25 Januari 2011

IKAN PUYU DAN RAHSIANYA

Sebelum ini aku memelihara ikan 'Kap China' atau disebut juga ikan 'Koi' dalam akuarium tapi kesemuanya tidak dapat bertahan lama.Bagi yang ingin memelihara ikan ini penjagaan air amat penting disamping makanan yang diberikan.Oleh kerana aku bela pun hanya sekadar untuk mencantikkan ruangan di dalam rumah maka aspek penjagaan kurang diberi perhatian.Akibatnya ikan tersebut tidak bertahan lama dan mati selepas beberapa bulan sahaja.

Jika di KL antara lokasi tumpuan untuk mencari berbagai jenis ikan peliharaan ramai peminat ikan akan pergi mencarinya di Jalan Pasar yang memperagakan berbagai jenis ikan termasuk accessories dan kelengkapan yang berkaitan hidupan haiwan yang hidup di dalam air termasuk juga spesis kura-kura.

Dengan harga serendah rm 2 seekor berbagai jenis ikan peliharaan terutamanya ikan kap boleh didapati di sini dan harganya mengikut saiz ikan tersebut.Ikan kap ini juga terbahagi kepada jenis dari China atau dari Jepun.Ikan kap Jepun harganya sedikit mahal kerana rupa bentuknya yang lebih cantik.Kedua-duanya aku pernah cuba tapi kedua-duanya pun tak tahan lama mungkin kerana aspek penjagaan yang kurang diberi perhatian.Kata mudahnya malas nak jaga hehe..

Daripada membiarkan akuarium aku kosong rasanya lebih baik aku masukkan apa saja jenis ikan asalkan ia tidak kelihatan kosong kerana ia boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.Kalau kena tangkap seekor jentik-jentik dendanya rm 100 kalau 10 ekor dah jadi seribu..tak pasal-pasal duit terbang.Nak bela ikan tapi malas nak jaga jadi ikan yang paling mudah dan tahan lasak untuk dibela adalah ikan PUYU.

Masa aku balik kampung aku ternampak ada orang jual ikan ni yang diletakkan di dalam satu bekas.Harganya cuma 5 ringgit untuk 12 ekor yang saiznya tidaklah besar.Ikan puyu ni pun sebenarnya cantik juga kalau kita pandai pilih.Kalau nak cantik lagi makeup kan dulu atau suntik botox macam orang la juga kan.Mungkin dari segi standard dan jenama atau dari segi harganya apabila disebut ikan puyu ramai akan cebikkan bibir atau tak nak pandang jadi jangan sebut ikan puyu katakan saja ikan flower horn.Ada la sikit-sikit iras flower horn jugak tu kan bentuknya.

Selain dari itu ikan puyu ni jenis tak memilih.Berilah makanan apa saja tolak kayu dengan batu je yang lain semua dia bedal.Kalau nyamuk nak bertelur memang tak ada chance..tak sempat landing dah kena sambar.Ikan puyu ini dikatakan amat bagus dipelihara untuk mencegah kehadiran serta gangguan makhluk halus.Kepercayaan ini juga turut diikuti bukan hanya pada kaum melayu malah kaum india juga percaya ikan ini dapat menghindari makhluk tersebut.Betul atau tidak wallahhualam... Pada aku itu bukan tujuan sebenarnya aku pelihara ikan tersebut tetapi jika ia berkesan bermakna itu adalah satu bonus pada aku dan mereka yang malas nak menjaga tapi rajin nak pelihara hehe...

Satu rahsia yang selama ini aku tidak tahu tentang ikan puyu ini adalah ikan puyu ini akan tidur terbaring dengan mengiring seperti kita manusia apabila tiba waktu tengah malam antara jam 12 malam ke atas.Pertama kali melihat aku terkejut apabila melihat mereka terbaring dengan mengiring samada di atas batu atau lantai akuarium serta dicelah pokok.
Pada mulanya aku sangkakan mereka nak mati tetapi bila aku dekati mereka akan segera bangun dan naik ke permukaan kerana menyangkakan aku nak beri mereka makan.

