8 Januari 2013

MEMULAKAN PERNIAGAAN SAMBILAN ICE BLENDER DAN BURGER YANG MUDAH DAN MURAH


Ice blender kini semakin terkenal dan menjadi kesukaan pada kanak-kanak.Perniagaan ini juga memberi pulangan lumayan kepada mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan ini. Namun, segalanya bergantung juga pada lokasi yang dipilih, jika kena pada tempatnya pasti sambutan yang diterima amat menggalakkan dan memberi keuntungan lumayan.

Kini, aku juga turut terjun dalam perniagaan ini dan syukur Alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalakkan.Pada awalnya aku cuba survey berapa modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan ini ternyata ramai pembekal atau pengusaha sudah mula mengorak langkah untuk menjadikan perniagaan ini dalam bentuk francais dengan berbagai jenama masing-masing.Bagi yang ingin memulakan perniagaan ini secara full time atau mempunyai modal yang lebih maka cara mudah adalah dengan membeli pakej yang disediakan oleh pihak pembekal antaranya adalah dari pembekal di SINI.

Anda boleh membeli dan memilih apa saja pakej yang ditawarkan bergantung pada budjet dan mengikut kesesuaian ruang tempat anda berniaga.Kalau budget tinggi dan ruang juga sesuai maka anda boleh memilih full pakej termasuk sekali dengan t-shirtnya, itupun jika anda berminat.

Bagaimana pula bagi mereka yang hanya ingin membuka perniagaan ini secara sambilan dengan budget yang paling minima? atau mungkin sekadar ingin mencuba untuk 'test market'?.Aku pasti ramai yang ingin mencuba cuma mungkin rasa kurang yakin atau mungkin merasakan sukar untuk mendapat lokasi yang sesuai.

Okey..kalau ada maknanya anda samalah dengan aku hehe... aku juga memulakan perniagaan ini atas sebab utama adalah untuk memberi duit poket pada anak bujang aku yang sedang menunggu keputusan periksa SPM.Daripada duduk saja lebih baik buat bisness kecil-kecilan macam ni dapat juga duit poket dan paling penting dapat mengelakkan dari membuang masa dengan melepak atau membuang masa dengan kerja yang tak berfaedah.

Untuk memulakan perniagaan ini perkara pertama yang aku buat adalah survey peralatan yang akan digunakan.Kalau beli melalui pakej yang ada memang semua dah lengkap termasuk payung, serbuk perasa, blender, storage dan sebagainya tinggal buka dan jual je lagikan..tapi sebab harganya yang mahal maka aku rasakan lebih baik aku beli perkakas tersebut dengan modal yang lebih rendah tambahan lagi di rumah aku memang dah ada satu mesin ice blended jenama electrolux jadi tak payah aku beli lagi just gunakan saja yang dah ada tu.

Itulah model yang aku gunakan Electrolux EBR 2001 dengan kuasa 350W tapi malangnya tak sampai 2 minggu aku gunakan salah satu dari mata pengisarnya dah pun patah dan menyebabkan proses untuk mengisar ais menjadi lambat kerana air batu lambat untuk dikisar itupun aku gunakan 'baby ice' yang lebih kecil dari ketulan ais biasa.Satu lagi kekurangan jenama ini adalah alat pengacaunya agak pendek menyebabkan agak sukar untuk mengacau di bahagian bawah ais tersebut. (anak aku yang komplen bukan aku hehe..)

   
Untuk memberi lebih keselesaan maka aku gantikan jenama yang lebih popular pada penjual ice blended ini iaitu jenama Panasonic model MX 900M micro cutter 350W dengan bilah mata pengisar bersadur titanium tapi jangan tersilap ia cuma 'bersadur' titanium tapi bukan dibuat daripada titanium okey!.Apabila aku serahkan pada anak aku perkara pertama yang dia komplen adalah ais susah nak hancur.Berbanding dengan jenama electrolux yang kami gunakan sebelum ini ianya lebih laju kerana mempunyai 2 speed tapi model ini hanya sediakan 1 speed.Selain itu tempat penutupnya juga agak ketat kerana bersalut getah berbanding dengan electrolux yang menggunakan sistem 'lock' pada penutupnya.Kelebihan lain cuma pada alat pengacau yang berada pada paras maksimum hampir dengan mata pengisar.Harga yang aku beli adalah RM159 di kedai elektrik SengHeng dan memang jarang dapat ditemui dikedai biasa cuma mungkin terdapat di Tesco atau Giant hypermarket.

