6 Januari 2011

MINYAK MASAK ATAU MINYAK SOROK

Memasuki tahun baru bagaikan menyambut siaran ulangan apabila sekali lagi peniaga memainkan taktik kotor dan keji dengan menyorok barangan keperluan.Jika sebelum ini gula disorok kali ini tiba giliran minyak masak pula untuk disorok.Tujuannya jelas untuk menaikkan harga barangan tersebut meskipun ia dikatakan barangan yang dikawal.

Alasan dari pihak kementerian pula bekalan mencukupi dan berpunca dari sikap panik pengguna.Alasan yang memualkan sama seperti ketika gula disorok satu ketika dulu.Selepas harga gula dinaikkan tiba-tiba gula berlambak dipasaran.Sudah terang lagi bersuluh tapi masih memberikan alasan serupa 'pantau' dan 'jaminan'.Apakah ketika itu pengguna yang dikatakan panik mengembalikan semula kesemua gula tersebut ? Persoalannya 'pantau' setakat mana ? apakah 'pantau' itu bermaksud tengok,siasat atau sekadar menjeling.Manakala 'jaminan' pula berdasarkan apa?..apa yang dijamin jika akhirnya tunduk pada desakan pembekal.

Siapa sebenarnya yang panik...pihak kementerian atau pengguna?.Jika pengguna panik berapa banyak setiap pengguna beli? Apakah setiap seorang beli sampai selori?.Jika benar sekurang-kurangnya sila tampilkan siapakah individu tersebut yang dikatakan panik dan berapakah jumlah yang beliau beli untuk dikategorikan sebagai 'pengguna panik'.Dalam masa yang sama jangan lupa tampilkan juga individu yang suka main sorok-sorok.Apabila desakan dibuat oleh pembekal atau pengeluar minyak ini maka pihak kementerian yang sebenarnya panik.Panik kerana tidak mampu melawan dan menepis desakan pengeluar kerana mereka juga sedar mereka tidak mampu untuk bertindak.Untuk menyedapkan halwa telinga pengguna maka ayat klise yang biasa digunakan adalah 'pantau' dan 'pengguna panik'.

Seperti juga ketika isu gula disorok jika pengguna panik kenapa tak turunkan harga gula apabila ia mula melambak di pasaran? Selepas itu sama-sama kita tengok apakah gula juga akan tiba-tiba berkurangan setelah harganya diturunkan.Jika tiba-tiba gula kembali 'hilang' setelah harganya diturunkan masihkah ungkapan 'pengguna panik' boleh digunapakai? atau memang untuk dibuat main sorok-sorok...atau mereka sememangnya bijak untuk mencelikkan mata pihak yang terlibat. Sesekali kami sebagai pengguna teringin juga untuk mendengar ungkapan 'pengeluar panik' untuk sama-sama kita lihat bagaimana keadaannya.Sepatutnya pihak yang terlibat sudah belajar dari apa yang terjadi sebelum ini dan plan tindakan untuk menangani budaya sorok ini telah pun dibuat. Sewajarnya juga jerat telah di pasang bukannya asyik kena jerat.

Selepas gula dan minyak kita lihat apa pula sasaran mereka selepas ini.Yang pastinya bakal ada barangan yang akan menyusul sebagai 'barangan terkawal sorok'.Sebagai pengguna amat sukar untuk kita perolehi apa yang dikatakan 'win-win situation' kerana kesudahannya kita tetap tewas. Pada mereka bukan hanya menang malah langsung tidak mahu keuntungan mereka terjejas. Beginilah keadaannya dan tetap berterusan apabila sikap rakus dan tamak peniaga tidak dapat dikawal oleh mereka yang sepatutnya diberikan tugas dan amanah untuk mengawal makhluk ini.

ozzy - kalau tak boleh pantau..cuba pulak santau..



9 ulasan:

  1. salam bro

    angah puas cari minyak masak..
    kebetulan angah belum beli barang dapur sebab dapat gaji lambat..lepas tue gi la sebuah pasar borong ambikkk minyak tak ada...

    Apa angah nak masakkkk kat umah memang dah tak ada stokkkkk tolonggggggggggggg
    bro bole tolong angah tak?? mana nak cari semua pasaraya angah cari tak ada.. tolongggggg

    BalasPadam
  2. Salam, Entohlah kawan naik hamun dgn taktik kotor deme main nyorok barang nei yang pasti bahan tersebut akan dinaikkan juga usah nak kata apalah :(
    New Entry "Suram sikit hari ini..."

    BalasPadam
  3. Sowi...teremosi..kena padam sendiri sebelum org baca..hahaha...N3 Terbaik!!! Ulasan dari akal.
    Sokong 200% !!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  4. ozzy: yelah kan..dh ada adegan sorok-menyorok pulak ye..:)

    BalasPadam
  5. Baru nie melilau cari minyak masak , semua supermarket tak ada last2 pergi la kedai kat dalam kampung baru ada itu pun tinggal 2 botol je.. dowang main sorok-sorok kita yangd apat susah...

    BalasPadam
  6. saya undi : minyak sorok! kalau tak minyak sorok, saya pilih minyak seludup!

    BalasPadam
  7. السلام عليكم
    tak boleh buat apa
    dah Ozzy..dah jadi budaya
    Malaysia..pemborong yang
    mendapat subsidi ni lah
    yang kaya-raya..ermmm,aku
    ada tengok tv semalam..mak cik
    tu guna sekilo minyak untuk 3 bulan,
    memang sihat betul cara hidup dia..
    apa kata kita cuba..??he he..

    BalasPadam
  8. Malaysia Boleh!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...