Ikan lain yang aku pelihara sebelum ini tidak ada yang terbaring atau mengiring seperti ikan ini.Kalau ada pun ikan yang tengah nazak tercungap-cungap nak mati.
Setiap malam aku melihat ikan ini tidur seperti manusia..apakah ada misteri disebaliknya?.. sebaiknya jangan fikir apa-apa dan jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriiiii..

ozzy - nak tambah ikan bandaraya pulak lepas ni....

30 ulasan:

  1. salam ozzy..
    ikan puyu jenuh lah nak
    akuarium besar..dia suka melompat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak sangat jaga pandai2 la

      Padam
  2. cantik gak bela ikan puyu ye....:)

    BalasPadam
  3. saya pun penah bela ikan kap china tu masa study ari tu..tapi memang xtahan lama la..sebab nk jaga dia cerewet..tp penah la ada rekod bela ikan ni sampai dpt cucu..eh, anak ikan la..tp mati pulak..sbb pak dia makan anak dia..jahat betul!

    BalasPadam
  4. ikan puyu ni lasak.. susah nak mati..
    ikan lain kena maintenance sket... leceh kalau sapa yang kurang masa kan..

    BalasPadam
  5. ikan puyu dah ada market sekarang..kalau kat pasar
    borong,puyu mati pun RM 12/kilo...dulu tak de harga.Puyu hidup lagi mahal la kut...buat halau
    hantu atau pukau kat rumah..

    BalasPadam
  6. ikan puyu sedap dimkn tp byk tulang and tak byk sgt isi :)

    tq sbb sudi singgah kat my blog
    me dtg click ur HB
    kalau sudi,tlg vote utk me yer
    sblm midnite tonite

    http://suzie284.blogspot.com/2011/01/last-day-to-vote-mz-masih-ketinggalan.html

    BalasPadam
  7. Salam, molek bela ikan puyu nie kata org.. kalau ada niat org nak memukau rumah kita tak sampai hajat dia :)

    BalasPadam
  8. kakchik pun penah bela ikan puyu dulu. Nak jual akuarium la en. ozzy. akuarium kakchik 2 tingkat, 100% dari kayu. cantek sgt tapi kakchik dah boring. Kalau ada sapa2 berminat en. ozzy bgitau kakchik boleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam...kakcik dah jual ker akuarium tu n klau lom bape nk tolak?

      Padam
  9. dulu ada bela ikan emas. kejap jek addict nya. lepas tu malas dah nk cuci aquarium. las2.. jual jek sume kat jiran.
    haritu anak no 2 sibuk nak bela ikan balik. so, belikan dia ikan laga. senang gak nak jaga..

    BalasPadam
  10. salam bro..

    tapi kalau bela ikan koi kan cantik kolam kita bila tengok ikan berlegar2 kan??

    BalasPadam
  11. ikan puyu nie murah jer kan...tp kat rumah lynn x der aquarium la...

    BalasPadam
  12. Kakchik - Kalau ada yg berminat nanti saya beritahu.

    Kakngah - Ikan laga pun tak tahan lama..kalau nak bela boleh bela sekor je sebab selalu berlaga.

    Angah - w'salam..ikan koi bela dalam kolam memang cantik cuma leceh nak jaganya.

    Lynn Hamzah - Memang murah ikan puyu ni..x de akuarium letak dalam bekas pun boleh.

