3 Februari 2012

PELAN RUMAH

Dah beli rumah ke belum?.Mana yang belum ada rumah sendiri tu eloklah beli rumah dulu sebab harga rumah makin lama makin mahal.Ramai yang berlumba-lumba asyik nak tukar kereta atau nak tambah kereta tapi masih tinggal di rumah sewa.Tak kisahla kan sebab itu duit dan pilihan masing² tapi kita kena ingat walau secanggih manapun kereta tu hari ni kita beli esok harganya dah jatuh tapi rumah harganya akan terus naik.

Membeli rumah merupakan satu bentuk pelaburan yang bagus untuk jangka panjang apatah lagi kalau lokasinya merupakan kawasan tumpuan.Aku berpendapat membeli rumah juga termasuk dalam pelaburan dalam sektor hartanah.Tak kiralah walau di mana sekalipun kita beli rumah tu.Mungkin hari ni rumah yang kita beli tu terletak jauh di pendalaman tapi siapa tahu tiba² tempat tersebut dibangunkan atau dimajukan dah tentu harganya naik berpuluh kali ganda dan kalau tak nak jual pun kita boleh sewakan..kan dah untung.
2D

3D
Ini adalah lakaran pelan rumah lengkap dengan semua ukuran yang aku reka sendiri mengikut citarasa aku dalam bentuk 2D dan 3D.Ianya bakal aku bina di kampung aku nanti yang terletak di Taiping.Anggaran saiznya sekitar 30 kaki lebar dan 65 kaki panjang dengan 3 bilik tidur dan 3 bilik air.Anggaran budjet pun sekitar 70~80 ribu dan mungkin saiz rumah tersebut sedikit berubah bergantung pada kiraan kontraktor yang akan membuatnya nanti.Kontraktor tu pun bukan orang lain, kawan sekampung aku juga sejak kecil lagi.(klik imej kalau nak tengok ukurannya)

Melalui lakaran tersebut yang menggunakan perisian AutoCad lebih mudah untuk aku mengira berapa banyak tiles atau mozeck yang akan digunakan nanti termasuk 'curve' (yang berbentuk melengkung dan dipasang pada bucu atau permukaan yang tajam). Manakala untuk lakaran 3D aku menggunakan perisian Floorplanner yang boleh dipelajari dengan mudah, cuma drag and paste saja imej yang hendak digunakan melalui library.Untuk mempelajarinya boleh klik DI SINI.


Rumah sebelum inipun aku kira dan beli sendiri jadi tak banyaklah yang membazir dan lebih jimat.Begitu juga dengan perkakas lain seperti switch, 3-pin socket, kipas angin atau aircond, sinki, kepala paip yang kebanyakannya aku boleh pilih sendiri dari jenis yang tahan lama atau rekabentuk yang menarik tapi bergantung pada budget jugalah.

Tanah tersebut sebenarnya adalah tanah peninggalan arwah ayah aku yang diwasiatkan atas nama aku dan kalau dah siap nanti (angan² dulu ni hehe) bermakna ini adalah rumah ke-3 yang aku ada.Sebelum ini aku dah beli sebuah teres yang terletak di Batang Kali kerana selain harganya yang agak murah ketika itu, rumah tersebut juga adalah hak milik kekal, itu yang paling penting.Lokasinya juga agak strategik serta agak jauh dari kesibukan Kuala Lumpur dan terletak di simpang berhampiran simpang masuk untuk naik ke Genting Highland.Jarak rumah aku untuk ke stesen cable car pun tak jauh ambil masa lebih kurang 5 minit je.Kini kawasan tersebut semakin membangun dan harga rumah juga semakin melonjak.Harga masa aku beli pada tahun 1998 adalah rm65 ribu tapi sekarang harganya telah melonjak 2 kali ganda kepada rm120 ribu.Bayangkan harganya selepas 10 atau 20 tahun nanti...sebab itu aku katakan tak rugi jika kita melabur untuk membeli rumah.

Manakala rumah kedua yang aku duduki sekarang cuma sebuah rumah flet sederhana yang terletak di sekitar Petaling Jaya dan terletak berhampiran dengan tempat kerja aku ni.Cuma rumah ini bukanlah pegangan bebas tapi cagaran selama 99 tahun, biasalah rumah di sekitar bandaraya ni jarang sangat yang hak milik kekal kecuali kalau yang berharga rm300 ribu keatas.Walaupun rumah ini berstatus cagaran 99 tahun tapi kerana banyaknya permintaan maka harganya turut melonjak dengan cepat.Harga asal rumah ini adalah rm75 ribu dan aku beli pada tahun 2008 (2nd hand) dengan harga rm92 ribu tapi hari ini harganya telah melonjak kepada rm120 ribu dengan keluasan 810 kaki persegi dan aku pernah terbitkan entry bagaimana caranya aku dapat membeli rumah ini DI SINI.Bayangkan perbezaan harganya dalam beberapa tahun saja..

ozzy - dalam proses untuk pecahkan geran tanah...