Persoalannya kalau gunakan yang ini pun tak tahan, jenama apa agaknya yang lebih tahan dan lebih lasak?.Bagi mereka yang sudah mula maju dan berjaya meraih keuntungan lumayan pastinya akan mencari mesin yang lebih 'heavy duty' dan mahal harganya tapi ia memang satu pelaburan yang berbaloi kan sebab kita dah nampak hasilnya tapi bagi mereka yang baru bertatih dengan jumlah keuntungan yang masih diparas rendah sudah tentunya perlu memikirkan kos tersebut kerana modal pusingan perlu dibelanjakan untuk menyediakan peralatan lain juga seperti sebuk perisa, cawan, cap, ais, whiping cream dsbnya..


Berbalik pada modal tadi perkara seterusnya yang aku perlu survey adalah di mana nak dapatkan pembekal serbuk ice blended dengan harga murah dan paling terdekat?.Setelah disurvey paling dekat yang berjaya aku temui adalah di kawasan Ampang iaitu berhampiran dengan hospital Ampang.Harga yang ditawarkan adalah RM15 sekilo berbanding dengan pembekal lain yang meletakkan harga antara RM17 ke RM20.Perisa yang aku pilih pun cuma 7 perisa berdasarkan perisa yang selalu dibeli oleh budak².Kalau nak ikutkan cuma 2 je perisa yang popular samada coklat atau vanilla tapi saja aku tambah untuk bagi nampak penuh sikit meja tu nanti kan dengan bermacam perisa.Serbuk coklat tabur memang banyak dijual cuma whipping agak sukar ditemui dan biasanya dijual dikedai yang membekal peralatan bakeri.Harga yang aku beli sebotol adalah Rm16 dan mungkin di tempat lain lebih murah aku sendiri pun tak pasti tapi kalau nak bandingkan dengan yang dijual di pasaraya harganya lebih mahal. 

Seterusnya aku survey pula di mana nak dapatkan cawan plastik untuk dua saiz.Saiz kecil yang biasa dijual dengan harga Rm2 dan saiz besar yang biasa dijual dengan harga Rm3.50.Cawan ini biasanya mudah diperolehi di kedai yang menjual barangan plastik ataupun di pasaraya tapi masalahnya adalah amat susah nak cari yang jual penutup jenis bulat melengkung tu, yang biasa dijual adalah dari jenis leper.


Setelah puas pusing mencari akhirnya aku berjaya juga temui pembekal cawan tersebut bersama penutupnya sekali berhampiran dengan rumah aku.Sebelah kiri tu adalah bekas kecil dengan harga Rm15 seratus pcs. dan sebelah kanan tu adalah bekas besar dengan harga Rm14 seratus pcs.Pelik juga kenapa bekas kecil harganya lebih mahal?.Kata pembekal memang bekas kecil harganya lebih mahal bukan pada cawan tapi mahal pada penutupnya antara sebabnya adalah proses pembuatannya lebih rumit.Ada yang kata tempat lain lebih murah samada di Jalan Pasar atau pasar Chow Kit tapi kalau setakat murah seringgit dua baik aku beli sini sajalah sebab bila campur kos petrol, nak cari parking lagi ditambah dengan jalan yang sesak/jem lupakan jelah hehe...

Langkah berikutnya adalah aku kena beli bekas untuk mengisi serbuk ice blended.Antara kriteria utama yang aku pilih adalah penutupnya kemas dan mudah dibuka serta bekas tersebut tidak mudah pecah. Seterusnya yang aku pilih adalah saiz serta penutupnya yang beraneka warna bagi nampak menarik. Akhirnya ciri tersebut berjaya juga aku temui dengan saiz bekas yang sederhana, penutup yang beraneka warna dan paling penting 'thread' pada penutupnya mempunyai pusingan yang sikit dengan harga Rm4.50 setiap satu.Maksudnya ia mudah dibuka dengan satu putaran dan ditutup juga dengan satu putaran tujuannya adalah untuk memudahkan dan mempercepatkan lagi proses membuka dan menutup bekas tersebut yang diisi dengan powder ice blended. Alhamdulillah..strategi ini nampaknya berkesan menjadikan tugas anak aku semasa menjual ice blended ini lebih pantas.Akhir sekali aku print dan tampal nama perisa pada setiap bekas tersebut yang kesemuanya mempunyai 7 perisa.