    BalasPadam
  13. kat umah mama pun ada bela ikan puyu..tuk elak pukau la katakan...jom la join mama

    BalasPadam
  14. dulu sy bela 4 eko ikn pelaga, baru semalam mati, hari ni rezeki sy dpt 3eko ikan puyu kwn opis bagi dia kata elok bela ganti pelaga sbb rupanya kata dia pelaga ni leh bwk antu sedangkan puyu leh halau antu .... xtaw la betol ke x tp sy bela ikan sbb saya suka ikannnn :)

    BalasPadam
  15. irma..ikan pelaga memang cantik tapi x tahan lama..dah bela ikan puyu cuba tgk malam2 dia tidur

    BalasPadam
  16. Salam

    byknyer ikan dia.. :).. kat opis ma de bela jgk, ikan sepat lili, tp dah mati.. huhuhu.. nak bela ikan sekila a.k.a ikan pelaga lak.. ye x yah pakai O2.. :)

    BalasPadam
  17. Salam...saya tertarik baca sal ikan puyu ni kat blog en ozzy especially sal dia tido bbaring. hmm sbnarnyer memg saya tengah svy n cari tahu sal pyu ni for my fyp. saya rasa smthg special bout ikn ni untk dikaji

    BalasPadam
  18. SALAM.SY BARU BELA IKAN PUYU.SY CAMPOR NGN IKAN2 LAIN;TP IKAN PUYU NI ASYIK GIGIT EKOR IKAN2 LEN SMP IKAN LEN DA CACAT2.KENAPA YE. DIA X CUKUP MAKAN KE.ATAU PERLU DI ASINGKAN DRI IKAN2 LAIN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena asingkan...ikan puyu nie dia lasak sket..tmbah time lapar

      Padam
  19. kat umah aku bnyak...slalu pi mengai ja kat ban,..sekali pi mengai dapat dalam 20 ekor.. pastu balik bela..hehe..aku letak dalam peti ais lama je, bg terbalik pastu buang enjin ngan pintu peti ais tu... aku jdkan kolam ikan..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. satu langkah yg bijak & kreatif pejol..

      Padam
  20. IKAN PUYU NI MMG JNIS YG SUKE LOMPAT2 KE? SY BRU JE BELA IKAN NI SMALAM..KTENYE IKAN NI BOLE ELAK PUKAU, SANTAU DAN MAKHLUK2 HALUS... XDE LA PERCAYA 100% TPI SAJE SUKE2 LA.. TPI SY DA JDI TKUT NK BELA IKAN NI SBB BGUN PGI TDI, SY TGK IKN TU DE KT LNTAI DPUR UMAH N MASIH IDUP LGI.. IKN TU SY LTK KT DPN PINTU UMAH.. JAUHNYE IA JALANNNNN.....

    BalasPadam
  21. Tanpa Nama..

    Waktu awal dimasukan kedalam akuarium ikan ni mmg liar tapi lama kelamaan ia akan mula dpt sesuaikan diri..bab pukau tu mmmg ramai yg perkatakan cuma kesahihannya x siapa yg dpt pastikan.Ikan puyu ni memang lasak dan mudah dibela

    BalasPadam
  22. huh ak ni mancing ikan ni sedap buat goreng, nak bela malas xda akuarium hahaha senang je nak mancing pakai je umpan pape

    BalasPadam
  23. nakal gila cerita mu ani . ikan puyu tu banarnya ikan karuk bha kan . jumpa di suak-II saja tu . mun sudah belurih , jual ya . mahal-II dikit . siokk tu . seekor kau jual 60 rinngit ka . nakal-III . berabis nakalnya .

    BalasPadam
  24. ikan puyu cepat terkejut pandai jaga rumah bagus sejuk ikan puyu

    BalasPadam
  25. Ozzy...sya skrg bela ikan.puyu seekor! 3 4 hari ni dia nampak gelisah. kalau menjelang malam je dia mesti mengamuk dlm.akuarium...gelisah...bagi makan x mau. sirip dia asyik berdiri.
    ada yg bgtau dia nampak sesuatu...ntahla...

    BalasPadam
  26. assalam...mohon bertanya, mana nak cari pasaran untuk ikan puyu emas,
    ada pemborong @ pembeli yg berminat x...sila email kat saya asap, aniza443@yahoo.com.my..terima kasih,

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...