20 Januari 2011

BLOGGER YANG TERSEPIT

Entry ini sekadar menyahut saranan dari seorang blogger iaitu saudara ROHAIZAD salah seorang blogger yang dikatakan popular untuk menerbitkan sebuah entry bertajuk "BLOGGER YANG TERSEPIT".

Apabila disebut tersepit aku mendefinasikannya sebagai satu objek yang berada dalam kedudukan tersepit di antara objek yang lain.Blogger yang tersepit lebih merujuk pada perasaan yang bermain didalam fikiran seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai blogger tetapi tersepit antara kehidupannya di dalam dunia blog (dunia maya) dan kehidupan di dunia sebenar (realiti).

Terdapat beberapa klasifikasi mengikut kategori bagi menghuraikan keadaan mereka yang tersepit ini. Sebelum itu aku cuba fahami dulu apa tujuan dan hala tuju mereka/kita sebagai seorang blogger.Aku andaikan kebanyakan dari mereka/kita ingin menjejaki atau ayat mudah ingin menjadi seperti blogger Red Mummy yang pendapatannya mencecah 10 ribu sebulan hasil dari menjadi seorang blogger.Selebihnya sekadar menulis untuk suka-suka atau sekadar menghabiskan masa.

1- PELAJAR / GURU
- Seorang pelajar atau guru akan menjadi "BLOGGER YANG TERSEPIT" apabila banyak masa dihabiskan samada untuk update blog ataupun aktiviti blogwalking.Akibatnya banyak homework atau assignment tidak dapat disiapkan atau tertangguh atau dibuat sambil lewa sahaja.

2- PEKERJA
- Dari seorang pekerja yang dedikasi dan cemerlang juga menjadi  "BLOGGER YANG TERSEPIT" apabila turut ingin menjadi seperti Red Mummy.Mungkin pendapatan yang ada tidak mencukupi maka aktiviti blogger dilakukan.Bagi mengekalkan traffic yang tinggi seorang blogger baru perlu memperkenalkan blognya pada orang lain melalui kaedah blogwalking juga.Akibatnya masa banyak dihabiskan bagi tujuan ini.

3- SUAMI / ISTERI
- Hubungan suami/isteri turut menerima tempiasnya apabila seorang suami atau isteri menjadi seorang blogger tegar yang masanya lebih banyak dihabiskan dihadapan komputer samada bagi tujuan update blog atau blogwalking.Sebelum ini ramai memperkatakan akibat penangan facebook tidak mustahil fenomena ini turut berjangkit pada dunia blog.Puncanya jelas...kerana ingin menjadi seperti Red Mummy atau ayat mudah kerana duit.Apabila ini terjadi maka blogger tersebut turut di kategorikan sebagai "BLOGGER YANG TERSEPIT" diantara rumahtangga atau duit yang belum tentu berhasil.

4- PASANGAN BERCINTA
-  Pasangan bercinta juga tidak terlepas dari menjadi "BLOGGER YANG TERSEPIT" apabila salah seorang dari mereka menjadi blog addicted. Akibatnya hubungan menjadi hambar dan akhirnya putus akibat masa banyak dihabiskan demi blog.Hala tuju juga sama demi mendapatkan duit tambahan tapi alasan tersebut agak sukar diterima oleh pasangannya.Apabila putus cinta kesinambungan blog diteruskan pula menerusi penulisan berbentuk luahan hati dan perasaan.

Lebih malang lagi apabila waktu tengah malam sebelum ini diisi dengan sembahyang sunat dan tahajjud kini dilupakan gara-gara aktiviti blog ini. Akhirnya kalimah suci , hadis dan sunnah sekadar menghiasi laman blog tidak ubah seperti yang terpampang di dinding restoran mamak.

