
  10. ada housemate masa study dulu, muka cantik, otak cerdik, tapi mulut memang macam longkang, cakap ikut sedap mulut jer..lepas tu berkesempatan jumpa mak dia..rupanya mak dia pun sama mulut longkang, then dapat tahu dua beranak ni tak disukai orang kat penempatan rumah..sayangkan?muka cantik, mulut mcm tu..dh ditegur, tp tetap kata yang dia jenis berterus terang...tp kok iyer pun berterus terang agak2 ler..kalo benda tu mengaibkan org..berlapikla sikit bercakap...padahnya org pun lari tak nak berkawan

    BalasPadam
  11. ade masa kena guna kiasan, ikut kesesuaian masa n dengan siapa kite bercakap.

    BalasPadam
  12. Mulut langkang tu kalau kasi ubat gegat rasanya boleh wangi tak hehe..jangan marah na...

    BalasPadam
  13. Risau 'bahasa kiasan' ini mungkin akan lupus satu hari nanti.....

    BalasPadam
  14. Amy Syaquena..Sembur dengan serai wangi pun boleh hehe..

    MD..mungkin itulah yg akan terjadi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...