Terakhir sekali adalah aku beli sebuah meja kecil dan juga khemah untuk memulakan bisness ini.Meja tu pun aku pilih yang jenis kukuh dengan adanya 'support plate' di bawahnya dengan harga Rm60 manakala khemah aku beli yang bersaiz 8 x 8 kaki dengan harga Rm120.Oh ya satu lagi bekas ais batu saiz sederhana aku beli dengan harga Rm45. 

Okey jom kita kira berapa modal yang aku sediakan untuk memulakan perniagaan ini.

Blender - Rm159
Serbuk Perisa - Rm15 x 7 perisa = Rm105
Whipping cream - Rm16
Coklat tabur - Rm3
Cawan kecil - Rm15 (100 pcs)
Cawan besar - Rm14 (100 pcs)
Straw yang boleh lipat - Rm2.50 (100 pcs)
Bekas serbuk - Rm4.50 x 7 = Rm31.50
Meja lipat - Rm60
Khemah (mcm pasar malam) - Rm120 saiz 8x8 kaki
Bekas ais batu - Rm45
Ais batu (baby ice) - Rm4
Jumlah kesemuanya = RM575.00

Hari pertama dibuka kami lebih membuat latihan praktikal dengan mengisar ais dan pakat² rasa sesama anak beranak dan saudara mara atau boleh disebut sebagai 'on job training'.Maklum sajalah buka bisness tanpa latihan cuma berdasarkan pemerhatian semata-mata atau mudah kata main agak² je.Masa nilah kami tentukan berapa sukatan yang perlu dibuat untuk mendapatkan rasa ice blended yang sedap berdasarkan komen masing².Kami juga sepakat untuk menjualnya dengan harga cuma Rm1.50 untuk cawan kecil dan Rm3 untuk cawan besar berbanding dengan harga pasaran Rm2 untuk cawan kecil dan Rm3.50 untuk cawan besar.

Hari kedua maka secara rasminya perniagaan ice blended kami ini dibuka.Maklum saja kedai baru maka pelanggan pun belum ramai lagi tambahan pula gerai kami dibuka di depan rumah kami di kawasan taman perumahan maka pelanggannya juga terdiri dari penduduk di kawasan tersebut dan taman yang berhampiran.Pulangan untuk hari pertama kami memulakan perniagaan ini cuma Rm8 sahaja dan kami anggap ianya adalah satu proses biasa kerana ramai yang belum tahu.Hari kedua jualan kami meningkat kepada Rm25 dan hari seterusnya setakat hari ini setelah 2 minggu berniaga jualan setiap hari adalah antara Rm40 ke Rm60 sehari bermula dari 11 pagi hingga 8 malam.Satu angka yang agak baik jika faktor lokasi diambil kira serta modal yang rendah.Alhamdulillah..

Satu perkara yang tak dijangka berlaku adalah pada awalnya aku sangkakan budak² cuma sukakan vanilla atau coklat tapi akhirnya perasa lain turut laris sebab budak² ni makin pandai, sekarang diaorang suka campur² perasa tersebut...haisshhh !!!.


Kemudian aku memikirkan apa lagi yang boleh dijual dengan modal yang rendah memandangkan masih ada ruang yang kosong dibawah khemah tersebut.Tak lain dan tak bukan adalah burger kerana ia juga semakin menjadi 'fast food' yang menjadi kegemaran masyarakat kita pada hari ini.Okey set...langkah pertama adalah dengan mencari store burger yang murah dan menerusi internet melalui laman mudah.com aku berjaya memperolehi store burger yang masih cantik buatan stainless steel dengan harga Rm700.Store tersebut terletak di Selayang dan aku terbangkan store tersebut dengan menggunakan kenderaan Hilux rakan aku dengan upah Rm100 dari Selayang ke Pedas/Linggi negeri 9.

Langkah seterusnya aku beli dapur dengan harga Rm65, kuali dengan harga Rm75 dan peralatan lain termasuklah scrapper,penekan roti,pisau,bekas sayur,roti burger,daging/ayam burger,telur,sayur  dan sebagainya dengan kos permulaan kira² Rm200.Ini bermakna kos keseluruhan termasuk stall, transport, kuali dan dapur adalah sebanyak Rm1,140.00 dan dicampur keseluruhan modal permulaan untuk memulakan kedua-dua perniagaan ini adalah lebih kurang Rm1,140 (burger) +  Rm575 (ice blended) = Rm1,715.00.