Kerana itu berhati-hatilah dari terjebak sebagai seorang "BLOGGER YANG TERSEPIT".Tidak menjadi kesalahan untuk menjadi seorang blogger kerana mungkin ada sesuatu yang menjadi kepuasan pada diri kita samada dari penulisan atau catatan mahupun info yang kita dapat.Mungkin juga pendapatan kita turut melonjak hasil dari menjadi seorang blogger tetapi lihatlah potensi yang ada pada diri kita ..apakah semua blogger akan menjadi seperti Red Mummy?? Jangan sampai yang dikejar tak dapat yang di kendong berciciran dan jangan pula dari "BLOGGER YANG TERSEPIT" akhirnya kita menjadi "BLOGGER YANG TERGOLEK"...

17 ulasan:

  1. Kawan duduk di kategori Pekerje tu laa gamoknya mmg sokmo tersepit dan terhimpit adus..

    ** apapun niat kawan lebih sekadar suka-suka aje tak mengejar juga.. kalau ada kita ambil. :)

    BalasPadam
  2. salam,

    blog sekadar menjadi wadah penyampai sesuatu buat agama dan bangsa, jadi perlu di'update' setiap masa dan itu berlaku dalam blog ambo

    BalasPadam
  3. salam jie..
    bagi blogger tegar yang seperti
    redmummy tu mereka tak payah 24 jam
    updated blog, ada caranya "auto publish"
    aku pun adakala menggunakannya..kebanyakna
    blogger seperti itu tak perlu BW lagi
    kerana blog mereka senang di index google dan
    traffic datang dari pelbagai sumber..

    BalasPadam
  4. hehehehe...
    moga lynn tak tergolong di dalam kategori yg mana2...

    BalasPadam
  5. Salam Ozzy,

    Bagi Sweetie pula saja suka2 ada blog,lebihnya sweetie pada persahabatan, dapat info dari kawan-kawan, dan saja nak suka membebel, cuba-cuba curahan rasa, curahan idea kat blog.

    Aperpun yang kita buat sebenarnya berpada2lah.

    BalasPadam
  6. saya pun selalu tersepit. haha

    BalasPadam
  7. Salam,
    ulasan y menarik..ade statement 2 y kena batu jembala patik ;)

    BalasPadam
  8. blog sekadar sbg dokumentasi peribadi, utk bkongsi sesuatu dan menambah silaturrahim mengikut kemampuan diri...

    jgn sampai ketagih weh!

    BalasPadam
  9. Blog ni kalo dah serius leh jadi ketagih..hehe..bukak pc ja update then baca blog org len...sedar x sedar skali tgk laaa dh dkt 3 jam rupanya mengadap pc huhu

    BalasPadam
  10. satu kupasan yang menarik :)

    begitu beruntungnya aku sebab dari no.1 hingga no.4,aku bebas dari unsur-unsur tersebut tapi aku hanyalah blogger cikai yang suka merapu :)

    BalasPadam
  11. Jadi diri sendiri...kalau nak jadi RedMummy pun mesti takkan sama..:)

    BalasPadam
  12. Sebenarnya banyak kelebihan yang ada dalam diri kita ini yang belum di eksplotasi sepenuhnya...

    Keep it up!

    BalasPadam
  13. kejar duit semata2, mmg sampai bila2 pun akan tersepit antara dunia blog dan dunia luar ktia.. :D

    pendapat anda?
    blogger yang tersepit

    BalasPadam
  14. hadui... tersepit sungguh !! sabar la yer. ada jalan nye nanti... ;)

    BalasPadam
  15. blog penyepit takpe ke ozzy?.. :P rasanya kalau dah matlamat blogging tu utk duit, semuanya jadi hambar belaka. blogging ni sepatutnye sekadar hoby je. hoby yang bermanfaat. dari melepak tak buat ape. if berblogging ni, ada rezeki bleh mendatangkan hasil gak. saya terbaca gak kisah redmummy tu, katanya mula2 blogging sekadar hoby je. cz waktu tu dia masuk fearfactor. bila ada masa terluang, dia tulis entry kat blog dia. tapi dia dah bertahun2 berblogging. Ok la bleh masyuk macam tu kan?.. :)

    http://wanshah87.blogspot.com

    BalasPadam
  16. haha...rasa2nye cik tom da nak berjangkit pnykt blogger tersepit...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...