17 Januari 2011

SAMBIL MENYELAM SAMBIL MINUM AIR

Hari sabtu dan hari minggu kebiasaannya aku lebih gemar melakukan aktiviti luar samada bertemu rakan-rakan atau aktiviti lain bersama keluarga. Tinggalkan blog buat seketika untuk memberi ruang pada aktiviti lain.Kata orang sambil menyelam sambil minum air tapi sekarang air banyak dah tercemar silap-silap kena kencing tikus macam di Lubuk Yu jadi sebaiknya sambil makan sambil minum air takut tercekik pulak nanti.

Sabtu malam minggu yang lepas sekali lagi kami rakan-rakan sekelas sewaktu bersekolah dahulu berkumpul untuk menikmati satay Kajang.Memandangkan malam minggu bazar/restoran satay Kajang utama yang terletak berhampiran dengan stadium sesak dan padat dengan pengunjung maka kami memilih lokasi lain sekitar Kajang dan Bangi.Lokasi yang dipilih adalah "Restoran Sup Urat Ketin" yang turut menyajikan satay Kajang.Kami memilih satay ayam dan satay rusa serta sup urat ketin ( Zul kata pedas gila hehe ) cuma bagi aku yang sedikit cerewet kuah satay nya cair dan kurang umphhh..tak sama macam satay kajang origional Haji Samuri (jangan marah ye Ramli hehe).

20 tahun dulu kami semua bersekolah dan berada dalam kelas yang sama dan selepas terpisah lebih 20 tahun tanpa diduga rupanya kami dipertemukan semula di Kuala Lumpur setelah jejak mereka berjaya dikesan.Pastinya berbagai kisah suka dan duka mewarnai kehidupan masing-masing untuk dikongsikan bersama.Namun apa yang penting adalah jalinan persahabatan sesama rakan-rakan terus kekal hingga ke hari ini.Meskipun aku hanya berupaya menghimpun beberapa orang saja pada malam tersebut kerana tiga yang lain tidak dapat hadir atas masalah yang tidak dapat dielakkan namun ia amat bermakna kerana ada antara mereka yang belum bersua pada pertemuan yang lalu...hinggakan tidak sedar jam sudah menunjukkan 2 pagi.

Apapun terima kasih sekali lagi pada dua orang sahabatku yang sponsor makan dan minum pada perjumpaan tersebut.Juga ucapan tahniah pada kedua-duanya yang aku anggap telah berjaya dalam perniagaan bersama syarikat masing-masing.Ramli bersama syarikatnya Alaf  Teras Sdn. Bhd. yang kini produknya telah berjaya menembusi pasaran luar negara hingga ke Africa dan seorang lagi rakan Tusirin bersama syarikatnya NMtechnic Sdn. Bhd.Buat rakan yang lain termasuk diri aku juga apa yang penting kita teruskan usaha kearah yang lebih baik.Mungkin ketika ini rezeki yang dicurahkan pada sahabat-sahabat kita lebih banyak dari apa yang dicurahkan pada kita namun tidak mustahil suatu hari nanti kita juga bakal menikmatinya.

Jangan lupa untuk bersyukur dengan apa yang Allah S.W.T anugerahkan pada kita dan minta dijauhkan dari sifat iri hati atau dengki apabila melihat rakan-rakan kita lebih berjaya.Tahniah juga pada seorang lagi sahabat kita Azri atau "Jerry" yang telah mendaftarkan syarikatnya sendiri Permai Waja Ent. baru-baru ini dan kini dalam proses untuk mendapatkan pinjaman dari pihak MARA. Semoga perniagaannya nanti akan turut beroleh kejayaan yang cemerlang.

Antara yang hadir adalah blogger yang semakin popular saudara ZULKBO (dua dari kanan) atau anda boleh klik blognya di SINI. yang juga rakan sekelas kami.Pertemuan ini juga turut menyelitkan sedikit perbincangan berkenaan Reunion rakan-rakan seangkatan yang dirancang akan dibuat pada 1 May 2011 nanti di Cherating Pahang.Terima kasih juga pada Zulkbo kerana membeli dan melanggan produk yang aku jual serai wangi dan tungku moden.Sesiapa yang tinggal di Ampang dan berminat untuk mendapatkan produk ini termasuk batu garam bukit boleh menghubungi Zulkbo.

Hari ahad pula sebelah petangnya aku menuju ke area Subang berhampiran Kampung Melayu Subang untuk bertemu rakanku selaku pengedar di Area Subang.Ketika sedang asyik menikmati char kuew teow pemilik warung tersebut bertanya apa yang aku bawa dalam plastik jual barang ke katanya.Aku katakan aku bawa sedikit stock untuk diserahkan pada rakanku di sini.

Dia kemudiannya meminta untuk melihat barang tersebut lantas aku tunjukkan.Alhamdulillah..sudah rezeki aku agaknya malam tu dia juga berminat dan terus beli produk tersebut.Inilah dikatakan sambil menyelam sambil minum air dan sambil makan sambil minum air...

ozzy - jalan-jalan cari makan....

16 ulasan:

  1. wah bestnya dapat bertemu dengan blogger.. En ozzy boleh amy tahu apa kelebihan tunku moden tue..

    BalasPadam
  2. salam.. tungku moden tu.. rumahs aya pun ada.. rm brape ye

    BalasPadam
  3. Amy & Bun_nee..

    Untuk info lanjut berkenaan tungku moden sila baca di sini
    -> http://ozzy-seraiwangi.blogspot.com/
    ..terima kasih

    BalasPadam
  4. seronoknya kalau dapat jumpa semula kawan2 lama ... mesti banyak yg dikenang-kenangkan ye bro...

    BalasPadam
  5. wah .. en. ozzy sdah ada 'brand' sndiri. hebatlah en. ozzy. target kakchik utk umur 40 nnti tu. hihi ..

    BalasPadam
  6. alhamdulillah..murah rezeki encik ozzy..

    BalasPadam
  7. Gambo kenit je ngapa weh ?...

    BalasPadam
  8. Ok tu jgn minum byk2 takut kembung :)

    BalasPadam
  9. salam Ozzy..
    terima kasih promote blog aku..
    he he..betul menyelam minum air ni..
    cepat sapa nak beli..beg tunku dan
    lampu garam bukit..barang baik punya..
    alahai nasib baik kita tak sambung kedai
    lain pulak hari tu..tidak mau ke 6 pagi?

    BalasPadam
  10. mesti banyak cerita menarik kalau dah jumpa member2 lama.Kalau nak g Cherating nanti..kasi tau la..bleh joint kalau ada kelapangan...Aku masih ingat kat Tusirin..budak hostel tu..

    BalasPadam
  11. beznyer buat reunion,
    teringin jugak nk buat,
    tp x buat2 pun, huhu

    BalasPadam
  12. Salam...

    Wah, ini sudah reunion ni...

    BalasPadam
  13. mesti banyak benda di bualkan..macam2 cerita di bualkan kan?? apa pun seronok kalau dapat jumpa kawan2 lama...

    BalasPadam
  14. haha..mmg langkah kanan sungguh ya..apapun bro ozzy pun sukses juga.saya doakan bro selalu berjaya dan ke hadapan..

    BalasPadam
  15. Keli oh keli..terima kasih...insyaallah.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...