Untuk burger memang tiada masalah kerana aku memang berpengalaman berniaga burger sebelum ini (pun masa tunggu keputusan SPM penghujung tahun 90an dulu) dan aku mencurahkan segala pengalaman serta tips berguna pada anak aku bagaimana cara memasak roti burger supaya garing dan rangup tanpa memenyek roti tersebut.Sering aku perhatikan ramai penjual burger yang memenyek/menekan roti tersebut hingga leper dan penuh dengan minyak akibat terlalu kuat ditekan dan ada juga yang sampai hangit.Inilah tips yang jarang penjual burger dapat melainkan skill yang diperolehi selain dari kepekaan mereka sendiri terhadap kehendak dan selera pelanggan.Perkara kedua yang aku ajar adalah bagaimana membelah daging mengunakan scrapper dengan cepat dan ditengah belahan tersebut diletakkan sedikit kicap dan terakhir sekali adalah ramuan yang digunakan termasuklah pemilihan perasa cili sos dan mayonis serta sedikit black papper sebagai penambah perisa.

Hasilnya daripada tips yang aku berikan pelanggan yang datang akan terus datang berulang-ulang dengan tambahan order.Ini menandakan tips tersebut berjaya memberi rasa yang enak pada hidangan burger tersebut walaupun belum lagi yang aku dengar mereka memuji depan aku tapi 'hints' tersebut sudah cukup memberi makna yang positif.Perniagaan dibuka dari jam 3 petang hingga jam 11 malam dan harga jualan untuk daging ayam adalah Rm2.20 dan daging lembu Rm2.00.

Setelah 2 minggu berlalu Alhamdulillah kedua-duanya mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan jualan bersih ice blended sekitar Rm40 ke Rm60 sehari dan keuntungan bersih buger setelah ditolak modal adalah sekitar Rm30 ke Rm50.Jika dicampur keduanya maka untung bersih untuk anak aku masuk ke kantungnya adalah antara Rm70 ke Rm110 bermakna pendapatan sebulan adalah sekitar Rm2,100 ke Rm3,300, satu angka yang agak lumayan untuk seorang pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM.

Tiada apa lagi yang ingin aku katakan walaupun kesemua modal aku yang keluarkan tanpa mengambil semula modal tersebut tapi yang penting adalah semangat dan keinginan anak aku sendiri untuk berniaga dan mungkin ini juga sebagai satu langkah permulaan untuk memberi ruang dan pengalaman untuknya. Sesuatu yang ingin aku katakan di sini bahawa sekiranya tiada minat dan kesungguhan maka berapa banyak modal sekalipun yang kita keluarkan ianya tidak akan berjaya kerana mereka atau kita melakukannya secara terpaksa.Apa yang penting adalah semangat untuk mencuba dan semangat untuk berjaya.

ozzy - Syukur Alhamdulillah...

95 ulasan:

  1. Salam , menarik juga nie... kalau kat pahang nie ada pembekalnya dok? boleh masuk 30-40 hinggit sehari pun dah ok yak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam akuanakpahang..

      kas galakkan aok mencuba sbb modalnya rendah dan prosesnya mudah..mungkin boleh dpt untung lebih drpd tu
      Boleh survey di internet untuk dapatkan pembekalnya di Pahang..tq

      Padam
  2. waaa. bez tgk org meniaga. tapi L xdak modal.. huu.. belajaq lagi.. semoga berjaya bro..=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih L..moga kamu juga berjaya satu hari nanti

      Padam
    2. Salam...pembekal serbuk powder ice blended berhampiran hospital ampang tu sebelah mane ye?ape nama kdai tersebut?

      Padam
  3. terbaiklah, sy pun nk cuba2 juga berniaga tp yer lah modal xade, pngalaman pun kurang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harith Iskandar..

      Insya Allah suatu hari nanti kamu juga akan berjaya..selagi x cuba selagi itu kita takkan mendapat pengalamannya

      Padam
  4. NK TRY LEH GAK...BLEH BG EKA CUBA...EMMMM!!!!

    BalasPadam
  5. baru terfikir nak niaga burger..tgh cri2 info jumpa plak blog ni..dpt info ckit psal modal yg nk d gunakan..hehe..cuma nak tanya mana lebih untung..wat dalam kiosk2 atau pn dalam kedai2 tu ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. EmmyLisPR..

