17 Oktober 2010

RUANG YANG TERHAD

Rasanya untuk beberapa ketika yang belum pasti jangkamasanya aku mungkin jarang update blog aku ini.Bukan tiada bahan untuk ditulis tetapi aku perlu mendahului dan memperuntukkan masa demi tugas lain.

Mungkin ada antara rakan-rakan yang tertanya-tanya apakah aku sudah tidak berminat lagi untuk menulis atau update blog aku ini.Kepada yang datang singgah dan meninggalkan pesanan pada shoutmix aku..terima kasih aku ucapkan pada anda semua.

Masa di pejabat sememangnya amat terhad sejak akhir-akhir ini bersama projek yang hampir kesemuanya memberikan dateline yang amat singkat dan menuntut komitmen yang agak tinggi.Situasi hujung tahun yang hampir serupa setiap tahun.Cuma untuk tahun ini kami mengalami fenomena yang agak luar biasa sejak dari awal tahun lagi.Jika suatu ketika dulu aku antara individu yang bertungkus lumus bersama berganding bahu untuk menaikkan syarikat tetapi hari ini syarikat ini tidak perlu diperkenalkan lagi..telah terkenal sebagai pelopor atau pembekal utama di negara kita sebagai pembekal utama produk 'medical support system'.Pastinya aku antara individu yang turut menumpang rasa bangga dengan pencapaian syarikat ini meskipun hingga ke hari ini aku terus dikerah dan diperah.

Dalam mengejar tugas untuk disiapkan di pejabat bila balik ke rumah waktu malam aku menyambung tugas untuk menyiapkan kerja yang diberi oleh client aku pula (part time).Tugas ini pula dari bidang yang berbeza dimana syarikat ini membekal 'furniture' untuk Lab.Scope kerja hampir sama dengan apa yang aku biasa buat maka tidaklah terlalu sukar cuma masa yang ada sebenarnya agak terhad. Ini juga bermakna masa untuk aku berehat dan tidur semakin kurang.Justeru itu masa untuk blog dan blogwalking atau yang sewaktu dengannya turut terbatas demi 'priority' ini.Sebenarnya jika aku mahu update blog hanya dengan sedikit entry ringkas pun boleh ataupun hanya copy paste dari mana-mana sumber tapi aku rasa tidak puas dengan cara sedemikian. Aku lebih gemar menulis untuk meluahkan isi hati..memberikan pendapat atau menceritakan mengenai sesuatu mengikut perspektif aku sendiri.Pastinya cara dan tujuan serta matlamat kita semua berbeza.

Ini salah satu bilik sebagai contoh apa yang perlu aku siapkan untuk kerja yang diberi.Gambarajah disebelah kiri adalah pandangan atas (plan view) untuk salah satu dari bilik tersebut (sila klik imej untuk paparan lebih jelas).Dari gambarajah tersebut aku perlu tunjukkan 'elevation view' ataupun keratan rentas bilik tersebut untuk menunjukkan pandangan hadapan produk yang akan dipasang di bilik itu.Projek ini melibatkan 3 tingkat keseluruhannya (ground floor ke 2nd floor) dengan anggaran 250 buah bilik.Ini bermakna 250 buah bilik ini juga perlu dibuat 'elevation view' mengikut produk yang telah ditetapkan (setiap bilik mempunyai produk yang berlainan dan saiz bilik juga tidak sama). Setakat ini ground floor telah pun aku siapkan dan kini aku teruskan untuk siapkan tingkat yang seterusnya.

Sebenarnya bidang ini juga mempunyai prospek yang cerah untuk dijadikan 'bisness' kerana banyak syarikat kini cenderung mengupah orang luar atau pekerja part time untuk menjimatkan perbelanjaan syarikat.Jika mereka menggunakan pekerja tetap mereka perlu membayar gaji setiap bulan samada syarikat dapat projek ataupun tidak.Sebaliknya jika menggunakan khidmat orang luar mereka hanya perlu membayar upah untuk satu-satu projek.Jadi kepada sesiapa yang mempunyai kebolehan dalam bidang ini samada dalam format 2D atau 3D mungkin boleh pertimbangkan untuk merebut peluang yang ada (jika 3D bayarannya lebih tinggi).Antara aplikasi software yang sering digunakan adalah AutoCAD,Solid Work,Mechanical Desktop,Pro E dan Photoshop.

Dalam sibuk dengan tugasan tersebut ada pula beberapa pelanggan bertanya untuk mendapatkan produk 'serai wangi' aku ini sementara stok pula sudah pun habis.Sebenarnya jika dia mahu dia boleh dapatkan di SINI tetapi sudah pasti harganya turut berbeza. Oleh kerana sebelum ini dia mengambil terus dari aku maka mungkin dia lebih selesa untuk berurusan dengan aku.Produk ini juga jika mengikut perancangan ingin aku  pasarkan lagi dibeberapa tempat tetapi terpaksa ditangguhkan dulu.

