Setiap dari kita pastinya sayang dengan segala apa yang kita miliki apatah lagi ianya hasil dari titik peluh kita sendiri.Begitu juga dengan barangan peribadi yang lain dan mungkin antaranya dianggap sebagai 'sentimental value' dalam hidup kita.
Mungkin ada yang berkata "aku bukan orang kaya..nak kumpul duit beli benda ni semua..lepas tu senang-senang je nak bagi orang lain".Maksud 'bagi' samada berikan terus pada orang lain atau beri pinjam pada sesiapa saja.
Antara harta harta peribadi yang aku maksudkan adalah kereta. Masyarakat kita khususnya orang melayu kebanyakannya memang sayang pada kereta masing-masing apatah lagi jika kereta tersebut baru saja dibeli.Dari aspek penjagaan kereta atau 'maintenance' kaum Melayu dikatakan antara yang paling rajin dan sayang dengan kereta mereka tidak kira apa jenis atau modelnya.Kerana itu juga penjual kereta akan melabelkan 'Malay Owner' pada kenderaan terpakai yang mereka jual sekiranya pemilik asal kereta tersebut adalah orang Melayu.Ini adalah kerana ramai berpendapat kereta milik orang Melayu lebih bersih dan dijaga dengan baik.Kita tidak akan jumpa mereka melabelkan bangsa lain kerana umum mengetahui orang melayu majoritinya sayangkan kereta mereka.Jika dahulu antara yang menjadi pilihan adalah 'Lady Owner' tapi kini mereka berpendapat label tersebut tidak relevan lagi sebagai tarikan pada pembeli kerana menyedari label 'Malay Owner' lebih mendapat tempat dan menjadi pilihan.
Justeru itu pasti kita sering mendengar dikalangan kita orang melayu tidak membenarkan kereta mereka dipinjam oleh orang lain dan antara alasan yang kerap diberikan "aku tak suka kereta aku ni banyak tangan..nanti habis jahanam..kalau nak pinjam barang lain tak apa.." bermaksud pemiliknya tidak akan membenarkan keretanya dipandu oleh orang lain.Sebagai rakan pastinya kita memahami pendirian dirinya sementelah lagi itu adalah hak miliknya.
Ramai diantara kita beranggapan itu perkara biasa kerana memahami situasi sebegini tetapi apa yang mengejutkan aku adalah ada diantara kita bukan hanya tidak memberi pinjam pada rakan-rakan malah bapanya juga tidak terkecuali.Membayangkan muka si ayah yang mungkin teringin untuk merasa memandu kereta anaknya agak sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.Hati seorang ayah pastinya tetap berbisik apakah nilainya kereta tersebut sama dengan nilai kasih sayang..nilai pengorbanannya untuk membesarkan anaknya..nilai makan minum yang diberikan sejak dilahirkan..nilai untuk mengubati sakit demam anaknya dan nilai makan minum yang diberikan.
Aku sendiri tertanya-tanya setinggi mana harga kereta tersebut yang hanya sebuah kereta buatan Malaysia dan jika Mercedes sekalipun aku tetap beranggapan nilainya masih belum mampu menandingi apa yang telah ayahnya berikan sejak dia dilahirkan.Ketika kita kecil ayah tidak berkira untuk membelikan apa yang kita mahukan...ayah tidak berkira ketika kita meminjam motorsikalnya untuk ke kedai dan ayah juga tidak berkira ketika kita ingin meminjam keretanya kerana pada ayah kita adalah anaknya.Ketika lapar ayah dahulukan anaknya kerana naluri seorang ayah tidak sanggup melihat anaknya menangis kelaparan.
Walau sebuah kapal terbang sekalipun ianya tetap tidak mampu menandingi dengan nilai seorang insan bergelar ayah.Semuanya harta tersebut akan susut nilainya dan mungkin akhirnya akan menjadi besi buruk tetapi sesuatu yang tidak ternilai pada seorang ayah adalah doanya yang sentiasa mengiringi anaknya setiap masa, ruang dan ketika...fikir-fikir dan renung-renungkanlah serta selamilah hati kecil seorang ayah...kerana itu >>>>

" BILA HATI MULA BERKATA...LIDAH KELU UNTUK BICARA...
HUJUNG PENA KUSALUT BISA "
psl duit kadang mmg mcm2 bole berlaku..
BalasPadamsalam ozzy..
BalasPadambab pinjam ni bukan tak kasik..
tapi kebanyakan bila pakai tak
menghargai..lanyak cukup2..bila rosak
buat bodo..saman lagi,kita yang nak
kena bayar..bagi koi prefer kereta satu tangan
cukup..tahan lama..
w'salam Zul..
BalasPadamItulah alasan yg sering kita dgr..dgn kwn2 mungkin x de masalah tapi takkan dengan ayah sendiri pun nak berkira sgt..fikirlah sama perasaan org tua kita..apa sgt value kereta kita tu.
Salam...
BalasPadamklu ngn family koi x berkira rasenyer..tp kwn2 lain sket,nak2 kwn2 llaki..
yelah kan,org muda bru dpt lesen..pecut sane sini mane kira keta org ke tdk..yg meminjam isi minyak jer...rosak2 yg timbul kemudian tuan keta yg tggung..bkn sikit duit nk kuar klu keta rosak.. klu org pinjam utk hal2 kecemasan n sakit pening tu lain la..
w'salam yun..
BalasPadamBetul tu..kalau dgn kwn2 kena tgk juga..ada yg jenis x reti nak jaga bila rosak kita juga kena tanggung..cuma dgn ayah sendiri x patut juga kita nak berkira sangat.
Ada org berkata.. kereta ku isteri ku...oit kena paham laa kan :) Apapun kereta adalah satu keperluan.
BalasPadamsalam en.ozzy..
BalasPadamamy dah selalu terkena dah jadi fobia pun..
jemput ke sinar raudah..
http://sinarraudah.blogspot.com/2010/10/di-tindih-makhluk-halus-semasa-tido.html
kalau pasal berkira.. yupp benda ni mmg happen.. terutama yg jaga kete bak isteri laaa.. mmg x kasi orang lain bawa....
BalasPadamtu mmg biasa berlaku.. tetapi bila ayah sendiri nak bawa.. tu ataicha x tau nak kata... sebab kedekut kena ada batasnya...
kecuali ayah dia tu mmg jenis careless bawa... tu boleh la abaikan... :p
sedih nya, ayah sendiri nak bawak pun tak bg.
BalasPadamKalau ayah atau bapa mertua tak ada masalah kot.. saya pun selalu guna kereta ayah. Kalau untuk ipar duai saya dah mula jadi kedekut... panjang ceritanya..
BalasPadam