99 ulasan:

  1. ozzy, mz pun mmg plan nk buat umah kt kg. tanah pun dah ada.huhu tapi tu lah, lambat lagi la sbb skrg rezekinya kt sini kan.kalau boleh tu mmg syok kan duk kg...takpe lah, semoga ada rezeki utk stay kt kg...ameen

    BalasPadam
  2. Betul tue en.ozzy harga rumah semakin hari semakin naik..tambahan di pantai timur ni , nilai hartanah sangat la mahal... tapi alhamdulillah saya dah miliki dua buah rumah sendiri...dalam proses untuk membeli lagi untuk di jadikan rumah sewa..salah satu pelabruan yang menguntungkan...

    BalasPadam
  3. Mak dah beli rumah siap bertahun dulu. Ada gak impian nak ada rumah di atas tanah sendiri..insyaallah 1 ari nnt.

    P/s: Dah lamaaaaaaa gila tinggalkan kemahiran membuat pelan umah. Belajar pun 1/2 jer. Huhuhu..

    BalasPadam
  4. Rumah saya sekarang 35 x 50 kaki...kos pembikinan sekitar 90 ribu..hasil simpanan saya dan suami selama lebih 19 thn berkahwin..dibuat atas tanah arwah ayah saya...Alhamdulillah..ini rumah kedua kami...sekarang ni bila saya tanyakan kontraktor yg sama utk rumah sebesar yg saya buat tu...kos lebih kurang dlm 110 ribu...cepatnya harga kenaikan selang 3 thn....

    BalasPadam
  5. Assalam..
    Saya pun belum ada rumah sendiri, baru plan nak tambun tanah di tanah sawah kg tahun ni tapi belum tambun2 jugak. Pandai ye buat plan. Hubby saya nak buat rumah 4 segi je katanya, saya pula lebih suka rumah kayu, sejuk sikit. Belum nampak rupa lagi tapi dah rancang nak tanam pokok apa....

    BalasPadam
  6. wah bgus,dah ada perancangan..saya pun ada perancgan nk beli umah,tp lum tau nk buat umah @beli siap je

    BalasPadam
  7. beli rumah memang tak rugi, tengok pada kit punye kemampuan. saya dah rancang nak beli rumah ke-dua kat batang kali. dah pegi recce jalan ke KL, dak ada masaalah rasanya, nak sampai kl dlm 30minit++, yang penting kita rancang perjalanan, kalau nak beli rumah kat KL memang gilerrrrrrr harganye tak lari dari RM200K. kat batang kali tu 1st phase RM159, second phase akan naik RM169, rumah 22 x 65. oklah.....itu yang mampu

    BalasPadam
  8. tanpa nama..

    tahniah..satu pelaburan yg bijak..area batang kali skrg pun dah maju, dah jadi bandar dgn berbagai kemudahan telah tersedia

    BalasPadam
  9. Mahu bina rumah idaman....dapatkan pelan rumah di www.pelanbanglo.com

    BalasPadam
  10. Salam Ozzy,
    Sy nk buat rmh tp yg kecik2 je dpt 1 pun bilik jd la.. maklumlah org ssh.. budget dlm rm15 ribu je itupun dpt bantuan dr kwn2 dan ahli keluarga setelah 6 thn tggl dlm rmh kotak je huhuuu
    Cer, nk tau pelan yg mcmna sesuai khas utk harge cenggitu? Minta maaf dan terima kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa nama,
      Kalau budget sekitar rm15 ribu je mmg susah sikit skrg ni kalau nak bina rumah.Apa yg boleh dibuat adalah survey harga asas bahan binaan seperti batu block, simen,cat, atap, tingkap, pintu, mangkuk tandas, sinki & paip.Jangan lupa upah memasang wiring,3 pin socket,switch dan juga kipas siling.Untuk upah membuat rumah cuba minimumkan upah tersebut dengan membuat sendiri mana-mana bahagian yg anda blh buat contohnya mengecat dan memasang kipas sendiri.
      Boleh pilih brand apa saja yg anda suka (bergantung pada budget yg rendah).Setelah dapat kesemua kosnya barulah pelan rumah dapat dibina dan langkah ini lebih menjimatkan sekiranya bahan kita beli sendiri hanya sediakan duit upah sahaja.

      Padam
  11. Sy nk buat rmh 3 pun bilik dan 2 blik air.. . budget dlm rm60 ribu
    Cer, nk tau pelan yg mcmna sesuai khas utk harge cenggitu? Minta maaf dan terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wankay..

