30 Julai 2010

TARIK TALI

Mungkin ramai diantara kita pernah melihat pertandingan tarik tali.Menyebut sukan ini pasti ramai yang membayangkan ia hanyalah acara selingan bagi memeriahkan sesuatu acara sukan contohnya sambutan hari keluarga atau sukaneka.Ramai yang tidak tahu bahawa sukan ini juga adalah bidang sukan yang diceburi oleh mereka yang profesional sehingga memasuki peringkat antarabangsa tetapi kerana kurangnya promosi seperti sukan lain maka sukan ini agak terpinggir dan kurang popular berbanding sukan yang lain.

Kali pertama aku menonton sukan ini oleh pasukan profesional aku rasa terpegun melihat skill mereka yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan yang biasa aku lihat.Pasukan yang aku tonton adalah pasukan MPPJ dan dikalangan mereka adalah rakan yang aku kenali.Saiz badan mereka tidaklah terlalu besar dengan berat sekitar 60-80 kg kecuali yang paling akhir agak besar saiz badannya dengan berat sekitar 120kg. Pada hari tersebut lawan yang akan mereka tentang semuanya kelihatan bersaiz besar dengan berat antara 100 ke 150kg.Ramai yang tersilap jangka kerana mereka dengan mudah mengheret lawan dalam keadaan pihak lawan terhuyung-hayang sedangkan mereka semua teguh hanya badan mereka membuai seakan ditiup angin dengan serentak.

Keadaan mereka juga sunyi sepi tidak riuh seperti yang biasa kita lihat.Orang pertama iaitu yang paling depan juga dipanggil tekong sahaja akan memberi isyarat seperti "hupp" bererti mereka akan menarik tali tersebut serentak dan isyarat juga akan dibunyikan semasa menahan sentakan dari pihak lawan. Menariknya keadaan mereka semua cukup tegap hanya bahagian badan sedikit membuai ke depan atau ke belakang kecuali pemain terakhir yang berdiri tegap dengan tali yang melilit bahagian badannya.

Tiga elemen penting dalam sukan ini adalah lengan, kaki dan nafas. Kerana itu latihan mereka juga agak lasak antaranya berlari mendaki dan menuruni bukit satu latihan wajib untuk kekuatan kaki dan ketahanan nafas dalaman.Pasukan wanita juga tidak kurang hebatnya bersama skill dan teknik serta latihan intensif yag dilakukan.

Biasa yang kita lihat kedudukan badan dan kaki mereka tidak sekata kerana itu meskipun mereka bersaiz besar mudah saja untuk dikalahkan kerana belum tentu kaki dan nafas mereka dapat bertahan.Cuba lihat perbezaan gambar di atas dan gambar ini.
Antara pasukan yang handal dan menjadi favourite untuk sukan ini menurut rakanku adalah pasukan PDRM dan Bomba yang mewakili hingga ke peringkat antarabangsa hingga ke luar negara.Aku pasti ramai yang akan teruja jika menonton sukan ini jika disertai oleh pasukan profesional sebagaimana yang pernah aku tonton.

Saksikan bagaimana sukan ini dimainkan oleh pasukan profesional...

                         

12 ulasan:

  1. salam Ozzy..
    walau wehhh..
    tak sangka gak kan
    sampai peringkat antarabangsa
    aku ingat tilawah je peringkat
    antarabangsa,he he..thanks info
    bro..

    BalasPadam
  2. salam,
    mmg suka tengok tarik tali.
    tapi koi rasa sukan ni nampok je gitu tapi bahaya juga. kalau tersungkur, mboh ande yg cedera dan tpijok. belum lagi sakit pinggang, kerem kaki dsbnya.

    kala sukan masa kecik2 dulu, buat acara tarik tali antara kg, uih, merioh weh!

    BalasPadam
  3. angah minat org tarik tali nie tapi nak mencuba tak reti la.... hehehe

    BalasPadam
  4. Salam Ozzy,

    Ada teknik juga rupanya sukan tarik tali ni ni.. Tak semestinya yang kurus itu tiada tenaga dan yang gemuk/gempal tu begitu perkasa ya. dont judge the book by its cover...

    BalasPadam
  5. wahh..
    x sangka pula sukan ni sampai antarabangsa..
    terngat lah pula
    dulu men waktu hari sukan ja..
    lps tu x dak dah lah

    BalasPadam
  6. salam semua..
    Seperti yg diduga memang ramai tak tahu sukan ni adalah sukan hingga ke peringkat antarabangsa sbb ramai yg x pernah tgk..hanya tgk yang main suka2 je..

    BalasPadam
  7. ustaz saya sampai skg xleh brsukan pasal tertindih oleh pelajar bersaiz besar time main tarik tali.

    BalasPadam
  8. aku memang minnat sgt. dan juga aku mempunyai team sendiri harimau muda.tapi dlm perlis aja

    BalasPadam
  9. SALAM TUAN....30APR N 1 MEI NI ADA GAME TARIK TALI..HADIAH LEH TAHAN GAK LA BESAR NYE...ANY INFO PLEASE CALL 0123064095 (AYEM) N 0193712064 (DIN)
    OR EMAIL ME SHAHRIZANUH@YAHOO.CO.UK

    BalasPadam
  10. Unquestionably imagine that which you said.

    Your favourite reason seemed to be at the internet the easiest thing to take into account of.

    I say to you, I definitely get irked at the same time as folks consider issues that they plainly do not recognize about.
    You managed to hit the nail upon the top and also outlined out the entire thing without
    having side-effects , people can take a signal. Will likely be back to get more.

    Thank you
    Here is my site :: aau basketball rules

    BalasPadam
  11. Hello, i think that i saw you visited my blog thus i came to “return the favor”.
    I'm attempting to find things to enhance my web site!I suppose its ok to use some of your ideas!!

    My blog post: acupuncture cost

    BalasPadam
  12. I enjoy reading an article that will make men and women think.

    Also, thanks for allowing me to comment!

    Here is my blog post: www.Spcai.org

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...