31 Oktober 2011

PERANAN DAN KUASA PADA JENAMA

Setiap dari produk yang dihasilkan pasti mempunyai jenama bagi memudahkan pengguna mengenali dan mengingati produk yang dihasilkan.Jenama tersebut biasanya akan disertakan dengan logo sebagai lambang syarikat yang mengeluarkan atau membekal produk tersebut.

Kebiasaannya sebagai pengguna ramai antara kita yang akan memilih sesuatu jenama yang terkemuka atau sekurang-kurangnya bertaraf antarabangsa atas faktor kualiti.Menyedari faktor tersebut banyak syarikat tempatan menggunakan logo yang kelihatan bertaraf antarabangsa untuk tujuan tersebut.Lazimnya jika menggunakan nama yang mudah dikenali sebagai syarikat tempatan pastinya ia kurang mendapat tempat di hati pengguna lebih-lebih lagi jika produk tersebut perlu bersaing dengan produk dari luar negara.

Antara contoh produk tempatan yang mengeluarkan barangan elektrik adalah syarikat KHiND.
Nama syarikat ini pada asalnya adalah Kee Hin industry kemudian dikomersialkan menjadi nama yang lebih international pada sebutannya iaitu KHiND singkatan dari Kee Hin industry yang pada asalnya hanyalah sebuah syarikat trading barangan elektrik yang terletak di Sekinchan.Ianya merupakan marketing strategi yang lebih kelihatan international berbanding jika mereka menggunakan nama asalnya.Itulah peranan dan kuasa pada jenama.



Begitu juga dengan nama syarikat yang menjelma sebagai satu jenama seperti FKR yang membekalkan tayar motorsikal dan basikal yang sering kita gunakan.Jenama FKR yang beroperasi di Klang adalah singkatan dari nama Fung Keong Rubber yang dicop pada tayar sebelum ini tetapi kemudiannya ditukar menjadi satu logo yang nampak lebih standard.





MK land merupakan salah satu syarikat hartanah yang menjadi satu jenama serta ikon yang boleh dibanggakan bagi mewakili syarikat Bumiputera.


Jika di luar negara nama Donald Trump begitu sinonim sebagai hartawan dalam bidang hartanah namun dalam negara kita nama Tan Sri Mustapha Kamal turut terkenal sebagai hartawan dalam bidang yang sama.MK adalah singkatan dari nama Mustapha Kamal iaitu pengasas serta pemilik syarikat ini yang kini telah beralih status menjadi MKland Holdings.Nama hartawan serta dermawan ini tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia kerana penglibatannya dalam bidang hartanah dan juga kerja-kerja amal serta aktiviti kemasyarakatan sehingga tertubuhnya Yayasan Emkay pada 12 jan 2001 bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.


Seterusnya pemilihan jenama Emkay dilihat lebih memberikan impak yang lebih besar terutamanya bagi menembusi pasaran diperingkat antarabangsa.Kejayaan beliau ini turut dikagumi oleh mantan bekas perdana menteri kita Dr mahathir menerusi sebaris petikan darinya “MK adalah satu kebanggaan kepada orang Melayu dan Malaysia”.


Susulan dari kejayaannya beliau menyediakan satu ruang khas yang dijadikan sebuah galeri sebagai inspirasi kepada setiap pengunjung yang datang ke Menara Mustapha Kamal di PJ Trade Centre, Damansara Perdana, Petaling Jaya.Perjalanan hidupnya yang boleh dijadikan inspirasi boleh ditemui di setiap sudut galeri tersebut termasuklah serangkap puisi yang bertajuk Meniti Perjalanan Ke Puncak yang dibingkaikan bersebelahan potretnya bersama isteri beliau.Antara bait-bait puisi itu berbunyi: “ Emkay, lahir bukan atas nasib, lahir bukan atas tuah, tapi lahir atas keinsafan, atas keyakinan ”.

Inilah antara contoh kejayaan anak melayu yang boleh dijadikan inspirasi dan boleh dianggap sebagai idola terutamanya pada generasi yang akan datang.Kejayaannya bermula melalui perniagaan biskut sebelum menceburi bidang hartanah yang dilihat mempunyai potensi yang lebih menguntungkan dan ternyata pilihannya tepat dan akhirnya beliau berjaya membina satu jenama sebagai simbol kejayaan anak Melayu sekaligus membuktikan bahawa anak Melayu juga boleh berjaya sekiranya mereka berusaha dengan gigih.Perjalanan hidup tokoh korporat ini boleh dilihat melalui dokumentasi yang dipaparkan di sudut galeri yang menceritakan pengalaman hidupnya melalui galeri yang dipaparkan hasil ilhamnya sendiri.Jika ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan galerinya sila klik DI SINI.

Namun perlu diakui sesungguhnya dalam meniti detik kejayaan kadangkala ia memerlukan banyak pengorbanan termasuk dengki khianat yang perlu kita tempuhi.

ozzy - jenama yang masih belum dikenali...

5 ulasan:

  1. Salam...seronok mendengar dan membaca kisah kejayaan orang lain. Sedih dan penuh keinsafan bila mendengar dan membaca kisah kegagalan yang lainnya...

    BalasPadam
  2. Salam, terima kasih berkongsi info yang menarik.. kadang kita main sebut aje... yak sudah tak tau bender TQ.

    BalasPadam
  3. jenama ozzy pun mungkin akan berkembang Insyaallah..

    BalasPadam
  4. Amy baru tau nama penuh bagi khind tue..belajar lagi satu perkara , hehe... insyaallah lepas ni jenama en,.ozzy pulak akan menembusi pasaran dan perghi mane2 orang akan cakap jenama ozzy..insyaallah moga tercapai semua tue..

    BalasPadam
  5. Abadi romeo..- insyallah, terima kasih zul

    Amy Syaquena ..
    - memang ramai yg x tau & ada byk lagi jenama yg spt itu..insyaallah kalau diizinkan,terima kasih

    Abang Long & akuanakpahang..terima kasih juga dgn komen tersebut

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...