      Kalau budget 60ribu memang lepas utk buat rumah 3 bilik 2 bilik air tu & kalau nak jimatkan lagi kos brg beli sendiri (mungkin blh dapat 4 bilik) tapi kalau guna batu bata kosnya akan jadi lebih tinggi berbanding jika gunakan batu blok.

      Padam
    2. Salam..
      Sy nak bertanya..br2 ni pegi bank nak cagar tanah utk buat rumah..bank kata dpt bg 51k sahaja..agak2 rumah berapa bilik? Dan masih adakah syarikat binaan yg masih mampu memberi keselesaan mengikut kemampuan sy..

      Padam
    3. Boleh bg no fon tak.. Nk pm plan dan costing..

      Padam
  12. Saya sekarang menduduki rumah pusaka yang diwariskan kepada saya. Tanah memang luas, ada sawah padi lagi di belakang rumah... Tingkat atas (kayu) ada tiga bilik, sementara tingkat bawah (batu) ada empat bilik, ruang keluarga, dua ruang tamu dan dapur yang luas juga. Tetapi sejak kebelakangan ini saya selalu rasa menyesal kerana perbuatan menambah keluasan rumah beberapa kali tanpa perancangan yang rapi menyebabkan sambungan pada bumbung mudah tiris. Bila hujan lebat bersama angin kuat, jawabnya banjirlah dalam rumah. Bertambah sedih, serangan anai-anai juga melanda. Bukan setakat kayu dibahamnya, batu dan lantaipun menjadi mangsa.

    Timbul rasa tidak selamat, fikir macam-macam antaranya bagaimana kalau tiba-tiba syiling runtuh atau lantai pecah.

    Banyak yang saya andaikan; seperti kalau baiki sahaja rumah ini atau runtuhkan terus atau bina rumah lain di kawasan tanah yang masih kosong? Masalahnya tentulah kewangan... Wang KWSP jika mahu dikeluarkan kena tunggu lagi 4 tahun baru umur 50 tahun! Itupun entahkan cukup ke tidak? Sesekali rasa mahu ajak keluarga pindah ke rumah taman yang saya sewakan. Itupun kena buat ubahsuai sikit barulah selesa kerana rumah tersebut kecil saiznya dan memang hanya asas (dinding, lantai, pintu, tingkap dsbnya adalah yang asli sejak dibeli).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hajah Roswati..

      Saya berpendapat dari segi kos sudah tentu jika bumbung itu diperbaiki ia lebih menjimatkan berbanding kita bina rumah baru dikws tanah tersebut.Persoalannya kalau bina rumah baru rumah lama nak buat apa? kalau dibiarkan x terjaga akan lebih menyakitkan mata memandang & nampak semak.
      Untuk serangan anai-anai mungkin ia dah lama bersarang dalam tanah sebelum rumah itu dibina lagi sbb itu memang banyak kerana mmg disitu habitatnya (biasanya ramai yang sembur racun anai-anai sblm membina rumah) rasanya tak ada cara lain selain menyembur racun serangga (pest control) untuk mengawal serangan anai-anai tersebut.
      Duit KWSP tu boleh digunakan utk tujuan lain samada utk membesarkan rumah teres (taman) tu krn kita kena ingat rumah teres mmg nmpak selesa krn rekabentuknya mengikut rekaan semasa tetapi ruangnya agak terhad contohnya semasa kenduri kendara.

      Padam
  13. saya ada tanah di Gombak, luas 35' x 56' ingin buat rumah 3-4 bilik 1 tingkat, keluarga kecil ada pelan yang sesuai tak. modern design tapi compact.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama..

      Kalau keluasan 35x56 tu memang boleh sangat buat sampai 4 bilik cuma kosnya bergantung pada peralatan dan juga rekabentuk rumah.Kalau nak murah barang beli sendiri cuma upah buat rumah saja (boleh dapat kontraktor indonesia yg ramai skrg ni dan upahnya lebih murah.
      Senaraikan brg apa yg nak dibeli dan survey harganya dari supplier kemudian campur dengan upah kontraktor

      Padam
  14. Salam, saya bercadang nak bina rumah sewa 2 bilik di kampung saya, keluasan tanah boleh muat 2 buah rumah, berapa anggaran kos pembinaan, mana lebih baik gunakan kontraktor atau upah tukang rumah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam Nora,

      Kalau bercadang untuk disewakan lebih baik survey kos yang paling minimum sbb rumah tersebut untuk disewakan.