      Nak lebih untung tentunya ditpt yg x kena bayar sewa..tapi jika tapak yg kena bayar sewa bergantung juga pada lokasi, jika kena lokasinya tentunya untung lebih tinggi walaupun terpaksa bayar sewa tapak kedai...So kena pandai cari lokasi yg menjadi tumpuan dan perkara lain yg perlu diambil kira adalah persaingan dilokasi tersebut..selamat mencuba Insha Allah moga berjaya

      Padam
    2. Kalo utk daerah segamat johor dimana jual ya serbuk ice blended ni ya

      Padam
  6. salam..jika ingin kualiti ais yg hancur dan blender yg tahan lama gunakan commercial blender..saya ada membekal commercial blender terus dari kilang..rm 350 sahaja..harga pasaran rm500-800..

    BalasPadam
  7. hubungi saya 0122355796 syam ytk maklumat lanjut tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama..terima kasih En Syam ..Insha Allah akan saya hubungi nanti bila saya perlukannya

      Padam
  8. salam..

    saya suri rumah & berminat nak mulakan bisnes ice blended ni..nak tanya, sekarang guna 1 ke 2 blender?

    atau memang kena ada 2 blender utk buat bisnes kecil-kecilan?

    dan lagi satu, bahan mentah ni bertahan sampai berape lama sebelum kena topup?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama..W'salam

      Skrg kami cuma guna 1 je sbb yg satu lagi dah rosak..yg sebaiknya sediakan 2 atau lebih krn lebih memudahkan terutama bila pelanggan ramai..Kuantiti mesin bergantung kpd brapa ramai pelanggan tapi buat permulaan 1 pun dah cukup nanti tapi kalau ada modal 2 lebih baik..
      Bahan mentah spt powder,whiping cream dan coklat tabur(beli dlm paket plastik lebih murah)pun bergantung pada jumlah pelanggan, kalau ramai cepatlah habisnya tapi sebaiknya jgn tunggu sampai habis bila tinggal sikit terus sediakan stok baru

      Padam
  9. terima kasih banyak2 utk jawapan saudara ozzy..

    post ni banyak membantu saya dari segi persediaan awal.

    BalasPadam
  10. Salam para usahawan iceblended..gunakan commercial blender..selain tahan lasak percayalah anda akan menikmati kepuasan yg maksimum..kapasiti jug yg besar 2 liter dan motor yg kuat pasti menyenangkan anda!! Hubungi sy 0122355796 @ email eezlinrazalienterprise@ yahoo.com utk sebarang pertanyaan..kepuasan anda matlamat kami..harga dijamin terendah dipasaran..insyAllah..

    BalasPadam
  11. Salam..nak mintak tolong, boleh x berikan alamat kat mana encik beli cawan beserta penutup dome? Terima kasih

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama..
    W'salam..kalau area KL mmg bnyk dijual cawan ni dan paling mudah didapati di chow kit..kalau tpt saya ada di taman medan PJ.Kalau di N9 byk dijual di kedai kawanmu senawang depan giant

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok terima kasih encik ozzy :)

      Padam
  13. selain burger dgan ice blend ni..prniagaan apa lg yg leh d tmbh2 kn...

    BalasPadam
  14. terima kasih bang...info yg bagus...
    -shahril-

    BalasPadam
  15. Salam..saya pun baru nak cuba berniaga..boleh saya tau khemah beli kat mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam..Khemah byk terdpt di kedai hardware atau boleh cari di mudah.com

      Padam
  16. sya bru je strat jual ice blend ni semggu lepas d kwsn perumahan yg sya tggl.cume nk taw pndpt en.ozzy berbaloi x klu harga yg sya letak rm1 per cup 7 onz

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak berbaloi..profit margin sgt kecil..buat penat je nanti

      Padam
  17. trbaik blog nie..sgt mmbntu utk assignment ku.....thanks....

    BalasPadam
  18. Salam ozzy..

    Blh sy tau en jual serbuk ice blended brape hrganya n brape kg? Sy tggl di area nilai..sy berminat sgt nk bt bisnes ni di area pd..info plss..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Badrol Shah..Saya cadangkan kamu terus beli di kedai "RAKAN" yang terletak di senawang berhadapan dengan pasaraya Giant

      Padam
  19. leh hubungi sy untuk kanopi uptown..penghantaran disediakan,.hubungi 0132604245 nurul trading..

    BalasPadam
  20. berminat nk brniaga kecil-kecilan di rumah cara nk oder serbuk ice blanded ni cam mane...lokasi saya di gemas,n.9.

