Ramai yang mengetahui kegunaan takal iaitu sebagai alat sokongan bagi menaikkan sesuatu beban.Oleh kerana ia hanya sebagai alat yang kelihatan simple dan mudah maka tiada siapa yang berminat untuk mengetahui bagaimana dan sebab ia tercipta.Mungkin kita berkata sesiapapun boleh buat kerana beranggapan ia mudah dibuat.
Mungkin ada antara kita juga beranggapan ia adalah ciptaan saintis yang mencipta alat tersebut semasa mereka membuat kajian atau mungkin diantara kita ada yang telah mengetahui cerita disebalik kemunculan alat tersebut.
Pencetus idea yang mencipta alat ini rupanya seorang pemuda yang amat pemalas pada zaman dahulu kala tetapi tidak pula dinyatakan tahun bila dan mungkin boleh juga dianggap sebagai cerita dongeng seperti badang,sang kancil dan sebagainya.Diceritakan pemuda ini amat pemalas dan tidak mahu bekerja dan masanya banyak dihabiskan dengan tidur.
Waktu itu bekalan air diambil dari perigi yang digali dan diangkut kerumah untuk membasuh pinggan mangkuk dan sebagainya manakala penduduk kampung pula beramai-ramai mandi di perigi.Setiap kali emaknya menyuruh dia mengambil/mengangkut air di perigi dia akan memberi berbagai alasan seperti sakit kaki,demam dan sebagainya.Satu hari dia tidak lagi mempunyai apa-apa alasan lagi maka terpaksalah dia pergi ke perigi tersebut dengan membawa bersama sebuah baldi.
Tiba di perigi dia dengan kemalasan hanya duduk mencangkung di tepi perigi sambil melihat orang lain mencedok air bersama bekas kecil yang diikat dengan tali.Oleh kerana perigi tersebut dalam maka tali dan bekas tersebut dicampakkan kedalam perigi dan apabila air telah penuh tali bersama bekas yang telah penuh dengan air diangkat dan dituang ke dalam baldi.Perlakuan ini diulang dan dilakukan hinggalah baldi tersebut penuh dengan air dan barulah di bawa balik ke rumah.
Dari sikapnya yang pemalas otaknya berputar ligat mencari idea bagi memudahkan kerjanya tanpa menggunakan tenaga yang banyak.Penduduk kampung sememangnya mengenali dia sebagai seorang pemuda yang banyak helah dan alasan.Dia kemudiannya tersenyum kerana idea yang ditunggu telah muncul.Dia mencari sebatang kayu dan memacakkan kayu tersebut di tepi dan kanan perigi dan sebatang lagi kayu diletakkan melintang di antara kedua-dua kayu tersebut.
Kemudiannya dia melontarkan tali dan bekas tersebut ke dalam perigi maka dengan adanya kayu tersebut dia tidak perlu mengerah tenaga yang banyak untuk menarik bekas yang telah penuh berisi air untuk naik ke atas.Bermula dari hari itu semua penduduk kampung menggunakan kemudahan dan ideanya untuk mengangkat/mencedok air.Dari ideanya itu maka alat tersebut di beri nama takal yang diambil dari sebutan 'akal' ..mungkin panjang akal agaknya.
Apabila teknologi semakin maju maka takal ini turut diberi sentuhan dan rekabentuk terkini sesuai dengan kegunaan teknologi semasa.Material yang digunakan juga lebih kukuh seperti besi dan keluli ataupun 'bearing'.Antara yang popular dan digunakan untuk mengangkat beban yang berat adalah sejenis alat yang dipanggil 'chainblock'.
Begitulah kehidupan seorang pemuda yang pemalas tetapi akhirnya namanya dikenali hasil dari ideanya itu.Dia dianggap lebih baik kerana walaupun pemalas tetapi dia menggunakan akal yang ada untuk berfikir dan pastinya memudahkan dia kembali semula ke tempat tidurnya bagi meneruskan rutin hidupnya seperti biasa.Pegangan hidupnya adalah " HIDUP MESTI BERALASAN ". Memang ramai lagi spesis yang sama dengannya tapi malangnya bukan hanya malas untuk berusaha malah turut malas untuk berfikir.Segalanya jika boleh terhidang di depan mata atau disuap kedalam mulut...anda bagaimana?..apakah anda juga menggunakan motto yang sama? "HIDUP MESTI BERWAWASAN" atau "HIDUP MESTI BERALASAN".

salam..
BalasPadamtak sangka pulak ye..
akhirnya tercipta juga
takal ni..
Dalam malas2 tu rajin plak cari akal nak menjimatkan kederat..huhuh :D
BalasPadamgood info ozzy..
BalasPadamnnt nak copy boleh?
psst2..dah lama akak tak bertandang ke sini kan?
Kadang malas2 nie boleh dtg rahmatnya juga yak ;)
BalasPadam* hari nie bz sikit huhuhu...
w'salam zul..
BalasPadamBegitulah menurut kisahnya asal-usul takal ni
chik shinju - Kata orang panjang atau banyak
akal budak tu..
Anymz - Silalah kalau nak copy ..x de masalah
kongsi sama2.
Yassin - Sebab malas lah maka mcm2 alasan diberi...sesetengahnya logik sstengahnya mengarut.
salam,
BalasPadammemang apa pun teknologi utk kemudahan manusia (puncanya malas lah tu) he3
bak kata sahabat sendiri, antara malas berusaha dgn malas berfikir adalah 2 pkara yg sgt berbeza.
tapi kalau takal nie ada guna gak.. mana yg duk flat tinggai sampai tinggat 5 lak tue baru shopping barang dapur arr ambikkk tak kan nak angkut banyak2 sekali rap ke atas kan??
BalasPadamwaaaa..camtu eaa citer pasal takal..fieza kenal takal nie pon sebab amek fizik dulu..tapi tak penah tau asal usul dye..best info nih..
BalasPadamozzy: masa skolah dulu selalu dgr perkataan takal ni.....:)
BalasPadam