      Cadangan saya : untuk setiap rumah tersebut sediakan cuma 1 bilik air dan 1 bilik mandi.Lantai cuma simenkan saja x perlu guna mozack/tile.Kalau untuk dua buah rumah saya anggarkan sekitar 60 ke 70 ribu.
      Kalau panggil kontraktor sudah tentu upahnya lebih mahal dan saya cadangkan lebih baik gunakan tukang rumah yang boleh dipercayai(kena periksa background sebabnya skrg ni ramai yg kaki penipu buat separuh lepas tu lari).Kalau nak panggil kontraktor lebih baik panggil saya pun boleh hehe...
      Kos upah dari tukang rumah saya anggarkan maximum untuk satu rumah dua bilik dan 2 bilik air ni sekitar 20ribu bermakna kalau 2 rumah anggarannya 40ribu (mungkin blh dpt lebih murah bergantung pada saiz dan rekabentuk rumah).Manakala kos upah untuk membuat wiring saya anggarkan sekitar 3 ribu setiap satu rumah bermakna kalau 2 rumah kosnya 6 ribu.
      Kos anggaran untuk upah bina rumah dan wiring sekitar 40ribu+6ribu(wiring)=46ribu dan selebihnya untuk beli barang (kalau nak beli sendiri) seperti simen,pasir,cat,batu block,tanah (untuk ditambak sekiranya struktur tanah tidak rata),pintu, tingkap, sinki dan sebagainya mengikut keperluan serta peralatan elektrik seperti switch socket atau plug, suis untuk lampu dan kipas dan sebagainya.
      Kalau berminat untuk saya uruskan boleh emailkan pada saya di ozzy2u@gmail.com bersama detail yang lengkap seperti lokasi dan keluasan tanah serta reka bentuk rumah yang diinginkan.Nanti saya akan buat pelan cadangan rekabentuk rumah bersama sebut harga.Kalau boleh ambil gambar tanah tersebut itu lebih baik dan emailkan terus pada saya..terima kasih

      Padam
  15. Salam .... saya ada membeli rumah teres 2 tingkat di Batang Kali, Hulu Selangor. Saya bercadang nak sambung ke belakang lebih kurang 20' x 12' (2 tingkat) ... Anggaran kos kasar berapa?, Bagaimana boleh saya kurangkan kos ...

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama..W'salam

    Kalau nak besarkan/sambung 20' x 12' (6M x 3.6M) dua tingkat agak besar tu!!..paling murahpun saya anggarkan dalam 20ribu itupun bergantung pada rekabentuk/design yang diinginkan termasuk bilik air tapi belum termasuk kitchen cabinet dan lain-lain...
    Kalau nak kurangkan kos seperti yang beritahu sebelum ini bahan binaan beli sendiri cuma dapatkan harga upah untuk bina rumah sahaja (anggaran upah dalam 10 ribu).

    BalasPadam
  17. sy nk cari rumah di batang kali di bawa 60k ada ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya ada..cuba survey kws perumahan berhampiran sekolah tu (2nd hand)

      Padam
  18. Salam Ozzy..ade tak pelan rumah untuk dijadikan sewa..ingat nk bina jenis 3 pintu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa nama..
      kalau nak design sendiri blh klik link yg saya berikan tu www.floorplanner.com dan reka sendiri.Blh design bermacam bentuk mengikut keluasan dan citarasa sendiri.
      Kalau utk buat sewa just design simple cukup dgn 2 bilik dan satu bilik serta 1 tandas

      Padam
    2. Mr ozzy bole tlg buat utk sy tak..?

      Padam
    3. Tanpa Nama..Insha Allah akan saya usahakan jika ada kelapangan tapi bukan janji ok..

      Sila berikan butiran lengkap seperti saiz tanah , jumlah bilik utk setiap rumah, berapa bilik air dan tandas, sinki, lampu dan kipas serta maklumat² lain yg dirasakan perlu dan emailkan kepada saya ozzy2u@gmail.com

      Padam
  19. salam mr ozzy... sya bcadang nk bina rumah sewa kg 2 bilik ala2 studio... sya emelkn butirannya.. harap dapat membantu..TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zarina..Insha Allah nanti saya tgk dan jika berkelapangan saya akan cuba bantu setakat termampu

      Padam
  20. Salam mr ozzy.

    Sy ada rumah ters setingkat corner lot. brcadang nak buat smbungan lebih kurang 20'x20'.
    berapa anggarang kos? TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam...20'x20' (6x6Meter) anggaran kos bergantung pada rekabentuk.Saya anggarkan sekitar 15 ke 20 ribu.

      Padam
  21. SALAM MR Ozzy
    saya ader sekeping tanah lot 54x56, berapakan saiz rumah yanng boleh dibina, dan berapa kah anggaran kos pembinaan untuk rumah setingkat 3 bilik 2 bilik air...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam..

      besar juga tu 54x56 cuma kalau nak bina ikut saiz max ia akan jadi bentuk square (mngkin 50x50)tetapi akan nmpak cantik juga kalau buat 2 tingkat.Anggaran kos untuk rumah setingkat 3 bilik 2 bilik air susah nak cakap krn harganya berbeza bergantung pada rekabentuk rumah.Anggaran dalam 80ribu.

