22 Januari 2011

THAIPUSAM DALAM KENANGAN

Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia.Mengikut kepercayaan mereka perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Perayaan ini disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'.

Bagi penganut agama Hindu, Thaipusam merupakan hari bertaubat dari dosa-dosa yang sudah dilakukan.Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.Manakala upacara yang dipanggil Kavadi dilakukan bagi membayar niat atau nazar bagi menebus dan memohon ampun atas dosa yang telah dilakukan. Upacara memecahkan kelapa turut dikatakan bertujuan untuk membayar niat atau nazar.

Ketika bersekolah dan tinggal di kampung dulu pernah beberapa kali aku pergi melihat perayaan ini yang terletak agak berhampiran dengan tempat tinggal aku.Kuil yang terletak di Sg Jerik dan Kampung Jara berhampiran dengan Maran Pahang merupakan antara lokasi popular yang sering dikunjungi oleh penganut agama Hindu untuk menyambut Hari Thaipusam selain dari Batu caves.

Oleh kerana beberapa orang rakanku tinggal di sini maka tiada masalah ketika aku berada di sana untuk melihat upacara ini dengan lebih dekat.Di belakang rumah rakanku juga terdapat sungai kecil yang digunakan oleh mereka untuk 'mandi wajib suci' dan membersihkan dosa mereka melalui air yang mengalir.Proses ini tak perlulah aku tengok sebab tak ada yang special untuk di tengok hanya mandi biasa dan akupun memang tak berminat nak tengok.

Paling aku teruja adalah ketika menyaksikan upacara mencucuk lidah atau pipi dengan senjata tajam.Aku ingin melihat sendiri bagaimana upacara ini dijalankan kerana sebelum ini aku hanya saksikannya di dalam TV.Aku kemudiannya mendekati ke arah seorang pemuda yang dikelilingi oleh beberapa orang petugas yang bersiap sedia bersama gendang serta alat muzik yang lain.
Pemuda tersebut menjulurkan lidahnya dan ketika ini gendang akan dipalu sekuat mungkin bagi menenggelamkan jeritan pemuda tersebut.Aku melihat darah mengalir keluar meleleh ke dagunya sebelum dibersihkan.Setelah proses tersebut selesai keadaannya dilihat agak membahayakan memaksa aku menjauhkan diri kerana pemuda tersebut memegang parang sambil melibas ke kiri dan kanan.Menurut mereka pemuda tersebut berada dalam keadaan sudah tidak sedarkan diri.

Cara yang sama turut dilakukan ketika upacara berarak membawa kavadi dimana Kavadi tersebut ditarik oleh penganutnya yang ingin membayar nazar dengan menyangkutkan kail yang disambungkan dengan tali pada badannya.Ketika ini aku dan pengunjung lain juga turut dilarang berada terlalu hampir kerana pemuda yang menarik kavadi ini turut dilihat berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.


Aku beralih ke upacara seterusnya iaitu upacara berjalan di atas bara api.Upacara ini juga merupakan salah salah upacara untuk membayar niat.Ini bermakna terdapat berbagai pilihan untuk mereka membayar niat atau nazar dan ianya dipercayai bergantung kepada besar atau kecil niat tersebut.Ramai pengunjung berdiri mengelilingi kawasan bara api tersebut termasuk aku untuk melihat upacara itu dijalankan.Di katakan abu yang ditabur pada bara api tersebut adalah abu dari mayat yang dibakar di kuil tersebut.

Apa yang uniknya adalah ketika proses ini berlangsung seorang sami akan berjalan sambil  membawa bekas yang berisi abu yang dikatakan abu mayat tadi.Sami tersebut akan mencelup jarinya pada abu tersebut dan 'mencolet' atau menyapu pada dahi sesiapa saja yang berada di sekeliling tempat tersebut.Sesiapa yang terkena akan terus pengsan atau tidak sedarkan diri.Aku juga hampir dicolet jika tidak sempat mengelakkan diri atau sami tersebut sengaja ingin bergurau!! dan memaksa aku menjauhkan diri dari tempat tersebut tetapi kerana degil aku masih ingin melihat/mengintai dari celah-celah orang ramai di situ.