    BalasPadam
  21. Tanpa Nama..Utk area N9 jawapan telah diberikan di atas..cuba scroll dan baca

    BalasPadam
  22. ada supplier di indonesia tidak?tolong jawab via email; thauvanpanduantoto@yahoo.com

    BalasPadam
  23. salam, mohon bertanya lokasi kedai yang menjual serbuk ice blanded tu di ampang seperti yang saudara nyatakan. dan nama kedai yang menjual cawan beserta penutup dome di sekitar kl.terima kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. cikbang..
      lokasi powder ice blended terletak dekat dgn hosp. ampang (tmn melur)..boleh call pembekalnya 0173858952 (sod)- (byk juga terdapat ditpt lain sebenarnya blh cari dlm internet)
      kedai yg menjual cawan byk terdapat di chow kit (saya beli berhampiran rumah di taman medan PJ)

      Padam
  24. bro,saye nak mulakan perniagaan ice blend,tapi modal xde,patut ke saye buat loan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. syed aiman..

      rasanya x perlu buat loan sbb modalnya rendah..kalau blh elakkan pinjaman utk biz kecil mcm ni

      Padam
  25. salam nak tanay orang selalu jual burger dan ice blanded ni kat mana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa nama..

      Di mana-mana pun boleh asalkan x melanggar undang2 dan yang penting ada pelanggan

      Padam
  26. Askm nk tny mcm mn nk wat roti lbh rangup tanpa leperkn roti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama..W'salam

      Satu soalan yang sgt bagus!!..saya mmg ada tips yg hanya org tertentu shj yg tahu bagaimana cara untuk dptkan roti yg rangup tanpa leperkan roti burger dan inilah yg jarang kita dapat lihat dibuat oleh seorang penjual burger hari ini

      Padam
  27. Salam. Saya berminat sgt berniaga ice blended. Kawan saya ada berniaga burger di dpn mmydin dan sambutannya sgt menggalakkan. Saya merancang untuk berniaga ice blended pula bersebelahan beliau, tapi saya kerja di siang hari dan boleh mula berniaga dari pukul 6ptg hingga 11mlm.. Adakah encik rasa perniagaan ice blended ini boleh jln di waktu mlm..? Dan sewa elektrik di hadapan mymydin dikenakan sbyk RM150.. Adakah berbaloi kalau saya byr RM150 setiap bulan..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malam pun blh jalan tapi kurang disyorkan.Saya prefer ia dimulakan pada waktu petang (waktu puncak 1-5pm) dan boleh diteruskan sampai ke malam.

      Padam
  28. Mcm mane sy nk sertai bisnes ice blended ini?

    BalasPadam
  29. Salam sya brminat dgn prniagaan nie dn bcadang nk memulakn bisnes ice blended..prsoalannye sya sdah ada pkjaan ttaap...adakh brbaloi untuk sy brhenti kje dn mnjlankn pniagaan ini..adakah pniaagan ini menguntungkan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama,

      W'salam..Sekiranya dah ada pekerjaan tetap saya syorkan mulakan dengan part time dulu bertujuan untuk surver market.Sekiranya sambutan menggalakkan baru teruskan dgn full time.

      Padam
  30. Cik OZZY boleh tak bg nama kedai cup yg cik ozzy bli tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik saida,

      Kedai tu terletak di tmn medan lokasi berdekatan dengan medan selera tmn medan (nama kedai x ingat).Kat situ ada kedai bekal daging burger dan juga kedai singer depannya ada car wash.Dari jln besar dah blh nmpak kedai tu sebaris dengan klinik

      Padam
  31. Nak tanya kalau nak buat chcolate ice blended boleh je kan guna sebuk chocolate.Meja lipat tu beli kat mana ada x dekat dgn keramat.Bagi nama kedai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama,

      Memang boleh cuma mungkin kosnya lebih sikit dan sebab itulah kenapa pembekal memberikan harga powder yang berbeza sebab adunannya berbeza (lebih mahal lebih pekat rasanya).Untuk area keramat saya tak pasti blh check google atau mudah.com

      Padam
  32. as salam....kalau xkeberatan..bole x sy dptkn resepi buger cik...dan cara buat roti rangup tu....norlianayahya@gmail.com

    BalasPadam
  33. Berminat membeli commercial blender, membaiki dan membeli spare part spt jug, pengacau boleh hubungi sy 0122355796 syam atau 01111247253 lin..

    BalasPadam
  34. Boleh juga hubungi sy 0122355796 @01111247253 lin utk membeli kanopi mudah lipat..terima kasih tuan blog dan para pembaca..