      Padam
  22. Salam.
    Saye bercadang nk bina umah dgn keluasan 30'x40'..agknye brpa kos nye cik ozzy?.

    BalasPadam
  23. Salam...saya bercadang nk bina umah 35x50 setingkat...upah tukang dlm 35k...brg beli sendiri...berbaloi x rasenye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam..cuba minta 30k rasanya berbaloi dah tu kalau sampai complete siap termasuk cement dan cat

      Padam
  24. salam,saya baru beli tanah 40x60, tengah konfius ape size yg sesuai untuk rumah.plan nak buat 4 bilik.1 tingkat je sebab bajet sikit.boleh ke tuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama..saya pun setuju sbb kdg2 kalau buat rumah 2 tingkat, tingkat atas tu jrg guna semua nk duduk bwh..apapun bergantung pada budgetlah dan lebih elok kalau ruang tepi dibiarkan sikit utk tnm pokok atau buat benda lain

      Padam
  25. assalam...klau saya nak buat loteng untuk tmpat tidur sahaja brape kosnye??ade dlam 5k x?

    BalasPadam
  26. as salam mr ozzy,

    nak tanya, saya plan nak buat rumah sewa dalam 3 pintu di subang. agak2nya berapa keluasan yg sesuai untuk sebuah rumah tu? dan berapa pula kos untuk membina rumah tersebut? agak2 kalau bajet rm100k cukup tak? lagi satu perlu ke kita submit plan ke majlis perbandaran?

    mohon sangat bantuan mr ozzy. terima kasih.

    BalasPadam
  27. Bro Ozzy,

    Saya nak buat rumah minimalis saiznya 720 kps. 3 bilik tidur (9x10), 1 tandas (5x3), 1 shower (5x7), kitchen counter (2x10), tiling paling murah (800 kps), 9' glass aluminum sliding door, siling biasa (708 kps), 3 pintu kayu, 2 pintu pvc, 1 pintu besi (pintu belakang), 5 kipas diri. Atap metal deck tebal. Lampu 9 point. Plug 6 point. 1 water tank. 1 septic tank (jika perlu). Standard apron berserta longkang. Design saya dah buat sendiri. 30 x 20 plus 120 kps anjung rumah. Berapa anggaran upah dan kos bahan binaan? Boleh emel ke leoleoleo99999@gmail.com. Kalau ada sesiapa nak jual tanah 2500 - 4000 kps boleh call contact saya.

    BalasPadam
  28. Salam. kami ada beli rmh teres setingkat lot tengah. kami cadang nk tambah 1/2 tgkt dibhg garage dan separuh ruang tamu. Boleh ke? dan berapa anggaran kos yg terlibat ye? TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama..Perlu dapatkan kelulusan dari PBT sekiranya ingin membuat ubahsuai tersebut

      Padam
  29. Salam..sy betcadang nak buat rumah tinggi di kg.bah bawah tmpt parking kereta..keluasan rumah 1500-1600,4 bilik..agak2 berapa anggaran kos n upah...

    BalasPadam
  30. salam..cik ozzy..rumah sy adalah jenis rumah setingkat sesebuah, sy bcadang nk tambah belakang rumah dalam 10 kaki x 40 kaki dan tambah tingkat atas buat satu bilik dan ruang tamu. Berapakah anggaran paling minimum untuk ubah suai tersebut..Harap dapat bantu..tq.

    BalasPadam
  31. Slam ozzy ... sya juga bercdg nak buat rumah sekitar 80k tdk termsuk hrga upah.. sye cdg nak wat 4 bilik... cam mna pelan rumh yg sesuai dgn anggaran kos tu ya.... hrp dpt bantu...

    BalasPadam
  32. Askum,sy ade tnh 742 mp;klu sy nk buat sbuah rmh bnglo n dua buah rmh tres; blh tk dngn tnh seluas2..n
    brper Angran untk bina 3 buah rmh2?

    BalasPadam
  33. hai mr. ozzy...
    saya bcadang nk wat rumah sdiri keluasan 25x35... agak2 bape harga rumah ni? tanye tukang rumah kampung aritu dia nak harga RM70 satu kaki....kira harga rumah ni RM 61250...berbaloi x? kira mahal atau murah? kalo sy beli bahan sdiri, kos upah tukang rumah pulak sbenarnye brapa sekaki ea?

    BalasPadam
  34. salam sy nk tnya berapa bujet untuk bina rumah sewa 2tingkat 4pintu... tanah keluas 40x60??

    BalasPadam
  35. Salam, saya cadang nak buat rumah dikampung dengan keluasan 24x45 kaki, 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berapa anggaran kos keseluruhan untuk bina rumah tersebut termasuk upah.