Apa yang aku ceritakan ini adalah pengalaman aku dua puluh tahun dulu sewaktu aku masih bersekolah dan selepas berhijrah aku tidak lagi pergi melihat perayaan ini kerana tujuanku bukan untuk menyambutnya tapi sekadar ingin tahu dengan lebih dekat.Hari ini mungkin proses yang dilakukan sedikit berlainan dan disesuaikan dengan keadaan atau mungkin disapu dengan ubat bius terlebih dahulu.

Mengikut kepercayaan penganut agama Hindu juga, upacara mandi bunga juga turut diadakan dan  disempurnakan oleh seorang yang bergelar 'pandit' bertujuan membuang segala nasib buruk dan memberi tuah baru kepada individu berkenaan.Tujuh jenis bunga ditabur di dalam air yang dicampurkan dengan kunyit dan kemudiannya disiram ke atas mereka yang ingin menjalani upacara ini atau untuk membuang sial.

Di dalam masyarakat Melayu upacara mandi dengan tujuh jenis bunga ini juga agak popular bagi tujuan perubatan, untuk mendapatkan jodoh, penyeri wajah serta mengubah nasib malang (buang sial) pada diri seseorang.Bezanya jika Melayu dan Islam mentera serta jampinya pasti tidak sama dengan kaum Hindu manakala bunga aku sendiri tidak pasti apa jenis bunga yang diminta oleh bomoh tersebut.

ozzy - Selamat menyambut hari Thaipusam dan selamat bercuti...

12 ulasan:

  1. Zaman kawan kecik2 dulu sebab duduk dekat kuartes kerajaan.. dekat pulak dgn kuil india nie mmg kerayan sokmo bila musim thaipusam nie hehehehe

    BalasPadam
  2. kuil tu tambah besar skrg..sambutan perayaan pun grand..tapi sedih bila masyarkat Hindu mempersoalkan Interlock karya Sasterawan Negara..ternyata hakikat realitynya boleh dilihat sendiri..yang datang dari segenap pelusok Malaysia terdiri dari ramai golongan berada.Kereta Mercedez Benz..BMW...Toyota Alphard
    bersepah2 kat situ..aku bukan perkauman...cuma menyatakan tentang kebenaran...mata sendiri..

    BalasPadam
  3. Mak tak pernah tgk secara live upacara ni. Tingin gak nak tgk live

    BalasPadam
  4. Ngeri plak tgk badan yang kena cucuk2 besi tu...ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....

    BalasPadam
  5. Pernah tengok live org cucuk kat besi panjang dari pipi kanan ke pipi kiri, pastu pukul2 badan dengan besi yang ada duri2 kt hujung..punyalah banyak darah kat jalan..memang berani betul saya yang nengok..tapi malam tu...hanya org dalam rumah je tau..tiba2 ada org ngigau kena cucuk besi jugak..hahaha..sayalah tu...hahaha

    BalasPadam
  6. salam Ozzy..
    moralnya..alangkah indahnya
    ISLAM adalah cara hidup..
    bersyukur di lahirkan sebagai
    hamba Allah dan umat nabi Mohammad
    saw...

    BalasPadam
  7. Amy tak berani nak tengok sebab lemah semangat sangat...

    BalasPadam
  8. thanks 4 perkongsian maklumat..:D

    BalasPadam
  9. soalan - thaipusam ni memang perayaan yang berunsurkan agama kan, bukan berunsurkan kaum..

    BalasPadam
  10. Hisyam..
    Betul lah tu..ia memang berunsurkan agama kerana tidak kira kaum apa sekalipun sekiranya ia beragama Hindu mereka akan meraikan & menyambutnya.

    BalasPadam
  11. Semasa saya bekerja di Kilang Alps Jengka tempohari,apabila da perayaan besar Hindu di jalankan di kuil Sg Jerik tu, kilang Alps terpaksa memberi cuti kepada pekerja kerana banyak laluan di tutup kepada kenderaan...Jadi bas yang pergi ambil pekerja Alps pun tak lepas nak lalu..

    Dana Belia 1Malaysia bernilai RM20 juta

    BalasPadam
  12. saya baru dapat melihat perayaan ini ... kalau saya dapat melihat secara lansung lagi best kan ???
    sebab kat sabah tak ada perayaan seperti ini ....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...