Walau apapun kepada rakan lain yang memperolehi pendapatan sampingan melalui blog aku ucapkan selamat maju jaya dan tingkatkan usaha.Walau apa jua yang kita lakukan..walau apa jua bidang yang kita ceburi semoga apa yang kita perolehi itu adalah dengan cara yang halal.Kepada blogger yang menganggap mereka belum berjaya atau mencapai sasaran yang diigini aku turut ingin berpesan bahawa tidak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan.Ada kalanya kita melihat orang lain berjaya 'hanya dengan satu sentuhan' tetapi bila kita turut mencuba dengan berbagai gaya dan idea kita masih kekal ditakuk lama.Sekiranya yakin jangan putus asa tetapi hakikat yang kadangkala perlu kita terima dalam dunia blog adalah " Kita ibarat seorang pemancing.Kita menggunakan umpan yang sama seperti yang orang lain gunakan tetapi belum tentu apa yang kita perolehi sama banyak dengan apa yang orang lain perolehi tetapi bagi pemancing yang tidak terlalu memburu maka dia tidak kisah kerana padanya memancing hanyalah satu hobi..apa yang dia ingini hanyalah kepuasan dari apa yang dia lakukan".

Di kesempatan ini juga aku ingin ucapkan terima kasih pada salah seorang blogger iaitu Cik_XOXO yang menyenaraikan aku sebagai penerima award dan ini adalah award dari dia.Hanya satu yang aku nak tegur sikit pada cik-xoxo ni kalau nak masuk blog dia agak lambat sikit untuk buka (agak berat) dan kalau boleh cuba ringankan sikit (mungkin bloglist boleh dialihkan ke tempat lain) tapi itu terpulanglah pada dia samada ingin lakukan sesuatu atau kekalkan begitu atau mungkin juga laptop aku ni yang tak cukup 'power'.


Ini pula award yang aku baru terima dari Cik-Izyanadiah..terima kasih juga aku ucapkan padanya.


Terakhir sekali ingin aku memaklumkan pada rakan-rakan semua yang mungkin ada antaranya tertanya-tanya dimana aku letakkan "Bloglist" kerana ia tidak terpapar disini.Ingin aku jelaskan bahawa 'bloglist' kesemuanya aku aku asingkan dan diletak di SINI  termasuk himpunan award yang aku terima dan perhatikan senarai blog yang aku follow semua ada disitu dan ini bermakna aku akan mengetahui setiap kali mereka update blog.Anda boleh berkunjung ke sana dan perhatikan samada blog anda termasuk dalam list aku atau pun tidak.Tujuan aku asingkan seperti kita semua sedia maklum adalah untuk meringankan blog utama terutamanya untuk loading page. 

Itu saja untuk kali ini untuk RUANG YANG TERHAD INI.Semoga berjumpa lagi...Jaga diri hiasi peribadi...

14 ulasan:

  1. Salam pozi kawan paham situasi aok sekarang apapun dahulukan yang utama.. sesekali kena update juga blog nie nanti dok le bersawang nanti :)

    BalasPadam
  2. w'salam Yassin..
    Gitulah nampaknya..kena dahulukan yang utama..insyaallah akan update juga bila berkelapangan...terima kasih

    BalasPadam
  3. Salam..

    koi dlm proses buat bk blog khas utk bloglist gak ni...skang dh ringan sket...

    BalasPadam
  4. wah byk nyer kerja dalam satu masa. semoga semua nya berjalan lancar.jgn tinggalkan terlalu lama blog ni ye. suka baca entry saudara, penuh dgn kata-kata nasihat.

    BalasPadam
  5. w'salam shinju..
    Eloklah tu..senang nak buka blog tu

    Noreed..
    Jika nak senaraikan ada lagi kerja lainnya tapi ini adalah main job..
    terima kasih krn meminati hasil coretan saya.

    BalasPadam
  6. kerja tetap perlu diutamakan.. layan blog bila ada kesempatan.. samalah dgn saya. bila kerja bertimbun, nak buka blog sekali sehari pun tak sempat selagi kerja tak siap..

    BalasPadam
  7. Mata Hati..
    Betul tu

    Izyan Nadiah..
    Terima kasih juga atas pemberian award tersebut

    BalasPadam
  8. salam ozzy..
    sibuk..tak pe la
    utamakan yang penting dulu

    BalasPadam
  9. bagus jugak buat macam ozzy..ringan je load blog ni...

    BalasPadam
  10. gud entry..tahniah dpt award ye..:)..ha ah kan cik tom...stuju..:)

    BalasPadam
  11. selamat maju jaya wahai sahabat,
    begitulah bila kesibukan melanda. jgn sampai abaikan kesihatan diri.

    BalasPadam
  12. Ya betul..kata rakan2 kita di atas, walaupun sibuk kesihatan dan keselamatan mesti di utamakan.. semoga saudara sihat dan dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

    BalasPadam
  13. Terima kasih Piewahid dan Mohammad..semoga kita semua sihat hendaknya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...