    BalasPadam
  36. salam ,,saya fizan dari klang nak tanya pasal kos bina rumah di banting keluasan tanah 11ribu kaki persegi untuk 2 bilik tidur dan 1 bilik air..email; rafizanputeh@yahoo.com

    BalasPadam
  37. Assalam ..Saya Fauzi dari Banting Selangor..saya ada tanah sendiri di kawasan ini ( kampung) nak buat rumah budget RM 150000 ( complete...x kurang x lebih...) cadang rumah setingkat..bilik nak 3 ,bilik kecil 1, bilik air 3, ada ruang tamu utama dan family.bole cadang pelan dan keluasan dgn impian saya tu..t.kasih...email saya awinizuaf@gmail.com

    BalasPadam
  38. Assalam...saya ieyna dri Kuala Terengganu...saya nak bina rumah dengan keluasan 25 x 30... cadangan dengan 3 bilik) dengan kos RM35k... cukupkah dengan kos tersebut.....emel saya : trisyadina@yahoo.com.my

    BalasPadam
  39. Salam ozzy. Saya ada tanah 82.5 x 70. Saya bercadang buat 4 bilik 3 bilik air. Keluasan rmh 35x50. Barang saya beli sendiri dan saya ada 3 org pekerja indon. Blh saya tahu berapa kos pembinaan rmh campur upah pekerja?

    BalasPadam
  40. As Salam, saya minta pandangan, brp kos untuk buat rumah sewa 2 tingkat keluasan 20' x 50'. Terima kasih.

    BalasPadam
  41. Salam.. say ade rumah teres 18×65, 3bilik dan 2 bilik air.. rumh msih basic..park kereta lingkungan 20 kaki..tnh blkg tkde.. idea untuk rnovate mcmne.. blurr..tq

    BalasPadam
  42. Salam.. say ade rumah teres 18×65, 3bilik dan 2 bilik air.. rumh msih basic..park kereta lingkungan 20 kaki..tnh blkg tkde.. idea untuk rnovate mcmne.. blurr..tq

    BalasPadam
  43. Assalamualaikum tuan Ozzy, saya nak minta pandangan sikit. Rumah saya 30x40 banglo kayu satu tingkat buat di atas tanah sendiri sudah siap insyaAllah. Sekarang saya bercadang untuk tambah belakang 20x20 dengan batu untuk buat dapur basah serta dibahagian tepi dapur itu saya bercadang untuk buat porch kereta. Boleh saya tahu berapa anggaran kos upah sahaja barang saya beli sendiri. Terima kasih tuan.

    BalasPadam
  44. Assalamualaikum Tuan Ozzy, saya nak minta pandangan sikit.Saya nak sambung rumah satu tingkat ,tapi sambungnya bahagian dapur keatas.maksudnya jadi 2 tingkat tapi bahagian dapur sahaja.Sesuaikah fesyen rumah macam ini.saya takut bila sudah siap sambungan macam ya pelik.Kalau Tuan ada idea lain ,boleh share dengan saya.

    BalasPadam
  45. salam wbt..
    saya berumur 29.gaji rm3k bulan.ingin membeli rumah teres 2 tingkat berharga rm220k,saya ada simpanan lebih kurang rm100k.patut ke saya habiskan duit simpanan saya untuk duit pendahuluan rumah..ataupon simpan sahaja duit simpanan tersebut untuk buat bisnes dan pakai loan kerajaan untuk bayaran rumah...dan lagi nk tanya,elok ke maximumkan tempoh tahun pinjaman rumah....dalam hati saya ingin beli tanah dan buat rumah atas tanah tersebut,bukannya tinggal di rumah teres 2 tingkat

    BalasPadam
    Balasan
    1. arif ahmad,

      kalau ada plan utk buat biz saya cadangkan bayar pendahuluan utk rumah tu anggaran lepas utk monthly payment berdasarkan pada gaji 3k tu (termasuk bayaran ansuran lain).Sekiranya blh buat loan kerajaan itu lebih baik sbb interestnya rendah.Perlu diingat harga rumah dari masa ke semasa semakin meningkat jangan tunggu sampai kita langsung x mampu nk beli..

      Padam
  46. Bang....copy pelan atas tu buleh ka? Tp ukuran tk jelaslaa

    BalasPadam
  47. Salam tuan..
    Kalau smbung rumah 30x25..2bilik,1 tandas agak2 brp kos upah dan barang?
    Tq

    BalasPadam
  48. saya mahu membina rumah di tanah sendiri 2 tingkat (32 x 42 / tingkat), 2 bilik di bawah dan 3 bilik di atas, 1 bilik air di bawah dan 1 bilik air di atas. Berapa kos kalau saya urus sendiri dan kalau kontraktor buatkan?