    BalasPadam
  35. Aslm...boleh kongsi tip utk roti tu rangup

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama..

      Itu rahsia dan kunci perniagaan (selling point)..x boleh kongsi sepenuhnya disini hehe..

      Padam
    2. nak tau tempat dan alamat stall burger

      Padam
    3. Tanpa Nama..

      Dulu saya berniaga di pedas linggi N9 tapi skrg dah tutup selepas bapa mertua meninggal dunia..skrg back to KL kembali bekerja sbb dah tak ada pembantu selepas anak sambung pelajaran dikuantan

      Padam
  36. Mana nak dapatkan sumber bekalan elektrik?

    BalasPadam
  37. Macamana nak cari generator utk bekalan elektrik luar... 0123109127 whatsaap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Along & Manjaku,,,

      Gen set atau generator byk dijual dikedai elektrik..paling senang nak dapatkan cari di mudah.com

      Padam
  38. as salam....sy berminat utk memulakan bisnes burger dan merupakan seorg newbie...langsung x tau apa2....terima kasih tips dan perkongsian dalam blog tuan ini...kalau x keberatan..bole x sy dptkn resepi buger tuan...dan cara buat roti dan daging tu jadi rangup ....anasmosa@yahoo.com
    :) :) :) terima kasih tuan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Exa..

      W'salam...setiap penjual mempunyai resepi masing2..paling penting adalah pada sos dan mayonisnya..selebihnya boleh olah sendiri mengikut citarasa..jgn takut mencuba

      Padam
  39. assalamualaikum..saya mmg brmnt tuk mnjual ais blndend ni..bln dpn dh nk operasi tp saya x tau kt mn nk dptkn bhn2 tuk mmbuat ais blnded tu..sya skrg berada di taiping..tlg ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Azlina 8757

      W'salam..maaf saya kurang familiar dgn pembekal di taiping..blh cuba google di internet utk dapatkan pembekal di sana

      Padam
  40. terbaik bos.. agak2 modal buat bisnes coconut shake murah tak

    BalasPadam
  41. Di mana nak cari sumber elektrik jika kita meniaga di tempat seperti pasar malam? Adakah kita perlu keluarkn duit lg untuk beli generator?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Farah Shahira,

      Ya..kalau berniaga di pasar malam kita kena keluarkan duit sendiri utk beli generator

      Padam
    2. Farah Shahira,

      Ya..kalau berniaga di pasar malam kita kena keluarkan duit sendiri utk beli generator

      Padam
  42. alam semua. hanya ingin berkongsi. hari ini hari ke6 saya mula berniaga ice blended. jumlah cawan yg dpt dijual 570. saya pakai cawan 473ml / 16oz. satu cawan rm2.50 dgn yogurt, peral atau jelly topping. profit secawan rm1.00. saya menggunakan serbuk jenama happy grass. sebungkus rm25. boleh buat 50 cawan yang kaw walaupun cawan 16oz. berjual hanya 20 minit sehari. modal permulaan hanya 1 blender commercial, ice box dan 8kg serbuk. 1kg pakai 4kg gula. tips yg penting jualan time hujan sngt rendah jadi jgn mgharap sngt time musim hujan.

    BalasPadam
  43. Wahhh terbaik lah semua......Apa kata tmbh mcm ayam sate....Ok gak tp modal besaq skit lah....Sy meniaga ayam sate,hotdog dn wife sy buat ice blended tp mmg sukar nk dpt cwan saiz 10oz dn penutup kubah saiz 12oz....Bubbles yg halal pun susah nk dpt....Perisa pun mahal sgt rm18.....terima kasih kak ozzy sbb sudi share....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama..Tahniah..semoga terus success

      P/s - bkn akak ..saya ni lelaki laa..

      Padam
    2. Hihihi,maaf lah ye....Apa pun terima kasih...Nk tnye ozzy lah tentang cup 10oz ni...Mana boleh dpt ek?Skli dgn kubah dia atau tutup leper....X lupa juga mana leh dpt blender yg betul2 power mcm cool blog tu...Terima kasih ye...