    BalasPadam
  49. As salam..ada tanah lot di kundang sungai buloh size 2500sqft 61x41 ...harga rm72500 termasuk masuk nama dlm geran tanah...minat call sani - 011-11991978

    BalasPadam
  50. Assalamualaikum.Saya nak bina rumah 3 pintu utk homestay.2 bilik tidur n 2 bilik air.rumah konsep english cottage.brp budget.tk.

    BalasPadam
  51. Salam..saye nak bina rumah sewa 3 pintu.3bilik .2bilik air..jenis teres..pasang siap punye..brpe kos dia..modal ade..rm60 je..

    BalasPadam
  52. salam ozzy..saya bercadang membina rumah 3 bilik tidur + 2 bilik air saya rasa macam sesuai sangat pelan awak..Tapi saya bercadang untuk membina binaan 22 x 50 dengan harga sekitar RM 80 000..Apa pendapat awak dengan harga sekarang ni untu semua kos..termasuk tiles,wiring, adakah munasabah?

    BalasPadam
  53. salam..en Ozzy, sye bcadang membina sebuah rumah 24x35..mengikut plan contractor, 2 bilik tdur n 1 bilik air termasuk cost tiling dan wiring..adakah hrga itu berpatutan?

    BalasPadam
  54. Assalamualaikum..tn ozzy...sy suka bc pkongsian tn di sini...sy ada tnh di kg...plan nk buat umh sewa 2 pintu thn dpn...mtk pndpt tn...pelan yg bn sesuai dan bpe anggaran kos pbinaanye yer...tkasih...irma 0196895611

    BalasPadam
  55. Assalam tn ozzy, saya ada rumah dua tngkat, sy dh smbung blkg dapur dn bilik. Tp rasanya bahgian blkg beam dan tiang tak berapa kukuh krna tiang beli. Sy nk minta pndgn tn kalau sy nk buat bhgian atas satu bilik dan family hall gunakan bahan kayu utk lantai dan dinding, perlukah sy pecahkan tiang bhgian tingkat bawah tu? T.kasih. mohon balas.

    BalasPadam
  56. Assalam tuan ozzy..kmi bru membeli tanah dengan keluasan60'x 80'..mohon pendapat anggaran keluasan rumah yang sesuai untuk 4 bilik,2 bilik air.dan kos anggaran membuat rumah setingkat.terima kasih

    BalasPadam
  57. Salam... saya cadang nak buat rumah di atas tanah sendiri saiz 25x35. 2 bilik dan 2 tandas. Berapa anggaran kos pembinaan? Kos upah? Dan peralatan? Klau bajet 60k cukup tak tuk buat rumah nie?

    BalasPadam
  58. Boleh bg phone number....senang discuss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama dan juga pada semua yang memberi komen..

      Boleh hubungi pengurus project saya En. Hanapi no Handphone 017-8757435 untuk memberikan sebut harga.

      Terima kasih pada semua pembaca.

      Sharing is caring.

      Padam
    2. Saiz rumah 30×40..brp anggaran tiles yg perlu?

      Padam
  59. Salam..kalo tanah saiz 60x50 or 3000sqft berbaloi tak tuk buat umah banglo?berapa max luas saiz umah boleh dapat dgn keluasan halaman yg selesa?berapa bilik boleh dpt buat?

    BalasPadam
  60. bolih tak bina rumah 4 bilik ats tanah 35x48,,,berapa kah kos pembinaan nya??

    BalasPadam
  61. Nak mintak pendapat sikit,sy bcadang nak buat rumah di atas tanah sawah perlu tambak tanah?org yg buat rumah tu ckap xperlu tambak guna tanah tu korek pailing dan tanam tapak gajah dan buat bim 2kaki,laman keliling rumah tambak kemudian ,cadangan rumah buka 22 panjang 40kaki atas tanah 1 1/2ekar

    BalasPadam
  62. Salam tuan ozzy, saya nak tanya..saya nak bina rumah keluasan anggaran 30 x 50. saya dapatkan tukang dengan harga borong rm105000. oke tak harga ni? kipas dan lampu dan cat tidak termasuk..cuma cat asas je diberi

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam.. 105,000? kalau ikut keluasan rumah ok dah tu tapi bergantung pada plan layout.. saya nasihatkan dptkan info berdasarkan pelan rumah.. berapa bilik dan keluasan, berapa tandas, keluasan ruang tamu dan dapur serta semua bilik..begitu juga saiz porsch .. lantai jubin atau simen render? jenis bumbung?.. saya sarankan dapatkan pandangan kwn2 yg pernah buat atau renovate rumah.

      Padam
    2. w'salam.. 105,000? kalau ikut keluasan rumah ok dah tu tapi bergantung pada plan layout.. saya nasihatkan dptkan info berdasarkan pelan rumah.. berapa bilik dan keluasan, berapa tandas, keluasan ruang tamu dan dapur serta semua bilik..begitu juga saiz porsch .. lantai jubin atau simen render? jenis bumbung?.. saya sarankan dapatkan pandangan kwn2 yg pernah buat atau renovate rumah.

      Padam
  63. As' salam.

    Sy nak tanya. Sy ada tanah sendiri di raub,pahang. Sy memang tak ada pengalaman membeli rumah. Sy bcadang nk buat loan buat tanah disana. Dengan bajet rm100,000 berapa besar rumah yang mampu sy Bina ya.

    BalasPadam
  64. Mustahil atu tidak kalau hanya ada 50k , tapi nak buat design rumah mcm ni? Please bagi idea. Bajet saya ciput.

    BalasPadam
  65. Asslmualaikum..

    Sy baru dapt kelulusan pinjmn perumhan dr rumah yang saya tengah duduk bersama suami,anak seorang dan ibu bapa saya..
    Dengan baki selepas settle pihak bank n peguam mungkin aggaran bawah 30 ribu shja..
    Adakah cukup utk sy tambah satu lagi bilik air di dalam bilik kedua, pecah tiles n psg brg baru di dalam 2 buah bilik air, tiles dalam 3 bilik, iaitu bilik utama,ketiga dan keempat, plaster ceiling di ruang tamu,tiles di parkir dan kerja mmbetulkan kbocoran dan bina semula longkang di tempat parkir kerana sering naik air memandangkan tebing ke ruang tamu dan dapur rendah..
    Rumah saya jenis semi d kembar 4 dengan kluasan 40x50..

    BalasPadam
  66. Salam en. Ozzy. Sy nk mtk pandangan en ozzy. Jika bajet dlm 75k bole ke buat rumah 4 bilik tidur dan 2 bilik air. Hope dpt membantu. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam,
      Agak sukar sekarang ni dgn bajet 75k tu utk buat rumah dgn 4 bilik & 2 bilik air tu..

      Padam
  67. salam en Ozzy saya baru siap membian rumah...rumah saya pun mcm en ozzy semua saya buat sendiri cuma pembinaan tu lah guna tukang... saya belajar drpd 0 sehinggalah rumah saya dah tegak berdiri skrg... masalah saya skrg saya nk buat porch kereta tp x tahu saiz yg sesuai untuk porch itu..tanah x perlu risau laman saya masih luas untuk porch 2 butir kereta. tlg klu ada info saiz dan rekabentuk porch yang comel tuk saya ilhamkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam..

      Rekabentuk porch ada bermacam jenis .. bergantung pada bajet kalau nak buat.Kalau bajet besar dah tentu boleh buat lagi cantik

      Padam
  68. salam encik ozzy.. sy dan suami rancang utuk bina rumah atas tanah sendiri... berapa angaran kos utuk bina rumah keluasan 40x56 kaki... baru2 ini sy ada berjumpe seorg tukang.. die minta rm20,200 utuk upah sapang bim,besi .. ada kah itu murah..

    BalasPadam
  69. Saya nak bina rumah sewa 2 bilik utk 3 pintu rmah. Brape lah yg angaran utk 3 pintu rmah dgn 2 bilik, 1 bilik mandi dan dapur..

    BalasPadam
  70. Assalam.. En. Ozzy.. Sy nak buat rumah at as tanah sendiri. Keluasan 26 x 25 beli barang sendiri. Berape ye kos upah bagi keluasan rumah kecik cmni?

    BalasPadam
  71. Assalamualaikum En Ozzy..
    Paren sy ada rumah wasiat di kampung.. tp rumah ni agak pelik sedikit krn ianya bersambung dgn rumah atok nenek dan ianya hanya mempunyai 3 bilik tidur 3 bilik air dan sedikit ruang tamu dan tidak mempunyai dapur (sebenarnya guess house utk pelancong)..paren sy berhajat untuk menyambung rumah tersebut selepas pencen dengan menambah 3 lagi bilik tidur 2 bilik air dan dapur dengan berbaki sedikit lagi tanah yang ada..masalahnya jika menyambung rumah tersebut 1 bilik yang ada perlu di pecahkan untuk membahagikan mengikut ruang tanah yang ada. jd sy nk minta sedikit pandangan tuan berkenaan masalah ini kerana bajet paren sy kurang 100k..adakah ia mencukupi utk membuat sambungan rumah seperti itu?Terima kasih

    BalasPadam
  72. En ozzy saya
    nak buat rumah i nak dua tingkat
    Di taman berapa kh kos dan mcm mana nk minta kelulusan mpk

    BalasPadam
  73. En ozzy.. Pm 0174379626.. Nk mintak costing n kontraktor dekat taiping

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...