      Padam
  44. Saya mencari stall burger . Area mana senag dpt

    BalasPadam
  45. Assalam cik ozzy...nk tnye area chow kit belah mana ye jual cwn plstik dgn penutup dome tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam.. kalau dulu dibahagian belakang pasar jual ikan tu
      ( tpt jual ikan pasar basah, belakangnya pasar kering )

      Padam
  46. Salam.... en ozzy... tau x kat mana nk print cawan plastik dgn brand kite sndri? Klo ade tlg bgtau ye.. whatsapp 01121112524

    BalasPadam
  47. Terbaiklah Mr Ozzy, nak tanya kat Miri Sarawak ada tak stokis powder tu?

    BalasPadam
  48. Assalamualaikum. Saya juga nak tahu macam mana nak beli cup n penutupnya. Please whatsapp 0178358007

    BalasPadam
  49. As'mualaikum..klu ABC oak bleh rekomen cup apa yg molek,gerai majlis xbleh open table smua ta pau(bungkus)whatsapp koi 60176744973,area equine park seri kembangan😊

    BalasPadam
  50. terima kasih Encik Ozzy, suka sangat baca.... banyak dapat membantu untuk peniaga2 baru seperti saya.... Semoga dipermudahkan lagi hamba2 Allah untuk berniaga untuk mendapat rezeki yang baik...inshaALLAH

    BalasPadam
  51. Hello semua, saya fatma dari Indonesia menyeronokkan saya menasihatkan anda semua di sini tidak memohon pinjaman di mana-mana syarikat atau pemberi pinjaman di laman web ini, orang-orang di sini adalah palsu, penipu dan penipuan, walaupun sebahagian daripada keterangan di sini adalah semua palsu mereka orang yang sama yang melakukan itu semua, mereka masih orang yang sama melakukannya. jadi sila berhati-hati untuk tidak jatuh yang tertipu atau menipu rakan-rakan Indonesia, saya menipu empat kali sekitar Rp200,000,000 juta untuk yuran pendaftaran, yuran perpindahan, kos cukai dan kos insurans, tetapi selepas pembayaran saya, saya tidak mendapatkan pinjaman saya, tetapi mereka meminta saya membayar lagi dan sekali lagi,

     Ia akan menarik minat anda untuk mengetahui bahawa ada undang-undang kewangan atau kaedah-kaedah kos ini mendapat pinjaman dari bank-bank, peminjam atau syarikat tetapi Allah bersyukur kerana saya kemudian menerima pinjaman sebanyak $ 100,000 daripada syarikat yang seorang kawan saya yang memperkenalkan saya dengan sebenar dan syarikat pinjaman dipercayai, (THERESALOANCOMPANY), mereka syarikat terkemuka di Asia, mereka berada di sini untuk membantu kita semua yang telah scammed dan menipu, jadi jika anda memerlukan kredit yang lebih baik pergi kepada syarikat-syarikat dalam

    (THERESALOANCOMPANY) atau jika anda mempunyai rakan-rakan dan memberitahu mereka untuk membantu anda untuk menghubungi mereka untuk pinjaman, okay, anda boleh mendapatkan yang sangat mudah untuk mendapatkan serendah 2% daripada pinjaman tanpa cagaran atau penjamin. Ini adalah e-mel mereka

    (THERESALOANCOMPANY@GMAIL.COM) Anda boleh menghubungi mereka dengan aplikasi anda adalah baik dengan mereka anda akan mendapat pinjaman anda dalam masa 24 jam, asli cepat dan saya terpaksa membantu penipuan negara saya, e-mel saya adalah (Feyzilfatma@gmail.com) hubungi saya untuk maklumat lanjut, saya bersedia untuk membantu TUHAN memberkati engkau NOTA semua. SILA. TIADA YURAN PENDAFTARAN, TIADA YURAN PEMINDAHAN, NO Bayaran CUKAI, NO YURAN INSURANCE) harta pemberi pinjaman atau syarikat tidak memungut caj ini. Allah memberkati kita YURAN PEMINDAHAN, YURAN NO CUKAI, NO YURAN INSURANCE) sebenar Lender Syarikat ATAU TIDAK memungut caj penutup penyanyi,

    BalasPadam
  52. bagus perkongsian ini smg saudara saudari semua dapat keuntungan berlipat kali ganda..kebetulan saya ade projeck nk buat ais blend..tercari maklumat berkaitan disini..amat bermanfaat

    BalasPadam
  53. Salam. Tahniah sbb jd ayah yg baik dan jd anak yg taat. Trm kasih di atas perkongsian Tn. Saat bermanfaat untuk sy.

    BalasPadam
  54. assalam nak tahu kedai apa eh yg beli powder dia tu boleh? sbb fikir nak buat untuk bussiness time study ni

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...